AKU  DAN  SESUATU

31 December 2008

Mati budak tu aku kerja kan. Bersalah betul aku kat mak+ayah dia.

Wife aku cakap dia baru lepas isi minyak kereta.. Tengah dia drive nak balik umah, ada budak moto suruh berenti. Wife aku syak ni mesti tektik nak samun la ni. Suruh berenti, pastu kang dia tendang kasi keluar, kereta sah2 kena bawak lari. Terus wife aku kasi pecut sambil call aku.

Wife aku: "Bang...ada budak moto tengah kejar kita ar..."
Aku: "Apa hal kena kejar plak ni? terlanggar dia ke?"
Wife aku: "Mana ada langgar...cemana ni?"
Aku: "Jangan berenti. Pegi terus kat balai polis. Kang call balik!!!..."


Aku mula nak hati panas. Ada2 je diorang nak kasi aku darah tinggi. Dengan aku x penah nya nak kena macam ni. Asal pompuan yang drive, mesti ada je kutu yang dok kacau. Aku macam nak pegi je keluar tengok wife aku. Kalau aku yang drive, aku dah kasi emergency brake kasi budak tu langgar belakang. Kalau dia dah tergolek, aku kasi gostan paking atas tulang belikat dia.

Aku dah x tentu arah. Kalau bos aku tegur time tu, memang nak kena ong-bak la jawab nya. Masa berjalan macam siput telan babi. Wife aku x call2 lagi. Ntah ceman la skang dia ni. Lepas 5 minit aku mengelupur sesorang, wife aku call...

Wife aku: "Laaa...tutup minyak tertingal. Susah payah je budak ni kejar sampai kat balai polis..."

Cehh...

Notacelahgigi: Selamat menyambut Ma'al Hijrah.

23 December 2008

Ada 2 posting untuk kali ni. Bonus ujung tahun.

CITER 1:

Kebetulan masa tu tengah lalu kat depan masjid putrajaya. Waktu Zuhur pun dah nak abis lagi setengah jam. Aku lari2 manja turun tangga nak ambik air wuduk. Kat dalam masjid tu masih ramai lagi yang dok bersandar2 sambil perati dinding2 masjid.

Aku usyar beberapa orang yang tengah sembahyang dan aku tepuk bahu kat sorang brader yang tengah sembahyang. Harap2 aku dapat pahala sembahang berjemaah. Baru sujud ke-2, brader tu dah masuk tahiyat akhir. Bemakna aku kena teruskan untuk 3 rakaat lagi selepas brader tu bagi salam. Untuk kasi lagi feel, aku kasi lelap kan mata sebab aku x nak terganggu dengan perasaan ke arah brader tadi yang asyik2 toleh tengok aku sembahyang. Selesai solat, aku mula zikir kecil-kecilan sebelum nak ke doa. Dalam masa tu brader tadi tegur aku.

"Dik, kamu kena sembahyang sekali lagi ni. Tadi tu saya solat sunat masjid."

Argghh...Masa dah suntuk. Kaset mengaji dah on.

p/s: Repeat kali ke-2 x sama kusyuk jika hati belum betul2 tahap sufi.

***************************************************************************************
CITER 2

Kemaskini (2/1/09,1020 pagi) - Atas teguran dari Umialia & xzia, aku perlu hapuskan kesan bukti ni.

Tengah tekun buat keja, adik aku kasi potong stim. Dia kasi satu sms.

"Weh tlng ak...Tlng maki cket bekas awex ak si-xxxx..Dia gedik2 plak nk tnya ak bila masuk poly...017xxxxxxx...Nie num dia."

xxxx tu dah mintak clash ngan adik aku sebab dia jumpa satu jantan kat poly shh alam. Masalah nya, ekin tu slalu dok calling2 adik aku. Walaupun adik aku cakap kasar2 & kengkadang off kan tipon, dia tetap nak sambung balik silatulrahim diorang. Ape kejadah nya perangai pompuan macam ni.

Aku dengan hati panas, terus call.

Aku: "Yello...ini xxxx kan.?"
Ekin: "Emm..sape ni?"
Aku: "Sy abang anis. Sy nak pesan kat kamu..." tuuuuuuuuttttt....


Cilakak...macam tu nak jadi adik ipar aku? Nombor tpon aku & opis aku pun dia dah banned. Dah x berangkat smpi skang. Maka kalo korang rasa2 nak ngorat or tolong sound stupid kat xxxx ni, dipersila kan. Ini xxxx. x la berapa cun sangat. (cunn tuuu...:-)Ini xxxx ngan BF baru dia. Adik aku cakap dia ni playgirl. Adik aku x sempat buat pape kat dia. Kempunan betul dia. harharhar... Muka mamat tu aku rasa macam nak penampor jee.Ini adik aku. x dapat xxxx, batang kelapa pun jadik laaa...

22 December 2008

Isu dunia hostel

Korang penah duduk kat asrama waktu sekolah2 dulu? Korang belum cukup indie jika korang belum merasa pegi skolah sama2, study sama2, makan sama2, tido sama2, solat sama2, isap rokok sama2, panjat pagar sama2, main game kat town sama2, pusing helikopter sama2, serba serbi semua sama2 lah... Duduk menyewa dengan kengkawan, dengan duduk satu bilik kat IPT x sama dengan duduk asrama time kat sekolah. Memang banyak dia punya beza. Kalau nak kasi citer memang panjang berjela. Kira aku akan citer dari masa ke semasa la.

1st year kat asrama memang rasa x berapa best selaku junior. Manjang berendam air mata je. Senior pulak ramai yang cilakak daripada yang bepekerti mulia. Kengkadang tu saje je suruh panggil kawan dia dengan nama glamer. Padahal tu nama bapak dia. x pasal2 kena luku kat kepala. Memang cilakak punya gurau. Katil pulak memang x dapat punya nak tingkat atas. Kesudahan nya kat tepi2 cadar tu memang kepam la kat bekas tapak kaki diorang buat lap kaki sebelum panjat kat tilam diorang. Pun memang cilakak jugak ni. Tempat landing lepas balik sekolah x ke lain dah selain kat katil2 tingkat bawah kepunyaan junior2. Kalau usik tilam diorang memang saja nak kena maki la jawab nya. Memang gaya kuku besi cara hidup macam tu.

Towel mandi memang x bleh sangat sangkut kat tepi kepala katil tu. Mana2 junior yang pembersih macam aku ni, selalu sangat la jadi mangsa. Ape ke diorang ni x reti mintak towel kat mak+bapak diorang ke? Locker junior slalu kena pecah bila balik dari sekolah. Selalu nya sesapa yang pakai mangga brand Diamond tu la selalu jadi mangsa. Diorang ni dah macam MacGiver. Walau pun anak kunci x sama gigi, diorang cuma gesek2 kat lubang mangga tu, pastu kang tetiba je ter un-lock. Dulu mana ada kunci Solex lagi.

Kat skolah cuma ada satu public phone. Lepas makan tengahari mula memasing beratur. Rata2 muka junior. Mungkin dah mula rindu nak balik rumah atau ada yang mengadu nasib. Memang aku ada nangis jugak la kalau dengar suara Mak aku kat hujung talian tu. Alaa...budak2 lagi masa tu.

Ada satu hujung minggu tu, famili aku datang lepas dengar aku ngadu kena penampar ngan satu senior. Nangis2 aku sambut Mak+Ayah aku time diorang dah sampai. Kejap je nangis. Dah lepas kena pujuk, baru jiwa lelaki balik. Ayah aku punya la x de sistem lain selain pegi masuk dalam asrama tu jumpa kat budak2 yang tengah dok melayan lagu 4U2C.

"Ni pak cik nak begitau sikit kat semua. Tolong tengok2 kan anak pak cik ni. Kalau nampak dia kena pukul tu, jangan dok tengok je. Kamu semua datang nak cari ilmu. x berkat ilmu kamu jika kamu menzalimi kengkawan..bla..bla..bla.."

Memasing hangguk2 kepala je. Yang aku sakit ati brader yang penampar aku tu pun turut hangguk2 sambil jeling2 risau pandang aku. Aku pun jenis x makan saman jugak time tu. Ada yang x kena kat jiwa aku, kengkadang aku melantun jugak kat senior2 ni. Tapi yang aku ingat benda2 ni terjadi masa awal 6 bulan pertama aku duduk kat asrama ni. Banyak lagi perkara yang aku lalui kat asrama ni. Bagi aku kehidupan di asrama banyak mengubah cara aku melayan kengkawan.

Okeh. Cukup dulu untuk kali ni. Besok2 aku sambung lagi.

19 December 2008

Aku datang period? mungkin tidak!!

Malam tadi aku mula menyambut ulang tahun sakit pinggang aku. Dia punya sakit sampai tahap senak punya. Dah macam pompuan datang bulan dia punya seksa. Agak nya laa...Tertunggu2 jugak kok kluar darah berketul tu. x dak pun. Harharhar...adeh..isk. Bermula dari tahun 1998 dulu, setiap tahun dia datang dekat hujung2 tahun. Macam musim tengkujuh dia punya time. Sedang aku gurau senda ngan anak aku, ntah cemana anak aku kasi dive curt cobain kat pinggang aku. x bagi signal langsung untuk suruh aku sambut dia. Terus aku koma x bleh bangun. Terpaksa macam kebiasaan aku kena hantar pinggang aku ni kat klinik kasi cucuk.

Susah payah wife aku papah aku masuk dalam kereta. Berjalan pun x bleh sangat. Jalan pun kena bengkok kan kaki, punggung kasi tonggek, dada kena maju kedepan melebihi kepala. Tu tune yang terbaik yang mampu untuk aku berjalan. Pandang jugak la kiri kanan tu takut2 kok ada jiran tengah perati kan aku. Kang ada pulak yang takut berjiran dengan aku kang.

Pegi ke klinik kena cari yang x ramai patient. Segan woo..muka hensem2 jalan macam baboon. Dokter pun senyum2 tahap nak kena penangan je sambut aku. Lepas kena cucuk, dokter kasi ubat sapu flanel kasi berangin aku punya pinggang. Balik rumah terus aku kasi pengsan.

**********************************************************************************

Pagi ni bangun tido dah rasa ok. Pegi keja macam biasa. Tapi aku rasa dah mula lain macam. Makin lama aku mengadap blog ni, makin sengal2 pinggang pulak dah. Sebelum lebih melarat, sebelum diorang nampak aku berubah jadi baboon, sebelum nama aku jadi bahan umpatan, aku perlu pantas isi form nak kluar ke klinik. Aku chow dulu...

16 December 2008

Main baling tin kat tepi kantin sekolah x sama ngan main baling tin kat funfair

Cis!! Cilakak! Cemana bleh x kena? Berita TV3 malam tadi memang x best sangat. Bushit ni bleh sengih2 je. "yea..yea..x kena.." Kepala hangguk lu!!

15 December 2008

Kadang kala kemewahan menjadi kan kita lupa siapa diri kita disisi mereka

Hari2 berita kat TV3 tu siar tentang tragedi di Bukit Antarabangsa. Langsung x usik dah citer pasal si Saiful bodoh tu. Tapi GF dia cun. Pandai gak la dia memilih. Tapi GF dia bodoh dapat BF yang bodoh. Hahahaha... Apsal si Saiful ni x duduk kat situ? Ahh.. pedulikan lah dengan dia ni.

Ramai yang terkorban dalam kejadia tanah runtuh tu. Simpati sungguh dengan nasib diorang. Baru semalam borak2, tengok2 pagi ni dah x de. Boleh hilang akal sedih cara macam tu. Ape boleh buat? Tu suma atas kehendak NYA. Tapi berpunca pada diri sendiri jugak. Semua nak cepat kaya tampa memikir kan nyawa dan khazanah2 alam. Hutan2+gunung-ganang diconvert untuk dijadi kan bangunan2 khas untuk mereka2 yang pakai baju berkolar tegak.

Mereka yang berpendapatan tinggi semakin ingin di pandang tinggi sambil melihat panorama indah dengan menghirup segelas fresh oren payung kecik di balkoni banglo masing2. 'Penunggu2' hutan yang tiada tempat tinggal terpaksa menyelit di celah2 ampaian sejadah yang semakin bersawang. Apabila semakin tiada ruang untuk mereka, mereka mula menyelinap pada mereka yang mudah lupa diri. Yang dulu minum air oren, kini dah mula pandai minum air anggur perap. Badan semakin membeban. Tanah semakin potong spring. Kesudahan nya spring dah x boleh tampung lebih muatan. Maka mounting pun patah.

Apabila dah jadi macam tu, mula lah nak bising2 mintak ganti rugi. Skang dah tinggal selai sepinggang, segan2 nak behimpit2 kat penempatan mangsa runtuh. Yang masih segan2 tu masih lagi nak hidup nyaman ngan air-con hotel2. Pulak tu hangin2 satu badan suruh bayar kan bil hotel. Apahal lu? Aku punya siri alam perwira tu pun aku x sanggup mintak ganti rugi. Mangsa banjir pun ada sangkut paut ngan kebangangan pehak kerajaan gak. Kitorang x bising2 pun nak mintak duduk kat hotel2. Lu pulak lebih2!! Korang jangan bagi aku pulak yang hangin satu badan!!!

09 December 2008

Selamat Tinggal Dunia

Waktu zaman sekolah2 dulu, senyumannya dibalas senyum, tegurannya dibalas tegur, kirim salamnya di balas salam, maka beberapa hari kemudian datang la seorang posman x bermotor memberi sepucuk surat yang bertaburan bedak palmolive ketika membuka nya. Haih...meriah sungguh jadi budak jambu ni. Tu sebab la aku x berapa score time sekolah rendah dulu.

x pasti lah aku sape yang popular kan kasi surat skali ngan biodata ni. Pas tu sah2 la kena balas surat tu siap ngan biodata diri untuk dia pulak. Aku x kesah tulis benda tu suma. Stakat letak makanan+minuman kegemaran, tampat lahir, tarikh lahir tu memang sayur2 je boleh jawab. Tapi aku x bleh nak pikir apa cita2 yang nak aku perlu tulis kan. Paling glamor pun masa tu cuma dokter+cikgu+askar. x kacip langsung ngan jiwa aku. x kan aku nak letak kartunis? x pasal2 stakat 2~3 ari je jodoh couple aku ngan awek tu.

Majalah Gila2 & Gelihati memberi pengaruh yang kuat untuk aku minat melukis. Brader2 satu dorm ngan aku dulu rajin beli majalah tu. Aku banyak refer gaya kartun dari kartunis Yo. Pernah kartun aku keluar kat Gelihati sekali. Satu lagi kat peraduan ubat gigi Colgate. Abis bangga dah masa tu. Pun x de sorang yang nak aku kongsikan kegembiraan aku.

Naik sekolah menengah, aku banyak refer kartunis Lambok dari majalah Ujang. Lawak pontianak dia memang kelakar gampang. Kalo bab nak menghias carta2 kertas manilakad kat dinding kelas tu, memang aku lah yang jadi pelukis nya. Kat situ lah dunia glamour yang aku ada.

Tapi skang makin lama makin keras gaya lukisan tangan aku. Kalau melukis pun stakat kepala orang je yang siap nya. Masa terluang pun dah terbatas sejak dah alam kerja ni. Walau pun aku x berapa melukis lagi, tapi sekurang2 nya aku masih dalam bidang seni. Menulis pun seni walaupun menulis di ruangan blog ni.

03 December 2008

Oldskool tuu...

Skang dah tiba musim tengkujuh. Belah2 negeri Pantai Timur dah mula banjir. Angka korban kematian mangsa banjir dah mula meningkat. Tiap2 tahun pun macam tu jugak berita nya di ulang siar. Walau pun diorang ni dah berpengalaman dengan bencana macam ni, tapi masih lagi ada yang berpesta air. Masing2 x ambik iktibar dari kejadian yang telah berlaku pada sebelum nya. Para penjaga macam x ambil kesah terhadap anak2 diorang tengah seronok terjun tiruk. Bila dah hilang seorang, baru la nak kucar kacir mintak pertolongan. Daripada misi menyelamat mangsa banjir, dah jadi misi menyelamat mangsa lemas. Sedih kehilangan keluarga x sama ngan sedih kehilangan harta yang x bernyawa.

Perkara yang x diduga ini terjadi jugak akhir nya kat keluarga aku pada penghujung tahun 2006. Taman perumahan di belakang stesen kretapi Gemas tu tinggal nampak bumbung je. Tu pun jiran yang begitau dan lebih nya aku tengok kat berita TV3. Time tu Mak+Ayah aku dok kat umah aku kat seremban. Rancang nya nak beraya ngan sedara2 untuk 3~4 hari. Kesudahan nya setahun diorang dok ngan aku. Semua harta benda memang x sempat nak selamat kan dah.
Selepas di beritahu banjir dah surut, kitorang pun gotong royong membersihkan keadaan rumah. Bukak2 pintu rumah je, tengok dalam dah macam kena rompak. Tunggang langgang dia punya posing. Peti ais yang berat tu sedap2 je landing atas meja mekap akak aku. Bau busuk lendir toksah cakap la. Dah serupa bau kandang babi pun ada.

Ya. Memang sedih sekali jika kehilangan benda2 berharga yang x sempat di selamat kan. x mungkin lagi aku akan dapat ulang kaji siri Alam Perwira pada setiap kali aku pulang ke rumah Mak+Ayah aku lagi lepas ni. Tada lagi cubaan untuk mengaktif kan aura pedang kayangan untuk aku berhayal ke kayangan. Tiada lagi laungan syurga meragut lalang. Termimpi2 aku ngan si Ji-Fat tu.Haih..