AKU  DAN  SESUATU

31 January 2009

Band A.C.A.B. tu pun skang dah x skin dah kepala diorang tu. Megat tu pun dah mula buat penampilan berjubah. Semua nya perlu ada pembaharuan.

Jumaat-23/1/09-7pm~3pm

Jumaat lepas ada dinner sambut tahun baru cina dari kompeni aku. Tiap2 tahun memang ada sebelum nak ke raya cina. Dan tiap2 tahun jugak aku akan bawak balik hadiah lucky draw yang x berapa luck. Biasa laa...diorang punya kaum kalau x menipu bukan cina la nama nya.

Apa yang nak aku sampai kan kat sini bukan pasal kemeriahan itu parti. Apa la sangat menu makanana muslim yang setakat boleh jumpa kat warung2 tepi jalan tu kalau nak di banding kan dengan menu diorang. Tarian naga pun jangan harap sangat dapat tengok. Pikir nak bawak balik amoi2 mabuk pun jauh skali harapan nya. Ciss...

Parti malam tu abis pukul 12 malam. Pukul 10 aku dah blah ngan kuncu2 aku layan karaoke kat seremban parade. Sempat lagi aku balik rumah ambik wife+anak aku bawak skali pegi karaoke. Risau gak kat anak aku tu. Takut2 gak kalau kluar dari karaoke tu, panggil2 nama dia, dia bleh buat derk je. Nak ditinggal kan diorang tu, x best la. Aku seronok2 layan kepala, wife aku tercangak jaga anak aku sesorang. Amacam? Mithali x aku? Tapi anak aku tu memang rock. Kitorang tarik cemana pun, tau2 dia bleh layan tido dalam bising2 tu.

Bukan mithali punya pasal nak aku sampaikan kat sini. Dah memang suci sangat jiwa aku kat famili aku nak buat cemana? Tu pasal ada kejadian die hard fan bunuh diri nak rebut kan aku ni.

Keluar dari menyalak dah pukul 1.30 pagi. Adik aku dari PUO dah call suruh ambik kat terminal 1 dalam pukul 3 pagi kang dia sampai. Keluar dari seremban parade, kereta2 kat jalan raya tu masih lagi tercari2 destinasi seterus nya. Makin lama makin slow pulak follow blakang diorang ni. Apekejadah diorang bawak stail tengah cari rumah sewa tengah2 town pagi2 buta ni? Aku syak mesti ada xcdent depan sana. Tang jauh aku nampak kon lip lap2 sambil a.c.a.b tahan2 orang. Aku dah cuak sambil suruh wife aku baring kat seat blakang buat2 tido sambil aku dukung anak aku yang tengah tido. Stakat polis traffic aku boleh layan lagi. Tapi skang ni JPJ. Kompom sangat kena saman suruh hantar puspakom kereta aku ni kang. Silap2 kereta kena sita sambil jalan kaki balik rumah.

Ape yang nak aku begitau kat sini bukan nya aku nak begitau kreta aku x de roadtax. Jauh skali sangkaan korang mengatakan aku x de lesen. Ape yang aku nak sampai kan adalah, x semua polis ni a.c.a.b sangat. Cuma kita perlu pandai2 la nak cari tektik licik untuk menagih simpati pehak polis. Tapi kalo nak jadi best actor, nak kasi lakonan tu jadi realistik, anak+bini perlu di ketengah kan jugak jadi pelakon pembantu. Kalau stakat redah roadblok tu sesorang, merasa la lepak kat balai polis sampai pukul 6 pagi.

Sambil berlalu melepasi kon lip lap2 tu, ramai sangat mat2 trek pandang x puas hati kat aku. Aku pulak sesaje angkat tinggi2 dukung anak aku. Hmm..dah tiba masa nya aku tukar kreta ke generasi sesi keluarga lepas ni.

23 January 2009

Sambungan selepas x sampai 44 hari malam klewon...

Sampai kitorang kat rumah kawan brader tadi ni, kebetulan letrik x de. Penangan dari petir semalam kot. Masuk dalam rumah tu gelab je. Dah la rumah kampung, pasang lilin tadah dalam piring saje buat seram je itu ustaz. Sambil jemput kitorang masuk, brader tu ceritakan pasal musibah kitorang kat kawan dia. Itu ustaz relek je anguk2 kepala tanda paham. Pas tu ustaz tu tanya sapa yang mula2 kena sakit2. Makcik aku lurus kan telunjuk kat aku. Dengan mata dia yang kelip2 baca ayat2 yang x berapa dengar, dia kata aku ada terambik something yang x elok dari seseorang. Aku mula teringat duit doposen smalam tu. Kejap tu ustaz ambil satu botol air yang dia baca2 kasi aku minum seteguk dan suruh aku bawak ke mandi time tu jugak.

Kat bilik air, makcik teman kan aku pegang kan lilin kasi suluh dalam bilik air. Baru nak adengan bogel, makcik aku jerit nampak lipan. Mengelupur aku kluar dari bilik air tu. Diorang2 tu suma kucar kacir datang kat kitorang. Itu ustaz dengan selamba tangkap 2 ekor lipan dan terus bakar kat lilin yang makcik aku pegang tadi. Ustaz tu cakap ni antara black magik yang di hantar untuk membantut kan perancangan ustaz tu. Lepas mandi memang terasa rengan badan aku. Dah x de sangat rasa panas2 badan. Aku mandi air cap badak mungkin rasa nya tu.

Lepas selesai urusan aku, the next person adalah atuk aku. Ustaz tu target atuk aku kena santau angin. Racun santau tu belum nak berapa aktif lagi. Kalau kasi lama lagi, atuk boleh jadi lumpuh kata itu ustaz. Dengan atuk, ustaz tu x suruh mandi macam aku tadi. Ustaz tu cuma pakai telur ayam kasi golek2 kat perut atuk sambil baca2. Lepas tu, itu telur dia sudah kasi pecah kan kat atas satu pinggan putih yang ada bunga ros. Orang cakap itu pinggan old skool orang cina. Mak aku pakai lagi skang ni pinggan tu untuk makan2. Lepas kasi pecah itu telur, jangan harap sangat kluar sekor anak ayam kaler kuning. Aku Cuma nampak ada darah bercampur dengan jarum-jarum halus, bintik-bintik hitam+kuning, dan kuku. Kata ustaz tu, itu perbuatan dari orang yang sama. Diorang sudah marah kan atuk dan memalukan diorang. Tu pasal diorang hantar santau kat atuk.

x cukup dengan telur, ustaz tu ambik satu lagi botol air yang dia dah baca2 suruh atuk aku kasi selawat sebelum minum. Dan2 je lepas atuk aku minum, atuk berkejar cari bilik air keluar muntah benda2 yang sama macam dalam telur tadi.Kat makcik aku pulak, ustaz tu cuma rapat kan tapak tangan dia kat dahi makcik aku tampa sentuh. Rapat2 angin je la makna nya. Kang batal plak air smayang kang kot. Sambil baca2, ustaz tu cakap makcik aku x apa2. Cuma lemah semangat je. Aku dah agak dah makcik aku ni. Saje2 nak hysteria sana, hysteria sini. Gadis melayu kan memang macam tu.

Kata ustaz tu, orang2 yang dengki dengan keluarga kitorang ada tanam sesuatu kat kawasan rumah kitorang. Kata ustaz tu lagi, dia kena mintak tolong dari sahabatnya dengan izin Allah untuk ambik itu benda. Ustaz tu kemudian kasi tutup mata sambil selawat dan baca beberapa surah pendek. Kemudian ustaz tu ajak kitorang semua keluar kehalaman rumah. x lama tu, jatuh satu bungkusan kecik warna hitam betul2 kat depan Ustaz tu. Sambil dia berterima kasih kat sape ntah aku x nampak dan bersyukur, kitorang kerumun kasi tengok dalam itu bungkusan. Dalam samar2 lampu lilin, aku nampak bungkusan tu penuh dengan daging2 kering+tulang yang ustaz tu begitau adalah daging tali pusat dari bayi yang mati ketika dilahirkan atau yang digugurkan manakala serpihan tulang tu pulak adalah tulang2 dari binatang2 najis seperti babi dan anjing.

Tu sebab la makcik aku nampak mayat (roh bayi x sempurna) dan kitorang dengar pinggan mangkok macam kena selongkar mungkin roh binatang2 tu x puas hati pasal tulang2 diorang di buat ritual la kot.

Sekian saje untuk kali ni. Ni pun banyak short cut dah aku kasi. Tau2 je la nak buat gubahan cerita ni bukan nya senang. Ntah mana nak aku campak kan watak nenek+akak aku tu pun aku x tau. Buku ‘siri bercakap dengan jin’ dari encik tamar jalis ni korang tau2 je la dia punya ayat2 buku teks skema nya. Aku pun x tau ni pengalaman betul dia atau x. Hahahaha…sori la kat korang dengan citer bohong aku ni. Cuma gambar rumah tu je yang real rumah kampung atuk aku kat Bukit Temensu Kuala Pilah sana.

17 January 2009

Seremban tu kecik je. Tu pun x dapat lagi nak kesan jejak aku.

Ini apex selalu sangat puja dia punya hensem. Aku nak kata hensem tu, dulu2 punya citer sampai suma pompuan satu kelas aku sanggup toreh dia punya lengan kasi letak nama aku. Kalau mana2 cikgu pompuan manjang tuju soalan kat aku, besok gempar satu skolah FBI sudah buat CSI pasal itu cikgu sudah kena pukul dalam jamban.

Tapi itu dulu2 budak2 skolah punya citer. Skang wife aku sudah hilang kan kesan2 bukti itu dengan hidangan makanan yang penuh dengan kandungan lemak2. Suma tu adalah kerana die hard fan aku ni.

14 January 2009

Korang budak2 lagi.Mane nak merasa benda2 macam ni lagi dah.

Dulu2 mane wujud lagi PSP,PS3. Nak main game? time outing kat asrama dulu hujung2 minggu je merasa. Itu pun stakat layan street fighter. Mr.Bison je yang kacip dengan seni tangan aku kontrol gear game tu. Game western bar ni kalau dapat, memang cukup canggih dah. Masing2 dok usyar je sape2 yang dok pakai game ni. Nak mintak Mak+Ayah aku? jangan mimpi la dapat. Tapi satu ari tu kawan aku nak jual kat aku game ni. Sape x gembira? rezeki depan mata. Itu bulan aku sudah cakap kat parent aku duit belanja dah abis. Pada hal, aku sudah beli ini game dengan harga $30. Mahal wooo...Tapi x lama sangat kat tangan aku. Tau2 je dah hilang. Tanya kat kengkawan, sekor pun x nak mengaku. Biasa laa...duit x berkat.Skang dah x jumpa dah benda ni. Beli tora je baru boleh dapat benda ni. Petang2 tengok kartun, mesti tunggu2 tora punya iklan. Bukan nak kan sangat coklat isi angin tu. Tapi nak tengok permainan yang terbaru. Lepas tu mula la merempit naik bmx pegi kedai. Balik rumah, bukak2, ceh!! x update lagi permainan dia. Ni mesti tokei tu nak kasi abis kan dulu dia punya stok lama.Nak beli patung barbie x mampu. Tiap kali aku beli, aku akan cari kartun girl yang pakai bikini je. Kengkadang akak aku pun join pakai kan kartun girl ni pakai baju. Layan jugak la benda2 mengarut ni. Dah x jumpa dah skang.Skang dah x macam dulu. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Bukan stakat tampal2 gambar, tukar2 baju. Letak gambar kat sebelah pompuan x pakai baju pun dah boleh dah skang.

13 January 2009

Sambungan siri HORROR makcik aku dalam blues.

Sementara atuk aku tinggal kan aku sesorang kat dalam bilik, aku x berapa dapat sangat nak tido. Macam2 suara berbisik2 kat telinga aku. Ntah ape yang di cakap kan pun aku x berapa nak tangkap. x lama tu aku dengar ada bunyi benda jatuh kat atap betul2 atas bilik tido aku tu. Serentak time tu jugak suara bisik2 tadi sudah tukar jadi suara mengilai2. Dah jadi lumrah budak x cukup umur, asal takut je terjerit. Aku pun menjerit panggil atuk. Atuk ngan makcik kucar kacir masuk dalam bilik aku. Walaupun aku citer kan yang benar, diorang cuma anggap kan aku memang demam panas tahap merapu. Aku tau diorang pun takut sama. Saje cover line.

x ingat aku dah berapa lama lepas tu, makcik aku pulak menjerit dari bilik dia. Aku dengar atuk berlari ke bilik makcik. Makcik aku cakap dia nampak mayat berbungkus dengan kain kapan kat hujung katil tengah dok perati kan dia. Macam citer suster ngesot pun ada gak la cara dia dok cuba bangun dari lantai. Atuk aku dah x sedap hati. Dia suspect ada orang dengki dengan kitorang. Aku syak mesti ada kena mengena dengan pinangan makcik aku sebelum2 ni. Tapi ape kena mengena dengan aku? Bila masa pulak aku ada tolak pinangan orang? Dah gian sangat nak kawin dengan aku? Malam tu kitorang tidur satu bilik dengan atuk. Katil muat2 untuk aku dengan makcik aku. Atuk aku jeling2 kan dia suruh tido kat lantai. Aku belum sunat lagi masa tu. Bemakna aku layak untuk tido dengan makcik aku. Baru nak sepam dua, sekali lagi ada bunyi bising kat dapur macam ada orang tengah selongkar pinggang mangkuk+periuk belanga. Aku dah cuak. Atuk bangun sambil capai parang yang terselit kat dinding dan terus kedapur. x hingin aku nak ikut sama. Tunggu punya tunggu, x lama tu atok muncul dan cakap suma sisa makanan dalam plastic sampah yang kitorang makan tadi dah kena makan kat sapa ntah. Pastu ada bau busuk+hanyir. Makcik dah mula nangis+takut. Aku pun follow skali dia punya nangis+takut. Malam tu kitorang x tido. Lambat sangat nak tunggu ke siang. Kengkadang dengar ada benda berjalan-jalan kat atas atap dan kengkadang ada benda yang mengetuk-ngetuk kat tingkap. Kitorang layan kan je. Atuk x sudah2 mengaji. Aku stakat baca Bismillah je la yang aku hafal. Tapi cam tu jugak benda tu. Memang tahap yahudi punya jembalang tu. Degil nak mampos.

Besok tu aku sedar2, atuk+makcik tengah tanam suma pinggan+periuk yang kitorang guna semalam. Memang busuk bau dia. x lama lepas tu brader cikgu tu datang. Atuk pun citer la dari A~Z pasal malam tadi kat dia. Brader tu bawak aku jumpa dokter. Memang badan aku panas. Makcik aku pulak x de pape yang sakit. Saje mengada2 nak jerit2. Brader tu cakap kat atuk nak bawak kitorang berubat cara lain. Berubat kat ustaz cikgu skolah dia lepas isyak malam tu. x sempat nak tunggu malam, lepas solat asar atuk mengadu yang dada dia sakit. Atuk terbatuk-batuk dan dengan tidak semena-mena darah tersembur dari mulut dan hidung atuk. Aku dah cuak giler. Nasib baik brader cikgu tu x balik lagi. Atuk aku tengok dah lembik. Walaupun badan aku rasa panas lagi, tapi aku rasa dah bertenaga nak di banding kan dengan semalam. Menjelang waktu maghrib keadaan dah semakin teruk. Batuk atuk semakin menjadi-jadi. Darah masih lagi mengalir dari hidung dan mulutnya. Badan aku dah mula rasa seram-sejuk. Aura puaka nyang rapik dah datang. Ada masanya aku nampak muka masing2 dah macam band slipknot. Muka atuk paling ngeri kena pulak aku nampak darah keluar dari hidung+mulut atuk. Suara makcik aku dengar nyaring sangat. x macam suara ella langsung. Mata merah tersembul keluar. Terus aku hysteria. Brader tu peluk aku sambil baca ayat kursi. Kira boleh la kasi aku senyap kejap. Makcik aku pulak x abis2 cakap rumah bau kapur barus. Ntah cemana bau kapur barus pun aku x tau la masa tu. Makcik aku ada nampak lagi mayat kat dalam bilik dia tengak nangis dok pandang dia. Brader tu pun terus baca ayat-ayat Qur’an. Punya lah kucar kacir dengan bunyi bising kat dapur dan kat atas atap, brader tu terus laungkan azan. Terus senyap cilakak2 tu suma. Terus brader tu suruh kitorang bersiap nak kerumah kawan dia kasi berubat sementara brader tu pegi pinjam kan kereta kat jiran sebelah. Dekat 3 minit jugak la jarak jiran yang terdekat kalau naik moto. Ni la rumah pusaka Arwah Atuk belah arwah Ayah aku. Amacam? horror x? dah x sesapa nak duduk dah. Cuma pakcik aku je hari2 datang dok baca surat khabar kat dalam rumah tu. Kalau masuk dalam rumah tu,macam2 ukiran lama ada. Ukiran naga yang paling cantik kat dalam pintu tengah.

Panjang siot citer ni. Besok2 aku sambung lagi lar…

Hijrah pun bermula...

Adik aku dah selamat berhijrah ke perak untuk sambung pengajian dia kat politeknik ungku omar. Kesian sangat kat dia. x sempat Arwah Ayah aku nak tengok dia pegi PUO. Tapi Arwah Ayah aku sempat dapat baca surat tawaran tu. Bemakna x terkilan sangat lah kitorang. Hari ni dah masuk hari ke-2 dia kat sana. Petang ni start lah diorang punya sesi orientasi. Jangan sampai ada kutu belasah adik aku tu dah lar, x pasal2 kang besok kat kosmo keluar berita ada 80 kutu brahak mati kena tembakan rambang. Harap2 x de lah sampai macam tu. Kalau zaman2 aku dulu ada lagi perangai zionis ni. Cuma aku x de abang je nak back-up aku.

Dan hari ni jugak Mak aku secara rasmi jadi penghuni tunggal kat rumah Gemas sana. Mak aku cakap dia pun x lama nak tinggal sesorang kat sana. Kalau Mak aku reti drive, kira boleh sangat lagi lah. Last Mak aku drive masa zaman black dog bone dulu. Nak suruh Mak aku belajar drive balik? Dia lebih rela jalan kaki dari Gemas nak ke Seremban ni.

Bulan 4 ni Mak aku daftar masuk sekolah pondok kat jenderam. Sekolah pondok moden yang ada stakat ni. x macam sekolah pondok yang penah aku duduk dulu. Siap ada tukang masak dan ntahapekebenda lagi lah yang ada. Yuran stakat RM200 je bulan2. Ada jugak ajak Mak aku sama tinggal dengan aku, tapi Mak aku cakap dia nak belajar agama sampai sudah dia kat situ. Rumah akak aku? dia x selesa dengan abang ipar aku tu. Lepas dia dengar ada orang cakap2 belakang tiap kali Arwah+Mak aku tido rumah dia, terus dia lebih selesa dengan rumah aku.

Bagi aku x berapa zalim aku tinggal kan Mak aku kat sekolah pondok tu kalau nak dibanding kan aku tinggal kan Mak aku kat rumah orang2 tua. Aku pun akan ikut jejak Mak aku jika umur aku panjang. InsyaAllah...
Mak aku, adik Mak Aku (Acu merangkap mak bela aku masa kecik2 dulu), akak Mak aku (mama pun penah bela aku kejap). Ni je adik beradik pompuan yang tinggal dan 2 beradik lelaki.

07 January 2009

Misteri Makcik aku kena pinang waktu hujan panas. HORROR!!!

Masa aku kecik2 dulu, semasa Mak+Ayah aku pindah ke felda, aku tinggal dengan Atuk+Nenek aku kat Kuala Pilah, Senaling. Atuk+Nenek aku x kuase nak tengok badan cucu2 dia kena panas+nyamuk. Kat kampung aku ada akak aku dengan sorang mak cik aku yang bongsu. Mak cik aku x kawen2 lagi. Cun tu x la berapa sangat. Tapi manis tu ada.Ramai yang cuba masuk minang tapi ditolak oleh atuk aku dengan alasan anaknya kena abiskan belajar dulu. Ntah ape dia belajar pun aku dah lupa.

Dalam ramai-ramai kutu yang cuba cucuk jarum, cuma sorang kutu yang berjaya menarik perhatian atuk+mak cik aku. Brader tu biasa2 je kerja jadi cikgu kat pekan Pilah sana. Tiap kali brader tu datang, dia mesti bawak buah untuk kitorang dan kengkadang bawak aku pegi kedai dengan Honda lampu bulat dia.Biase lah...ngorat punya pasal. Brader ni memang best. Walaupun macam tu, brader tu x penah cakap nak masuk minang mak cik aku sampai la satu hari tu...

Masa tu hujan panas renyai-renyai. Azan asar baru nak berkumandang dari surau. x lama tu datang dua buah kreta masuk kat halaman rumah. Ada beberapa old-timer dalam kreta tu. Diorang tanya aku atuk kat mana. Dengan pantas aku jawab atuk tengah solat. Diorang sengih je dan duduk kat tangga. Hujan panas masih turun. Salah seorang dari otai tu jejalan pusing2 rumah. Aku biar kan je. Aku bukan tuan rumah pun nak jemput suruh naik. x lama tu atuk muncul dan marah kan aku x jemput diorang naik. Ceh...

Hujan dah mula nak begitau x kasi aku pegi main konda kondi petang tu. Atuk mula jemput diorang naik. Suma ada 6 orang. Smart2 macam nak pegi kenduri joget. Masing2 salam aku dengan atuk. Tetiba je bulu roma aku naik. Aku mula nak jadi detektif conan duduk sebelah atuk sambil jeling2 kat mata masing2. Aku dok relek sambil toleh2 kelibat makcik aku kok dia datang bawak cekodok. Haraam..tadak pun. Diorang mula buat sesi suai kenal. Sah...bukan kengkawan atuk la ni. Diorang datang dari kampung sebelah. Kampung Kepis Hilir. Dari lenggok bahasa diorang aku dapat agak diorang nak masuk minang makcik aku.

Sebelum atuk jawab aku dah agak dah.Atuk aku mesti tolak proposal diorang cara gentle atas alasan yang sama. Tapi diorang masih lagi cuba yakin kan atuk aku pasal anak diorang lulusan dari negara yahudi dan tengah kerja kat KL dan sanggup tunggu sampai makcik aku abis belajar. Atuk cuma senyum je dan tetap tolak pinangan diorang. Ntah ape stim sangat ntah ngan makcik aku pun aku x tau la diorang ni. Dah atuk aku reject,blah je la. Muka masing2 hati panas je kat atuk aku. Kengkadang jeling2 je kat penumbuk aku. Saje je buat hati diorang lagi panas.

Hujan kat luar dah makin lebat. Langit pun dah gelap. x de harapan la aku nak main konda kondi petang tu. Diorang pun sibuk2 nak balik pasal dah merajuk la tu walaupun atuk aku saje2 suruh tunggu nak hidang kopi-o. Orang tua yang pusing2 rumah tadi sempat salam aku sambil bagi duit syiling 20 sen suruh beli gula-gula. Aku angkat je. 20 sen dulu boleh dapat gula2 6 biji. Dah nak Maghrib baru hujan berenti. Aku berlari ke kedai stakat 50 meter dari rumah atuk aku nak beli gula-gula dengan duit tadi. Balik tu aku kena marah dengan atuk aku pasal keluar waktu maghrib. Dulu pukul 7 dah macam pukul 8 dah. Aku buat derk je dengan bebel atuk sambil jilat2 pembalut gula2 udang.

Lepas Isyak atuk aku ajak makan malam. Tetiba je badan aku x sedap macam selalu. Badan aku tetiba je lemah+panas. Nak kata kena cikungunya mana wujud lagi zaman tu. Lagi skali aku kena bebel kat atuk aku pasal kluar waktu maghrib. Masa tu aku dengar suara atuk dah macam Aru koffin kenser. Aku dah macam kena histeria sambil nangis+terjerit2 dengar suara atuk. Atuk pegang tangan aku. Lagi la aku menjerit dah macam rasa sisik2+mengerutu. Lain macam pulak dah kali tu. Lagi aku menjerit, lagi kuat atuk pegang tangan aku. Atuk kata badan aku panas. Atuk pangku aku masuk bilik suruh aku baring dan selimut. Atuk kata nak bawak aku pegi klinik pagi besok. Nak suruh mak+ayah aku datang, mana ada telepon rumah masa tu. Nak hantar telegram? gila ape nak kayuh beskal malam2 buta pegi pekan Pilah tu?

Aku rasa cukup dulu sampai sini. Saje je nak kasi ab geldof sakit hati. Dia selalu buat macam ni. Kasi dia pulak kena. Kali ni aku sambung 44 hari akan datang. Kasi lama2 sikit....harharhar...

05 January 2009

Hanya dengan izin Allah...

Malam ahad lepas,famili aku buat kenduri Tahlil untuk Arwah Ayah aku dan doa selamat untuk adik aku. 11hb ni dia akan melebar kan pengetahuan dia yang semakin sempit sebab dah setahun x usik satu haram jadah sebarang buku ilmu. Arwah Ayah aku pesan selagi x dapat title IR kat depan nama dia,jangan harap aku nak kawen kan dia. Sebarang wanita yang ingin memperlakikan adik aku akan di buat pemeriksaan serta kajian sehingga 3 keturunan setelah di berkuat kuasa.Arwah Ayah aku dalam kenangan muda2 dulu dengan awek dia. Mak aku laaa...Tengah drive nak pegi ziarah kubur Arwah Ayah aku.Ya Allah Ya Tuhan ku. Ampun kan lah setiap dosa2 ayah ku, permudah kan lah seksaan kubur terhadap ayah ku serta tempat kan lah ayah ku di kalangan orang2 yang beriman. Amin... Adik aku ambik Marine course kat PUO. Senang x payah sibuk2 pikir nak cari kerja lepas abis grade.Seminggu sebelum Arwah Ayah aku meninggal.

03 January 2009

x reti nak cakap cemana dah ngan korang ni.

Malam tadi punya berita memaparkan pelajar Palestin kat Malaysia melaung2 ingin menghapuskan israel yang tengah mengila babi kat negara diorang. BABI punya BABI!!! Kairi sebagai hero umno berkata...

"Korang jangan risau. Kami tetap memberi sokongan dan sentiasa memberi semangat kat korang. Korang jangan anggap kitorang dok pandang je. Kitorang pun ada hantar bantuan untuk diorang kat sana."

Itu lah antara kata2 yang tersurat dari kairi. Dalam situasi yang lain, pelajar2 tu masih mendemonstrasi sambil pijak2 bendera yahudi yang memberi makna...

"Kitorang x berapa perlukan bantuan makanan atau perubatan. Sebab benda tu semua x merubah segala nya sejak 6 dekat yang lalu. Kitorang perlukan senjata dan bantuan perang dari sesama Islam menentang yahudi tu. Kitorang pun x paksa korang pegi Palestin sana. Tapi cukup la sekadar boikot barangan yahudi. Kalau korang masih isap rokok, makan kfc, pizza hut ahh..korang cari sindri lah yang lain tu, cemana plak korang cakap korang membantu kitorang? Nampak sangat korang ni pun sama jugak. Harrkk tuihh!!!!"

Kairi terkulat2 sambil jilat sisa2 tempias air ludah kat bibir hitam dia sambil tenyeh2 padam bara rokok.

**********************************************************************************

Aku amat bersyukur keturunan aku buat pilihan bijak duduk kat bumi Malaysia ni. Kalau aku hidup kat Palestin, ntah panjang mane lah umur aku. Tapi apa yang aku kesal kan, remaja skang masih lagi hidup mengkiblat kan yahudi. Masih lagi terkinja2 kat pusat2 maksiat sambil menyambut tahun baru. Memang dah tertulis dalam Al-Quran. Dunia akan kiamat diakala umat nya sibuk melakukan maksiat. Jemaah Haji pula diserang dan di colek oleh musuh Islam. Suma tu dah hapir sangat dah. Aku macam risau je dengan jemaah Haji tahun akan mendatang ni. Pulak tu, mengikut kajian, bumi ni akan expired lagi 70thn. Walluhualam...Kena kangkang sampai 5org memang perkara biasa. Tapi x rase pedih ke bohsia ni?Korang seronok berpesta, anak kecik ni...?