AKU  DAN  SESUATU

31 December 2009

Pengalaman hari2 terakhir dalam kalender rom yang susah dilupakan.

Penah 20~40 orang awek luahkan perasaan jatuh cinta nya dia kat aku waktu aku study dulu2. Lama betul dorang pendam perasaan. Dari awal sem. sampai nak abis sem. Aku macam biasa. Muka kalo dah hensem kena bijak mempermain kan perasaan pompuan. Bukan aku x nak kat dorang. Tapi cekgu ekonomi rumah tangga tingkatan 4 dulu ada pesan. Bercinta biar beribu, berbini biar satu. Aku pegang amanah dia sampai sekarang.

Dah 7 tahun berlalu, tetiba pagi smalam salah sorang awek2 tu call aku. Ape giler ntah nak ajak jumpa petang tu jugak. Kalo x pasal masaalah rumah tangga, mesti x kawen2 lagi. Atau nak ajak aku kawen barangkali. Aku mula kucar kacir carik nombor telefon spa. Mana nak potong kuku lagi, trim bulu kaki lagi, side burn nak kasi nipis, mana boleh buat sorang2. Kalo dah kucar kacir macam ni, memang aku x bleh buat sindri. Kena upah orang.

Dalam pukul 4 petang, awek tu call lagi. Suruh jemput kat tol. Dari jauh aku dah dapat cam awek tu. x banyak beza dari segi cutting body. Tetap maintain macam belum kawen. Jantung aku mula buat hal.

Itu awek datang berdua ngan kawan dia. Pompuan jugak. Lepas caru lebih kurang, terus dia follow balik rumah aku. Memang niat aku nak memperkenal kan dorang kat wife aku. Paling tidak pun kena la wife kita kenal dengan sapa kita berkawan. Kang kalo mermesej2 kang, x la wife kita syak sesuatu yang sewaktu dengan nya.

Sementara wife aku belum balik dari keja, sempat jugak la hidang jus air mata kucing belen raya aji itu ari. Nak hidang pisang goreng, wife aku dah pesan awal2 jangan main api. Jadi kitorang borak2 la lebih kurang. Pung pang sana, pung pang sini. Sah..Dia belum kawen. Bunyi macam ke arah nak mintak jadi madu.

Dalam tengah jantung aku kucar kacir, wife aku pun balik.

aku: "ni abang kenal kan suryani (hampir nama sebenar)."

wife aku sambut salam suryani. Aku telan air liur dalam2.

wife aku: "suryani? ni yang satu batch masa abang study dulu tu ke? yang abang sama2 pegi langkawi pakai duit yang saya bagi tu ke? yang penah abang simpan gambar dia dalam wallet abang tu ke?"

ah..suddah...aku dah x tentu arah. Hampir2 aku berdoa jadi lantai simen.

TASSS!!!

Suryani tersembam kat lantai. Betul2 aku x sangka wife aku bleh jadi macam ni punya perangai. Aku tahan wife aku yang tengah pijak2 belikat suryani. Aku nampak kelibat kawan suryani dah berlari keluar panggil jiran2. 2~3 kali jugak kepala aku sempat kena luku. Wife aku makin menggila.

Belum sempat jiran2 aku sampai, aku dah terjaga. Aku pandang kiri kanan. Wife aku senang elok tebongkang macam x de perasaan. Perlahan2 aku tarik selimut kasi tutup dia punya muka. Perlahan2 aku sambung tido.

26 December 2009

Masa aku kawen dulu...

Dah naik anai2 blog aku ni. x pe2. Memandang kan dah hujung2 tahun ni, ramai yang nak kenduri kendara majlis kawin. Aku nak kongsikan pengalaman aku masa aku kawen dulu. Bukan nak bukak pekung di dada. Cuma nak jadi kan pedoman kat sesapa yang kata "alaa...duit x cukup lagi nak kawen ni brader!!".

Blogger atune pun tengah bersiap2 tu nak kawen tengahari ni. Doa kan moga dorang berbahagia selama nya. Hadiah yang aku post kat dia ntah dah sampai ke ntah belum. Takut terlajak je. Speed post tuu.

Masa aku kawen dulu, pilihan bijak aku ni x la berapa mak+ayah aku berkenan. Punca nya bukan la apa sangat. Arwah ayah aku cakap, dia penah berselisih ngan bapak mertua aku. Tapi bapak mertua aku buat donoo je teguran arwah ayah aku. Mungkin bapak mertua aku tu x perasan mana la kita tahu kan? Tu yang arwah ayah aku kecik ati. Kira tercabar la maruah dia. Kalo aku pun aku hangin satu badan. Dan yang paling buat arwah ayah aku x berkenan, bakal menantu dia bukan yang berkerjaya sangat. Dia target set2 keja kerajaan macam mak aku. Dah aku syok giler nak buat cmana lagi dah kan? Nak x nak kawen gak kitorang akhirnya.

Masa aku kawen dulu, aku cuma ada kereta. Tu je harta yang ada. Belum abis bayar plak tu. Tahun depan 2010 baru abis. Dah la blacklist pasal kereta sblom nya kena tarik. Nasib baik CITOS belum lahir lagi. Punca nya aku sambung blajar, kreta tu aku suruh awek aku bayar kan. Kesudahan nya dia x mampu nak bayar. Masa kitorang keja, bayar berdua. Dah dia keja sorang2, mana mampu nak bayar. Nak spedo aku lagi. Hahaa.. Dalam masa bertunang tu aku dapat la beli rumah 2 tengkat. Donpeyment 5 ratus, bulan2 bayar 7 ratus. Giler ah. Belum kawin, belanjawan dah paras2 hidung.

Masa aku kawen dulu, satu sen pun aku x dapat menyimpan. Duit abis ntah kemana ntah. Cilakak betul!! Nasib baik idea makcik aku ajak main kutu2 sorang 5k tu agak bijak. Tu je la buat hantaran kawen. Yang lain2 punya belanja suma mak+ayah tanggung. Dengar cerita abis 15k jugak. Jahanam x perangai aku? Tapi dalam x berkenan ngan menantu tu, majlis aku dorang buat kat kelab golf resort kat gemas sana. Tema omputih woo...budak2 pussycats doll ada gak balas sms aku pasal dorang x dapat datang. Anak raja brunei dah booking. Jahanam!!

Masa aku kawen dulu, rumah baru x siap lagi. Abis cuti kawen baru terpikir mana nak menyewa. Otw dalam kreta nak balik plak tu. Sampai2 seremban, melepak kejap kat kedai member. Nasib baik dia offer duduk kat surau opis dia kat dataran senawang sana. Sedih pun ada gak. Stakat lebar 10'x10' je. Cmana nak buat anak weii!! Tepikir jugak carik rumah sewa. Tapi memandang kan ekonomi memang x stabil, kitorang hidup kat bilik tu dekat 6 bulan jugak. Sewa murah beb. Seratus je. Nak sewa rumah mau makan rm230. Donpeyment lagi? Lepas 6 bulan baru la carik rumah sewa. Donpeyment x payah bayar. Pakai kabel makcik aku. Cara x?

Masa aku kawen dulu, satu perabut pun x de kat rumah sewa. Member2 mintak ajak datang rumah, buat2 bukak topik ke lain. TV cap ayam wife aku dah awal2 beli time dia anak dara tu stakat taruk kat lantai je. Switch on tv pon pakai kaki. Dapor masak pun sama taruk atas lantai. Makan atas lantai simen alas surat kaba. Tilam kekabu baru teringat nak beli lepas wife aku di sah kan mengandung selepas 3 bulan. Sblom tu tido atas toto hasil rembat dari bilik rumah mak aku. Bantal pun hasil rembat. Err..selimut pon. Masuk bulan ke 6 wife aku mengandung, pemaju rumah yang aku beli tu dah hantar surat. CF dah lulus. Dah bleh pindah rumah baru. Tapi problem nya, kitorang x berduit nak pasang grill. Mana nak datang duit kalo nak bayar sewa rumah ngan monthly rumah beli?

Masa aku kawen dulu, rezeki anak mula kelihatan sinar nya sewaktu mengandung lagi. Lepas anak aku lahir, lagi la bersinar rezeki nya. Aku dapat keja baru yang aku keja skang ni lepas 2 bulan anak aku lahir. Keja baru, gaji pun baru, bernafas pun x tercungap2 sangat. Ditakdir kan Tuhan, tahun 2006 banjir melampau sekitar johor & negeri 9. Rumah mak+ayah aku tenggelam nampak bumbung. Kat rumah aku la dorang berteduh selama setahun. Dalam setahun tu la dorang mula kenal hati budi wife aku. Anak aku dah jadi cucu kesayangan arwah ayah aku kalo nak dibanding kan ngan anak2 akak aku. Wife aku punya gulai lemak cili api+nasik goreng memang "A" kat tekak mak+ayah aku. Dari situ dorang dah boleh kawtim.

Pun ditakdir kan Tuhan, kitorang la yang berjasa menghulur kudrat tenaga sewaktu ayah aku x sehat. Tiap hari aku mandi kan arwah ayah aku sampai la dia meninggal. Kata orang, kalo kita bela mak+ayah kita waktu tua, macam tu jugak la anak kita bela kita waktu tua. Rezeki pun murah. Akhirnya termakbul jugak harapan arwah ayah aku nak bermenantukan menantu keja kerajaan. Wife aku bakal keja kerajaan tahun depan. x ke rezeki nama nya tu?

*******************************************************************

Moral of the stori, jika korang tengah bujang2 ni manjang sengkek je hari2 macam aku bujang2 dulu, cepat2 la kawen kalo dah ada jodoh tu. Sengkek x bemakna kita sengkek sampai ke sudah. Kalo nak tunggu sampai berduit, sampai kiamat pun duit x cukup2 jugak. Lain la kalo korang anak orang senang. Bleh mintak duit sesuka hati kat mak+ayah buat album lagu. x payah nak uji bakat masuk one in a million. x payah kena maki pasal suara bunyi kongkang. Percaya la cakap aku. Rezeki tu datang dari Tuhan. Cuma terpulang kat kita cemana nak ubah cara hidup.

Awal2 perkahwinan memang banyak dugaan. Mintak tolong ngan mak+ayah tu memang standard modified la. Tapi kita kena ada target. Jangan sampai beranak pinak still masih mintak tolong ngan mak+ayah. Target paling sesuai adalah selepas 5 tahun usia perkahwinan tu, mesti lah segala kelengkapan dah ada. Ada rumah sindri, kereta dah abis bayar, perabut suma dah settle kat courtmamoth, kredit kad dah bleh kasi campak dan suma hutang2 besar dah settle down. Sebab, lepas 5 tahun tu kita nak tanggung skolah anak2 pulak. Kang kemain heboh bayar bil astro kang, yuran anak x bebayar.

Amacam??

16 November 2009

ape lobang kena tutup lobang?

Kengkadang aku x suka keadaan opis yang mirip ke jualan hebat pasar raya giant. Tapi kalo selalu sangat dorang tinggal kan meja dorang kosong sambil masuk meeting secara berjemaah, opis ni dah mirip ke kawasan perkuburan. Sunyi. Walaupun yang tinggal ngan aku saing2 draftman macam aku ngan amoi2 berskirt singkat tayang peha, kalo otak aku dah kata bosan, aku mesti kena turun jugak pekena kantin.

Sambil oder teh-o panas, kelihatan en.kerol skali ada kat kantin. Aku duduk sebelah dia memandangkan kat kantin tu ada kitorang be-dua je. Kang nak duduk asing2 kang, x sedap ati pulak. Sambil hirup teh-o panas, en.kerol memecah kesunyian.

kerol: "sial sangat ke muka aku ni?"

Sipi2 aku nak tesedak. Ape punya soal ni? Nak jawab ye, kang x pasal2 kena tikam ngan garpu plak memandang kan dia tengah sedap makan maggi goreng bersudu garpu. Nak jawab x, kekadang memang macam sial jugak dia ni. Datang mood islam dia, sikit2 kesah surau la, masjid la. Datang mood iblis dia, asal nampak amoi sales girl skirt pendek, abis dia citer sampai ke telanjang. Oleh sebab aku keturunan set2 adat perpatih, aku kena jawab berlapis.

aku: "apehal kes ko tanya macam ni?"

kerol: "manjang kena kencing je aku ni!"

aku: "anak ko kuat kencing malam ke?"

kerol: "bukan kencing malam!! kena tipulah!!

Elehh..sikit2 nak marah. Aku saje je buat2 x paham. Cakap kena tipu kan senang. Suka sangat guna bahasa seni. Tapi nak design gambar tangki air pun suruh aku jugak.

aku: "sape yang tipu ko? pasal apa?"

kerol: "ada la mamat tu. Janji nak bayar hutang kat aku ari ni. Tapi dari smalam x datang keja. Call2 x angkat. Nak pegi gegar rumah dia jauh la pulak. Kalo ikut kan hati panas ni, lama dah bini dia aku ngorat."

Laa..apa citer ni? Kejap pasal hutang. Kejap pasal bini orang. Nasib baik dia citer pasal bini orang lain. Kalo pasal bini aku, time tu jugak aku simbah teh-o panas aku ni dalam lubang telinga dia.

aku: "brapa dia hutang kat ko?"

kerol: "x banyak la. 2 rat je. Tapi duit tu memang aku bajek dia bayar ari ni pasal aku dah setting untuk ke lain. Kalo dah jadi macam ni, susah la aku. Ingat kan nak tolong kawan. Pantang betul la kalo orang x kota janji ni." luah kerol sambil hentak sudu garpu dalam pinggan.

aku: "Alaa..ko ni ngan kengkawan pun nak bekira. Mana tau dia betul2 ada problem. Nyorok dari budak 3 line ke pasal x bayar kereta?" Aku cuba mula nak menyedap kan citer.

kerol: "eh, mana boleh!! Aku nak bayar hutang kat ah goh. Ko tau2 je la cina tu. Mau dia upah samseng pukul aku nanti."

Laa...berhutang jugak dia ni. Terus aku buat2 ada call masuk. Kang x pasal2 dia nak berutang ngan aku plak kang. Aku ni cepat simpati ngan orang.

aku: "ha? ape dia? nak password aku? palotak ko!! kejap2 aku naik atas skang."

10 November 2009

x pakai penalti pun bleh menang jugak

Spirit samseng yang aku pupuk dari seminggu awal final game bola sabtu lepas x berapa menjadi. Dorang x respek langsung ngan boot doc mart yang aku pinjam pakai tu. Itu boot penah singgah tepat kat kepala 4~5 kutu punk sekitar 90an dulu. Sepupu aku yang citer. Kalo dia sekadar tambah garam, itu dia punya pasal. Tapi sejak nak akhir zaman ni, sejak kluar dari pemulihan akhlak 8thn lepas, ada kelihatan celak kat mata dia. Sama ada layan ghotic atau dah masuk tabligh barangkali. Yang penting makcik aku gembira anak dia dah pandai menghormati sesama insan.

Final itu hari dah membuktikan kalau stakat penyokong datang sampai berkapal2, tapi player main malu2 pun x guna jugak. Nak citer pasal keburukan fan club kelantan pun dah naik malu di buat nya. Kang citer lebih2 kang, aku pun melayu jugak. Aku datang opis smalam naik rimas nak menjawab soalan dari puak2 cina opis aku ni. Sape nak jawab wei?? Haih..

Sampai stadium sana dah dekat pukul 7.30mlm. Kat tol sungai besi lagi dah jammed sepanjang hayat. Mana2 driver x pakai jersi bola suma kena ketepi untuk bagi laluan kat kreta2+bas2 yang sangkut bendera negeri sembilan tepi tingkap. Kat stadium masing2 berebut macam cipan masuk stadium sambil x ingat maghrib. Mana2 makwe ikut bf, dipaksa rela kena sondol kat bf masing2 daripada kena sondol kat bf ntah sapa.

Berikut adalah fakta kejadian..:

1. Dalam berita begitau ada 1500 polis siap sedia kawal pintu masuk. Siap bagi jamin sekor pun x kasi lepas dapat bawak mercun. Hak..tui!! 3 ekor je polis kat pintu tu. Itu pun tersengih2 takut kena siku. Yang lain sibuk main mesej.

2. Dalam stadium bleh beli macam2. Air mineral cap badak pun ada. Aku sempat beli berger. Plastik boleh campak merata2.

3. Ciss!! mana ada lipas?

4. Tiket khas untuk penyokong negeri sembilan dah kena rembat kat penyokong kelantan. Tu pasal suku stadium tu je kaler kuning. Kat luar sana ramai lagi x dapat masuk kena anak tiri.

5. Dah serupa kat baghdad pun ada. Bom sana, api sini, berasap sana, tebarai sini.

6. Costum basah abis. Perasan gak 3~4 makwe snap alur spenda. Macam2 perangai makwe sekarang ni.

7. Tempat duduk dekat sangat ngan penyokong kelantan. 2nd gol penyokong kelantan ramai2 merajuk kena ejek suruh balik. Eleh...sikit2 nak terasa. Terasa2 jugak. Air mineral tu buat bekal nak balik kelantan. Bukan baling kat kepala aku.

8. Suruh balik x nak balik. Sempat lagi buat babi-Q kat celah2 kerusi. Jemput skali pun x dak.

9. Balik x de yang cedera parah. Sampai rumah 3 pagi. Sempat lagi berembat kat highway. Tapi apsal wiper aerodinamik cermin blakang kereta sukan aku kena rembat?

10. Tok nik aziz cakap, perangai ni suma bleh settle kalo kasi tukar 'main bola' ke 'riadah bola'. Renung2 kan..dan selamat beramal..

05 November 2009

Gua mimpi Negeri Sembilan menang penalti.

Dah seminggu gua prektis jadi samseng jalanan. Bawak motor pun ribut semacam. Kucing melintas x sempat pandang kiri kanan pun gua sempat berenti kejap kasi penampar muhasabah diri. Masuk opis pun gua dah x beri good moning. Telepon berdering gua angkat pakai gua2-lu2. Kasi letak pun main hempas. Taip blog pun gua nak pakai gua2-lu2 jugak. Jalan pun dah terjengket2 bendabik dada. Berus gigi lama gua dah hiris kasi tajam buat simpan dalam kocek seluar. Boot doc mart awal2 dah gua pinjam kat sepupu gua yang dah lama tinggal kan ajaran skinhead. Kat rumah...

"mama...abang lapar...nak makan nasik". Kat rumah je gua berbudi pekerti.

Gua x penah masuk stadium bukit jalil. Stakat kat luar perkarangan stadium tu memang biasa. Gua harap gua x salah masuk pintu kalo nak umur panjang. Malam ni gua ada tuition. Anak kawan gua darjah 4 tu dah setuju memperdengar kan semula nyanyian lagu negeri sembilan. Gua nyanyi dah berterabur. Dah masuk 14 tahun gua x nyanyi lagu kebesaran negeri gua.

28 October 2009

Daulat Tuanku!!!

Hari ni N9 cuti. Cuti pertabalan. Aku x pegi seri menanti pon pasal minggu lepas ada skali call henpon tuanku muhriz tanya kan persiapan dah siap ke belum. Bukan nya nak beri jawapan, dia soal balik kat aku. "tuan hamba ni siapa?" Aku sedih. Tebarai air mata lantas terus menuju ke kedai topap tukar simcard lain. (okeh..ni citer bohong)

Pagi tadi sarapan kat kedai. Encik lim bok ding, 25, bahagian costing pun ada skali. Sambil order pulut kuning + sambal petai, sambil borak2 ngan encil lim perihal isu semasa.

Lim: "waa..pagi2 suma polis trafik sudah stenby di suma junction kan? saya mula2 terkejut jugak. cepat2 pakai seatbelt. tapi baru saya terfikir hari ni hari petabalan kan? u x da pegi tengok ka zairi?"

Aku: "emm..ada2. lepas minum ni kang i gerak la."

Lim: "mana tempat dia buat function ha?"

Aku tenung muka lim sedetik dua. Aku syak skolah cina x de langsung ikut perkembangan sejarah malaysia. Tu pasal sampai ada buat rap nyanyi lagu negarakuku. Gaji riban2, tapi x penah pegi seri menanti serupa x guna duduk serumpun 1malaysia. Tu belum begitau lagi perbezaan antara tuanku ngan tunku. Kang lagi berjela la lim punya soal.

Hari pertabalan ni ada jugak pekdah nya. Setidak2 nya, mainroad suma sudah tukar tar baru. Jurujalan pun jadi kucar kacir siapkan jalan raya bukit putus kasi senang kerabat2 raja nak lalu. Nampak sangat cogan kata "rakyat di utamakan" tu patut kasi bincang balik. Dorang patut rasa kenikmatan jammed kat bukit putus time raya itu hari. Berani la pasang siren konvoi ramai2 suruh rakyat berenti tepi jalan bukit putus tu. Aku sekeh kepala tu sekor2. Nak berenti tepi jalan cemana? Kereta pun ngam2 muat satu jalan. Kalo nak ketepi lagi mau terjunam dalam gaung.

Janji bleh siap sblom raya jadi janji tinggal janji. Seminggu sblom hari pertabalan, aku dah test run jalan raya bukit putus yang baru. Jalan raya bukit putus menghala ke kuala pilah dah bersambung. Dah x putus2 dah. Dengar citer mat rempit pun dah test run malam minggu itu hari. Orang yang x biasa naik kenderaan sambil layan corner pun dah x berenti singgah buang muntah tepi jalan. Dari starting sampai ulu bendul bleh cecah kurang 5 minit berbeza sblom ni selama 1/2jam follow blakang lori balak. Corner pun dah bleh bilang.

Dulu masa jalan lama, ada jugak orang buat soalan berapa banyak selekoh kat bukit putus. Ada jawab 99, 44, 66,88 selekoh. Mesti tiap kali lalu bukit putus dia siap buat kira2 temasuk la aku. Cilakak betul!! Tapi jawapan cuma ada 2 selekoh. Selekoh ke kiri dan selekoh ke kanan. Rasa nak campak tukang soal ke dalam gaung bukit putus tu pun ada jugak. Biar dia pulak kira berapa hari baru ada orang tolong kutip dia dari gaung tu.

Jalan baru ni dah stat beroperasi sejak terlingkupnya era pemerintahan dato' isa si-kaki rasuah. Korang undi dia, korang punya pasal la. Jangan masing2 lalu depan senawang ni bau babi cukup la. Kalau x kerana terlingkup nya dia ni, sampai ke kiamat la jalan bukit putus tu x lurus2.

Lepas hirup teh tarik kasi habis, aku bergegas bayar makanan.

Lim: "aik..awal lagi maa.."

Aku: "sudah dekat pukul 8 dowh. mau masuk keja."

Lim: "aik?? ot ka? kejar triple ka? kata mau pegi seri menanti?"

Ahh..diam la lu. Aku sumbat throtle body dalam mulut tu kang. Haish..cmana bleh tersasul ni?

*****************************************************************************

update 28/10/09

Ini entri patut post hari isnin itu hari. Tapi dari jumaat lepas, TMnet streymix problem kat kompeni aku ni. Tiap kali call, "okeh..nanti kami hantar maintanance ke sana" macam harram. Pukul 6 petang smalam baru sampai. Stakat bajek ke-10 jalur lebar labur juta2, birokrasi masih x ubah2, speeding macam harram jadah, lebih elok kalau...ahh...malas la nak cakap.

16 October 2009

Venom the barber

Smalam ada singgah satu kedai gunting rambut venom. Nama kedai macam band metal. Masuk dalam x de sekor pun pegang gitar. Kedai gunting tu baru bukak dalam 2 minggu lepas kat kedai taman perumahan aku ni. Lepas ni x jauh sangat la aku nak pegi carik kedai gunting rambut. Masa zaman2 rambut panjang lepas abis skolah dulu, x penah nya aku pegi kedai gunting. Rambut trim sindri je. Gunting rambut dalam bilik air. Satu cermin gantung depan muka, satu lagi pegang pakai tangan suluh dari belakang. Gunting rambut pakai sebelah tangan je. Ape ada hal? Rambut panjang x susah mana pon nak gunting sindri. Cuma zaman rambut pendek ni je susah sikit.

Melangkah kaki masuk dalam kedai venom, x ramai sangat kastemer dia. Mungkin ramai lagi penduduk belum tahu kewujudan kedai venom ni. Cuma aku dengan sorang brader tengah buat cukur jambang je yang ada. Heran betul aku dengan brader tu. Kat rumah x bleh cukur sindri ke? Ari ni cukur dah sah2 kena cas. Bangun tido pagi besok sape nak cukur jambang dia? Pemalas!! Sambil menunggu brader tu siap gunting, aku duduk kat kusyen yang di sediakan sambil pekena majalah tamil.

Tengah leka belek gambar betis karisma kapoor, aku dengar brader tu kena belasah. Berlepuk2 jugak la kena kat blakang badan dia. Tapi brader tu buat relek je. Kejap2 babu tu urut2 bahu. Kejap2 picit2 kepala. Tapi dia punya ending memang sadis. Buat letup leher. Prak!! sebelah kiri, prak!! sebelah kanan 90 degree. Pergh...best gak servis kedai venom ni. Lama dah x kena urut2 badan. Punya banyak kedai gunting aku pegi, baru ni je ada servis urut2 lepas gunting rambut.

Sampai turn aku, babu tu tepuk2 seat kasi signal suruh aku duduk. Muka senyum2. Lepas duduk macam biasa aku akan cakap..

Aku: "potong biasa. tepi x mau slop. atas blakang kasi pendek. tepi still bleh kasi sikat. ekor blakang kasi potong rata."

Babu: "@#$%^**&%^#" sambil kepala terjoget2.

Ah suddah!!...Betul2 foreigner dari calcutta punya mari ni.

************************************************

Bagus babu ni. Kira hensem la rambut aku dia design. Yang aku paham, dia bleh paham cakap aku. Cuma dia x berapa cekap je nak balas balik. Macam melayu jugak. Paham omputeh becakap. Cuma tegagap2 je nak betah balik.

Lepas abis bergunting, babu tu sapu2 tangan dia ngan satu minyak warna kuning. Nak buat urut rupa nya. Starting kat kepala aku. Abis dia henyak kepala aku sampai nampak mata putih je dia buat. Nasib baik aku bukan sultan. Kalo x, dah lama kena tembak babu ni. Lepas kepala, turun kat blakang badan. Dia punya lepuk bunyi kuat je lebih, sakit tadak. Sedap2 rasa la kira nya. Ending punya letup leher, aku larat setakat pusing belah kanan je. Aku pun rajin jugak letup2 leher ni. Tapi x la sakit macam babu ni buat. Macam jes bon nak bunuh orang je dia punya skill. Cepat2 aku bangun dari kerusi sambil sambung letup belah kiri buat sindri.

Babu membebel2. Aku x peduli. Aku hulur 7 rengget, aku terus blah.

*************************************************

Ari ni MC. Pegi klinik tadi kepala teleng belah ke kanan. Pandang dokter pun main jeling2 je. Balik rumah, aku dah call suma orang kampung nak belasah babu venom atas alasan ada perisik dari india nak ambil alih senawang. Orang kampung pun dah setuju tunggu depan kedai babu venom malam ni.

p/s: dah ada idea kalo nak mc lepas ni.

06 October 2009

Lagenda budak setan

13 tahun lalu, aku tengah pekena baring sementara menunggu mak aku siap kan cekodok pisang. Badan letih turun dari bas baru lepas balik study dari pusat giat mara pasir besar mendalami ilmu makenik enjin kereta. Arwah ayah aku suruh untuk mengelak aku dari bercampur gaul dengan budak2 x senonoh sementara menunggu panggilan dari IPTA. Satu pun x panggil. Sombong betul.

Tengah sedap2 baring, telepon rumah berbunyi. Member aku call ajak pegi palong 8. Masa tu punya zaman, kalo member ajak pegi palong 8, kalo x pasal carik tokan, mesti ajak pegi jeram panjang. Atau pun ajak carik makwe. Atau pun pegi ajak bergaduh. Atau pun ajak belumba motor. Tapi itu hari suma tadi x tersenarai untuk tujuan pegi palong 8.

"alaa...ko ikut je la. jangan banyak tanya." Tu je jawapan dia.

Memandang kan tu je la saki baki member yang ada, sebab yang lain suma dah hijrah keja samsung, aku pun bersiap menunggu hayudi jemput depan rumah.

Berbekal kan rxz abang hayudi, kitorang gerak ke palong 8. Jarak ke palong 8 x berapa tentu sangat lama nya. Ikut pada rider jugak. Lebih kurang 3 batang rokok gudang garam jugak la jarak nya dari rumah aku ke palong 8. Makin lama hayudi bawak macam orang nak kejar punch card. Kengkadang je serupa bawak orang lega kluar dari jamban. Air mata menangis2 keluar kena angin. Helmet x pakai. Rambut lari tune. Ada jugak pikir nak peluk hayudi kasi hilang gentar. Tapi hanya mampu peluk tubuh sindri sambil mengkuruskan kan diri kat blakang hayudi untuk potong angin.

Lebih kurang lagi sebatang rokok nak abis, tetiba tayar motor jammed. Aku panik. Tayar blakang berbuai. Hayudi imbang motor sambil berdiri. Aku nak bediri skali ke? Tidak. x sempat nak pikir pun aku dah terpelanting terjarap kat jalan tar sambil berguling2. Step gulingan ke-3 aku dah ter-berdiri kejar motor hayudi. Belum sempat hayudi patah balik ambik aku, aku dah sampai kat hayudi. Hayudi pandang aku dengan penuh rasa cemas. Aku pandang tangan+kaki aku dengan penuh rasa hiba. Muka berbirat. Lutut berlubang. Hayudi pujuk aku ajak bawak pegi klinik palong 8.

************************************************

Sampai rumah, hayudi turun kan aku tepi jalan. Ajak masuk skali pun x nak. Ye. Aku paham. Takut kena maki dengan mak aku barang kali.

************************************************

Mak aku membebel sambil menangis. Aku makan cekodok sejuk dengan mulut x berapa bleh menganga sangat. 4 hari aku terjarap kat katil. Minggu depan nya tu aku jumpa balik dengan hayudi dan aku dapat jawapan dari dia.

"Aku nak semak berapa kilometer jarak dari palong 5 ke palong 8. Besok2 kalo orang ajak lumba, bleh la aku kira duit minyak"

Hati aku mendidih. Cilakak punya yahudi!!!

01 October 2009

Preview raya

Awal2 lagi aku dah agak dah ops sikap punya minit mesyuarat. Makin tahun makin naik statistik kemalangan. Suma jawab berpunca dari sikap manusia. Tapi ada satu kali pegi beraya rumah fuckarudin member lama, muka kaki tangan dia calar balar. On da way dia nak pegi carik buluh lemang, segerombolan lembu tetiba merentas desa beramai2 dari tepi jalan sini nak ke tepi belah sana punya jalan. Ikut shortcut barangkali sampai x perasan fuckarudin tengah terjenguk2 carik buluh lemang.Tahun ni lemang dia x berapa menjadi. Hangus sebelah. Belah yang hangus aku asing kan. Fuckarudin memandang dengan sepi. Jelas sungguh bukan salah sikap manusia terjadi nya xcdent begini. Aku rasa ops sikap x masuk kan dia punya list. Dia x buat repot pasal tuan lembu dah kasi suku dari daging lembu kat dia.

Tapi kalo dah tiap2 tahun jawapan ops sikap tu suma berpunca dari sikap manusia, memang x bleh nak kata apa dah. Kita x bleh ubah sikap orang lain melainkan kita sindri ubah sikap kita. Tapi aku yakin tu suma adalah bukan orang yang sama yang menaikkan statistik kemalangan. Rata2 melibat kan kenderaan baru. Dan kemungkinan pemandu baru. Mana pegi kenderaan lama? Bleh tengok sindri kat depan2 cawangan proton edar. Bersepah2 sampai x cukup paking.

Uncle aku dari kl sana nak beraya ke Kuala Pilah petang 1st raya dari bukit putus makan masa 2 1/2 jam. Biasa punya speed stakat 1/2 jam je. Polis trafik hanya mampu merenung kan diri dari bawah pokok memikir kan cmana nak 'carik duit raya'. Jangan kan ada kenderaan nak potong double line, speed masing2 pun stakat doploh km/j je paling laju.

Pendapat aku kalo kerajaan nak asingkan jalanraya untuk kenderaan bermotor ngan kereta memang cukup bagus untuk mengelak kan statistik kematian golongan mereka yang menaiki motosikal. Tapi aku rasa proton patut revised balik dorang punya pakej. Bukan ape. Tabiat orang kita ni kalo pakai kereta baru, mula la nak kerek. Ape? ingat aku x mampu ke? Saje malas tambah hutang laa...

Untuk paling best punya ops sikap tahun depan punya season, x payah lagi la kasi2 saman lagi kat pesalah trafik tu. Ape la sangat ngan rm300 tu. Kengkadang siap bleh kasi hulur duit kopi lagi. Bukan boleh bawak ke insaf pon. Kasi tangkap je sumbat ramai2 dalam lokap sampai abis selesai ops sikap. Kasi dorang dengar takbir raya dari dalam lokap. Biar dorang buat malam takbir dari lokap ke lokap. Ini macam baru bleh kasi tobat nasuha. Mak ayah di rumah memaki hamun meratapi anak2 beraya dalam lokap. Ini ops ubah sikap nama nya. Hahahaa...Cakap memang murah.
Itu hari punya raya berwallpaperkan rumah pusaka arwah akak mak aku. Rumah ni misteri sikit. Antara nya, dulu2 punya zaman, belah bawah bukit depan rumah tu ada satu perigi. Arwah nenek aku pernah kejar satu tempayan penuh ngan emas bergolek2 masuk dalam perigi tu. x dapat la pulaaakk. Ciss!!

17 September 2009

Selamat Hari Raya!!!

Ari ni nak buat keja pun malas. Mood raya dah sampai. Otak pikir tengah baring depan tv tengok drama raya. Besok wife aku dah stat cuti skolah. Jeles betul aku. Aku plak ada belen lagi 2 ari kena keja. Petang sabtu dalam pukul 3 dah bleh gerak balik kampung. Setting paling cantek ngam2 sampai kampung, lemang dah siap masak. Malas aku nak redah kebun getah carik buluh lemang.

Sempena dengan ini, aku ucapkan selamat berhari raya ngan famili tersayang terutama pada rakan2 blogger aku yang rajin kasi komen pada setiap entry aku. Pada blogger2 yang listed kat sbelah tu dan pada suma yang penah jenguk blog aku. Aku mintak ampun maaf kalo aku ada terlanjur penulisan yang bleh kasi kontrevesi.

Turn aku dah lepas. Ini raya aku tolong makan je.

p/s: Besok aku plan nak mc. MC sakit mata. Eh..kalo masuk kan sesuatu dalam mata bleh batal pose ke?

12 September 2009

Megelupur datang lagi

Korang penah kena bangun mengelupur? Aku ada beberapa pengalaman untuk jenis bangun macam ni punya kes. Aku pasti suma orang ada pengalaman ini macam.

Kes 1:

Keja jadi operator pengeluaran dulu ada 3 shift. Shift 3 paling gampang bagi aku masuk pukul 11mlm kluar pukul 7 pagi. Dah macam GRO pulak keja malam2. Balik kul 7, lepas mandi, terus tido. Hostel ada katil 2 tingkat. Aku duduk katil bawah. Nak kasi tido paling solid, aku kasi selubung katil aku kasi nampak malam. Tido lepas mandi memang sedap.

Tapi ada satu kali tu aku terjaga dekat pukul 2.40 petang. Aku mengelupur. Waktu2 macam ni bas kilang bila2 masa je dah bleh sampai nak ambik budak kilang masuk shift petang pukul 3. Aku belum ada transport lagi masa tu. Kalo terlepas bas kilang, kena tahan teksi la jawab nya. Rugi 3 rengget.

Mengelupur punya pasal, gosok gigi pun tadak. Jirus2 rambut bagi nampak macam mandi je. Pakai baju pun sambil berlari. Bas pun dah bergerak. Aku siap kasi kejar sambil tepuk2 dinding bas kasi suruh berenti. Otomatik aku sedar diri time kawan aku tegur..

"mak'aih..lebat la bulan ni. ot petang ke?"

Aku mengia kan je. Patut la mata rasa berpasir je macam x cukup tido. Sampai kat kilang, terus cepat2 carik teksi. Rugi jugak akhir nya 3 rengget. Sampai bilik terus sambung tido. Memang gampang.

Kes 2:

Waktu tu bulan pose. Macam skang jugak. Rehat pukul doblas terus pecut balik rumah kasi tido sepam dua. Sebelum tu dah kasi setting alarm pukul 1. Terus tido...lapar...nyenyak...x ingat pape...

Sayup2 aku dengar ayam berkokok. Owh..bunyi alarm rupa nya. Tengok jam dah pukul 1. Mengelupur datang lagi. Terus menggila pegi keja. Arghh...punch card lewat 15min. Kena pink form (macam NCR la lebih kurang) la nampak gaya nya. Sampai kat meja opis, awek kerani datang tegur...

"eh..bang ...x semayang jumaat ke?"

Otomatik aku sedar diri.

"err..bos call ada urgent kena buat arr.."

Cilakak!! patut la lenggang je meja budak2 melayu.


Heheee...ini smalam punya kes. Syyy...

08 September 2009

Taruk bedak tu biar kasi senonoh sikit.

Pada zaman aku membesar dengan klim (susu tepung klim) dulu, aku pasti mak aku lumur kan bedak kat celah2 bedah aku selain kat muka untuk kasi lebih nampak kiut. Tapi aku x berapa nak ingat sama ada kat dahi aku ada bedak tercalit 3 line serupa yang aku perasan kat skolah yang mak2 dorang kasi sapu kat muka serupa tepung gomak tu. Ape punya jenis mak la dorang tu. Yang budak2 tu pun satu hal. x reti2 lap bedak kat muka tu kasi sama rata.

Apabila dah jadi abang untuk mengasuh adik2 sementara mak ayah keluar carik rezeki, jangan kan nak taruk bedak kat celah2 bedah dorang, nak cebok berak dorang pun aku geli. Maklum la...bukan anak sindri. Hehee... Slalu nya, adik lelaki aku tu kalo nak basuh berak, aku akan grip kepala dia kat celak kangkang aku, sambil kaut pinggang dia kasi tadah kan bontot dia kat bawah kepala paip. Air paip yang mamancut kluar akan menyah kan najis mutawasittah kategori najis ainiyah kat bontot adik aku tadi.Kalo korang biasa tengok gusti yang batista kasi hentakan penyudah dia tu, kira lebih kurang la aku buat adik aku style macam tu. Cuma aku x hentak kpala adik aku kat lantai bilik air je lagi. Tapi kalo silap teknik, bleh terentak jugak tu. Seb bek x penah berlaku pape.

Lepas kasi cuci, aku biar lantak kan adik aku tu kasi pakai sluar sindri. Malas aku nak taruk bedak. Tabiat macam tu berlanjutan sampai la aku dah ada anak skang ni. Waktu masih baby je aku rajin taruk bedak. Sejak dah umur dia cecah 3 tahun ni, aku dah mula malas nak taruk bedak. Taruk bedak pun lepas kena bebel ngan wife aku je.

Aku: "apsal nak taruk bedak? kita x de letak pon"

Wife aku: "dia pakai pempers lagi...nanti meruam."

Aku x de point nak balas balik. Tapi skang aku dah ada point. Lepas aku baca artikel ni, aku dah jadi kucar kacir. "taruk bedak kat alat sulit baby girl bleh mengundang maut!!" Kalo kat baby boy x mungkin kot. Lelaki mana ada ovari. Maka itu, semua mak2 masih boleh simbah bedak kat alat sulit baby boy dorang untuk elak ruam. Kat baby girl pulak blajar2 la taruk minyak sapu kalo nak umur panjang.

kredit dari isuhangat.

19 August 2009

Intan ku kesepian

Intan sorang awek yang cun. Tinggi lampai. Kulit cerah. Ramai yang cuba kasi himpit. Sekor pun x dapat. Dengar nya dah ada balak kat skolah lain. Junior2 macam aku memang x dapat can nak ngorat walaupun aku ada kategori yang kukuh nak dapat kan cinta intan. Alaa..tua setahun je. Cacat dalaman x dapat detect. x de cacat aku rasa. Cuma gigi intan je jongang air. Aku x tau cemana punya spisis gigi dia. Kalo senyum nampak macam jongang, tapi x jongang. Nampak macam gigi arnab dia besar, tapi x besar. Serupa macam mata julung air la. Juling, tapi x juling. Hah..macam tu la lebih kurang dia punya gigi. Tapi dia cun woo...Masa batch aku la. Nak main bola tampar pun x payah sibuk2 carik corumn kalo intan ada kat tepi gelanggang. Macam celake je sampai 10~14 kali tukar2 player.

Jodoh intan kat skolah tu x berpanjangan lepas bapak intan kasi tukar kan intan kat skolah lain. Alasan yang kitorang dengar sebab skolah tu banyak puaka. Aku pun x tau cemana punya puaka. Dengar masing2 punya citer memang seram. Tapi x penah pulak kena kat aku. Bagi aku "ahh..sembang lebih je tuu.." Biasa la budak2 hostel suka sangat reka2 citer puaka.

Tapi aku rasa ada satu point yang intan nak tukar ke skolah lain. Itu pun lepas sorang jemputan khas kasi ceramah tentang kebersihan diri kat skolah. Lepas gara2 histeria makin mengganas kat skolah. Bermula dari intan sampai la berpuluh2 band histeria di tubuhkan oleh intan. Memang queen dia kat situ.

Penceramah tu ada tanya apsal pompuan remaja melayu islam je yang manjang kena. Apsal budak2 skolah rendah x kena? Apsal mak2 nenek x kena? Ada jugak yang tanya apsal amoi2 ngan minah2 india x kena? Student lelaki suma fokus kat jawapan. Studen pompuan mula tarik2 tudung ke depan kasi sorok muka. Cikgu2 pompuan mula bangun buat2 nak ke jamban.

"Asal nak buang pad je, bukan reti nak jirus kan air kasi bersih kan balik pad tu. Main campak je dalam tong sampah. Apsal geli sangat dengan darah sindri? Korang tau x? pelesit setan ni suka isap darah? skali dia dah rasa darah korang, selagi korang x pegi berubat, selagi tu la histeria korang tu berbalik2. Setan ni pun pembersih jugak. Dia x makan darah2 orang yang makan babi. Jadi, darah orang yang x makan babi la jadi makanan dia."

Ooo..baru la aku paham. Walau macam x bleh yakin je bunyi dia, tapi ada logik kat situ. Mana kapel yang kapel dia kena histeria, mula la masing2 daring semacam. Makin lama intan pun hilang dia punya fan club. Penceramah tu pun dah x ceramah lagi lepas tu kat skolah aku. Mungkin ada provokasi di situ.

Fuh..sib bek intan x terima cinta aku.

17 August 2009

Mu ni nok kawe nga orang ko ngan kambing nih?

Ustaz rock pun dah kawen baru. Kawen kerana Allah kata nya. Ikut sunah Nabi. Biasa la. Kalo bab kawen2 ni jawapan slalu nya mesti bunyi2 ke arah Nabi2. Jarang pulak bunyi nyer "saya kawen sebab kesian kan dia menjada sorang2" Tapi kalo betul2 dah berkemampuan, harta dah terlebih, kudrat terlebih power dan yang penting iman tahap sufi, bleh sangat la tolong para pompuan yang x berlaki lagi. Kesian kat dorang hari2 dok hafal lagu 'andarlusia'.

Ada jugak mintak kat isteri nak kawen lain, tapi isteri x nak. Aku pun x dapat bayang kan cemana isteri lama dapat terima keyataan yang dia bermadu. Maksud aku time bab2 sekatil. Ntah iye ntah tidak si laki ni tadi betul2 kasi yang terbest untuk kat isteri lama tadi. Ke stakat cukupkan syarat je? Mungkin ini jawapan antara kebanyakan isteri x nak di madu. Ntah la...itu pandangan aku je. Walaupun skang ni aku cakap kelain, besok2 kalo kena kat batang hidung aku? Wallahualam...Astagfirullahulazim...

Masuk bab kalo isteri x bleh terima laki kawen lain, si laki mesti carik jalan lain punya. Paling tidak pun pegi kawen ke sempadan. Aku pun x tau sempadan yang mana satu. Palotak aku cuma pikir yang tukang nikah tu orang thailand barangkali. Dah nikah kat sana, kena pulak daftar kat malaysia. Benda2 ni aku belum cukup paham lagi. Aku pun malas nak ambik tau. Tapi yang aku keliru tu, cemana dia punya slang percakapan time nak menikah tu.

Kat sini aku ada upload siri warga siam nak akad nikah ngan imam kelantan. Kawan aku yang email. Sah memang dia x de keja lain time tu. Sampai terkentut2 aku dok gelak kan dorang ni punya sembang. Aku x tau la sah ke tidak dorang punya nikah ni. Harap2 sah la. Sebab ada satu bunyi tu serupa "aku terimo nikoh nyo denga isteri kambing tukang ayer wok kebuuut..."

Haduuu!!!...

15 August 2009

Maruah stakat 33sen

Sembahyang jumaat smalam memang lain macam. Bukan cara sembahyang dia yang lain macam. Tapi jalan menuju ke masjid tu yang lain macam. Haih..macam2.

Rehat pukul 12 smalam aku melepak kat rumah member bujang aku. Ape punya amerika style masuk rumah pakai kasut. Lantai pun aku x berapa yakin nak tanya bila punya kurun x penah bersapu. Oleh demikian, aku ajak dorang melepak kat warung sementara menunggu masuk waktu. Kat rumah tu cuma singgah nak simpan helmet ngan tukar selipar je.

Selesai sessi makan2, terus pegi masjid walaupun masih awal lagi. Bukan nya ape...Lepas makan kalo pekena pisang cara jugak. Kalo lambat sampai masjid, stakat tinggal kulit pisang je la. Tapi baru2 ni dah mula tukar menu. Ada yang sedekah kurma. Lagi nak kucar kacir kalo ada yang sedekah pulut kuning bungkus dalam plastik. Belum sempat tukang sedekah nak taruk atas meja, budak2 belum bersunat dah berkerumun. Dah macam palestin pulak gaya nya. Minggu depan nya dah x de yang nak sedekah pulut. Mungkin dah kena sound pasal ada yang x merasa makan pulut kuning.

Belum lagi nak sampai masjid, ada 3 motor polis tengah perbetul kuda2 nak tahan orang. Walaupun sempat nak buat drift u-turn, aku nekad je lalu depan polis tu. Bagi aku kalo niat suci, bala x berapa sangat bala nya. Tapi kena tahan jugak!!!

Polis 1: "Ni mana helmet ni? Dah la lesen L. Bawak orang plak tu." Muka kelat. Dah siap bukak buku saman. Tinggal nak tulis je.

Aku: "Nak smayang jumaat cik..x kan nak pakai helmet. Kang taruk kat motor kok kena rembat nanti.."

Polis 2: "Undang2 x kira ko nak pegi mana pun. Saman je budak2 tu." Muka ketat sambil tahan moto yang lain2.

Kawan aku: "x kan x bleh tolong cik..kali ni je. Lepas ni dah x pegi smayang jumaat dah.." Memang gampang punya ayat sampai x nak pegi smayang jumaat.

Polis 3: "Dah..dah..cepat. Ko nak settle cmana ni? Ni mau kena rm150 kang ni kok kena saman." Muka skema lapar duit. Aku pun x sangka dia punya straight foward. Memang aku paham dah melodi macam tu. Melodi mintak rasuah dia punya tajuk.

Aku: "Saya ada rm50 je cik. Bleh ke?" Sambil tunjuk walled depan muka dia. Memang aku bawak sekeping not 50 ngan rm1 4 keping. Kang kok aku cakap nak kasi rm4 kang, memang sah2 kena saman punya. Tepaksa aku halal kan je la rm50 aku tu. Dah bukan rezeki aku nak buat cmana lagi dah?

Polis 1: "Eh..eh..ko jangan hulur macam ni. Ko pegi letak dalam buku kat raga moto tu...Balik kang ko jangan lalu depan ni lagi. Tau x?"

Aku: "Ok cik..tima kasih." Aku pasrah.
********************************************************************************
Kawan aku: "Pundek punya polis. Ko kasi dia limaploh?"

Aku: "Pi mampos sama dia ar..bodo sangat x tengok berapa aku taruk tadi. Pandai2 dorang la nak kongsi singgit sorang."

Kawan aku: "Harharhar...jangan smayang kang dok sebelah dorang dah la weh.."

07 August 2009

7/8/9 hari ni dalam sejarah.

Pukul 12.34min 56 saat pagi tadi aku dah x ingat pape. Dah tebongkang tido. Tengahari tadi sejarah berulang. Pukul 12.34min 56 saat tadi aku tengah sabunkan siku belah kiri. Aku tengah mandi. Sejarah ni x kan berulang lagi sampai kiamat.

Tahun ni sejarah untuk hari merdeka x kena sambut macam tahun2 sudah. x de nak memekik melolong, tonggang todi, x de nak merdeka dari mak bapak, x de nak joget lambak kat depan klcc. Elok sangat la tu. Bawak2 la sembahyang tarawih berjemaah.

Tahun ni jugak sejarah untuk aku x sambut raya ngan sorang ayah. x planning lagi nak sambut raya kat rumah mana ni. Dengar citer nak tido beraya ngan umah makcik belah arwah ayah aku. Adik2 aku suma x setuju. Dulu2 masa belum berjaya, kitorang adik beradik abis kena kutuk. Kutuk wife aku keja kilang la, kutuk adik pompuan aku keja supermarket la, ape dia ingat anak2 dia best sangat ke? Sekor baru abis kan duit VSS, sekor lagi tengah cari keja. Baru2 ni dah mula calling2 kitorang tanya kan keja kerajaan ada kosong ke x? Aku x balas pape. Adik pompuan aku memang teruk dia pulang kan paku buah keras. Ehh...macam pelik je bunyi peribahasa ni. Betul ke?

Jom layan Curt Cobain main drum. "we have joy we have fun we have season in the sun.."

04 August 2009

Aku sokong ISA. Sapa2 x puas hati, bleh la buat rusuhan kat depan rumah aku kalau nak merasa bercakap tampa ada halkum.

Sblom2 ni aku ada dengar2 jugak kat media suruh hindari dari sebarang rusuhan 1hb ogos. Aku buat x port je pasal nya KL tu bukan daerah aku. Aku pedulik hapa demo2 macam tu. Buat letih badan je. Senang elok je aku lepas bayar tol susur keluar cameron highland, kawan aku call suruh tengok berita pukul 8 kang. Dia kata dia ngan mak n famili dia tengah shopping kat sogo, dan tengah turun nak kluar, pintu suma dah tutup x bleh kluar. Masing2 terkulat2 dalam sogo x tau punca. Kawan aku ni pulak yang suka cari pasal curik2 kluar dari sogo nak tengok live from tunku abdul rahman street. Nampak jugak la kelibat anuar ibrahim tengah lari dari polis.

Sampai kat hotel brinchang, terus aku on tv tengok berita. Dah macam indon pulak aku tengok keadaan kat kl tu. Rata2 peniaga suma x puas hati. Nasib lu la. Budak2 pun ikut sama pakai baju anti isa. Sapa punya anak la ajar jadi bangang tu. Yang bersongkok pulak jerit2 "Allah hu Akhbar!!!" Palahotak dia. Dia ingat tengah berjihad ke? Patut la amerika cakap islam ni pengganas. Suka sangat buat perhimpunan bangang. Rusuhan2 jugak. x payah la siap pakai kopiah putih laung nama tuhan. Lu ingat lu best sangat ke buat macam tu? Pukimak lu la anwar ibrahim!!! nama lu langsung x sebut dalam berita. Pandai betul lu cilok masa. Memang dah awal2 lu tau yang polis x kan tangkap lu.

**********************************************************************************
Dari kiri: piano, basis, lead guitar, kerincing, guitar+vocal, vocal (tiada dalam gambar)
Sampai2 kitorang kat rumah sewa adik aku, mak aku patah balik kat kereta sambil mengalir kan air mata. Aku cakap kat mak "besa la mak..kitorang lelaki memang biasa buat perangai macam ni lepas abis sem." Ni baru gambaran kat ruang tamu. Belum kat belah dapor blakang sana.

Kitorang tepaksa tinggal kan dia suruh urus kan rumah sindri. Pandai2 la ko nak hidup. Hahaa...

Notaterajangrusuk: Woi kerajaan!!! jalan taman perumahan aku ni bila nak turap betul2? asyik2 tampal...asyik2 tampal. Spring aku lowerd tau x? Jalan raya Felda palong 4 sana lagi cantik la!!!

01 August 2009

Final Destination

Bulan lalu ada beberapa kes kematian glamour. Bermula dari maikel jeksen. x tahu cemana dia punya kesudahan kes kematian dia. Macam2 nak investigate. Carik anak la, carik punca kematian la, carik duit bawah karpet la. Dah awal2 lagi dia tu bergantung dengan ubat dadah daripada makan nasik, mesti la umur x panjang. Bila2 masa bleh padam. x payah nak tuduh sesapa yang punya sebab. Dia meninggal pun x tau ada baca talkin atau x.
Kes kedua, hero rancangan feberet aku. Prison break michael scotfield. Dari season 1 sampai season 4 aku layan citer ni. Arwah ayah aku sempat layan sampai season 3 je. Ni la antara drama terbaik pernah aku tonton selain dari citer nam tour of duty ngan shogun samurai masa aku darjah2 dulu. Ending punya episod season 4 tu ada sambungan ke movie. Prison break final break dia punya title.
Lepas tu ada kematian mengejut lagi. Natrah. Waktu aku darjah2 dulu melambak majalah dewan masyarakat kat rak buku. Suma kes natrah. Memang sadis dia punya jalan hidup. Kesian jugak kat natrah tu. Meninggal dalam x de agama.
Pada sesapa yang nak carik prison break the movie, sila donlod kat sini. Baieeekk punyaa...

31 July 2009

Live From Bukit Kiara

Besok band yang paling aku teruja akan buat konsert kat bukit kiara. Dikesempatan ini aku nak ucap kan ribuan terima kasih kat adik aku pasal dipaksa mengkensel kan untuk dive bersama crowd2 search kat sana. Aku harap x de apa berlaku tanah runtuh+stage runtuh+kiss my ass bombers+nordin mat top dan apekejadah yang mendatang kan musibah.

Petang besok aku & famili bergerak naik cameron highland tido sana semalam dan besok nya turun kat simpang pulai hantar adik aku kat rumah sewa study dia. Mengada2 betul. Slalu balik cuti pandai pulak naik bas.

21 July 2009

Lain punya hantu aku jumpa itu hari.

Pukul 7.30pm baru adik lelaki aku sampai kat rumah mertua aku. Dia baru lepas balik keja basuh pinggan kat restoran bahau sana. Heran betul aku zaman carik keja skang ni. 2 bulan adik aku cuti, 3 minggu je adik aku sempat keja. Lebih nya macam sawan babi carik keja x dapat2. Suma nak operator pengeluaran wanita. Aku syak budak rempit skang ni bukan keja kilang punya zaman.

Lepas makan malam, kitorang berdua bertolak ke rumah gemas. Dalam 8.20pm baru sampai. Terus aku bersiap smayang maghrib terus ke baca yassin. 2 jag air paip pun dah sedia depan sejadah. Macam2 aku mintak supaya doa aku di makbulkan. Alhamdulillah...mata aku x kuyu ke tido. Lepas abis turn adik aku, terus aku renjis2 di pilis air yassin tadi seluruh tepi dinding rumah sambil azan. Aku pun x tau berhasil ke tidak cara aku tu. Aku pun x penah buat cara tu sblom2 ni. Tawakal je la.

Malam tu x de sangat aktiviti. Tv pun da aku hangkut ke seremban. Cuma ada lektop yang brokben nya dipinjam dari kawan adik aku. Hampir 1 pagi pun mata aku x berapa nak lelap. Walaupun aku berbaring2 kat ruang tamu yang sunyi, sekor 'haram jadah' pun x de sangat nak mengacau aku. Bilik adik aku tertutup rapat. Pasang2 jugak telinga kok2 adik aku tetiba histeria. Pun x de jugak. Aku bangun untuk jenguk adik aku. Aku hairan. Kucar kacir dia bukak website tampa hala tuju.

Cilakak!!! Patut la setan x datang mengacau.

20 July 2009

Cemana nak hormat orang tua kalau orang tua pun x tunjuk teladan yang baik?

Memotong dengan rakus sebelah kiri selain kat atas haighway memang salah. Salah dia serupa kita langgar belakang kreta walau kreta depan break mengejut untuk kasi siput babi melintas jalan. Berenti terus tepi jalan untuk settle kan keadaan lebih mulia daripada buat bodo terus x pedulikan orang yang dilanggar tadi.

Itu hari fender belah kiri aku kena langgar dengan satu toyota unser. Benda x de la seruis sangat. Sipi2 nak kena lampu depan ngan sipi2 bumper eg9 aku kopak. Betul2 fender je yang kemik. Ini bemakna unser tadi potong belah kiri setelah 2 lane bertukar ke 1 lane. Kelam kabut betul unser tu sampai x nak berenti bila aku dah berkali2 highbeam kan lampu bagi isyarat suruh lepak tepi jalan.

Bila keadaan memaksa macam ni, ada beberapa pilihan je waktu tu. Sama ada hafal kan nombo plate kasi kat polis atau follow sampai minyak abis atau potong pancung je kereta tadi. Kalau stakat kasi nombo plate kat polis, x tau bila punya zaman kereta tadi kena tangkap. Insuran pun x tau cemana punya claim. Kalau follow sampai minyak abis, x tau sapa punya luck. Kalau minyak kita abis dulu, serupa buat langkah pertama tadi. Sebijak2 nya kena la buat potong pancung. Korang penah tengok citer suci dalam debu? Yang cd oraza naik van kejar sambil potong pancung kereta julia rais tu? Korang jangan ikut itu perangai. Bodoh apa potong pancung naik van sampai terbalik?

Bila selesai sudah acara caci maki, yang penting kita kena tanya sama ada nak settle cara polis atau settle tepi jalan je. Itu hari memang aku harap kan settle polis. Setidak2 nya aku bleh claim sampai tukar kaler satu bodi. Nampak gaya nya niat busuk aku tu x jadi kenyataan. Haih... Bila citer nak settle tepi jalan, pesalah tadi cuma nak kasi aku RM100 je. Jika perkara ini berlaku, heret je dia ke bengkel kereta ketuk berdekatan untuk tentukan harga. Jangan main terima je seratus tadi.

Akhir nya kereta aku settle masaalah dengan pesalah laku tadi membayar ganti rugi kat tukang ketuk sebanyak 2 ratus siap cat. Tapi yang buat aku sebak...

"kau tau la nasib kau besok!!" (suara bini driver)

17 July 2009

KITA PENG-YU

Petang tu memang nak balik kampung. Nak bukak puasa ngan famili. Kebiasaan aku kalau nak jalan mana2, yang penting kreta kena berkilat walau bumbung dah mula nampak karat. Penah skali baca tips2 melajukan kereta antara nya kreta kena bersih berkilat dari sebarang habuk tanah. Tu suma point. Memang fakta bukan auta. Tu sebab suma kreta F1 suma kilat manjang. Minyak pun kena cukup2 sampai destinasi je.

Tengahari yang terik memaksa aku kasi upah orang cuci kreta aku. Cuaca ramadhan macam tu kalo basuh kreta, iman boleh cair. Sambil siram kreta, skali siram kat kepala. Air menitik dari kepala bleh skali hirup. Aku x nak perkara macam tu berulang lagi.

Sampai kat car wash, ada lagi 2 kreta nak sampai turn aku. Sambil menunggu kreta aku siap basuh, aku duduk satu port bawah pokok kundang ngan sorang brader. Tunggu kreta siap basuh jugak brader tu. Aku x berapa selera nak borak2 walau brader tu macam nak ajak borak. Aku letih. Tenaga nak kasi simpan kasi drive balik kampung kang.

Dalam tengah mula nak terlena, satu kereta sudah masuk. Bukan untuk kasi cuci kereta. Paking pun sebelah brader yang tengah siram2 kereta aku. 4 kutu keluar. Satu kutu samseng sudah tinggi2 suara kat brader cuci tadi. Badan masing2 bleh tahan la besar dari aku. Ntah apa yang dorang hati panas pun aku tak berapa dapat dengar. Aku pun x kesah sangat. Yang penting brader cuci aku tadi sambil bertekak sambil tangan berjalan bersabun kan kreta aku.

Dalam dok aku perati kan perangai dorang, salah sorang kutu tu macam aku kenal je perwatakan dia. "jika benar cinta itu butaaa...buta kah mata kuuu..." tiuw..tiuw..tiuw..(bunyi goreng gitar sila bunyi kan sindri) kutu tu la yang dok goreng lagu spring tadi. Padahal baru 2 minggu lepas aku selisih ngan dia kat bilik air masjid time smayang jumaat.

notamasjid: Betul la cakap orang. Waktu smayang jumaat je kita berbaik2 sesama kita. Lalu depan jemaah pun tunduk sambil hulur salam. Lepas berebut keluar, berebut jugak la perangai sebenar keluar. Hehee..sama la macam aku..

16 July 2009

Bleh pakai ke google map carik arah kiblat?

Ahhhh...Rindunya ngan kengkawan alam siber...Mintak maaf la kat suma kengkawan sepanjang aku menghilangkan diri. Aku tengok kat komen pun dah kurang pasal aku dah x berapa aktif mengepos entry. Sape plak nak jenguk blog ni hari2 kalau blog x aktif ye x?

Pada awal kemunculan aku dulu, masa tu aku masih lagi buta IT. Kerja pun kurang pasal baru masuk keja. Dalam x de keja tu, makin rajin la aku jelajah segala pelusuk dunia internet ni. Masa tu aku rajin mendonlod mp3 dari ares. Blog pun aku x berapa kenal apekejadah nya time tu. Ntah cmana punya masuk, aku masuk kat blog aku sape. Brader ni lebih kepada mengexplore software2 baru yang pelik2 selain post lagu2 ngan sikit2 kesah seharian dia. Satu hari tu dia sudah iklan kan blog hilang punca yang selamba punya genre. Punya la x berapa ada kerja, 2 hari je aku katam kan blog pipiyapong tu. Pengomen dia pun masih kurang lagi masa tu. Seingat aku,lepas aku baca entry dari rahimin idris la yang hati aku beria2 nak buat blog sindri.

Sebelum aku nak terbit kan blog aku, aku masih tercari2 identiti sendiri. Kejap2 pikir nak buat blog lagu. Suruh senang orang nak carik lagu2 kasi lingkup kan lagi industri muzik kat malaysia ni. Kejap2 nak buat style pipi bahasakan diri gua2, lu2. Kejap2 nak kasi campur aduk kasi orang donlod software macam blog aku sape tadi.

Lepas aku sarapan pagi 2 bijik telur ayam kampung dengan arwah ayah aku, terus aku terpikir nak mula kan berblog. Awal post aku dulu, banyak aku ceritakan kesah2 zaman aku budak2 dulu. Itu pun arwah ayah aku yang tolong flashback kan balik. Aku fikir, blog ni sesuai untuk aku simpan sebagai sejarah aku untuk masa akan datang. Cucu2 aku pun bleh tau kesah atuk dia besok2 kan?

Bila dah makin lama aku keja kat sini, makin la bos aku percaya hasil keja aku dan makin banyak la keja yang dia bagi untuk aku. 8/7/09 minggu lepas, dengan rasmi nya aku catat sejarah sendiri keja sampai 19jam. Kebetulan pulak wife aku bercuti balik kampung. Nak balik rumah pun bukan ada sesapa. Sesorang je aku kat opis 2 tengkat tu. Aku balik pukul 3 pagi wooo...Kesudahan nya kamis tu otomatik aku cuti. Ada urgent submission untuk dosh approval perlu aku settle kan.

Nak sambung citer halau hantu pun aku x sempat. Lepas ni la aku sambung citer tu. On da way aku balik ke gemas tu, aku xcdent. Nanti aku ceritakan jugak. Papehal, aku selamat dari gangguan puaka nyang rapik tu. Tima kasih kok ada sesapa yang doa kan keselamatan aku.

notakaki: Petang ni matahari tepat atas ka'abah. Tapi dah 3 hari dari pagi manjang mendung sampai ke petang. Tiap kali mesti macam ni punya hal!!

04 July 2009

Sape pinjam CD Gostbuster aku sila pulangkan balik!!!

Dah hampir 6 bulan rumah parent aku kat gemas sana ditinggal kan tampa penghuni. Sejak mak aku sambung study ngan adik lelaki aku, cuma dalam sebulan stakat 2~3 kerat je kitorang pegi jenguk. Selebih nya kitorang upah jiran bersihkan hari2 kat halaman rumah. Blakang rumah tu dah macam tapak petani moden dorang dah convert. Siap ada reban ayam ngan 4~5 batas sayur. Ok la tu dari dibiar kan kosong je.

Minggu lepas yang aku bermalam kat bangi tu, mak ngan adik2 aku ada tido kat gemas dalam 2 malam. Dah mula ada macam2 gangguan puaka. Biasa laa..Kalau kita dah tinggal kan rumah kita lebih 3 hari, ada 'orang' lain pulak yang tolong jaga rumah tu. Tu sebab antara kita x leh tinggal kan sembahyang hari2.

Situasi 1 malam petama:

Adik pompuan aku dengar ada orang tutup penutup tin milo. Bukak tutup esbox. Bajek adik lelaki aku tengah melapun kat dapor. Maka adik pompuan aku nak joint da club. Tengok2....laa..mana orang nya? Dia buat derk je walaupun bulu roma dah meremang. Terus dia sambung tido. Pada hal adik lelaki aku belum balik dari merayap.

Situasi 2 malam kedua:

Adik pompuan aku dah balik putrajaya. Adik lelaki ngan mak aku masih stay kat rumah tu. Dalam pukul 2 lebih pagi, adik lelaki aku dengar mak aku terjerit2 dari bilik sebelah. Sib baik adik aku tu leka bertasbih (bermesej ngan pompuan) sampai ke pagi. Masuk2 dia kat bilik mak aku, keadaan katil suma dah berterabur. Mak aku cakap kaki dia kena pegang kat something. Terus dorang berjemaah tido kat ruang tamu.

Adik lelaki aku x de kena usik. Pagi tu mak aku mula nak baca Yassin lepas semayang Duha. Tapi x jadi baca pasal mata mula rasa berat nak ke tido. Aku syak puaka nyak rapik tu dah manipulasi mata mak aku.

Maka oleh demikian, aku mula hati panas pasal keluarga aku dah kena usik. Pantang betul aku dengan benda2 macam gampang ni. Malam ni aku nak tido kat gemas ngan adik lelaki aku. Harap2 aku boleh bacakan Yassin untuk clear kan rumah tu balik. Moga aku berjaya dalam mission in action ni.

02 July 2009

Kesah Honda Wave Abang Ipar saya

Hujung bulan lepas, ahad itu hari la kira nya. Aku bermalam kat rumah akak ipar aku kat bangi. Ahad besok tu, sorang bekas bohjan dah nak kawen kat puchong. Kawan aku masa blajar tinggi2 dulu. Memang cukup bohjan dia tu. Bekas bakal awek aku pun dia nak kebas. (x sempat nak buat awek angkat, tekantoi gambar awek dalam wallet) Last2, itu hari dia kawen ngan awek lain.

Sebelum nak cecah tengahari, lepas sarapan aku mintak pinjam moto abang ipar aku untuk sessi lepak kat kedai hardware sepupu aku kat area teras jernang sana. Sambil capai helmet, abang ipar aku kasi sikit taklimat ciri2 keselamatan motor honda wave 100 dia. Paling aku ingat moto tu x leh start pakai tendang. Kena pakai auto starter yang kena picit2 terus start tu. Yang lain aku x berapa bleh ingat pesan dia. Pasal nya aku kena tapau pakai duit aku dulu nasik lemak 2 bungkus, rokok nusantara 1 kotak, kuih bermacam ragam 2 hengget.

Sessi melepak kat kedai tu sampai 11.30am. Kawan aku dari kl sana dah call nak tunggu aku kat petronas tol sungai besi pukul 12.30pm kang. Ajak berkonvoi la lebih kurang. Wife aku pun dah call suruh balik kena bersiap. Sebelum sampai rumah, sebagai seorang peminjam moto, perlulah kita mentapau balik minyak moto yang dah digunakan tadi. x baik pakai macam tu je hantar dengan minyak santak kat tiang E.

Lepas letak rm3 kat kaunter, aku dah mengalabah. Aku carik2 lubang kunci kat body motor tu x jumpa. Carik kat blakang nombor plate pun x de. Kat belah depan seat style moto lama tu pun x jumpa jugak. Aku dah melilau kiri kanan carik mat2 rempit tengah isi minyak. Sekor pun x dak. Time ni la dorang sibuk2 isi minyak pakai kereta. Kereta dah 2 bijik beratur blakang aku.

Nak x nak, tepaksa la aku gagah kan diri panggil awek cashier mintak tolong carik kan orang yang bleh bukak kan seat moto aku tadi. Lagi cilakak!! pekerja lelaki belum masuk lagi. Bangla ada la. Dengan ramah nya awek tadi pegi kat moto aku buat sound check.
***********************************************************************
Pengajaran yang kita belajar hari ini ialah:

1) Pasang visor gelab tahap jpj saman kat helmet masing2. Kalo jadi pape macam ni punya kes, muka bleh cover lagi.

2) Sentiasa pelbagai kan menunggang moto. Tukar2 dengan jiran tetangga. Jangan naik ex5 je hari2. Moto lain suma dah maju wei!!

3) Ingat pesan owner. "kunci nak open seat kat main switch tau".

23 June 2009

"ayah membawaku ke sekolah, bergunalah ilmu, bila dewaaasaaaa..." -Aris Ariwatan-

Lepas hirup 2 bijik telur separuh masak taruk kicap, terus aku selendang botol air sambil sarung kasut skolah. Arwah ayah aku dah sedia menunggu kat motor yamaha cdi dia nak menghantar aku ngan akak aku pegi sekolah sebelum dia nak ke motong getah seawal 6.30 pagi tu. Sambil paut talipinggang arwah ayah aku, aku panjat motor untuk duduk posisi tengah. Memang tinggi betul motor tu rasa nya. Akak aku pun lagi tinggi dari aku masa tu. Bila kedudukan aku dah stabil, turn akak aku plak naik duduk ke posisi belakang.

Pagi tu memang macam biasa. Ikut jalan slalu biasa lalu. Gelab pun macam slalu punya gelab x macam town seremban ni punya gelab. Sambil dalam hati dok hafal baca sifir 1, tetiba pandangan aku terabur. Aku bukan tengah peluk pinggang arwah ayah aku sekarang ni. Tapak tangan aku penuh dengan tanah laterit. Kitorang tengah jatuh motor rupa nya. Aku terjarap. Akak aku x dapat aku pastikan. Tau2 dia dah bangun dulu dari aku. Arwah ayah aku sibuk angkat motor sambil kutip beg2 skolah+perkakas motong dia. 2~3 orang motor pun ada datang berenti tolong arwah ayah aku masa tu. Aku syak arwah ayah aku dah termasuk satu susur lubang melintang tengah jalan laterit tu yang dah jadi laluan air hujan. Masa tu mana ada jalan tar lagi weii.

Lepas arwah ayah aku pastikan anak2 dia dalam keadaan boleh kesekolah lagi, terus kitorang sambung pegi skolah. Aku pun x de sangat luka2. Baju skolah aku cuma kotor sikit je. Sluar pendek biru pun nampak macam normal. Seb baik arwah ayah aku x berapa rempit sangat masa tu.
*********************************************************************************
"Mak...spender x de ke?" Aku dah kucar kacir selongkar gobok baju aku. "Nak pegi skolah baru ingat spender? Mana penah beli spender untuk kamu? Pinjam je kat along tu pakai sementara. Petang kang kita beli lain." Akak aku dah jeling2 je sambil agih2 kan spender lama dia untuk aku. Stat dari ari tu la aku mula berjinak2 pakai spender. Kes kena tegur kat mak cik kantin masa aku port ngan member makan mee blakang kantin sessi rehat smalam, buat aku satu hari suntuk pegang punai sampai abis waktu skolah. Ntah macamana punya kangkang la style aku jatuh moto smalam tu.

20 June 2009

CINABENG!!!

Skang dah kecoh balik pasal chin peng. Apekejadah la orang tua ni punya agenda kali ni. Purata suma x setuju. Tapi anuar ibrahim punya la bertegang urat leher untuk kasi lepas kan chin peng ni jadi kerakyatan malaysia. Lepas mahathir tutun takhta, dah macam siamang perangai politik2 kat malaysia ni. Lagi pandai dorang ni, lagi buruk perangai rupa2 nya. Harap kan pagar, pagar x bleh harap.

Orang nak kawen pun tepaksa kluar kan duit hantaran nak repair jalan. Dah menunggu selama 3thn, lepas repot kat kosmo, x sampai sebulan dah ada lori hantar batu2 jalan. Lepas ni kena pakai kabel kosmo la kalau x puas hati kat wakil2 rakyat. Macam tu la punya perangai para2 politik skang ni. Versi yang lebih kurang sama ngan versi zaman pkm & jepun dulu2. Beza nya zaman dulu main bunuh2, zaman skang main tikam2 blakang. Tujuan hanya satu. Masing2 nak jadi pemimpin.

Bagi aku, antara kekejaman pkm ngan jepun, lebih kurang je perangai dorang. Sama2 kejam tahap ifrit utama. Arwah atuk aku pun penah kena sasaran pkm ni. Kena tembak baru nak turun dari rumah. Nasib baik x kena. Arwah atuk aku cakap, pkm tu silap orang menurut dari dia dengar dari kawan pkm yang menembak tadi. Terus dorang chow balik bukit blakang rumah arwah atuk aku. Kubu dorang kat situ.

Aku syak, dorang2 yang beria2 suruh chin peng ni masuk malaysia balik adalah cucu cicit saki baki pkm yang kena halau keluar dari dalam hutan barangkali. Ntah2 yang dok berparti dalam perlimen tu pun sedara mara chin peng yang tengah tunggu masa nak ambik alih malaysia. Sapa tahu kan?

Cuba tanya kat bekas2 pejuang dulu, bleh kasi chin peng masuk? "Masuk la kalau brani jumpa ngan gua dulu. x bertukar kepala lutut dok kat atas leher, kepala dok kat lutut kang.."

Cuba tanya kat cina bukit plak? "suda medeka maa..jipun pun lu olang kasi masuk, apasat cim peng x bleh masuk. sama2 jahat jugak maa...?"

Jawapan aku mudah je. Jepun ada kepentingan untuk malaysia. Sekurang2 nya wujud proton kat malaysia ni. Polis pun dah mula merasa bawak Evo10. Chin Peng bleh kasi apa kat malaysia? Aku tempeleng pulak budak cina bikit ni kang...
Muka relek je...Berapa orang dah mati kat tangan dia pun kita x tau..

Tapi kalau pandang dari sisi ke lain, rata2 negara yang mengamal kan ideologi komunieme ni suma maju2 belaka. Amerika pun bergantung kat china untuk beli bon2 yang digunakan untuk pakej rangsangan ekonomi dorang. Cuba pun hebat jugak dalam bidang perubatan dorang. Rakyat dorang dapat free je untuk pakej kesihatan.

Kalau x kerana pengaruh chin peng ni jugak, x merasa la malaysia nak capai kemerdekaan pada september dengan bantuan britis tu. Itu pun sebab china memberontak sebab jepun tindas china. Kalau x, x kemana pun chin peng tu.

Tapi kalau hidup kat brunei memang best. Langsung x merasa nak gawat2 ni. Suma rakyat patuh pada sultan. Sebab dorang ada satu sultan je. Kat malaysia jangan harap bleh jadi macam brunei walau pun ada ura2 nak ikut jejak langkah brunei.

Apa2 hal pun, kita tetap perlu bersyukur sebab malaysia adalah antara negara yang selamat dari segi keselamatan. Cuma tahap politik je yang macam haram jadah.

19 June 2009

Best gak pagi2 buta pegi berjogging lepas ni. Pastikan bawak kamera kalis malam.

Sempat aku toleh jam sekitar 2.27 pagi tadi sebelum bangun sambil alih kan kaki anak aku kat dahi aku. Mata x berapa nak boleh lelap balik. Jiwa tetiba risau, semacam ada orang tengah melangkah naik tangga menuju ke bilik aku sambil pegang pisau dapor. Ni suma gara2 lepas tengok citer friday 13 hasil donlod kat opis. Lepas keluar dari bilik karaoke melepas kan sisa toksik kecil, terus menuju ke sliding door selak langsir. Mata melilau kiri kanan. Line suma clear x de menunjukkan sebarang perlakuan pelik. Langit cerah, spotlight besar terpacak tengah2 langit.

"Haloo...tido ke?" aku buat2 tanya soklan budak x abis skolah. Jiran selang 23 buah rumah sederet ngan rumah aku ni slalu nya memang suka lepak sembang2 depan rumah sampai ke pagi. Kerja kerajaan bleh la buat perangai macam tu.

"Wei...datang sini. Tengah ada rush ni." jawapan s.o.s telah aku terima. Aku kucar kacir capai sweater snoop dog sambil sarung boxer. Hati aku x berapa sedap. Ntah ada rompakan atau kecurian atau ada sessi makan durian barangkali. Dorang ni pun bukan bleh percaya kan sangat. Kengkadang tu gempak je lebih.

Sambil tutup pagar dengan cara larian setempat, aku ambik keputusan berjogging menuju ke arah berkaitan. Belum lagi nak sampai tempat untuk dituju, dari jarak 60.14 meter aku memperlahan kan joging aku. Ada 5~8 orang tengah berkurumun kat satu kreta. Dari gerak geri bodi language serta vokal, aku pasti dorang tu adalah jiran2 aku. Terus aku joint da club.

"Eh..apsal ni?" Aku perati sorang kutu tengah serabut menyusun akal menjawab soklan2 dari ahli rukuntetangga. Sorang jiran tengah mencekak leher kutu tu yang tengah tersandar tepi kreta. Aku syak baru lepas kena penampar barangkali. Dalam kreta tu ada sorang awek tengah sibuk betul2 kan dressup.

"Tengah mentenet (istilah berjimak kat tempat aku) kat depan rumah aku." Sorang lagi jiran aku selaku perancang utama. Menerusi investigated, couple ni kena ambush ketika tengah bertenggek kat tempat co-pilot dalam suasana yang suram di bawah tiang lampu jalan yang dah x berlampu. Dekat sejam lebih jiran2 aku menghayati watak dorang dengan x mengcalling aku langsung. Alasan dorang x nak mengganggu hubungan kelamin malam jumaat aku. Ciss!!! durjana sungguh punya alasan.

Kesudahannya, kutu tu kitorang lepaskan tampa jaminan. Nasib baik bukan budak taman kitorang. Awek tu sempat kitorang ambik alamat lengkap dengan salinan ic skali. Bleh tahan gak awek ni.

11 June 2009

Macam2 perangai dalam beberapa minggu ni yang buat aku macam rasa x berapa nak blah.

1)
Dah 2 minggu berturut2 aku buat keja pakai earphone pasang lagu search. 1hb 8 ni memang x payah amy tu risau kan pasal x hafal lirik. Adik aku balik2 dari cuti sem. pun terjerumus pasang lagu search. Padahal bersepah sluar skinny dalam bilik. Tapi memang cilakak!! Baru nak tempah tiket, baru dia begitau 1hb 8 ni dia kena balik skolah. Baru sekarang dia beritau aku? Yang hari2 aku dok menghafaz lagu search ni nak buat apa? Mak aku pulak suruh aku bawak satu famili pegi menghantar dia. Aku pasrah...Jiwa parah...Adik aku berseringai je kat sebelah.

Jadi, aku terpaksa bersikap positif. Setidak2 nya,aku terlepas dari dosa2. Nama baik mak aku pun nak kena jaga jugak. x ke buruk perangai mak aku mengaji kat skolah, anak2 pegi menyalak tengok konsert.

2)
Baru2 ni amoi yang ketiak bau cipan tu pun dah berenti keja. Pun cilakak jugak dia tu. Kompeni hantar pegi singapore 2 bulan suruh jaga site. Tapi dia dah dapat keja lain kat sana. Aku syak itu cuma agenda dari bos aku. Mungkin dia pun dah x dapat nak tahan napas. Sampai jauh singapore sana dia campak itu amoi. Lepas 2 minggu dia keja kat tempat aku ni, hidung aku dah mula serasi ngan bau dia. Sembang pun dah makin mesra. Tapi belum sempat dak bermesra2'an, dia dah berenti.

x pe. Itu pun aku kena terima secara positif.

3)
Skang ni plak, dah x de towel merah bersidai kat tepi pagar rumah. Maka, dah x de hangit bau towel x basuh. Mamat2 bujang tu dah tukar pada mamat2 bujang yang cukup sifat rajin nya. Baru 2 hari masuk, dah siap tukar cat rumah. Lalang2 blakang rumah sama tinggi pintu dapur pun dah kasi tebas habis. Peramah pun boleh tahan. Tapi yang aku x berapa nak blah, anak2 dara jiran baru sebelah kanan ni plak, suka sangat sidai suma baju lepas basuh dia kat pagar. Kalau tengok tang jauh dah macam rumah kongsi pun ada. x kesah la. Itu korang punya pasal. Kalau bakal mak mertua tolak pinangan jangan pandai2 nak tanya kenapa. Pasal nya, dengan bra sama spenda pun skali sangkut pakai hanger kat depan rumah. Dorang ingat aku yang dah kawen ni dah cukup nafsu ke?

4)
Hari ni 1st time kompeni aku kena audit. Sblom2 ni cuma internal audit. Kitorang2 je yang audit department masing2. Kali ni baru betul2 orang iso sendiri yang audit. Hati aku berdebar2. Berdebar2 sama macam tengah ambik lesen memandu. Takut x cukup markah sama takut dengan x dapat jawab dari auditor. Kecewa kena ulang ambik lesen sama kecewa kalau kena ncr. Malu pun ada woo... Tapi skang ni audit pun dah abis. Sekor pun x datang nak audit aku. Hahaha...Apejadah nya nak audit draftman? Drawing tu stakat boleh tengok je. Nak soal lebih2 pi tanya designer la.

5)
Itu hari aku masuk hospital pasal demam lepas pegi kenduri kawen sepupu aku. Skarang el-nino tau x? Dia punya panas boleh kasi aku demam sampai 2 hari x bangun2. Itu baru el-nino. Belum api neraka lagi. Wife aku dah cuak sampai hantar aku kat spital seremban. Sampai spital, aku suruh dorang balik pasal aku x nak kuman2 spital melompat kat anak aku. Tapi aku memang x puas hati dengan layanan spital kerajaan ni. Muka aku ni ada iras2 suka ulang alik pegi london ke sampai aku kena kurung dalam bilik kaca sampai seploh orang?
"kamu ada baru balik dari oversea x?"..."saya keja kampung je. rumah pun buat sendiri je encik" tetap dorang x percaya tipu helah aku. Kesudahan nya, sorang apek sudah sangkut kuman babi. Padan muka. Sapa suruh makan babi. Meraung2 dia punya raung.

20 May 2009

Sejauh mana kita punya amanah? 1'? 2'? 3'? Berapa jauh?

Mintak maaf aku kat machasezs pasal aku x perasan dia highlight kan nama aku suruh mintak pendapat. x tau la kot memang zairi tu dia maksud kan aku atau ntah ada orang lain pakai nama zairi lagi. Pasal nya aku sibuk sangat pikir kan pasal anak aku yang hidup tampa umie nya selama seminggu ni. Umie dia pegi kursus kat Terengganu sana. Dia ada perasan si atune tengah bergonjeng sakan kat sana. Cepat2 wife aku paling kan muka. Dengan pentoi+geldof+atan pun tepaksa aku batal kan opoimen.

Tapi 14hb sampai smalam memang betul2 baik sangat anak aku kat aku x macam sebelum2 nya. Kalo x manjang bergaduh je la keja kitorang kat rumah. Tapi ari ni dah stat gaduh2 balik. Ajak mandi pun nangis2 nak kat umie dia. x penah pulak aku kasi dia makan talam dua muka sblom ni.

Untuk machasezs, aku ada citer pasal amanah raya punya x berapa nak amanah kira nya.
Sebelum arwah ayah aku meninggal, suma harta benda dah siap untuk diwarisi. Cuma sekor kereta ntah cemana bleh lupa. Memang sblom ni bincang kereta tu bagi kat adik pompuan aku pakai. Baru2 ni, aku calling puspakom nak kasi tukar nama kereta tu. Tapi puspakom tolak pegi kat amanah raya pasal owner kreta dah meninggal. Sorang mengaku akak (makcik) sudah terangkan suma kat aku cara2 nak tukar nama kat pewaris. Tapi yang aku x leh nak terima kenyataan adalah amanah raya x menerima tukar nama kereta tu selagi hutang kereta x abis bayar.

Makna nya adik aku kena pakai kereta tu secara berhati2+berhemah+sopan santun+pekerti mulia+sentiasa berwuduk +datang bulan dilarang memandu. Aku dah sah2 x bleh bawak punya pasal nya aku secara otomatik tertukar atitude semasa memandu. Sebab nya, kalo kena xcden, x bleh claim punya. Kalo langgar orang, kena bayar kluar duit sindri. Kalo langgar orang sampai orang tu mati, aku x tanya plak sapa yang kena masuk lokap.

Sebenar nya aku bukan heran sangat pasal nak tukar nama tu. Pasal nya kreta tu abis bayar bulan depan je. Lepas tu dah bleh pegi kat amanah raya tukar nama. Cuma aku risau kalo jadi pape kat adik aku+kreta tu. Pesan aku, elok la korang letak dua penama masa nak renew insuran kreta. Tapi aku heran cemana benda2 ni x bleh nak settle. Dorang x nak buat keja atau malas nak buat keja lebih? Kalau kreta tu abis bayar lagi 9 tahun cemana? 9 tahun kena bawak kreta kena ada air smayang?

14 May 2009

Berakhirnya seorang legend.

Malam tu x jadi pegi karaoke. Lambat sangat nak tunggu bilik jadi kosong. Alternatif lain, kitorang menuju ke main bowling. Lama dah aku x usik bola 2 kilo tu.

..................................................................................

"Okeh...lepas ni turn ko.." Cumi beri arahan sambil tersenyum megah baru lepas strike. Ceh!! stakat lagi 2 frame nak abis baru dapat strike ape barang nak megah2?

Sambil usik2 tepung yang x mendatang kan hasil strike, aku capai bola 2 kilo. Kuda2 dah ready. Gaya dah ada. Strike dah 8 kali. Kengkawan suma dah tinggal jauh. Jadi, x perlu lah nak beria2 sangat.
..................................................................................

Aku macam rasa nak pindah kat palestin. x de sapa nak pedulikan aku kat sana. x penah aku jadi macam ni. x penah aku kena malu macam ni. Budak baru blajar main boling pun x penah bola sampai terlucut ke blakang sampai kena meja kaunter. Aku nak resign main boling. Serupa dah lapar talipinggang je yang ajak aku main boling lepas ni.

Driver 18SX. Hati betul2 kental je bleh keja.

Kerap kali kalo time tea break, aku suka borak2 ngan driver kompeni aku. Dia bekas askar pencen umur dekat2 40 kot. Aku pun x penah nya nak tanya. Nak kata hensem x la jugak. Kalo jalan berdua kat bangsar tu, memang mak datin angkat aku dulu la. Tapi memang segak+smart semacam bau perfume polo. Dia punya borak memang best kalo dengar. Macam rasa kejap sangat je stakat break 15min tu.

Brader ni dah kawen x de anak. Wife dia pensyarah mana ntah. Dia punya keja x kira malam pun kena keja jugak kalau bos tlepon. Kompeni aku adalah lokal kompeni bisnes famili. Bos ada 4 orang anak beranak. Sorang pompuan, sorang lelaki. Dua2 dah kawen. Tapi x duduk sama ngan pasangan dorang. Pasangan dorang ada bisnes lain kat Kl sana. Jarang2 balik seremban tido satu rumah. Stakat 5 bulan brader ni keja kat kompeni ni, x penah langsung kenal pasangan memasing.

Baru2 ni brader tu slalu citer pasal anak pompuan bos aku yang dah kawen tu. Umur dalam 40 lebih. Slalu pegi buat facial punya pasal, muka+body jadi best. Dalam sminggu mesti 3~4 kali brader ni malam2 kena hantar bos aku tu pegi clubbing kat KL sana. Brader ni dah jadi PA totally sampai seluar dalam pun kena hantar dobi.

Bos pompuan aku tu memang sporting ngan brader ni. Memang murah rezeki ngan duit je. Kluar dari disko, mesti mabuk2 bos aku tu ngan kengkawan dia dok dalam toyota wald terkangkang2 nampak spender. Penah skali bos aku tu bantai beromen ngan boyfren dia sambil brader ni bawak kreta. Ape punya giler la beromen depan orang lain. Brader tu pun x tentu arah bawak kreta. Kejap2 toleh blakang. Kesudahan nya tepaksa menunggu dalam kreta dekat 3 jam depan hotel. x pe. Aku nak pasang kamera kat kreta tu sok. Tapi aku ada syak wasangka gak ngan brader ni. Kengkadang aku x berapa paham ngan double meaning dia.

Huii...Dulu pun aku penah kawan ngan brader van kilang. Masa tu ada sorang mak budak umur dalam 23thn keja jadi kerani kat kompeni lama aku dulu. x tahu la kesah betul ke tidak brader van tu citer kat aku. Dia penah bawak budak tu masuk dalam bilik air. Memang budak pompuan tu sosial pun. Ntah apa nak jadi la weii...

09 May 2009

Selamat Hari Ibu

Sempena hari ibu besok, aku ucapkan selamat berbahagia pada suma golongan kaum ibu,mak,umie,mama,mummy senang citer yang penah melahirkan anak. Kalau x de dorang, x wujud la kita kat dunia ni. x merasa la bukak blog sindri. x merasa la dapat nama sindri.
Tahun ni aku sambut hari ibu tampa arwah ayah aku. Dah meninggal time ramadhan lepas. Stat tahun jugak la kitorang sambut tampa ayah. x pe la. Ajal maut suma kat tangan Tuhan. Kita yang hidup ni kena terus hidup jugak.

Pada mak aku, aku ucapkan terima kasih x ternilai harga nya membesar kan aku hingga aku jadi orang. Walaupun kecik2 dulu aku penah rasa terkongkong, penah memberontak, penah kantoi curik2 isap gudang garam blakang rumah, macam2 hal lagi la yang ntahapahapentah penah aku buat dulu yang boleh buat mak+ayah aku panas hati kat aku. Bila otak dah upgrade, baru la tau tu suma untuk kebaikan aku jugak.

Paling bagus nya tengah aku sedap2 keja jadi operator jaga kain kat kilang hualon melaka dulu, mak+ayah aku suruh berenti kasi sambung blajar. Memang liat aku nak pegi masa tu. Maklum la baru lepas kluar kan kancil. Duit pun dah sedap pegang. Awek pun mula dah keliling kereta. Minah indon jangan citer ar. Dorang memang terget rakyat tempatan untuk buat batu loncatan status kerakyatan. Aku macam biasa la sebagai maskulin macho. Abis sepah, madu aku hirup untuk mengembalikan tenaga. Eh..aku acah je tu. Mak+ayah aku didik aku baik punya. Aku bela awek aku dari form3 sampai 10thn terus aku kawen. Tu sorang je awek aku x tukar lain.

Kalau x kerana mak+ayah aku didik aku sebaik mungkin, ntah ape jadi la aku skang ni. Ntah merempit atau baru lepas ragut orang tengah mengandung. Hmm..Syukur Alhamdulillah la skang hidup aku ni.Baru2 ni punya gambar. Tudung hitam tu adik aku nombo 3. Tudung putih mak aku. Tudung hijau wife aku yang aku bela sampai 10thn tu. Baju putih tu aku. Dah abis ketat dah muka time tu. Kalau x takut jugak, x tau la nak citer cmana lagi dah. Yang kecik tu anak pompuan aku. 28 jamidul akhir ni, cukup umur 3thn. Selamat hari ibu jugak kat wife aku. Yang buat iklan gigi tu adik aku yang last. Kitorang ada 4 beradik. 2 laki 2 pompuan selang seli. Pandai x mak+ayah aku setting? Yang x de dalam gambar cuma akak aku.

Malam tadi aku terima mesej anak akak aku umur 5thn masuk wad pasal paru2 masuk kuman. Bahaya woo... Nasihat aku kat korang, jangan manjakan anak2 korang ngan ekon siang malam. Tido pakai kipas je.

07 May 2009

Gores & menang. Cuba lah bang... Wak luu!!!

Tengahari memang waktu lapar aku. Sampai2 je kat rumah, pintu pagar pun stakat tutup rapat macam tu je. x sempat sangat nak lock ngan solex. Dah lapar nasik punya pasal. Sambil panas kan lauk, aku on tv tengok apa yang patut untuk hilang kan rasa sunyi dalam rumah. Naik tingkat atas kasi mandi untuk kembali kan rasa segar untuk kerja sessi ke-2 kang. Lepas siap make-up, aku ada 15min untuk makan.

Tengah sedap2 makan sambil layan video zonkers, sliding door rumah aku kena ketuk2. Aku cukup x suka ada orang kacau waktu rehat aku secara paksa macam ni. Aku biar kan dia ketuk2 sorang2 sampai aku abis makan nasik. Aku harap kan dia blah cepat2.

Selesai abis makan, orang tu masih terpacak lagi kat luar rumah aku.

Aku: "Hah..Apsal?.." muka ketat sambil selak sliding door yang masih dipisah kan dengan grill.

Rupa2 ada sorang amoi kira boleh tahan la dengan sorang laki2 cina kat luar pagar dok tunggu itu amoi. Ini amoi sudah mau kasi tipu sama aku dengan suruh gores & menang. Apa punya tektik lama la dia pakai nak kasi tipu orang. Si jantan kat luar tu pun saje je suruh amoi ni yang ketuk2 pintu rumah orang.

Amoi: "Abang kira ada untung ini hari tau.." sambil jantan cina tu baru nak melangkah masuk ke area rumah aku nak kasi sama2 cucuk jarum.

Aku: "Apa macam you boleh masuk dalam rumah i?" Aku saje buat taktik kotor punya soalan kasi pangkah dia punya ayat2 cucuk jarum.

Amoi: "Sorry la. Pagar you x kunci. Saya sudah panggil banyak kali abang x ada dengar. Itu sebab saya buka pagar untuk masuk." Memang ayat buku teks dia pakai.

Aku: "Kalau pagar tu tutup, makna nya x bagi sesapa masuk. Kalau i x dengar you panggil, you tetap x boleh masuk. Sekarang, you all boleh keluar tutup balik itu pintu pagar sebelum i call polis." Dengan ganas aku telunjuk kan jari jalan keluar. Amoi tu punya muka memang kesian. Jantan cina tu memang lapar helmet je dia punya muka.

Walau pun aku pikir2 kan betapa kering nya hati aku tadi menghalau orang, kesian jugak aku kat diorang tu. Kalau melayu memang ada bahasa sikit la kira nya. Tapi dia tu cina yang cuba untuk mengacau bilau kan jiwa aku dengan kad gores & menang dia tu. Bagi aku, biar aku halau dia sebelum aku kena halau time x cukup duit nak tuntut hadiah yang bakal aku menang dari kad gores & menang dia tu besok2.

Moral of the story, x kira la kejap lagi nak keluar balik ke, pintu pagar mesti kena solex walau pun solex tu boleh kena bukak oleh perompak.

04 May 2009

1st time aku tumpang kan pontianak ajak balik kampung. Giler seram...

Selamat hari pekerja untuk yang mereka yang bercuti pada jumaat lepas. x kira la korang baru berjinak2 jadi penganggur ke, kerja sendiri tapi x cuti jumaat lepas ke, kompeni korang x layan labour day ke, x kira la mana pun. Asal kan korang penah buat kerja rumah sapu habuk kapet pasal mak korang suruh sapu. Tu pun kira kerja jugak tu. Dapat duit belanja skolah tu kira gaji korang jugak tu. Saje je mak+ayah korang x nak begitau. Tapi tu la 1st time masjid melimpah sampai kat rumput orang bentang sejadah nak sembahyang jumaat punya pasal. Aku pun nasib2 je dapat petak 1'x1' untuk berdiri. x kusyuk langsung. Padahal x de ruang untuk setan menyelit. Sempit2 macam tu, sempit lagi lubang kubur kan? Errrkk...

Hari jumaat tu aku x pegi mana2. Lepak rumah je. Kitorang plan balik kampung wife aku belah malam. Suasana nyaman. Ekon kereta pun pun lebih terasa dia punya sejuk. Minyak pun x berapa kena serap kat matahari panas. Lepas Maghrib kitorang gerak ikut jalan kuala pilah. Sampai kuala pilah, aku lebih suka ikut short cut masuk dari kampung kepis keluar ke rompin. Ini rompin kat negeri sembilan ok. Bukan kat pahang sana. Giler ko masuk kuala pilah x sampai 1/2 jam kluar2 dah sampai rompin pahang. Mukjizat nama nya tu. Aku x suka panorama jalan bahau sana. x tau apasal. nak kata macam pekan koboi, dah maju la jugak kira nya. Tapi tetap x best bagi aku.

Aku lebih rela ikut jalan kampung kepis yang sunyi sepi kiri kanan hutan manjang. Kereta pun x de sangat nak lalu time aku tiap kali lalu. Boleh speeding ikut suka aku x payah nak highbeam suruh orang depan kasi laju sikit. x payah nak cucuk2 angin kereta depan. Jalan raya dia pun lebih kualiti beza jalan raya kat bahau sana. Korang boleh google sendiri tengok ciri2 jalan berturap diorang. Memang hancus jalan bahau tu. Tu yang aku benci tu. Pastu korang google plak kesuraman jalan bahau ngan jalan kampung kepis tu. Ahh..korang bukan rajin pun nak google. Tapi memang sunyi jalan kat kampung kepis tu waktu malam.

Aku sampai kat pertengahan jalan kampung kepis tu dalam pukul 9 lebih. x de sekor kenderaan pun saing ngan aku. Time tu la aku mula rasa kereta aku makin lama makin menderam. Kira pepatah lama tu kata, bunyi macam ribut, pegi macam sibut. Macam tu la keadaan kereta aku time tu. Tapi x de la sampai macam siput dia punya gerak. Stakat beca yang dok berkayuh kat town melaka tu sayur2 je la aku potong kira nya.

Aku mula dah cuak. Wife aku pun mula dah kumat kamit dia punya mulut. Anak aku masih relek2 lagi dok atas pangku umie dia. Kengkadang tinjau2 jugak kat cermin pandang belakang kot2 ada jugak orang dok pandang aku. Tapi x de pulak. Mungkin belum masa dia nak tonjol kan diri kot. Atau dia segan nak kasi tunjuk muka dia. Elok la tu. Aku pun bukan suka sangat jadi penakut ni. Kang ntah mana la aku hala tuju kan kereta ni kang.

x cukup ngan bertambah berat nya kereta aku blah, x lama tu bau busuk pulak yang kluar. Memang macam haram betul malam tu. Nak berenti, wife aku x kasi. Dia suruh pikir kan keselamatan dia ngan anak. Takut2 jugak kalau cerita2 dongeng dulu jadi kenyataan. Mana la tau time aku kluar, punya la lama aku kluar sampai tetido diorang dalam kereta, pagi besok tu ada askar lalu suruh buat pengecaman 'objek' kat atas bumbung kereta. Hohohoo...(gelak suara garau. sila takut.)

Ahh...malas aku nak buat ayat saspen lagi. Korang mesti dah tau punya jalan citer aku. Ape yang aku nak begitau skang ni, kalau korang rasa kreta korang rasa berat semacam punya gerak, jangan terpengaruh sangat ngan citer2 hantu puaka malaysia ni. Lebih2 lagi citer jangan pandang belakang tu. Tapi citer perjanjian syaitan ngan misteri rumah tua yang norkulamasari bersalin ikut mulut tu memang seram beb.

Bau busuk yang aku begitau tadi cuma bau hangit dari break disc tayar belakang kereta aku. Benda ni terjadi kalau korang berenti, turun2 je dari kereta, korang nampak berasap punya banyak kat tayar kereta korang. Time tu jangan korang sangka lepas abis asap tu menjelma pulak pompuan cantik tersengih2 pandang korang. Jangan harap. Korang cuma siram kan je air kat brake pad sampai x de bunyi besi panas kena siram ngan air untuk kasi release dia punya sistem balik. Kalau x de bawak air, korang gilir2 la kencing ngan kengkawan macam dalam citer sex drive tu. Lepas tu korang dah boleh terus kan perjalanan korang ngan selamba. x de hal punya.

Sekian untuk tips2 penjagaan kereta pada kali ini. Sehingga berjumpa di hari yang sama di zaman yang lain. hahahaha....(gelak ikut suka korang)

Instrumental yang sentimental value satu ketika dulu.

Pada zaman suci dalam debu dulu, aku cuma dengar secara langsung je dari rumah jiran yang terdekat. Pagi2 dalam pukul 10 lebih tu, mula la jiran aku yang muda 4 tahun dari aku tu dah kasi putar abis kan volumn radio ayah dia. Mungkin dah bangun dari tido kot dia masa tu. Nasib baik la rumah aku tu dalam 60 meter jarak nya dan di tapis oleh pokok durian+kelapa. Kalau x, boleh bawak bergaduh hari2 jawab nya suruh slow kan radio.

Zaman tu ayah aku x ajar kan anak2 dia mengadap radio lagi. Radio pun x de. TV pun stakat hitam putih lagi. Kalau nak dengar sangat radio pun cuma kat dalam kereta ford tu je. Itu pun cuma bleh kejap2 je kalau x nak dengar arwah ayah membebel.

Nak berjinak2 beli kaset pun bukan senang. Aku pun bukan pandai lagi nak keluar daerah pegi kedai kaset kat bandar sana. Tiap kali pegi pasar malam nak beli kaset pun bukan boleh sangat pasal pegi pun follow arwah ayah aku jugak. Dalam jiwa tetap nak dengar suci dalam debu hasil dari kaset beli sendiri. Nak jugak sambil baring2 dalam kereta dengar suci dalam debu sambil baca lirik skali. Lagi hafal lagi rasa rock. Dah x payah lagi nak lari2 turun ke bawah rumah main buai sambil dengar lagu dari radio jiran sebelah.

Makin hari jiwa makin meronta2 nak pegi pasar malam senyap2. Oleh kerana ada jiwa kombat dalam diri hasil tengok nam tour of duty tiap2 minggu, dapat jugak aku menyusup keluar untuk mencapai hasrat aku nak dapat kan satu kaset rock kat pasar malam. Hati tersenyum manjang. Jiwa menjadi girang.

Besok nya aku pasang kan kat player dalam kereta. Kaset yang berbalut ngan plastik aku buangkan sambil aku cucuk kan keset ke dalam player. Lirik lagu yang aku harap kan untuk aku karaoke sesorang x jadi kenyataan. Mungkin murah stakat $3 tu x dapat tampung kos menaip kat cover kaset kot. Ahh..tu suma x kesah sangat. Kat skolah ramai kengkawan yang rajin tulis lirik lagu dalam buku latihan skolah. Lagi penuh lagi glamour kena pinjam kat kengkawan. Yang penting aku dah boleh dengar suci dalam debu bila2 masa. Dah x payah nak tunggu pukul 10 pagi waktu jiran sebelah.

Trak pertama aku layan feeling dia punya intro sambil 2 tapak tangan letak belakang kepala untuk tunggu rangkap pertama punya lagu. Masuk rangkap pertama, aku terkedu. Hati aku kecewa. Tekak dah rasa loya2 nak pitam. Hampir 2 tahun aku mencari makna INSTRUMENTAL tiap kali jumpa mana2 kamus. Lepas kejadian berhantu tu, baru la aku x main rembat je waktu aku nak beli kaset kat mana2 kedai. Huh...sia2 je jadi kombat.

26 April 2009

Siri Kamus Dewan Bahasa Negeri Sembilan.

Baik la anak2. Ari ni cekgu nak mengajar tatabahasa. Cekgu pun x reti nak ajar lebih2. Maklum la cekgu bukan orang bandar. Mari kita mula kan...

bongkar la copek..dah subuh = bangun la cepat..dah subuh

hampeh ko = celaka ko

kuek amek mentokodaghah ko ni milah = kuat makan betul kau ni milah

betapo bongap/sombab nyo kau = bangang betul kau ni

poloser amek ko ni jang = pemalas betul kau ni jang

anak sapo la yang bogik bonar nih = anak siapa la yang degil sangat nih..

bega boto budak nih = degil betul budak nih

Huh anak si Jang katek tu, polosit sungguh, mencurik ajo kojoeh.
Maksud= Anak Jang Katek tu, jahat sungguh, mencuri je kerjanya.

Umah si milah tu, toghok beto, abih kelam kelibut dek tak berkomeh
Maksud= Rumah si Milah tu, tak berkemas, bersepah sepah, haru biru

Jobo lah ekau nie = perasan le kau nie

Dah takdo joki, nak buek camno laie? soba yoh la
Maksud= dah takde rezeki, nak buat macamana lagi? sabar je la.

"humang aiii!!.......bosulumak boto mulut kau lopeh makan aiskrim tue"
Maksud :"aduiiiiiii!! !!......comot tul mulut kau lopeh makan iskrim tue"

Joghan den nak ke sinun lagik...
Maksud = serik nak ke situ lagi

minam = minum

senayan = isnin

"marin benda tu ada atas meja you"
Maksud= semalam / before this benda tu atas meja u

kopai = bekas / beg tangan
hongeh /bontuih = kenyang sangat
menteneng = gemuk
ghoman = raut wajah
selemo = selsema
kotomeneh = ragam
kain-sal
= tuala mandi
ontok-ontok
= duduk diam-diam
hobin
- ho-bin : pukul atau belasah
kitai - ki-tai : mengibas atau merenjis (badan dan selalu nya utk kucing)
pelaih - pe-la-ih : endah atau amik tau
jewat - je-wat : capai
tetoyek - te-to-yek : mcm lebihan terutama bg rendang
ghemah - ghe-mah : saki baki nasi yg bertaburan lps makan
mendoda - men-do-da : terlalu kuat
lelan - le-lan : cuai
meteng/peteng - perhati
dodat
- do-dat : minum terus tanpa cawan
belobau - be-lo-bau : terjatuh
keceng - ke-ceng : kenyit

tah apo dibuti e... tak mondalamkan ayer...
Maksud= tak apa2 ehtah... tak menbawa faedah...

memburan- melabor aka buang air bosar

titiek/ talo = rotan
"Ekao nak kono titiek tak ngan abah kao?"
"Bang talo sikit Bidin tu, dogee bonar pulak dio"

Boseit = Libeh /libas
"padan muko kao Bidin, dah kono bosit baru nak sorek "

Tutoh = Hontak /hentak/ pukul
"Kao poie ambik galah tu tutuh kekuek skit manggo tu"


jangan mandi kek lubuk tu ocup kang = jangan mandi di lubuk tu tenggelam nanti.

bungko, bingai, bongap = bebal, bangang..

berdobin jatuh eh mamat tu = macam nangka busuk jatuhnya mamat tu..

bengot mulut kau konon kono mato kail tu = herot mulut kau kena mata kail tu

jangan mandi boleng kono sekodeng kang = jangan mandi bogel kena sekodeng nanti..

moh doreh ko carnival tv3..kato senah sirap = mari cepat ke karnival tv3 kata Senah sirap.

godang eh lubang hidung kau = besarnya lubang hidung kau

alahai kantoi lak dengan bini waktu dengan dating dengan senah tadi..golo lah den..bisik golok mail = alahai kantoi lak dengan bini waktu dengan dating dengan senah tadi..parah/susah lah aku..bisik golok mail

bak sini pongolan tu nurana..ekau duduk ontok ontok = bak sini pengait tu nurana..kau duduk diam diam..

okap bonar kau ni din..sumo asal cun sikit kau kobeh = tamak benar kau ni din asal cun sikit kau kebas..

lubang hidung pak abu somakin hari somakin lohong sebab selalu korek hidung = lubang hidung pak abu semakin hari semakin barai sebab selalu korek hidung

apo koman bona dressing kau ni intan = apa ketinggalan zaman sangat dressing kau ni intan..

apo tersongge songge baco posting den..nak kono balun = apa sengih sengih baca posting aku..nak kena belasah..