15 January 2010

SAVECOST kedai mekap yang indah kabar dari rupa. Sorang samseng kena kenceng.

Aku dah bertahun x follow perkembangan harga pasaran perusahaan tinted di cawangan2 mekap kereta. Kali terakhir masuk kedai tinted, tahun 98 dulu. Dah masuk doblas tahun x tau apa citer.

Smalam negeri sembilan cuti sambut birthday dipertuan besar. x kuase aku nak pegi bertiup2 lilin bagai ngan dorang selagi jalan kat taman perumahan aku ni x di turap seikhlas jiwa. Sambil temenung depan rumah sesudah subuh, sambil tu jugak aku tenung kereta aku yang dah lama x masuk kedai mekap. Masa zaman bujang2 dulu, pantang sangat kalo ada hari cuti. Kalo x pegi bedating, ada aje kengkawan nak swap barang2 kereta ape yang patut.

Lepas sarapan, aku dah terpacak depan kedai savecost. Owner kedai melayu. Walaupun sejarah mengatakan hasil tangan melayu ni x berapa cemerlang, aku lalu lalang tiap2 hari depan kedai savecost tu ramai gak yang kunjung tiba. Kiranya, bleh tahan la bisnes dorang dan mungkin taxline savecost tu memang betul2 save bajet dari kedai2 mekap yang lain.

adnan sempit: "abang carik barang kereta apa bang?"

aku: "pasang tinted sini brapa?"

adnan sempit: "abang bleh pilih dulu kaler apa yang abang bekenan. Harga kita bleh citer."
jawapan pengalaman 8thn bekeja kat kedai mekap cina.

aku: "tinted dapat saman jpj ni brapa harga?"

adnan sempit: "rm240 x masuk cermin depan bang. abang punya bajek berapa?"

Sambil aku pandang ke lain, aku telan air liur. Aku calling kengkawan yang penah buat tinted. Haram jadah sekor pun x berangkat. Ape punya giler tidur sampai ke tengahari cuti2 macam ni ntah. Doblas tahun dulu aku pasang tinted stakat 60 rengget je. Ya, mungkin cermin kancil x sama besar ngan cermin satria.

aku: "Bajek rm120 punya x de ke? kalo x masuk cermin blakang berapa bleh pegi?"

adnan sempit: "paling dapat pun stakat rm180 je bang kalo x masuk cermin blakang."

Aku pun dah malas nak ronda2 buang masa+minyak carik kedai lain. 2 jam lebih jugak la aku wife+anak aku bersidai sambil tengok mamat tu pasang tinted.

****************************************************************

gajah: "Weh..smalam nampak keta ko depan savecost. apa buat?"

aku: "pasang tinted ar."

gajah: "mahal woo kat situ. memang la nak tolong melayu. tapi melayu sembelih melayu. itu hari aku tanya lips bamper depan je dah dekat rm80. tanya kedai cina, baru rm35 je. brapa punya jauh? ko cuba perati tinted ko tu bebaik. kalo ada buble, baik ko suruh dorang bukak balik. kang x sampai setahun, dah macam gampang ko punya tingkap kang."

Cilakak!! time aku call, masing2 x berangkat. Dah jadi macam ni baru la citer macam2. Slalu sangat macam ni punya hal. Renung punya renung, pagi tadi aku usap2 tinted tingkap tu, sah!! ada rasa macam jerawat halus2.

Sabtu ni aku kena repeat balik kat savecost tu. Baru tadi aku dah call persatuan pengguna seremban. Brader tu cakap, selagi kita x puas hati hasil kerja dorang, selagi tu kita bleh tuntut hak kita sebagai pengguna. Suruh dorang bukak balik tinted tu tampa ada cas pape. Tapi kalo dah manjang repeat sampai 8 kali, still x puas hati gak, aku bleh tuntut balik rm180 smalam sama ada cara halus atau cara kasar. Kalo cara kasar, aku dah ada nombor telepon budak2 3 line ni. Hmm...beguna jugak budak 3 line ni rupa nya. Kalo cara halus, err..nak kena pegi sempadan siam sana carik bomoh katak barangkali.

Cilakak betul savecost ni!! Berani dia memperkotakkatik kan aku. Ko tunggu sabtu ni.