AKU  DAN  SESUATU

19 June 2009

Best gak pagi2 buta pegi berjogging lepas ni. Pastikan bawak kamera kalis malam.

Sempat aku toleh jam sekitar 2.27 pagi tadi sebelum bangun sambil alih kan kaki anak aku kat dahi aku. Mata x berapa nak boleh lelap balik. Jiwa tetiba risau, semacam ada orang tengah melangkah naik tangga menuju ke bilik aku sambil pegang pisau dapor. Ni suma gara2 lepas tengok citer friday 13 hasil donlod kat opis. Lepas keluar dari bilik karaoke melepas kan sisa toksik kecil, terus menuju ke sliding door selak langsir. Mata melilau kiri kanan. Line suma clear x de menunjukkan sebarang perlakuan pelik. Langit cerah, spotlight besar terpacak tengah2 langit.

"Haloo...tido ke?" aku buat2 tanya soklan budak x abis skolah. Jiran selang 23 buah rumah sederet ngan rumah aku ni slalu nya memang suka lepak sembang2 depan rumah sampai ke pagi. Kerja kerajaan bleh la buat perangai macam tu.

"Wei...datang sini. Tengah ada rush ni." jawapan s.o.s telah aku terima. Aku kucar kacir capai sweater snoop dog sambil sarung boxer. Hati aku x berapa sedap. Ntah ada rompakan atau kecurian atau ada sessi makan durian barangkali. Dorang ni pun bukan bleh percaya kan sangat. Kengkadang tu gempak je lebih.

Sambil tutup pagar dengan cara larian setempat, aku ambik keputusan berjogging menuju ke arah berkaitan. Belum lagi nak sampai tempat untuk dituju, dari jarak 60.14 meter aku memperlahan kan joging aku. Ada 5~8 orang tengah berkurumun kat satu kreta. Dari gerak geri bodi language serta vokal, aku pasti dorang tu adalah jiran2 aku. Terus aku joint da club.

"Eh..apsal ni?" Aku perati sorang kutu tengah serabut menyusun akal menjawab soklan2 dari ahli rukuntetangga. Sorang jiran tengah mencekak leher kutu tu yang tengah tersandar tepi kreta. Aku syak baru lepas kena penampar barangkali. Dalam kreta tu ada sorang awek tengah sibuk betul2 kan dressup.

"Tengah mentenet (istilah berjimak kat tempat aku) kat depan rumah aku." Sorang lagi jiran aku selaku perancang utama. Menerusi investigated, couple ni kena ambush ketika tengah bertenggek kat tempat co-pilot dalam suasana yang suram di bawah tiang lampu jalan yang dah x berlampu. Dekat sejam lebih jiran2 aku menghayati watak dorang dengan x mengcalling aku langsung. Alasan dorang x nak mengganggu hubungan kelamin malam jumaat aku. Ciss!!! durjana sungguh punya alasan.

Kesudahannya, kutu tu kitorang lepaskan tampa jaminan. Nasib baik bukan budak taman kitorang. Awek tu sempat kitorang ambik alamat lengkap dengan salinan ic skali. Bleh tahan gak awek ni.

10 comments:

Anonymous said...

iskhhh.......

macha_sezs said...

memang pesen update sebulan sekali lah ko.

hahaha.

tq tolong vote.

cikceriacorner said...

emmm..mcm2 kanss sekarang ni..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

lu ada kasi ceramah agama dulu?

nuyuljana said...

mentenet?

aku baru blaja ayat baru.

hahaha.

=P

IdaAnuar said...

internet dia tak ada kat umah lah dia pasang tenet dia kat dalam keta.lain kali suh jer tok kadi nikah kan kat dalam keta tu jugak

zairi said...

macha:
eh..x la..dah masuk 2 dah ni.

ez:
macam2 adaa..

pentoi:
gua sibuk perati awek tu je..

nuyul:
sila edit kat kamus.

idaanuar:
hehee...skang dah wifi.mana2 pun bleh tenet.

Mak Jemah said...

fuiiyoo istilah baru..mentenet la plak.. wifi plak tu..tabuleh blah btoi

jiwa sifar said...

kt tmpt aku blajo ade name bukit tenet..tmpt couple2 lepas rindu..mesti akan kuar 3gp kes mentenet tmpt ko tu..

zairi said...

oren:
hahaha...tenet lain makna,mentenet pun lain makna.

azuwan:
cuba2 la carik jugak.kalo ada begitau aku.hahaha...