16 November 2009

ape lobang kena tutup lobang?

Kengkadang aku x suka keadaan opis yang mirip ke jualan hebat pasar raya giant. Tapi kalo selalu sangat dorang tinggal kan meja dorang kosong sambil masuk meeting secara berjemaah, opis ni dah mirip ke kawasan perkuburan. Sunyi. Walaupun yang tinggal ngan aku saing2 draftman macam aku ngan amoi2 berskirt singkat tayang peha, kalo otak aku dah kata bosan, aku mesti kena turun jugak pekena kantin.

Sambil oder teh-o panas, kelihatan en.kerol skali ada kat kantin. Aku duduk sebelah dia memandangkan kat kantin tu ada kitorang be-dua je. Kang nak duduk asing2 kang, x sedap ati pulak. Sambil hirup teh-o panas, en.kerol memecah kesunyian.

kerol: "sial sangat ke muka aku ni?"

Sipi2 aku nak tesedak. Ape punya soal ni? Nak jawab ye, kang x pasal2 kena tikam ngan garpu plak memandang kan dia tengah sedap makan maggi goreng bersudu garpu. Nak jawab x, kekadang memang macam sial jugak dia ni. Datang mood islam dia, sikit2 kesah surau la, masjid la. Datang mood iblis dia, asal nampak amoi sales girl skirt pendek, abis dia citer sampai ke telanjang. Oleh sebab aku keturunan set2 adat perpatih, aku kena jawab berlapis.

aku: "apehal kes ko tanya macam ni?"

kerol: "manjang kena kencing je aku ni!"

aku: "anak ko kuat kencing malam ke?"

kerol: "bukan kencing malam!! kena tipulah!!

Elehh..sikit2 nak marah. Aku saje je buat2 x paham. Cakap kena tipu kan senang. Suka sangat guna bahasa seni. Tapi nak design gambar tangki air pun suruh aku jugak.

aku: "sape yang tipu ko? pasal apa?"

kerol: "ada la mamat tu. Janji nak bayar hutang kat aku ari ni. Tapi dari smalam x datang keja. Call2 x angkat. Nak pegi gegar rumah dia jauh la pulak. Kalo ikut kan hati panas ni, lama dah bini dia aku ngorat."

Laa..apa citer ni? Kejap pasal hutang. Kejap pasal bini orang. Nasib baik dia citer pasal bini orang lain. Kalo pasal bini aku, time tu jugak aku simbah teh-o panas aku ni dalam lubang telinga dia.

aku: "brapa dia hutang kat ko?"

kerol: "x banyak la. 2 rat je. Tapi duit tu memang aku bajek dia bayar ari ni pasal aku dah setting untuk ke lain. Kalo dah jadi macam ni, susah la aku. Ingat kan nak tolong kawan. Pantang betul la kalo orang x kota janji ni." luah kerol sambil hentak sudu garpu dalam pinggan.

aku: "Alaa..ko ni ngan kengkawan pun nak bekira. Mana tau dia betul2 ada problem. Nyorok dari budak 3 line ke pasal x bayar kereta?" Aku cuba mula nak menyedap kan citer.

kerol: "eh, mana boleh!! Aku nak bayar hutang kat ah goh. Ko tau2 je la cina tu. Mau dia upah samseng pukul aku nanti."

Laa...berhutang jugak dia ni. Terus aku buat2 ada call masuk. Kang x pasal2 dia nak berutang ngan aku plak kang. Aku ni cepat simpati ngan orang.

aku: "ha? ape dia? nak password aku? palotak ko!! kejap2 aku naik atas skang."

10 November 2009

x pakai penalti pun bleh menang jugak

Spirit samseng yang aku pupuk dari seminggu awal final game bola sabtu lepas x berapa menjadi. Dorang x respek langsung ngan boot doc mart yang aku pinjam pakai tu. Itu boot penah singgah tepat kat kepala 4~5 kutu punk sekitar 90an dulu. Sepupu aku yang citer. Kalo dia sekadar tambah garam, itu dia punya pasal. Tapi sejak nak akhir zaman ni, sejak kluar dari pemulihan akhlak 8thn lepas, ada kelihatan celak kat mata dia. Sama ada layan ghotic atau dah masuk tabligh barangkali. Yang penting makcik aku gembira anak dia dah pandai menghormati sesama insan.

Final itu hari dah membuktikan kalau stakat penyokong datang sampai berkapal2, tapi player main malu2 pun x guna jugak. Nak citer pasal keburukan fan club kelantan pun dah naik malu di buat nya. Kang citer lebih2 kang, aku pun melayu jugak. Aku datang opis smalam naik rimas nak menjawab soalan dari puak2 cina opis aku ni. Sape nak jawab wei?? Haih..

Sampai stadium sana dah dekat pukul 7.30mlm. Kat tol sungai besi lagi dah jammed sepanjang hayat. Mana2 driver x pakai jersi bola suma kena ketepi untuk bagi laluan kat kreta2+bas2 yang sangkut bendera negeri sembilan tepi tingkap. Kat stadium masing2 berebut macam cipan masuk stadium sambil x ingat maghrib. Mana2 makwe ikut bf, dipaksa rela kena sondol kat bf masing2 daripada kena sondol kat bf ntah sapa.

Berikut adalah fakta kejadian..:

1. Dalam berita begitau ada 1500 polis siap sedia kawal pintu masuk. Siap bagi jamin sekor pun x kasi lepas dapat bawak mercun. Hak..tui!! 3 ekor je polis kat pintu tu. Itu pun tersengih2 takut kena siku. Yang lain sibuk main mesej.

2. Dalam stadium bleh beli macam2. Air mineral cap badak pun ada. Aku sempat beli berger. Plastik boleh campak merata2.

3. Ciss!! mana ada lipas?

4. Tiket khas untuk penyokong negeri sembilan dah kena rembat kat penyokong kelantan. Tu pasal suku stadium tu je kaler kuning. Kat luar sana ramai lagi x dapat masuk kena anak tiri.

5. Dah serupa kat baghdad pun ada. Bom sana, api sini, berasap sana, tebarai sini.

6. Costum basah abis. Perasan gak 3~4 makwe snap alur spenda. Macam2 perangai makwe sekarang ni.

7. Tempat duduk dekat sangat ngan penyokong kelantan. 2nd gol penyokong kelantan ramai2 merajuk kena ejek suruh balik. Eleh...sikit2 nak terasa. Terasa2 jugak. Air mineral tu buat bekal nak balik kelantan. Bukan baling kat kepala aku.

8. Suruh balik x nak balik. Sempat lagi buat babi-Q kat celah2 kerusi. Jemput skali pun x dak.

9. Balik x de yang cedera parah. Sampai rumah 3 pagi. Sempat lagi berembat kat highway. Tapi apsal wiper aerodinamik cermin blakang kereta sukan aku kena rembat?

10. Tok nik aziz cakap, perangai ni suma bleh settle kalo kasi tukar 'main bola' ke 'riadah bola'. Renung2 kan..dan selamat beramal..

05 November 2009

Gua mimpi Negeri Sembilan menang penalti.

Dah seminggu gua prektis jadi samseng jalanan. Bawak motor pun ribut semacam. Kucing melintas x sempat pandang kiri kanan pun gua sempat berenti kejap kasi penampar muhasabah diri. Masuk opis pun gua dah x beri good moning. Telepon berdering gua angkat pakai gua2-lu2. Kasi letak pun main hempas. Taip blog pun gua nak pakai gua2-lu2 jugak. Jalan pun dah terjengket2 bendabik dada. Berus gigi lama gua dah hiris kasi tajam buat simpan dalam kocek seluar. Boot doc mart awal2 dah gua pinjam kat sepupu gua yang dah lama tinggal kan ajaran skinhead. Kat rumah...

"mama...abang lapar...nak makan nasik". Kat rumah je gua berbudi pekerti.

Gua x penah masuk stadium bukit jalil. Stakat kat luar perkarangan stadium tu memang biasa. Gua harap gua x salah masuk pintu kalo nak umur panjang. Malam ni gua ada tuition. Anak kawan gua darjah 4 tu dah setuju memperdengar kan semula nyanyian lagu negeri sembilan. Gua nyanyi dah berterabur. Dah masuk 14 tahun gua x nyanyi lagu kebesaran negeri gua.