AKU  DAN  SESUATU

23 June 2009

"ayah membawaku ke sekolah, bergunalah ilmu, bila dewaaasaaaa..." -Aris Ariwatan-

Lepas hirup 2 bijik telur separuh masak taruk kicap, terus aku selendang botol air sambil sarung kasut skolah. Arwah ayah aku dah sedia menunggu kat motor yamaha cdi dia nak menghantar aku ngan akak aku pegi sekolah sebelum dia nak ke motong getah seawal 6.30 pagi tu. Sambil paut talipinggang arwah ayah aku, aku panjat motor untuk duduk posisi tengah. Memang tinggi betul motor tu rasa nya. Akak aku pun lagi tinggi dari aku masa tu. Bila kedudukan aku dah stabil, turn akak aku plak naik duduk ke posisi belakang.

Pagi tu memang macam biasa. Ikut jalan slalu biasa lalu. Gelab pun macam slalu punya gelab x macam town seremban ni punya gelab. Sambil dalam hati dok hafal baca sifir 1, tetiba pandangan aku terabur. Aku bukan tengah peluk pinggang arwah ayah aku sekarang ni. Tapak tangan aku penuh dengan tanah laterit. Kitorang tengah jatuh motor rupa nya. Aku terjarap. Akak aku x dapat aku pastikan. Tau2 dia dah bangun dulu dari aku. Arwah ayah aku sibuk angkat motor sambil kutip beg2 skolah+perkakas motong dia. 2~3 orang motor pun ada datang berenti tolong arwah ayah aku masa tu. Aku syak arwah ayah aku dah termasuk satu susur lubang melintang tengah jalan laterit tu yang dah jadi laluan air hujan. Masa tu mana ada jalan tar lagi weii.

Lepas arwah ayah aku pastikan anak2 dia dalam keadaan boleh kesekolah lagi, terus kitorang sambung pegi skolah. Aku pun x de sangat luka2. Baju skolah aku cuma kotor sikit je. Sluar pendek biru pun nampak macam normal. Seb baik arwah ayah aku x berapa rempit sangat masa tu.
*********************************************************************************
"Mak...spender x de ke?" Aku dah kucar kacir selongkar gobok baju aku. "Nak pegi skolah baru ingat spender? Mana penah beli spender untuk kamu? Pinjam je kat along tu pakai sementara. Petang kang kita beli lain." Akak aku dah jeling2 je sambil agih2 kan spender lama dia untuk aku. Stat dari ari tu la aku mula berjinak2 pakai spender. Kes kena tegur kat mak cik kantin masa aku port ngan member makan mee blakang kantin sessi rehat smalam, buat aku satu hari suntuk pegang punai sampai abis waktu skolah. Ntah macamana punya kangkang la style aku jatuh moto smalam tu.

20 June 2009

CINABENG!!!

Skang dah kecoh balik pasal chin peng. Apekejadah la orang tua ni punya agenda kali ni. Purata suma x setuju. Tapi anuar ibrahim punya la bertegang urat leher untuk kasi lepas kan chin peng ni jadi kerakyatan malaysia. Lepas mahathir tutun takhta, dah macam siamang perangai politik2 kat malaysia ni. Lagi pandai dorang ni, lagi buruk perangai rupa2 nya. Harap kan pagar, pagar x bleh harap.

Orang nak kawen pun tepaksa kluar kan duit hantaran nak repair jalan. Dah menunggu selama 3thn, lepas repot kat kosmo, x sampai sebulan dah ada lori hantar batu2 jalan. Lepas ni kena pakai kabel kosmo la kalau x puas hati kat wakil2 rakyat. Macam tu la punya perangai para2 politik skang ni. Versi yang lebih kurang sama ngan versi zaman pkm & jepun dulu2. Beza nya zaman dulu main bunuh2, zaman skang main tikam2 blakang. Tujuan hanya satu. Masing2 nak jadi pemimpin.

Bagi aku, antara kekejaman pkm ngan jepun, lebih kurang je perangai dorang. Sama2 kejam tahap ifrit utama. Arwah atuk aku pun penah kena sasaran pkm ni. Kena tembak baru nak turun dari rumah. Nasib baik x kena. Arwah atuk aku cakap, pkm tu silap orang menurut dari dia dengar dari kawan pkm yang menembak tadi. Terus dorang chow balik bukit blakang rumah arwah atuk aku. Kubu dorang kat situ.

Aku syak, dorang2 yang beria2 suruh chin peng ni masuk malaysia balik adalah cucu cicit saki baki pkm yang kena halau keluar dari dalam hutan barangkali. Ntah2 yang dok berparti dalam perlimen tu pun sedara mara chin peng yang tengah tunggu masa nak ambik alih malaysia. Sapa tahu kan?

Cuba tanya kat bekas2 pejuang dulu, bleh kasi chin peng masuk? "Masuk la kalau brani jumpa ngan gua dulu. x bertukar kepala lutut dok kat atas leher, kepala dok kat lutut kang.."

Cuba tanya kat cina bukit plak? "suda medeka maa..jipun pun lu olang kasi masuk, apasat cim peng x bleh masuk. sama2 jahat jugak maa...?"

Jawapan aku mudah je. Jepun ada kepentingan untuk malaysia. Sekurang2 nya wujud proton kat malaysia ni. Polis pun dah mula merasa bawak Evo10. Chin Peng bleh kasi apa kat malaysia? Aku tempeleng pulak budak cina bikit ni kang...
Muka relek je...Berapa orang dah mati kat tangan dia pun kita x tau..

Tapi kalau pandang dari sisi ke lain, rata2 negara yang mengamal kan ideologi komunieme ni suma maju2 belaka. Amerika pun bergantung kat china untuk beli bon2 yang digunakan untuk pakej rangsangan ekonomi dorang. Cuba pun hebat jugak dalam bidang perubatan dorang. Rakyat dorang dapat free je untuk pakej kesihatan.

Kalau x kerana pengaruh chin peng ni jugak, x merasa la malaysia nak capai kemerdekaan pada september dengan bantuan britis tu. Itu pun sebab china memberontak sebab jepun tindas china. Kalau x, x kemana pun chin peng tu.

Tapi kalau hidup kat brunei memang best. Langsung x merasa nak gawat2 ni. Suma rakyat patuh pada sultan. Sebab dorang ada satu sultan je. Kat malaysia jangan harap bleh jadi macam brunei walau pun ada ura2 nak ikut jejak langkah brunei.

Apa2 hal pun, kita tetap perlu bersyukur sebab malaysia adalah antara negara yang selamat dari segi keselamatan. Cuma tahap politik je yang macam haram jadah.

19 June 2009

Best gak pagi2 buta pegi berjogging lepas ni. Pastikan bawak kamera kalis malam.

Sempat aku toleh jam sekitar 2.27 pagi tadi sebelum bangun sambil alih kan kaki anak aku kat dahi aku. Mata x berapa nak boleh lelap balik. Jiwa tetiba risau, semacam ada orang tengah melangkah naik tangga menuju ke bilik aku sambil pegang pisau dapor. Ni suma gara2 lepas tengok citer friday 13 hasil donlod kat opis. Lepas keluar dari bilik karaoke melepas kan sisa toksik kecil, terus menuju ke sliding door selak langsir. Mata melilau kiri kanan. Line suma clear x de menunjukkan sebarang perlakuan pelik. Langit cerah, spotlight besar terpacak tengah2 langit.

"Haloo...tido ke?" aku buat2 tanya soklan budak x abis skolah. Jiran selang 23 buah rumah sederet ngan rumah aku ni slalu nya memang suka lepak sembang2 depan rumah sampai ke pagi. Kerja kerajaan bleh la buat perangai macam tu.

"Wei...datang sini. Tengah ada rush ni." jawapan s.o.s telah aku terima. Aku kucar kacir capai sweater snoop dog sambil sarung boxer. Hati aku x berapa sedap. Ntah ada rompakan atau kecurian atau ada sessi makan durian barangkali. Dorang ni pun bukan bleh percaya kan sangat. Kengkadang tu gempak je lebih.

Sambil tutup pagar dengan cara larian setempat, aku ambik keputusan berjogging menuju ke arah berkaitan. Belum lagi nak sampai tempat untuk dituju, dari jarak 60.14 meter aku memperlahan kan joging aku. Ada 5~8 orang tengah berkurumun kat satu kreta. Dari gerak geri bodi language serta vokal, aku pasti dorang tu adalah jiran2 aku. Terus aku joint da club.

"Eh..apsal ni?" Aku perati sorang kutu tengah serabut menyusun akal menjawab soklan2 dari ahli rukuntetangga. Sorang jiran tengah mencekak leher kutu tu yang tengah tersandar tepi kreta. Aku syak baru lepas kena penampar barangkali. Dalam kreta tu ada sorang awek tengah sibuk betul2 kan dressup.

"Tengah mentenet (istilah berjimak kat tempat aku) kat depan rumah aku." Sorang lagi jiran aku selaku perancang utama. Menerusi investigated, couple ni kena ambush ketika tengah bertenggek kat tempat co-pilot dalam suasana yang suram di bawah tiang lampu jalan yang dah x berlampu. Dekat sejam lebih jiran2 aku menghayati watak dorang dengan x mengcalling aku langsung. Alasan dorang x nak mengganggu hubungan kelamin malam jumaat aku. Ciss!!! durjana sungguh punya alasan.

Kesudahannya, kutu tu kitorang lepaskan tampa jaminan. Nasib baik bukan budak taman kitorang. Awek tu sempat kitorang ambik alamat lengkap dengan salinan ic skali. Bleh tahan gak awek ni.

11 June 2009

Macam2 perangai dalam beberapa minggu ni yang buat aku macam rasa x berapa nak blah.

1)
Dah 2 minggu berturut2 aku buat keja pakai earphone pasang lagu search. 1hb 8 ni memang x payah amy tu risau kan pasal x hafal lirik. Adik aku balik2 dari cuti sem. pun terjerumus pasang lagu search. Padahal bersepah sluar skinny dalam bilik. Tapi memang cilakak!! Baru nak tempah tiket, baru dia begitau 1hb 8 ni dia kena balik skolah. Baru sekarang dia beritau aku? Yang hari2 aku dok menghafaz lagu search ni nak buat apa? Mak aku pulak suruh aku bawak satu famili pegi menghantar dia. Aku pasrah...Jiwa parah...Adik aku berseringai je kat sebelah.

Jadi, aku terpaksa bersikap positif. Setidak2 nya,aku terlepas dari dosa2. Nama baik mak aku pun nak kena jaga jugak. x ke buruk perangai mak aku mengaji kat skolah, anak2 pegi menyalak tengok konsert.

2)
Baru2 ni amoi yang ketiak bau cipan tu pun dah berenti keja. Pun cilakak jugak dia tu. Kompeni hantar pegi singapore 2 bulan suruh jaga site. Tapi dia dah dapat keja lain kat sana. Aku syak itu cuma agenda dari bos aku. Mungkin dia pun dah x dapat nak tahan napas. Sampai jauh singapore sana dia campak itu amoi. Lepas 2 minggu dia keja kat tempat aku ni, hidung aku dah mula serasi ngan bau dia. Sembang pun dah makin mesra. Tapi belum sempat dak bermesra2'an, dia dah berenti.

x pe. Itu pun aku kena terima secara positif.

3)
Skang ni plak, dah x de towel merah bersidai kat tepi pagar rumah. Maka, dah x de hangit bau towel x basuh. Mamat2 bujang tu dah tukar pada mamat2 bujang yang cukup sifat rajin nya. Baru 2 hari masuk, dah siap tukar cat rumah. Lalang2 blakang rumah sama tinggi pintu dapur pun dah kasi tebas habis. Peramah pun boleh tahan. Tapi yang aku x berapa nak blah, anak2 dara jiran baru sebelah kanan ni plak, suka sangat sidai suma baju lepas basuh dia kat pagar. Kalau tengok tang jauh dah macam rumah kongsi pun ada. x kesah la. Itu korang punya pasal. Kalau bakal mak mertua tolak pinangan jangan pandai2 nak tanya kenapa. Pasal nya, dengan bra sama spenda pun skali sangkut pakai hanger kat depan rumah. Dorang ingat aku yang dah kawen ni dah cukup nafsu ke?

4)
Hari ni 1st time kompeni aku kena audit. Sblom2 ni cuma internal audit. Kitorang2 je yang audit department masing2. Kali ni baru betul2 orang iso sendiri yang audit. Hati aku berdebar2. Berdebar2 sama macam tengah ambik lesen memandu. Takut x cukup markah sama takut dengan x dapat jawab dari auditor. Kecewa kena ulang ambik lesen sama kecewa kalau kena ncr. Malu pun ada woo... Tapi skang ni audit pun dah abis. Sekor pun x datang nak audit aku. Hahaha...Apejadah nya nak audit draftman? Drawing tu stakat boleh tengok je. Nak soal lebih2 pi tanya designer la.

5)
Itu hari aku masuk hospital pasal demam lepas pegi kenduri kawen sepupu aku. Skarang el-nino tau x? Dia punya panas boleh kasi aku demam sampai 2 hari x bangun2. Itu baru el-nino. Belum api neraka lagi. Wife aku dah cuak sampai hantar aku kat spital seremban. Sampai spital, aku suruh dorang balik pasal aku x nak kuman2 spital melompat kat anak aku. Tapi aku memang x puas hati dengan layanan spital kerajaan ni. Muka aku ni ada iras2 suka ulang alik pegi london ke sampai aku kena kurung dalam bilik kaca sampai seploh orang?
"kamu ada baru balik dari oversea x?"..."saya keja kampung je. rumah pun buat sendiri je encik" tetap dorang x percaya tipu helah aku. Kesudahan nya, sorang apek sudah sangkut kuman babi. Padan muka. Sapa suruh makan babi. Meraung2 dia punya raung.