AKU  DAN  SESUATU

26 April 2009

Siri Kamus Dewan Bahasa Negeri Sembilan.

Baik la anak2. Ari ni cekgu nak mengajar tatabahasa. Cekgu pun x reti nak ajar lebih2. Maklum la cekgu bukan orang bandar. Mari kita mula kan...

bongkar la copek..dah subuh = bangun la cepat..dah subuh

hampeh ko = celaka ko

kuek amek mentokodaghah ko ni milah = kuat makan betul kau ni milah

betapo bongap/sombab nyo kau = bangang betul kau ni

poloser amek ko ni jang = pemalas betul kau ni jang

anak sapo la yang bogik bonar nih = anak siapa la yang degil sangat nih..

bega boto budak nih = degil betul budak nih

Huh anak si Jang katek tu, polosit sungguh, mencurik ajo kojoeh.
Maksud= Anak Jang Katek tu, jahat sungguh, mencuri je kerjanya.

Umah si milah tu, toghok beto, abih kelam kelibut dek tak berkomeh
Maksud= Rumah si Milah tu, tak berkemas, bersepah sepah, haru biru

Jobo lah ekau nie = perasan le kau nie

Dah takdo joki, nak buek camno laie? soba yoh la
Maksud= dah takde rezeki, nak buat macamana lagi? sabar je la.

"humang aiii!!.......bosulumak boto mulut kau lopeh makan aiskrim tue"
Maksud :"aduiiiiiii!! !!......comot tul mulut kau lopeh makan iskrim tue"

Joghan den nak ke sinun lagik...
Maksud = serik nak ke situ lagi

minam = minum

senayan = isnin

"marin benda tu ada atas meja you"
Maksud= semalam / before this benda tu atas meja u

kopai = bekas / beg tangan
hongeh /bontuih = kenyang sangat
menteneng = gemuk
ghoman = raut wajah
selemo = selsema
kotomeneh = ragam
kain-sal
= tuala mandi
ontok-ontok
= duduk diam-diam
hobin
- ho-bin : pukul atau belasah
kitai - ki-tai : mengibas atau merenjis (badan dan selalu nya utk kucing)
pelaih - pe-la-ih : endah atau amik tau
jewat - je-wat : capai
tetoyek - te-to-yek : mcm lebihan terutama bg rendang
ghemah - ghe-mah : saki baki nasi yg bertaburan lps makan
mendoda - men-do-da : terlalu kuat
lelan - le-lan : cuai
meteng/peteng - perhati
dodat
- do-dat : minum terus tanpa cawan
belobau - be-lo-bau : terjatuh
keceng - ke-ceng : kenyit

tah apo dibuti e... tak mondalamkan ayer...
Maksud= tak apa2 ehtah... tak menbawa faedah...

memburan- melabor aka buang air bosar

titiek/ talo = rotan
"Ekao nak kono titiek tak ngan abah kao?"
"Bang talo sikit Bidin tu, dogee bonar pulak dio"

Boseit = Libeh /libas
"padan muko kao Bidin, dah kono bosit baru nak sorek "

Tutoh = Hontak /hentak/ pukul
"Kao poie ambik galah tu tutuh kekuek skit manggo tu"


jangan mandi kek lubuk tu ocup kang = jangan mandi di lubuk tu tenggelam nanti.

bungko, bingai, bongap = bebal, bangang..

berdobin jatuh eh mamat tu = macam nangka busuk jatuhnya mamat tu..

bengot mulut kau konon kono mato kail tu = herot mulut kau kena mata kail tu

jangan mandi boleng kono sekodeng kang = jangan mandi bogel kena sekodeng nanti..

moh doreh ko carnival tv3..kato senah sirap = mari cepat ke karnival tv3 kata Senah sirap.

godang eh lubang hidung kau = besarnya lubang hidung kau

alahai kantoi lak dengan bini waktu dengan dating dengan senah tadi..golo lah den..bisik golok mail = alahai kantoi lak dengan bini waktu dengan dating dengan senah tadi..parah/susah lah aku..bisik golok mail

bak sini pongolan tu nurana..ekau duduk ontok ontok = bak sini pengait tu nurana..kau duduk diam diam..

okap bonar kau ni din..sumo asal cun sikit kau kobeh = tamak benar kau ni din asal cun sikit kau kebas..

lubang hidung pak abu somakin hari somakin lohong sebab selalu korek hidung = lubang hidung pak abu semakin hari semakin barai sebab selalu korek hidung

apo koman bona dressing kau ni intan = apa ketinggalan zaman sangat dressing kau ni intan..

apo tersongge songge baco posting den..nak kono balun = apa sengih sengih baca posting aku..nak kena belasah..

21 April 2009

Amy search tu memang untung. Muda2 rock. Tua2 cari pahala.

Hiburan adalah salah satu dari kehendak fitrah manusia. Hiburan memberi makna yang luas dan x terbatas dengan transilasi dari konteks konvensional saja. Kesilapan nak paham erti hiburan ni akan menuju ke satu perspektif berbeza dari pehak yang berbeza. Macam biasa la..Islam pun bukan susah sangat nak follow. Orang yang x reti follow je yang cakap susah. Tu sebab ramai yang suka2 lompat agama dan suka2 tukar benda yang haram jadi halal. Para ulamak bersusah payah nak menyedar kan masyarakat dengan panduan hiburan mengikut kaca mata Islam. Diorang bukan nya suruh mansuh kan semua hiburan ni. Tapi berpada2 la. Tengok kiri kanan time nak berseronok tu.

Sebenar nya, program konsert jom heboh tu dah lama diklasifikasikan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan oleh Mufti Perak Dato Dr.Harunsani Zakaria. x kira la konsert mana2 pun tetap haram kalau dah bercampur laki pompuan. Tapi disebabkan dia tu x la berpengaruh sangat kat dunia politik ni, maka menteri Penerangan Dato Sri Zainudin Maidin sudah kasi bangkang hujahan ulama tu. Akhirnya ramai2 pelusuk kampung terutama nya orang melayu islam keluar malam2 pasal nak tengok konsert punya pasal. Sapa zainudin ni nak cakap pasal hukum syarak suka2 tukar jadi halal? Biarkan dia. Dia belum nak nazak lagi.

Program realiti tv pun satu hal. Astro tu macam2 idea nak jadi kaya bermodal kan hiburan. Rancangan ni suma macam menggalakkan masyarakat terus mengagung2 kan hiburan sampai bersaing2 nak lahirkan artis2 yang kasi jadi ejen kalalaian umat melayu Islam. Korang tengok je la sape yang memekik melolong kat depan pentas tu. Yang tua nak mampos pun gagah lagi nak datang tengok. Tu makna nya x paham erti berpada2 la tu.

Ini hanya luahan hati aku je. Stakat ni aku belum penah bukak mulut melantang suara kat sesapa pasal aku x setuju dengan benda2 hiburan ni. Itu diorang punya hak. Aku pun ada cabang hiburan aku sendiri jugak. x boleh nak cakap aku je yang bagus. Tapi aku x suka tren nak menggalak kan kepada terlalu banyak anugerah seni di wujudkan. Benda2 ni akan jadi kegilaan pada budak2 lepas sekolah. Aku x nak penumpuan pada bidang profesional bagi diorang x berapa untung sangat. Aku x nak diorang pilih jadi artis adalah jalan penyelesaian mudah dalam hidup diorang.

Stakat ni aku x nampak apa sumbangan mana2 juara realiti tv pada ekonomi negara ni padahal album diorang pun kena cetak rompak+kena donlod dan x laku pun kat mana2 negara luar. Macam tu pun diorang bleh dapat anugerah walau dalam dasar nya lebih ke arah negatif pada masalah akhlak dan ummah.

Kalau tenung lama2, sapa nak salah kan benda2 macam ni? Kalau nak salah kan pemimpin, kejam sangat pulak. Dasar yang diorang keluarkan pun untuk memenuhi kehendak semua kaum. Diorang x nak jadikan Islam sebagai jurang pada muamalah antara kaum. Alasan diorang lebih penting jaga perpaduan berbanding nak jaga adat ketimuran yang sebenar nya dah lama tercemar.

Jadi, berbalik jugak la pada pendirian masing2. Tepuk dada tanya iman. Cukup2 la bergonjeng kat depan pentas tengok budak2 menyanyi. Si adlin aman ramli tu pun stakat pandai komplen orang je. Padahal macam setan jadi pengacara ABH itu hari. Tomok pun dah mula ada orang sokong dia. Itu hak dia. Aku tetap x suka lagu2 dia kalau dia masih nak ikut telunjuk syarikat rakaman dia kena suruh nyanyi laku tangkp leleh lepas dia kluar OIAM ni. Tapi aku kagum ngan suara si aweera tu. Dia punya style tarik suara lain macam punya tarik. x nampak sangat dia bukak mulut time dia tengah tarik. Pelik aku. Tang mana suara dia kluar pun aku kurang pasti. Dari jubo barang kali. Hahahaha….

15 April 2009

Dah 4 hari aku x jenguk blog kengkawan. Rasa lain macam. Rasa dah mula nak menyombong pun ada. Semua nya pasal sorang mamat bangla ahad lepas.

Ahad lepas balik dari melawat mak aku kat sekolah yayasan dia (x layak panggil pondok), singgah kejap makan malam kat area nilai sana. Sambil mencekik, datang sorang pengedar dvd movie dari meja ke meja. Dalam otak aku cuma nak movie fast&furiuos 4 yang belum ada lagi pirate dvd copy kat senawang ni. Aku memang penyokong cetak rompak. Pedulik apa aku kalau orang kerajaan nak marah. Cakap lebih nak hapus kan cetak rompak. Tapi makan rasuah dari tokei cd. Ini tokei kedai tu yang begitau aku. Bukan aku yang cakap ok. So,..HIDUP CETAK ROMPAAAKK!!!...hahaha... (gelak penjahat)

Time dia singgah kat meja makan aku, aku kasi sergah kasar2 sikit kasi dia bagi layan bagus untuk aku. Bangla ni x bleh kasi muka sangat.

aku: "fast&furious baru ada? dvd copy punya. x mau wayang copy punya ha!!?"
bangla: "ada..ada.." sambil hulur kat aku itu dvd.

Aku jadi teruja. Terus aku hulur rm8 kat dia. Aku pikir mungkin dvd copy belum sampai kat senawang sana. On the way barang kali baru sampai kat labu kasi edar sikit2 atau kantoi kat roadblok. Ahh..aku pun x tau cemana diorang punya kerja cetak rompak ni. Lambat sangat buat kerja.

****************************************************************************

Sampai rumah, aku terpaksa pakai laptop untuk tengok fast&furious. TV awal2 wife aku dah booking nak tengok konsert AF yang x de masa depan tu. Puas jugak bertekak dalam kreta tadi rebut kan TV. Memang gampang betul AF ni. Aku terpaksa mengalah kat wife aku pasal tu je la wife aku yang aku ada. Tapi, segampang2 AF tu, gampang lagi banggla tadi. Kepala aku mula ada bau hancing. Hati aku jadi panas. Rasa nak carik je bangla tu malam tu jugak. Terpaksa aku layan kan je dvd wayang copy tu sampai tido. Dalam mimpi aku nampak bangla tadi tengah tabur2 duit sambil gelak besar. Cilakak punya bangla.

****************************************************************************

Disebab kan rm8 aku dah hangus, aku sibuk cari blog yang kasi single link untuk donlod movie. Rata2 budak M'sia buat suma letak sampai 10~20 link untuk kasi donlod movie. Punya banyak nak kena donlod. Kengkadang tu dah abis donlod, x match ngan pasword yang dia kasi. Buang masa pun ada, rasa nak ongbak kan komputer opis tu ada.

2 hari punya cari, hati aku jadi girang. Bulan2 aku dah boleh jimat untuk beli movie. Tokei movie tu mesti rindu kan duit aku tiap2 bulan. Pi mampos sama dia. Maka dengan bangga nya, aku edar kan web page paling sesuai untuk orang2 yang x de melanggan internet kat rumah dan rasa2 ada berani x shut-down komputer opis sampai 24jam. Hari2 owner ni update movie baru. Dan hari2 jugak aku donlod free. Skang ni aku tengah sibuk nak study cemana nak tambah subtitle kat movie tu. Giler payah...

Aku lebih teruja citer samseng2 ni. Green Street Hooligans 2. Part 1 punya pun lagi best. Korang pegi kat web-site ni kasi donlod. Cuma korang perlu taip citer movie tu dengan betul je. Ni baru betul2 samseng bola. x macam samseng buat rusuhan macam sial kat kelantan sana tu.

Kalau korang minat makan kerepek free pulak, korang bleh pegi kat web-site ni.

Korang cuma donlod je gambar yang ada kat page tu. Kompom ada kat sebelah korang time tengah tido malam kang. Pagi besok dah boleh bawak sarapan. Hahaha...Best beb. Bukan senang nak dapat kerepek free.

08 April 2009

Walau korang merusuh cemanapun, Malaysia tetap x duduk dalam top 10 ranking bola sepak dunia sampai kiamat. PERCAYA lah!!!

Lepas bersalaman+cium+peluk dengan wife&anak aku, aku peratikan diorang sampai hilang dari pandangan mata. Aku masuk balik dalam rumah nak sarapan pagi sebelum pegi keja. Aiseh...aku terpaksa kena goreng telur dadar pasal wife aku x sempat nak sediakan. Aku capai kuali+taruk minyak secukup rasa sambil menunggu minyak panas, aku ketuk2 telur dalam mangkuk kasi ada banyak buih. Lagi banyak buih, lagi gebu hasil telur yang aku masak. Sambil ketuk telur, aku pegi on TV nak tengok berita apa yang menarik kali ni.

Darah aku mula menyirap lepas tengok penyokong fanatik kelantan buat rusuhan kat stadium sana. Kejap gambar tunjuk keeper meluru kat tengah padang sambil masing2 dok menahan dia dari pegi bertumbuk, kejap gambar tunjuk mamat x abis sekolah dok baling bom botol kat trak askar kasi bakar. Apa punya bangang la diorang skang ni. x cukup buat demonstasi kat jalan raya, bergaduh pulak kat parlimen main terajang2. Skang ni siap bakar2 pulak pasal tengok bola yang ntah mana arah tujuan nya pulak kali ni. Melayu dengan melayu pulak tu. Dah macam kat negara india sana pulak perangai diorang skang. Malaysia x perlu buat rusuhan sampai macam tu skali untuk minat bola sepak punya pasal. FC leverpool sana tu lain cerita la. Dah memang diorang hidup mati ngan bola. Diorang bertumbuk+bunuh2 pun memang berbaloi pasal diorang memang top rangking kat dunia ni. Kalau berita ni sampai kat budak leverpool umur 10 thn kat sana pun dia buat muka menganjing pasal x penah dengar team kelantan vs negeri sembilan malam tadi.

Tengah aku layan keliru sambil ketuk2 telur, aku perati kuali dah berasap petanda minyak pun dah hati panas. Sebelum jirus telur dalam kuali, aku bukak uniform keja aku pasal x nak melekat bau telur goreng kat baju aku. Fikiran aku masih lagi layan x puas hati kat penyokong kelantan tu. Diorang pegi bakar trak polis tu pon hasil dari duit diorang jugak. Duit rakyat. Duit aku jugak. Apa kena mengena trak tu ngan bola sepak? Trak polis tu x sambut bola dalam gawang gol ke?

Sambil makan sarapan, aku call kawan aku yang si-pengkritik bola sepak. Pung pang pung pang dia punya cerita dari A~Z. Yang aku tau keeper kelantan x puas hati kat zakuan. Kena tumbuk jugak la si zakuan tu. Keeper kelantan tu memang banyak kontraversi lagi pun dia oldtimer mesti la tunjuk bagus pada player2 muda. Samseng runcit2 je tu. 18hb ni diorang pulak turun N9. x tau kereta sape pulak kena pecah kali ni kat luar stadium.

Tiba2 jantung aku dah berderau. Lagi 10min nak pukul 8. x sempat nak cakap bye pun kat kawan aku tu terus off je phone. Aku kucar kacir campak pinggan dalam sinki. Tangan pun x bersabun terus capai sweater+helmet+off TV. Lock off suma grill, terus aku menggila bawak moto pecut pegi keja. Pagar pun x sempat nak kunci. Kali ni sistem lampu isyarat memang baik budi pekerti nya. Timing yang cukup bagus untuk hari ini. Besok buat skali lagi jangan harap boleh dapat.

Ngam2 kat depan guard, siren pun bunyi. Maka sempat lagi nak punch nombor kaler hitam. Lepas punch, dengan hati masih berkecamuk aku paking moto sambil bukak helmet. x sempat2 rasa nak pegi google kesah malam tadi kat forum. Kali ni aku bukak sweater ada rasa sejuk lain macam x macam selalu punya nyaman. Baru angkat separuh badan, aku perasan dalam sweater aku cuma ada kulit badan. Aku x jadi bukak sweater aku. Aku pandang keliling kalau2 ada awek sedang berkejaran ke arah aku sambil bukak skirt perasan type badan aku. Cemana aku bleh x perasan nak sarung uniform sebelum pakai sweater tadi? Sape aku nak salah kan ni?