AKU  DAN  SESUATU

27 October 2008

Dah lama x merasa bujang

24/10/2008 – malam sabtu –

Malam ni ada majlis makan2 hari raya khas untuk suma warga Seremban Engineering. Start pukul 8mlm. Sebelum tu aku+Azizul&Akram ada makan2 jugak kat wife aku punya sekolah. Memang kenyang la siap bungkus bawak balik. Seremban Engineering buat kat Kmpg.Jiboi area Ampangan. Siap ada karaoke. Dah lama betol aku x berkaraoke. Nasib baik member2 aku sporting. Kalo x mati kutu aku kat meja makan. Itu malam aku balik pukul 12.30pagi. Satu pencapaian yang bagus untuk aku lepas kawen ni.



Makan time..

Menyalak time...

Aku belum boleh nak pikir untuk bulan 12 ni

Syukur pada Allah...Zahra dah sehat. Memandang kan Zahra ni x penah berpisah ngan ummi nya tiap2 malam, kena plak waktu dia x sehat, malam wife aku 1st time pegi kursus tu, aku berperang ngan Zahra. Nak tido melalak panggil ummi, lepas terjaga melalak panggil ummi. Pukul 5 pagi aku menyelanak bawak Zahra ronda2 town Senawang nak bagi dia cool. Terima kasih kat Kak Lang Maria & famili sebab tawar kan air sireh untuk Zahra. Itu hari memang aku huru hara di buatnya. Itu baru kena tinggal kan ngan ummi dia 1 hari, bulan 12 ni ummi dia ada kursus untuk 1 minggu plak. Hargh…boleh kencing manis aku cam ni…

25 October 2008

Homeopathy - Dr.Jannah - Tmn.Matahari Height

Acu cakap Zahra ada pegang kain selimut arnab. Aku suspek Zahra ada alahan macam aku kena kecik2 dulu.Ari ni dah masuk 3 hari Zahra demam dari khamis itu hari. x penah2 dia demam lama macam ni. Walaupun dia demam+selsema+batuk, dia masih lagi ada mood nak bergurau macam orang x sakit. Bemakna dia punya daya tahan sakit masih under kawalan. Tapi aku still dah mula risau. Kami dah bagi dia ubat setiap 2 jam skali pun masih x ada perubahan.

Pagi ni aku suruh wife aku bawak Zahra jumpa Dr.Jannah semula sebelum wife aku pergi kursus keselamatan kat PD pukul 2 petang ni. Sejak Zahra lahir, aku dah amal kan perubatan Homeopathy (klik untuk mengetahui lebih lanjut). Aku akan cuba x nak terlibat dalam kancah dunia perubatan berasas kan dadah. Ubat2 kerajaan ni lebih kepada menahan sakit dari menghapus kan penyakit. Aku dah nampak kesan tu kat Ayah aku sekarang. Buah pinggang dapat effect dari pengambilan ‘dadah2’ tu.

Zahra demam. Towel sejuk kat dahi.

23 October 2008

Projet Senawang bah.2

Lepas abis drama melayu, aku dah lewat nak ke rumah Cumi. Masing2 dah start menunggu kat Projet. Masing2 dah sibuk tengok kereta orang, dengar ekzos bising, tengok sport rim, komen itu, puji ini, kutuk sana, kutuk sini. Tengah leka dok peratikan gelagat manusia,

“I/C!!.. I/C!!.. keluarkan I/C!!.. bagi saya I/C kamu!!!...

Hah??!!...kena rush??!!...arghh… ape bangang sangat polis ni pakai baju biasa nak tangkap orang? Siap boleh menyamar sembang mengumpat lagi tu. Masing2 kecoh satu Projet. Jalan keluar dah kena blok. Mana2 kereta yang paking tepi jalan, kucar kacir nak lari. Yang hampir terlepas, kena hempuk ngan topi keledar kat cermin depan. Berderai… Peargh.. dah macam fast and furious pun ada.

Dekat 2 pagi la ramai2 kat Projet tu. Sape x de kereta, kena hangkut ke Balai Polis Paroi naik Black Maria. Faizul+Fazli+Fairuz & ntah sape lagi boleh siap gelak dok berhimpit2 dalam trak tu. Sapa yang bawak kereta macam aku, terus ke Balai Polis. Pukul 5 pagi baru settle siap urine test. Balik rumah pukul 6 pagi bukak NTV7. Harharhar… tajuk berita utama tuu..

Skang kitorang dah insaf sebab petrol dah mahal. Projet dah bankrupt dah tukar ke Shell. Skang zaman mat rempit la pulak yang berleluasa kat Senawang tu. Suko ati kau la!!..Ni sepupu aku Faizul. Dah kawen dah pun bulan 4 itu ari. Antara sebab dia dah insaf. Lebih kurang macam ni la sengih dia kat dalam Black Maria tu.

Projet Senawang bah.1

2002 – 11~12malam – Bujang lagi –

Starting turun dari Tmn.AST (port bapok2 Seremban cari rezeki) lalu depan Terminal One, tempuh 3 traffik light jalan lurus ke Pasar Seremban, corner lalu depan Masjid, lalu depan MPS, corner lagi sebelah Parkson, masuk balik ke Terminal One, buat U-turn ke check point kat Tmn,AST.

Malam minggu jalan2 utama ni akan jadi litar kitorang. Kitorang akan melalaikan diri untuk buat aktiviti lumba tampa permit. Tapi kitorang x main duit. Saje suka2. Masa tu aku pakai Iswara aeroback. Enjin standard, tapi suma kreta aku cabar. Dari kancil sampai la ke BMW.

x lama lepas tu dekat area Senawang dah ada bukak satu Projet. Stakat masa tu Projet la yang paling cantik dia punya infrastruktur berbanding dengan Petronas. Kawasan pun luas+selesa+tandas wangi. Kalau masuk Projet isi minyak, rasa riak je muka. Oleh kerana kawasan Projet ni luas, Projet ni dijadikan tempat berkumpul sebelum konvoi, jumpa kengkawan, melepak dan macam2 la boleh buat hinggakan malam2 minggu akan dijadikan port untuk mamat2 kereta sebelum nak pegi beracing ke town.

Asal malam minggu je mesti penuh la Projet ni. Yang datang nya lebih ramai parking kereta dari nak isi minyak. Kengkadang tu siap ada bukak bonet belakang tunjuk sound system berdentum2. Dah macam autoshow pun ada.

- malam minggu tu –

Fazli: “Boy..cepat la datang..ko buat ape tu?!!” (kat umah cumi)

Aku: “Okeh..okeh..aku tengah on the way la ni!!..”(sambil nak abis kan drama melayu lagi 20min nak 11mlm)

Fazli: “On the way palotak kau!! Kau tu pakai tlepon rumah!!”

Bersambung…

21 October 2008

Agak2 berapa tan aku kena sumpah?

Itu jam aku memang nak cepat kejar traffic light dari kaler hijau ke kaler merah. Tapi apa ke sial ada driver depan aku boleh bawak 50km/j dengan keadaan x sesuai langsung dengan kelajuan macam tu!! Aku x kesah. Itu ko punya pasal la ko nak bawak laju ke, pelahan ke. Tapi hormat la kat pengguna jalan yang lain. Dah bagi lampu tinggi lip lap lip lap, baru la masuk ke lane belah kiri. Pulak tu slowmation je masuk. WTF!!!

Cis!!!..tengah bertalipon rupa ei. Memang bangsat perangai macam ni. Lampu plak dah bertukar semerah muka aku. Aku x puas hati. Aku cilok duduk depan dia. Otak aku dah macam2 buat planning nak kena kan driver macam ni.

-Lampu dah hijau-

Aku masuk gear 1 buat2 enjin termati. Harharhar…skang bukan kreta belakang aku je tergendala. Ada dekat 6~8 biji kreta dah jammed. Dengan muka sayu aku kluar dari kreta bukak bonet depan. Buat2 check enjin. Pandai2 la korang bergilir2 kluar dari barisan aku. 3x lampu hijau gak la aku sibuk berlakon. Aku buat muka ketat je pandang driver tadi berlalu.

Si Zahra

Aku melilau keluar masuk kedai cari anak aku. Panggil2 x jawab. Aku dah mengelabah. Tadi ada kat sebelah aku. Skang dah x de. x puas hati, aku pakai GPRS jejak si Zahra ni. Rupa2 nye dia bleh dok senyap tengah punggah kentang masuk dalam plastik.

20 October 2008

1st Time Skodeng

1992 – Sekolah Agama Repah, Tampin –

Aku banyak belajar jadi jahat kat Sekolah Agama ni. Pelik betul. Patutnya kat Sekolah Agama jadi bertambah baik. Alaaa..tu suma pokok pangkal kat diri masing2.

Minggu ni last jadi budak tingkatan 2. Sekolah tu sampai tingkatan 3 je. Bemakna 1 minggu terakhir ni, macam2 perangai kena buat untuk menghiburkan diri. Warden pun dah malas nak handle kitorang lagi. Waktu kitorang penuh dengan aktiviti x sehat untuk dilakukan selaku pelajar berasrama. Mandi lombong beramai2 pun ada, main spirit2 pun ada, isap rokok atas syiling bilik mandi pun ada, tengok bahan lucah jangan tanya laa…

Tengah syok2 tido, dalam pukul 2 pagi tu, kawan aku (Faizal kecik) kejut kan aku jak buat aktiviti panas kan badan. Mestilah nak follow. Ni suma akan jadi kenangan. Kitorang menuju kat belakang bilik mandi. Peargh…ada dalam 8~ 12 orang la aku pikir. Muka2 skema yang x patut jadi jahat pun ada. Modus operandi kitorang malam tu adalah skodeng pelajar pompuan tido. Aku dah teruja. Dada aku dah berdebar2, kena plak embun jantan meresap kat tulang. Aku tengok perancangan diorang dah macam citer Nam Tour Of Duty pun ada. x suma bleh kena pergi. Kena follow the leader. 3 pergi termasuk leader, yang lain stay menunggu giliran.

- Giliran aku dah tiba –

Leader: “ Abot..jalan kena tunduk tau..selipar tanggal, yang penting jangan ada bunyi.” (dah macam sarjan plak bagi arahan)

Aku: “Okeh..you go 1st, I go 2nd.”

Leader tu punya pergi memang pantas. Laluan utama kena lalu depan bilik mandi pompuan dan buat corner L ke belakang bangunan asrama dan panjat tingkap nako untuk skodeng secara live dari jarring besi atas tingkap nako tadi. Aku x berapa focus. Aku lebih ke tengok keadaan sekeliling. Mane lah tau ada ambush ke. Badan aku dah menggigil sejuk+takut. Yang aku Nampak Cuma katil double darker yang berbaris dan pompuan tengah tido. ‘Harapan’ tinggi yang aku pikirkan tadi x jadi kenyataan. X de langsung adengan 18sx. Belum sempat nak focus, leader dah terjun nak cabut. Aku pun cabut la.

Sampai kat tempat check point, memasing terus berkerumun kat leader. Wallawei…memang licik betul leader ni. Cemana aku x leh perasan dia sempat singgah kat penyidai dalam bilik mandi tadi rembat spenda+bra budak pompuan. Patut la semenjak menjak tu pehak sekolah terima aduan ada spenda+bra diorang hilang. Aku suspek leader ni mesti antara yang terlibat.

Background lagu untuk post ni. Sila download:
Skodeng live
Kami Yang Disyaki - The Suspect

Cuba cari apakah berkat dari amalan baca Bismillah 21x?

18/10/08 – sabtu – kat kedai moto

Aku: “Boleh jatuh ka kalau saya tengah bawak moto?”

Tokei: “Patut jatuh laa..lu kira sudah nasib baik laa”

Aku dah temenung sambil menghayati watak aku tengah pecut moto di kelajuan 100km/j. Pas tu, tetiba tayar belakang jammed sebab rantai kecik tercabut. Kompom2 aku hilang kawalan. Kena plak kereta dari belakang driver pompuan yang x reti nak mengelak sambil menjerit tutup mata atau driver x de sivik tengah bertalipon. Aku ape cerita??

Sejak aku pakai moto nak ke keja ni, x penah pun aku bawak tahap JPJ. Betul2 puas kalo dah dapat leading dari driver2 yang terhegeh2 tu. Kira dah tebus suma perasaan nak membunuh sewaktu nak ke keja pakai kereta dulu. Mungkin dari berkat aku baca Selawat-1x + ayat Kursi-1x + Bismillah-21x + surah Al-Ikhlas-3x setiap kali nak tido+bawak kenderaan atau berkat dari doa Mak aku. Itu hari tayar moto pancit pun ngam2 dah sampai tempat keja. Kali ni baru nak tolak moto nak balik, moto x leh gerak. Tu dah kira nasib baik ke atau memang dah nasib baik?

Background lagu untuk post ni. Sila download:
Hidup Kita - The Official
Get A Life - USV

17 October 2008

Kalo aku yang kena, aku dah mengamok satu hospital tu. Apu pedulik hape!!

17/10/2008 – pagi tadi.

Aku baru post citer pasal mencuri. Pagi tadi dapat citer mencuri lagi. Pagi2 dah buat mood aku nak jadi pembunuh. 2 hari lepas, adik (hanis) aku hantar massage sandle RM40 dia kena roket time dia solat Zuhur kat surau Hospital Pilah. (ayah aku masuk icu dah seminggu) Aku masih cool lagi. Lagi pun sandle tu dah 1 tahun lebih dia pakai. Terkilan gak la sebab sandle tu masih cukup sifat. Nasib baik dia ada simpan kasut kat dalam kereta. Selamat la dia dari berkaki ayam.

Pagi tadi dia massage lagi nak mengadu harta dia hilang. Handset 3G dia pulak kena roket. Pun dalam surau time dia tengah tido malam tadi. Aku dah hangin. Sebab handset tu la aku boleh savekan gambar2 aku kat dalam komputer. Handset dia ada memori card. Handset aku belum nak beli lagi. Aku dah terbayang muka Helmy Rizal. x kan dia yang punya keja kot? x nampak pulak kelibat dia kat hospital tu. Sebab modus operandi dia lebih kurang sama je. Tapi aku yakin. Yang mencuri tu confirm2 budak melayu yang x abis sekolah yang bekawan dengan budak2 x abis sekolah. Aku dapat beza kan diorang macam ni sebab aku ada kawan yang x abis sekolah, tapi bila dah bekerja, cerah terus masa depan sebab berkawan dengan budak cukup sekolah.

Ape nak jadi? Mencuri dah 1 dosa. Pulak tu buat projek haram kat surau tempat orang beribadah. Dah 1 dosa. Pas tu confirm2 x sembahyang punya. Dah 1 dosa. Total atas kertas = 3 dosa. Alang2 nak buat dosa, buat la kat kaum lain cilako woi!! Tu la deh melayu!!

Background lagu untuk post ni. Sila download:
Inner City - The A.C.A.B.
No Way Out - Saturnine

16 October 2008

Mencuri2 jugak..agak2 lar..

Giat Mara Pasir Besar - 1996

Aku makan tengahari pukul 12.30~1.30pm. Lepas makan aku terus ke Masjid+siap2+sembahyang zuhur. Masjid 100m je dari Giat MAra tu. Lepas sembahyang sambung kelas masuk pukul 1.30pm. On-the-way, aku seluk poket seluar aku dah x berduit. Sah..ada orang selongkar beg plastik SOGO aku time aku sembahyang tadi.

- Dalam bas nak balik rumah -

Reza: "Zairy..aku nak begitau kat kau ni. Tapi kau jangan 'melatah' pulak"..

Aku: "Ape dia?"

Reza:"Kau ade hilang duit kan? Helmy yang curik tadi masa kau sembahyang."

Aku terkedu. Teringat time rehat pukul 3 tadi. Diorang ada main tulen. Helmy lain macam pulak buang duit main tulen. Muka riang je. Rupa2 pakai duit curik aku. Pukimak lu Helmy Rizal!! Aku nak tengok tahap mana kaya dia lepas curik duit aku. Aku pun penah mencurik jugak. Tapi biar la bertempat. Kat kedai Ah Kaw ke, kedai cina panjang ke, barulah rambo.

2 tahun lepas ada kenduri kawen sedara belah wife aku kat Palong 6. Ada kelibat Helmy kat situ. Aku bertegur sape gak la ngan mamat ni. Huh..x kemana pun dia ni. Kat Palong gak dia terperuk..

Background lagu untuk post ni.Sila download:
Out of town - Subculture
Kelibat Korupsi - One Buck Short

15 October 2008

Iklan

Raye tahun ni aku x berapa sangat. x banyak jalan2. Ayah aku x sehat. Lepas operate masalah jantung bulan 4 itu hari, system badan dia terus down. Walaupun sebelum ayah operate memang x sehat, tapi lepas operate x sehat tu jadi double x sehat. Sedara mara ramai yang datang ziarah Ayah aku. Rumah Gemas dah jadi macam open house. Mak aku la yang paling kesian sebab x berapa pantas untuk kerja dapur. Ayu+wife aku jadi penyelamat keadaan.

Walaupun dalam x berapa raya, tapi tahun ni amat bermakna bagi aku. Aku pun dah mula berdamai dengan akak aku walaupun x semesra sebelum kawen. X de hal la, asal kan Mak+Ayah aku x berdosa sebelum sampai “masa” diorang. Insyaallah..

Tahun ni jugak aku dapat bersua muka dengan kawan baik aku semasa kerja kilang Hualon 8 thn lepas. Bob baru kahwin bulan 2 tahun ni. Dia memang kurang hajar sebab x undang ke majlis dia. Dia x kerja kilang dah. Dah jadi pakar IT kat Majlis Daerah Melaka. Pastu siap ada side income lagi jadi photographer majlis kawen. Dia ni memang panjang akal.

Seminggu lepas jumpa Bob, aku terjumpa website crewpalong merangkumi warga sekolah menengah dulu. Tapi bukan batch aku la. Batch akak aku. Salah sorang tu abang kepada kawan baik aku tingkatan 5 dulu. Fadizul. Terus aku ketuk dia. Fadizul pun baru kawen gak. Skang dah jadi broker kreta kat area USJ.

Zaman dah berubah..Dunia dah maju..

Background lagu untuk post ni.Sila download:
Rest of my life - Flop Poppy
Tangible kind of thing - Juliet the orange

14 October 2008

Wan Keping wak lu!!

1995 - Tingkatan 5

Pagi tu aku pegi skolah macam biasa jalan kaki. Dah x naik basikal dah time tu. Kategori budak2 je yang masih naik basikal ni. Jalan kaki 1 kilo masih x de hal bagi aku. Kalau sampai skolah dah mengah2, bemakna aku bukan jalan kaki, aku lebih ke arah berlari sebab dah lewat nak ke skolah.Tapi pagi tu dada aku asyik berdebar2 je. Macam ada sesuatu x kena.

Skang baru 7.10a.m. masih awal nak ke perhimpunan. Lepas sidai beg kat kerusi, aku cuba layan sembang ngan kawan aku. Sedang tengah leka sembang, Cikgu Wan Keping secara mengejut masuk dalam kelas aku sambil bawak rotan panjang besar ibu jari. Memasing tertumpu kat Wan Keping menunggu nama sape kena petik.

Wan Keping: "Kamu mari sini ke depan". (serius sambil tuju kat aku dengan rotan)

Baru aku tau sebab ape dada aku berdebar.

Wan Keping: "Pusing belakang".

Aku pasrah sambil 2 tangan kat meja, badan bongkok sikit, buntut kasi setting abis kemut.

Zzzplass!!!... 1 x

Argghhh..sakit memang x hengat. Tapi tepaksa kontrol relek kat depan kengkawan. Terutama budak pompuan. Maruah kena jaga beb. Saham tengah tinggi.

Wan Keping: "Lagi sekali" (muka x puas hati tengok muka aku x macam orang sakit)

Aku dah buat muka bengang. Kalau dah 2 kali bemakna ini dah bukan kena hukum. Dah lebih ke arah dendam. Kena plak pepagi buta dah datang cari aku. Kalau atas nama hukum, bila2 pun bleh cari aku lepas perhimpunan.

Zzzplass!!!... 1 x

Eeerrrkk...kali memang kena kaw..kaw..walaupun dah abis kemut, kali ni punya hayun memang tinggi.

Wan Keping: "Skarang kamu pegi sapu balik rambut bersepah kamu yang saya gunting smalam kat koridor tu." (sambil berlalu dengan penuh macam gampang)

Aku bukan kategori budak bermasaalah kat skolah. Nama aku pun x glamour langsung kat bilik disiplin. Cuma aku kena layan arus zaman pelajar tingkatan 5. Kalau dah tingkatan 5, mestilah kena rambut panjang. Baru la budak2 junior tau yang kita ni senior. Walaupun aku berdendam dengan Wan Keping ni, aku cukup hairan sebab aku x penah terserempak dengan dia kat luar bidang sekolah. Ntah ape jadi lah ngan Wan Keping ni skang. Dah jadi zombie Kampung Pisang kot.

Background lagu untuk post kali ni. Sila download:
Dark side boys - The Official
Where have all the boot boys gone - A.C.A.B.

11 October 2008

Kereta tarik depan boleh drift ke?

2004-9.40mlm-Bujang lagi-Malam masih muda.

Aku ngan Fazli (sepupu aku) on the way nak ke balik rumah. Koordinat skang ni kat depan Mobil area Tmn. Sri Mawar Senawang menuju ke Tmn. S'ban Jaya. Depan sikit lagi nak ke Tol Senawang. Kelajuan jentera aku lingkungan 60km/j. Kelajuan tahap balada. Sedang aku layan radio ngan Fazli, tetiba ada satu satria sudah potong nipis cilok depan aku. Perangai kurang didikan macam ni la selalu buat hati aku panas. Spontan tindakan reflex kakitangan aku bertugas untuk mencabar kewibawaan satria tadi. Dia punya zig-zag memang licin. Aku takde hal sebagai pihak mengejar sampai la kat traffik light merah simpang 4 area S'ban Jaya. Skang ni jarak bumper depan aku cuma 1' dari bumper belakang dia. Aku x nak dok sebelah dia. Saje nak saiko.

- Aku dah ready gear 1

- Lampu bertukar kaler hujau

- Senag2 je satria tadi kena tapau ngan aku. Nampak sangat satria tu stakat 1.3 atau lambat pick-up atau ramai penumpang atau kurang pengatahuan. Ada hati nak kerek ngan aku.

-Lagi 70meter nak masuk corner 90degree ke Tmn. S'ban Jaya, aku kena lepas kan minyak untuk perlahan kan pecutan aku.

- Cis!!.. berani lagi nak cabar aku

Mengikut daya pecutan sains matematik aku, jarak 70meter tadi dah cukup cerdik untuk perlahan kan pecutan . Aku ngan Fazli terpegun tengok satria tadi tetiba buat drift nak masuk corner 90degree. Memang betul2 live drift cakap lu.

Screeetch!!.. + Prooouukk!!.. (drift+terbabas atas divider)

Pergh..memang hati kering rider ni. Aku x ambik risiko nak berenti time tu gak. Kang x pasal2 masyarakat yang tengah jamu selera kat Dol Tom Yam tepi jalan tu bertindak luar batasan. Aku cuma buat u-turn lepas 200meter dari tempat kejadian.

Aku: "Hallamak macha.. apa sudah jadi?.." (sambil berlari hulur bantuan)

Macha: "Over sliding la macha" (sambil nak angkat kereta dari atas divider)

Orang dah mula berkerumun.

Masyarakat: "Dia ni berlumba tadi dengan satu satria tadi"

Masyarakat: "Ooo..yang satu satria yang dah lepas tu?"

Masyarakat: "Haa..tu la..beracing lagi"

Kasudahan nya satria tu x berjaya di alih kan. Tepaksa tunggu towing. Enjin x leh hidup. Shaft patah. Rim bengkok. Minyak hitam dah meleleh kluar. Macha tu nak balik ke Mantin. Pi mampos sama lu. Aku nak balik rumah nak tido.

Moral: Jangan berembat dengan koleng. Diorang ni kalo bawak kreta macam koleng. Aku x tau sebab tinted satria dia kaler hitam.

Fazli dah kawen. Ni gambar anak dia.

Background lagu post kali ni.Sila download:
Come On - BitterSweet
Red Line - Shizuka

10 October 2008

Giat Mara Pasir Besar - Mekanik Enjin Kereta

1996

Lepas berenti dari Sekolah Pondok, Ayah aku hantar belajar kat Giat Mara Pasir Besar ambik course mekanik enjin kereta. Macam biasa aku x de pilihan lain selain ikut cakap ayah aku. Lagi pun bleh dapat elaun. Dapat gak la buat belanja. Sebenarnya x terniat pun nak jadi mekanik sebagai sumber pendapatan aku. Kat Giat Mara tu cuma nak ambik pengetahuan je. Belajar pun x berapa serius. Tenaga pengajar pun lebih kurang je nak mengajar. Memasing kebanyakan yang aku tengok x leh buat keja pun. Macam aku. Cuma ada 5~6 orang yang kengkadang serius kearah buat keja. Aku tengok diorang macam dah ada pengalaman, cuma nak dapat kan sijil je kot. Aku plak kalau kelas teori memang aku serius sambil ambik note. Time praktikal plak aku x berkenan sangat nak sentuh enjin yang x bertemadun tu. Paling canggih pun seketul enjin standard Proton Magma. Yang lain2 enjin kereta zaman Black Dog Bone. Ape kelas?! Aku nak belajar convert enjin turbo. Baru la orang2 macam aku ada semangat nak belajar. Baru la memasing sibuk nak bukak bengkel kreta sindri.

Masuk kelas pukul 8 balik pukul 4. Macam time pejabat kerajaan plak. Pagi2 aku tunggu bas kat tepi kebun getah depan rumah aku. Bas lalu situ dari main opis Palong 8 nak ke Bahau. Dressing aku x serupa nak ke arah mekanik. Lebih ke arah nak ke shopping complex. Mane la tau ada plak pompuan satu skolah aku kat dalam bas tu nampak aku pakai 'uniform' mekanik, jatuh la saham aku. Mesti la kena pakai smart2 untuk matching ngan rupa paras aku. Pegi Giat Mara aku x pakai beg skolah sendang belakang. Aku bawak beg plastik lambang SOGO yang dalam tu ada buku log nak tulis nota, perkakas alat tulis, kain pelekat+kopiah, sabun mandi & alat2 mekap aku. Aku pun pelik cemana benda2 tu suma bleh muat kat dalam plastik tu. Kalu dah jinjing beg plastik SOGO tu, bemakna masyarakat akan nampak aku macam baru balik dari shopping kat SOGO klumpo. Dah glamer kalau pegang beg plastik SOGO time tu kat Palong. Orang Palong time tu mane lagi reti shopping kat SOGO.
Ada satu pagi tu, pengajar aku x berapa mengajar. Lebih melayan borak. Memasing buat aktiviti sindri. Aku ngan 3 orang (helmi, reza, kedah) kawan aku lepak kat satu port baaik punya. Kitorang layan menyanyi. Macam2 lagu kitorang nyanyi. Dari mode yang perlahan sampai la menjerit macam cipan. Tengah syok2 tarik lagu wings lena diulit intan, tetiba...

Whoii!!.. (cikgu dari kelas elektrikal)

Kitorang tersengih sambil tunggu tindakankan yang bakal dikenakan.

Korang berbaris skang!!..

Masing2 dah terkulat2 nampak rotan kat tangan cikgu tu. Aik.. dah abis skolah pun kena rotan gak ke? Rupa2 nya cikgu tu kasi rotan tu kat kitorang suruh rotan memasing punya punggung.

Amacam? mekanik x aku?

Background lagu untuk post ni. Sila download:
Young Loud & Proud - Root & Boot
Class Kid Story - Corumn 80'

09 October 2008

Tanda-tanda Keruntuhan Empayar USA

Ni aku copy paste dari blog Isu Melayu Global untuk kita compare kan dari post usia bumi aku sblom ni.

Amerika Syarikat sudah lama melakukan fitnah dan penganiayaan terhadap Islam dan telah membunuh ramai umat Islam. Maka kemungkinan besar bermacam malapetakan yang kini menimpa Amerika Syarikat dengan bertubi-tubi seperti becana ribut taufan, kebakaran besar-besaran serta kegawatan ekonomi adalah balasan dari Allah SWT. Dan kegawatan ekonomi yang bermula sejak setahun dua yang lalu kini memuncak dengan berlakunya krisis kewangan yang amat serius. Telah dikatakan oleh pakar-pakar kalau krisis kewangan ini gagal diatasi dengan cepat, maka ekonomi Amerika Syarikat akan merundum dengan lebih teruk lagi dan akan hilanglah taraf Amerika Syarikat sebagai economic superpower. Seperti yang dikatakan oleh Presiden Iraq, Ahmadeenejad semasa bertemubual dengan Larry King di CNN baru-baru ini, empayar Amerika Syarikat sedang menjurus kearah keruntuhan.

Hari ini, Isnin 29 September 2008, pelan Presiden Bush yang bernilai USD 700 Billion untuk melakukan bailout bagi menyelamatkan beberapa syarikat kewangan gergasi akan dibentangkan semula di Congress Amerika Syarikat. Rakyat Amerika Syarikat rata-rata masih membantah pelan bailout tersebut kerana ianya digubal secara tergesa-gesa dan wang rakyat yang sebanyak USD 700 Billion itu lebih kepada menyelamatkan golongan kaya. Dengan tidak mendapat restu serta sokongan dari rakyat maka kemungkinan besar pelan bailout tersebut akan tidak begitu berkesan dalam mengatasi krisis financial meltdown yang sedang di hadapi Amerika Syarikat sekarang ini.Kita telah melihat dalam sejarah keangkuhan dan kezaliman serta keterlaluan sesuatu empayar itu membawa kepada keruntuhan moral dan kegawatan ekonomi dan seterusnya kepada kehancuran sesuatu empayar itu.

Begitulah telah tercatit dalam sejarah. Dan empayar Amerika Syarikat kelihatan sedang menuju keruntuhan tersebut. Begitu angkuh sekali Presiden Bush dan lain-lain pembesar Amerika Syarikat berulangkali menyebutkan 'this great country of ours." Lupa mereka bahawa mereka hanyalah makhlok yang lemah yang dijadikan oleh Allah SWT. Sememangnya Amerika Syarikat telah dan sedang mengalami keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi, umpamanya dari mengalakkan seks rambang kepada membenarkan perkahwinan sesama jenis. Dan Amerika Syarikat berusaha pula mengeksport keruntuhan moral mereka itu ke negara-negara Islam terutamanya ke negara-negara Islam yang dijajahnya, iaitu Iraq dan Afghanistan. Dan Amerika Syarikat bersama-sama negara-negara Barat yang memusuhi Islam telah terus menekan negara-negara Islam agar mengubahsuaikan hukum-hukum Islam atas nama hak kebebasan individu dan hak asasi manusia. Bermacam helah dan tipudaya seperti mewujudkan muhibbah antara agama dan mewujudkan inter-faith dialogue digunakan untuk memujuk umat Islam menggubah ajaran agama Islam.

Tujuan jahat mereka adalah untuk mengelincirkan akidah umat Islam.Memang setiap hari saya mendoa'kan agar Allah SWT melindungi umat Islam diseluruh dunia dari terus dianiayai dan dibunuh oleh Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya dengan menurunkan azab yang dahsyat-dahsyat secara bertubi-tubi ke atas Amerika Syarikat dan lain-lain negara dan bangsa yang memerangi Islam. Alhamdullilah saya dapati ramai umat Islam yang turut mendoa'kan yang serupa. Doa' memohon kepada Allah SWT itu senjata kita, dan semakin jelas terbukti doa' kita umat Islam lebih kuat dari senjata nuklear yang ada di tangan musuh kita.

Saya yakin segala macam bencana yang kini bertubi-tubi melanda Amerika Syarikat antara lainnya adalah akibat dari doa' kaum Muslimin dan Muslimat yang dianiayai itu yang dimakbulkan Allah SWT.Lihat apa jadi kepada negeri China yang telah ambil kesempatan sebagai tuan rumah sukan olympik untuk menyerang dan membunuh ramai rakyatnya yang beragama Islam. Menurut kerajaan China tindakan kejam mereka itu bertujuan untuk memastikan sukan olympik di Beijing selamat dari serangan pengganas Islam. Tidak beberapa minggu setelah tentera China memburu dan membunuh ramai rakyatnya yang beragama Islam itu, kita dapati gempa bumi yang amat dahsyat menimpa suatu kawasan di negri China. Ratusan ribu rakyat China terkorban.

Sekarang China mengalami pula bala susu yang mengandungi bahan melamin yang mengakibatkan ramai bayi di Cina samada terbunuh atau jatuh sakit. Ini balasannya apabila menipu dalam perniagaan. Tidak berapa lama dulu alat permainan kanak-kanak buatan China didapati tidak selamat, dan dengan penipuan terbaru iaitu penipuan dalam pembuatan susu bayi yang mengandungi melamine ini pula, pengeksportan hampir semua produk China pasti akan terjejas.Yang menentang azan di Malaysia, tengoklah nanti bala yang akan menimpa kamu semua.Kita tunggu dan lihat lain-lain bala yang bakal ditimpakan oleh Allah SWT ke atas Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya yang memfitnah, mengkhianati dan membunuh umat Islam.

Teruslah kita berdoa' agar Allah SWT akan melindungi kita umat Islam di seluruh dunia dan menimpakan becana malapetaka ke atas musuh-musuh Islam. Seperti yang kita umat Islam sedia maklum, doa' memohon kepada Allah SWT itu senjata yang amat kuat yang ada pada kita. Maka berdoa'lah dengan penuh keyakinan dan dengan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT. Yakin, jangan tak yakin.

Background lagu untuk post ni. Sila download:
13th May - Plague Of Happiness
My Baby Dont Wanna Play With You Too - Subculture

Usia bumi

Tadi aku baca post dari Isu Hangat. Aku copy paste kat blog aku buat renungan untuk aku dan kengkawan.

Assalamualaikum. ..

Mesti korang tkejut kan ..neway, just bace dulu n evaluate it later...Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Bukti kebenaran Al Quran.Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000tahun gambar itu diambil oleh NASA.

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah...daripada ini kita ketahuikita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi. Jikalau ini benar, bumi akankiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumiyang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akanmelanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkanorbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentambumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akanmusnah pada tahun 2065....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022,disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakanbahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamatpada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat padatahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066Wallahu'alam. ..

Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadithyang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakansendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluhartikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti inidikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecillagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akanrugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah.Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang janganrisaula..aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuksemua umat Islam.

Background lagu untuk post kali ni. Sila download:
Bangun - A.C.A.B.
Bila Aku Sudah Tiada - Hujan

07 October 2008

Susah nya nak hidup

Pada awal nya aku x terpikir pun nak beli rumah. Aku ingat lagi time aku keja kat Me-Tech dulu ada sorang HR melayu (watie) gedik berlagak poyo cakap dia nak beli rumah. Padahal dia beli rumah lama mak dia. Just tukar nama je. Itu pun kongsi ngan akak dia. Masa tu aku dah tunang. Aku pun tercabar gak la ngan ke-eksen-nan dia tu. Terus dalam bulan tu aku cari rumah untuk dijual. Satu malam tu aku ronda2 kat giant cari barang, datang la sorang amoi promote rumah baru kat area Senawang. 2 tingkat, 4 bilik, 2 bilik air, 2 kreta boleh masuk park, bleh 100% loan. Harga RM89,888. Monthly RM670. Lepas calculate2 tolak abis hutang, terus aku berkenan & bayar deposit RM500.

Skang aku plak yang kerek ngan pompuan gedik tadi. Aku target lepas ake kawen, bleh la terus masuk rumah baru. Tapi rumah tu bleh siap duduk lepas 6 bulan aku kawen. Seksa jap la lepas kawen merempat cari rumah sewa. Sehari lepas abis cuti kawen, aku bermalam dalam kaunter kedai tempat wife aku keja (Leno Dataran Senawang). Nasib baik kawan wife aku sporting+simpati. Malam tu kitorang tido atas lantai berlapikkan toto. Kesian betol ar. Besok tu balik dari keja, kitorang dapat simpati dari kenalan wife aku. Dia sewakan bilik solat opis dia jadikan tempat tinggal kitorang. Kat bilik 10'x10' tu kitorang duduk dalam 4 bulan sebelum kitorang pindah ke rumah sewa atas sebab peribadi. Kat situ gak la aku dapat berita gembira wife aku da mengandung anak sulung.

Rumah sewa kitorang kat area belakang rumah Acu S'ban Jaya. Acu gak la yang tolong cari kan. Kitorang sewa RM250/bln. Lepas Mak+Ayah aku balik dari Mekah, rumah aku dah siap boleh duduk. Akhir nya aku merasa gak la duduk kat rumah sendiri. Berbaloi la bayar bulan2 dari bayar kat rumah sewa. Yang pasti aku memang tenat untuk 1 tahun pertama usia perkahwinan aku. Macam2 dugaan yang x penah aku duga wujud kat kehidupan aku. Semua kenangan2 hitam pekat. x de yang cerah sekali pun bagi aku time tu. Sehingga lah anak sulung aku lahir baru lah baransur2 beban yang aku tanggung hilang. Semua berkat dari pertolongan Mak+Ayah+Ayu dan rezeki baru dari anak, tempat kerja baru serta dugaan dari Tuhan untuk aku.

Alhamdulillah...kedudukan aku skang dah kembali normal.

Background lagu untuk post ni. Sila download:
Bermimpi di siang hari - A.C.A.B
Bedroom Window - Nice stupid playground

Cilok gua, gua cilok lu

July 2002

Aku berenti keje kilang furniture kat Sungai Gadut (HeaveaPac) sebab aku x puas hati kat engineer aku yang selekeh tu (Mr.Ng). Dengar citer dia pun dah berenti sebab kena goreng ngan sape ntah & jadi manager kilang kat area Shah Alam. Elok la tu. Dia goreng aku, dia plak kena goreng. Aku x puas hati kat dia sebab ada satu hari tu sorang budak baru mamat cina ni jadi assistant aku (draftman). Tapi aku x puas hati sebab gaji dia lebih tinggi dari aku. Gaji aku time tu RM750. Gaji dia RM900. Mana aci main pilih kaler kulit. Selain tu manjang aku je yang kena tekanan kerja. Kesudahannya aku cuma bertahan selama 10 bulan je kat situ. Lepas dapat gaji & pengalaman bagus dari dia, aku terus cabut. Pi mampos sama lu. Lu cilok gua, gua cilok lu.

Sblom tu aku dah prepare lobang keja kat Rompin. Dah dekat skit ngan umah Mak+Ayah aku kat Palong. Kena ulang alik gak la hari2 dari rumah dalam 20min. Interview sempoi je. On the way aku nak pindah ke Palong dari rumah Acu, aku ngan Faizul+Fairuz singgah kilang tu (Gorise) untuk try interview. Terus dapat. Memang murah rezeki ar. 1st day aku keje kat situ, Opis dia simple. Pekerja opis 4 orang termasuk aku ngan bos. 2 orang amoi HR & account. Diorang ni gak la yang meng-interview aku itu ari. Bosan gak la kengkadang x de kerja pun. Aku lebih ke arah purchasing order barang. Kat kilang ada sorang supervisor. 2 orang boilerman. Sorang (acik Baharom) driver bos merangkap pegi beli barang. Kilang boleh tahan besar. Tapi product ciput buat kerusi meja bleh lipat export ke Japan. Untung kebanyakan dapat dari sewa tapak pada pihak Golden Hope. Diorang sewa mesin & bangunan kat situ buat mengisar pokok getah.

Selama aku kerja 5 bulan kat situ, dah 2 kali kompeni tu kena rush buat lelong barang. x tau la cemana bos aku tu bleh muflis. Abis suma komputer+perabot opis kena gadai. Nasib baik aku x duduk atas lantai.

Kat kilang tu gak la kawan baik aku kat skolah tingkatan 5 meninggal dunia. Kawan aku citer dia jatuh bangunan nak panjat buat wiring. Paling sadis dia meninggal bulan yang sama ayah dia meninggal selang setahun lalu. Kejadian tu semasa aku masih keja kat HeveaPac.

Selepas driver bos aku berenti sebab x puas hati kat bini bos aku, aku plak take over keja dia beli barang. Hari2 aku kena beli petrol nak isi kat forklift. Sampai la pada satu pagi tu bini bos aku suruh aku pegi beli petrol pakai kreta iswara aku. Kreta kompeni bos aku bawak pegi jumpa client. Kreta honda stream dia x leh usik. Macam cibai. Aku nekad, lepas aku hantar petrol kat forklift, aku salam kat diorang mana yang sempat, terus aku chow. Gaji aku Mak+Ayah aku pegi ambik kat bini bos aku tu. Nasib baik dia respek kat Mak+Ayah aku. Time tu dah x de hal nak cabut. Aku dah standby dapat keje kat S'ban bulan Jan 2003.

Tu la korang suka sangat cilok pekerja ikhlas macam aku ni. Selepas 6 bulan aku tinggal kan Gorise tu, kawan aku citer kilang tu dah tutup. Totally bankrupt. Bos dah punggah suma harta dia tengah malam balik singapore naik kontena. Kawasan kilang tu skang dah jadi sarang penagih dadah+maksiat+jembalang tanah+perhimpunan jin kepala hitam...

Background lagu untuk post ni. Sila download:
Aku Tetap Diriku - The Official
A Perfecth Match - BitterSweet

06 October 2008

A.C.A.B. (all cops are bastard)

4/10/08-sabtu

Pukul 6pm lebih baru lah plan nak ke beraya umah sedara. Umah sedara pertama aku adalah umah Kak Lang Maria. Manu kali ni mee hoon rebus ala2 soto. Memang best gileer.. Tengah dok bersembang, Ain call nak datang beraya kat umah dengan Acu munah. Kitorang cuma dapat hidang kan kue teow goreng mamak. Ain bertambah 2 pinggan . Bermakna sedap la tu.

Sembang punya sembang, Acu begitau orang yang xcdent kat Bukit Putus petang isnin aku balik Gemas itu hari, adalah adik kepada wife sepupu aku Fazli. Putus kaki kanan kena langgar dengan lori. Umur dalam 24thn lelaki. Yang sedih tu mangsa sampai kat hospital naik ambulan pukul 2 pagi. Skang ni diorang nak saman lori tu & polis sebab lambat ambik action. Bodoh punya polis. Memang A.C.A.B. betul.

Moral of the story: berhati2 di jalan raya. Tapi walau dah berhati2 di jalan raya, orang lain plak yang buat taik kat kita. W.T.F.!!

Background lagu untuk post ni. Sila download:
JBriot - The Official
Morron - Saturday Heroes
A.C.A.B. - A.C.A.B.

Runaway - The Pilgrim

Tahun ni punya raya

Alhamdulillah...akhirnya aku selamat menyambut Aidilfitri dengan keluarga aku. Skang aku dah mula bekerja lepas ambik cuti 4 ari. Ada beberapa peristiwa penting selama aku bercuti untuk aku selit kan pada entry kali ini.

29/9/08-isnin

Pukul 5.27pm aku dah standby kat punch-card nak tunggu 3min lagi nak blah dari kilang ni. Perasaan berkobar2 nak balik beraya membuak2 kat dada dari tadi. Tepat 5.30pm aku terus merempit balik umah siap2. Lepas lap kreta+mandi+kemas umah+tips cegah jenayah, pukul 6.30pm aku gerak try ikut jalan Pilah. Baru sampai Petronas Lavender Height, kreta dah mula bersusun jammed nak ke Bukit Putus. Ni kalo aku follow gak, pukul 12mlm pun belum tentu aku bleh sampai Palong. Terus aku buat drift u-turn balik ikut jalan Tampin. Dalam radio aku dengar kat Bukit Putus ada xcdent & jammed sepanjang 5 kilometer. Bemakna aku ambik keputusan cerdik ikut jalan ke Tampin. Tampin memang clear bleh bawak 80~100km/j. Pukul 8.30mlm aku dah sampai Palong. Lepas makan bawak wife+Zahra balik Gemas.

30/9/08-selasa

Lepas subuh, kemas umah+pasang langsir+pasang karpet. Mak dah mula buat lontong. Dalam pukul 10 lebih semua dah settle. x lama tu along datang dari senaling bawak anak2 ei. Nazri x follow. Pun bagus gak tu. Aku plak x de perasaan nak pi sambut along. Aku cuma dok belakang umah rebus lada kering nak buat sambal taucu sambil tunggu along datang salam aku. Ayu begitau along datang bawak baju raya untuk Mak+Ayah. Lepas siap rebus lada, aku siap2 nak ke Palong ambik susu Zahra yang tertinggal smalam. Sebelum nak gerak, Ayah panggil aku & along mengadap Ayah. Along memang kena skolah kat Ayah kaw..kaw..kali ni. Akhir nya aku dah berdamai ngan along. Dengan Nazri still aku x leh nak maaf kan dia. Walaupun dah berdamai, aku kekok nak bermesra macam dulu. Terpulang la kat along cemana nak ambik balik hati aku yang dah lama padam kat dia. Lepas settle, aku gerak ke Palong. Pukul 3 lebih aku dah sampai balik kat Gemas. Along tengah tolong Mak buat kek buah yang x menjadi akhir nya. Pukul 5 lebih Along bersiap2 nak balik senaling. Ni la 1st time aku salam cium tangan Along sejak 3thn yang lalu. Lepas along balik, tugas terakhir aku mesen rumput karpet depan umah. Baru separuh mesen, hujan lebat sampai ke malam. Pukul 6 lebih Anis balik dari kerja Hotel dia. Ari ni dia dapat gaji RM200 lebih & sibuk2 nak pegi Seremban nak shopping raya dengan kengkawan dia. Pukul 2 pagi baru selamat sampai Gemas.

1/10/08-rabu

Hari ni dah 1 syawal. Aku kucar kacir bersiap nak ke masjid. 7.15am orang x de lagi kat meja pungut zakat. Aku dah risau. Harap2 sempat la aku bayar zakat pagi ni. 7.40am still x de orang. Aku pecut balik rumah makan lontong. Pukul 8am bawak Mak+Anis pegi masjid. Alhamdulillah... ada orang tengah beratur nak bayar zakat last minit macam aku. Pukul 10 selesai solat+tahlil. Maka tamat la sudah segala kenangan bulan Ramadhan. Rasa macam cepat je masa berlalu. Rase x best pun ada. Balik umah terus mandi kan Ayah. Kali ni aku kasi Ayah pakai minyak wangi+bedak dashing Anis. x lama tu Kak Lang Maria call nak datang Gemas. Pukul 1 lebih diorang datang 3 buah kereta. Baru la rasa meriah kali ni. Juwen pun ada. Dah lama x jumpa mamat ni. Dressing raya macam nak pegi buat konsert Jamal Abdillah pun ada gak skali pandang dia ni. Lepas makan tengah ari, diorang gerak beraya plak kat Palong umah Kak angah Jamaliah. Lepas 1/2 jam diorang gerak, aku plak menyusul dengan Ayu balik Palong. Ayu tido+ beraya umah kawan dia. Belah malam aku dapat msg dari Anis along+Nazri tido Gemas malam ni.

2/10/08-khamis

Pukul 11 lebih Ayah call begitau along dah balik senaling. Aku pun bersiap nak tukar shift ke Gemas. Petang tu x de sesapa yang datang. Aku sambung mesen rumput belen smalam. Belah malam Shahrul+Along Asue & famili datang. Kitorang kucar kacir ke dapur masak makan malam untuk diorang. Aku cuma buat air sirap bandung. Aku mane tau masak. Masak air pun kengkadang boleh hangus. Ari ni umah Gemas dah mula menerima kunjungan tetamu. Memasing nak jenguk Ayah yang dah x larat nak berjalan raya lagi. Aku pun risau nak bawak Ayah berkjalan raya.

3/10/08-jumaat

Pagi ni aku kena balik seremban. Esok dah start keja. Sebelum tu mak ajak berbincang nak buat operation mata kiri mak yang dah tebal dengan selaput. Tapi aku risau gak. Kalau mak kena berehat, Ayah sape nak jaga? Diorang akan dok umah aku dalam 1 bulan. Sembahyang Jumaat aku kali ni kat Masjid Palong 5. Ada gak muka2 yang aku kenal. Yang dulu time skolah selekeh, kini dah macho, dulu kecik skang dah berjambang pun ada. Petang pukul 6 lebih aku gerak ke seremban bawak kak long tido umah aku. Pukul 8.30mlm kitorang selamat sampai seremban.

Maka, begini lah diari 4 hari aku kat kampung kali ni.

Background lagu kali ni.Sila download:
Takbir Raya - Imam Masjid Negara
Syawal - 4U2C
Di Pagi Aidilfitri - Elite
Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat