17 September 2009

Selamat Hari Raya!!!

Ari ni nak buat keja pun malas. Mood raya dah sampai. Otak pikir tengah baring depan tv tengok drama raya. Besok wife aku dah stat cuti skolah. Jeles betul aku. Aku plak ada belen lagi 2 ari kena keja. Petang sabtu dalam pukul 3 dah bleh gerak balik kampung. Setting paling cantek ngam2 sampai kampung, lemang dah siap masak. Malas aku nak redah kebun getah carik buluh lemang.

Sempena dengan ini, aku ucapkan selamat berhari raya ngan famili tersayang terutama pada rakan2 blogger aku yang rajin kasi komen pada setiap entry aku. Pada blogger2 yang listed kat sbelah tu dan pada suma yang penah jenguk blog aku. Aku mintak ampun maaf kalo aku ada terlanjur penulisan yang bleh kasi kontrevesi.

Turn aku dah lepas. Ini raya aku tolong makan je.

p/s: Besok aku plan nak mc. MC sakit mata. Eh..kalo masuk kan sesuatu dalam mata bleh batal pose ke?

12 September 2009

Megelupur datang lagi

Korang penah kena bangun mengelupur? Aku ada beberapa pengalaman untuk jenis bangun macam ni punya kes. Aku pasti suma orang ada pengalaman ini macam.

Kes 1:

Keja jadi operator pengeluaran dulu ada 3 shift. Shift 3 paling gampang bagi aku masuk pukul 11mlm kluar pukul 7 pagi. Dah macam GRO pulak keja malam2. Balik kul 7, lepas mandi, terus tido. Hostel ada katil 2 tingkat. Aku duduk katil bawah. Nak kasi tido paling solid, aku kasi selubung katil aku kasi nampak malam. Tido lepas mandi memang sedap.

Tapi ada satu kali tu aku terjaga dekat pukul 2.40 petang. Aku mengelupur. Waktu2 macam ni bas kilang bila2 masa je dah bleh sampai nak ambik budak kilang masuk shift petang pukul 3. Aku belum ada transport lagi masa tu. Kalo terlepas bas kilang, kena tahan teksi la jawab nya. Rugi 3 rengget.

Mengelupur punya pasal, gosok gigi pun tadak. Jirus2 rambut bagi nampak macam mandi je. Pakai baju pun sambil berlari. Bas pun dah bergerak. Aku siap kasi kejar sambil tepuk2 dinding bas kasi suruh berenti. Otomatik aku sedar diri time kawan aku tegur..

"mak'aih..lebat la bulan ni. ot petang ke?"

Aku mengia kan je. Patut la mata rasa berpasir je macam x cukup tido. Sampai kat kilang, terus cepat2 carik teksi. Rugi jugak akhir nya 3 rengget. Sampai bilik terus sambung tido. Memang gampang.

Kes 2:

Waktu tu bulan pose. Macam skang jugak. Rehat pukul doblas terus pecut balik rumah kasi tido sepam dua. Sebelum tu dah kasi setting alarm pukul 1. Terus tido...lapar...nyenyak...x ingat pape...

Sayup2 aku dengar ayam berkokok. Owh..bunyi alarm rupa nya. Tengok jam dah pukul 1. Mengelupur datang lagi. Terus menggila pegi keja. Arghh...punch card lewat 15min. Kena pink form (macam NCR la lebih kurang) la nampak gaya nya. Sampai kat meja opis, awek kerani datang tegur...

"eh..bang ...x semayang jumaat ke?"

Otomatik aku sedar diri.

"err..bos call ada urgent kena buat arr.."

Cilakak!! patut la lenggang je meja budak2 melayu.


Heheee...ini smalam punya kes. Syyy...

08 September 2009

Taruk bedak tu biar kasi senonoh sikit.

Pada zaman aku membesar dengan klim (susu tepung klim) dulu, aku pasti mak aku lumur kan bedak kat celah2 bedah aku selain kat muka untuk kasi lebih nampak kiut. Tapi aku x berapa nak ingat sama ada kat dahi aku ada bedak tercalit 3 line serupa yang aku perasan kat skolah yang mak2 dorang kasi sapu kat muka serupa tepung gomak tu. Ape punya jenis mak la dorang tu. Yang budak2 tu pun satu hal. x reti2 lap bedak kat muka tu kasi sama rata.

Apabila dah jadi abang untuk mengasuh adik2 sementara mak ayah keluar carik rezeki, jangan kan nak taruk bedak kat celah2 bedah dorang, nak cebok berak dorang pun aku geli. Maklum la...bukan anak sindri. Hehee... Slalu nya, adik lelaki aku tu kalo nak basuh berak, aku akan grip kepala dia kat celak kangkang aku, sambil kaut pinggang dia kasi tadah kan bontot dia kat bawah kepala paip. Air paip yang mamancut kluar akan menyah kan najis mutawasittah kategori najis ainiyah kat bontot adik aku tadi.Kalo korang biasa tengok gusti yang batista kasi hentakan penyudah dia tu, kira lebih kurang la aku buat adik aku style macam tu. Cuma aku x hentak kpala adik aku kat lantai bilik air je lagi. Tapi kalo silap teknik, bleh terentak jugak tu. Seb bek x penah berlaku pape.

Lepas kasi cuci, aku biar lantak kan adik aku tu kasi pakai sluar sindri. Malas aku nak taruk bedak. Tabiat macam tu berlanjutan sampai la aku dah ada anak skang ni. Waktu masih baby je aku rajin taruk bedak. Sejak dah umur dia cecah 3 tahun ni, aku dah mula malas nak taruk bedak. Taruk bedak pun lepas kena bebel ngan wife aku je.

Aku: "apsal nak taruk bedak? kita x de letak pon"

Wife aku: "dia pakai pempers lagi...nanti meruam."

Aku x de point nak balas balik. Tapi skang aku dah ada point. Lepas aku baca artikel ni, aku dah jadi kucar kacir. "taruk bedak kat alat sulit baby girl bleh mengundang maut!!" Kalo kat baby boy x mungkin kot. Lelaki mana ada ovari. Maka itu, semua mak2 masih boleh simbah bedak kat alat sulit baby boy dorang untuk elak ruam. Kat baby girl pulak blajar2 la taruk minyak sapu kalo nak umur panjang.

kredit dari isuhangat.