Korang penah kena bangun mengelupur? Aku ada beberapa pengalaman untuk jenis bangun macam ni punya kes. Aku pasti suma orang ada pengalaman ini macam.
Kes 1:
Keja jadi operator pengeluaran dulu ada 3 shift. Shift 3 paling gampang bagi aku masuk pukul 11mlm kluar pukul 7 pagi. Dah macam GRO pulak keja malam2. Balik kul 7, lepas mandi, terus tido. Hostel ada katil 2 tingkat. Aku duduk katil bawah. Nak kasi tido paling solid, aku kasi selubung katil aku kasi nampak malam. Tido lepas mandi memang sedap.
Tapi ada satu kali tu aku terjaga dekat pukul 2.40 petang. Aku mengelupur. Waktu2 macam ni bas kilang bila2 masa je dah bleh sampai nak ambik budak kilang masuk shift petang pukul 3. Aku belum ada transport lagi masa tu. Kalo terlepas bas kilang, kena tahan teksi la jawab nya. Rugi 3 rengget.
Mengelupur punya pasal, gosok gigi pun tadak. Jirus2 rambut bagi nampak macam mandi je. Pakai baju pun sambil berlari. Bas pun dah bergerak. Aku siap kasi kejar sambil tepuk2 dinding bas kasi suruh berenti. Otomatik aku sedar diri time kawan aku tegur..
"mak'aih..lebat la bulan ni. ot petang ke?"Aku mengia kan je. Patut la mata rasa berpasir je macam x cukup tido. Sampai kat kilang, terus cepat2 carik teksi. Rugi jugak akhir nya 3 rengget. Sampai bilik terus sambung tido. Memang gampang.
Kes 2:
Waktu tu bulan pose. Macam skang jugak. Rehat pukul doblas terus pecut balik rumah kasi tido sepam dua. Sebelum tu dah kasi setting alarm pukul 1. Terus tido...lapar...nyenyak...x ingat pape...
Sayup2 aku dengar ayam berkokok. Owh..bunyi alarm rupa nya. Tengok jam dah pukul 1. Mengelupur datang lagi. Terus menggila pegi keja. Arghh...punch card lewat 15min. Kena pink form (macam NCR la lebih kurang) la nampak gaya nya. Sampai kat meja opis, awek kerani datang tegur...
"eh..bang ...x semayang jumaat ke?"Otomatik aku sedar diri.
"err..bos call ada urgent kena buat arr.."Cilakak!! patut la lenggang je meja budak2 melayu.
Heheee...ini smalam punya kes. Syyy...