24 February 2009

Hari yang sunyi

Masa aku darjah2 dulu, sebelum mak aku pegi keja opis kat pejabat felda, sambil mak aku sediakan makanan tengahari untuk aku nak ke sekolah, aku cepat2 kemaskan katil, bukak tingkap, ikat langsir trus cepat2 mandi gosok gigi. Lepas suma kemas rumah dah siap, sambil peratikan mak aku pegi keja drive ford excort, aku cepat2 lari ke ruang tamu duduk kat satu kerusi. Selalu nya aku akan stay x bergerak dari pukul 8 pagi tu sampai la arwah ayah aku balik dari menoreh pukul 11 lebih. Aku memang takut nak bergerak. x tau apsal. Akak aku, arwah ayah aku hantar dia pegi skolah sebelum nak ke kebun. Akak aku shift pagi. Aku shift petang.

Time tu jangan ada something je sentuh dinding rumah aku tu walaupun sekor kucing tengah mengerang cuba melepas kan diri dari dinodai. Mula la aku cuak sampai nak menangis. Sebelum skolah dulu, boleh la mak aku tinggal2 kan aku kat jiran2. Dah start skolah ni mana boleh lagi dah. Kang ntah bila sesapa nak nak jemput aku, ntah bila aku nak ke skolah. Maka, mak aku didik aku tinggal sesorang sejak dari darjah 1 sampai aku masuk asrama darjah 4. Darjah 4 memang warden puji aku kat mak aku pasal aku x banyak karenah di tinggal kan oleh ibu-bapa.

Ada ntah bila masa hari nya, aku dah janji kat satu kawan jiran belakang rumah aku untuk main2 hiburkan diri sementara tunggu arwah ayah aku balik dari menoreh. Dah boring jadi takut sorang2 hari2. Lebih kurang pukul 8 lebih tu, ah yaw pun dah terpacak kat tangga panggil nama aku. Budak cina dia ni. Yang aku ingat, dalam ramai2 budak2 kat blok rumah aku tu, aku je yang paling rapat dengan dia. Rapat x rapat sangat la. Kalau pegi mandi air tembetung tu memang x ajak dia la. Rasa geli bercampur dengan air mandi dia. Hehehe. Diskriminasi.

Mandi air tembetung best beb. Kaler teh tarik .Masa tu kepala otak ingat tu dari sumber air sungai je. Pada hal dah besar2 ni, baru nampak tu suma dari rumah masing2. Terminum jugak la kalau sekali pegi mandi tu. Ahhh...kira halal la dah lebih dari satu kolah kira nya tu. Kalau nak lagi best boleh terjun tiruk sambil beramai2 sampai masing2 x kenal satu sama lain, kitorang pegi kat satu kebun getah ada satu tembetung basar yang luas. Kitorang panggil sungai kadiron. Still kitorang panggil sungai. Mungkin pakcik kadiron punya kebun barang kali. Penah sampai ada kematian lemas kat situ. Terus aku x pegi mana2 tembetung lagi dah lepas tu. Tu suma xtviti petang lepas sekolah antara darjah 5~6. Kitorang budak2 felda mane tau lagi pasal swimming pool ni.

Bebalik pasal si ah yaw tadi. Kitorang x merayau2 mane2 seperti anak jiran2 yang lain sibuk melastik burung atau pun lumba lari sambil pukul tayar motor pakai ranting kayu. Memang aku x penah pun main benda2 macam tu walau memang dah terniat sebelum nya. Aku selalu main tepuk daun terup atau jentik tudung oren atau main batu seremban je. Main tulen pun x penah. Dengan dia la aku merubah jadi x berapa takut untuk berseorangan. Dia la peneman aku waktu pagi.

Satu hari tu dia dah terpijak anak ayam kaler kuning kesayangan aku semasa kitorang main kejar2 anak ayam. Memang menangis giler2 aku time tu. Sebab aku syak ayam tu akan jadi kaler kuning bila dah besar sok. Giler ko. Mana nak cari ayam kaler kuning sekarang ni? Ah yaw pun dah cuak giler tengok aku nangis. Sambil pujuk2 aku dengan ntah ape yang dia merepek kan dengan loghat cina dia tu, dia terus lari balik rumah mintak rm2 kat mak dia kasi ganti untuk anak ayam tadi kat aku. Sambil tersedu2 aku simpan rm2 dia terus aku gali tanah kasi timbus anak ayam tadi. Siap aku letak ranting 2 batang kasi penanda kubur x kasi langkah.

Sejak dari hari tu, kitorang dah kurang beriadah. Aku syak mak dia x kasi atau kurang kan berkawan dengan aku. Masuk sekolah menengah, aku dah x jumpa2 dengan dia. Lagi pun aku skolah asrama. Kitorang pun dah pindah ke Gemas. Ntah mana mak+ayah dia skolah kan dia pun aku x penah tanya. 2 tahun lepas masa arwah ayah aku ada, aku ada singgah kat rumah ah yaw ni. Arwah Ayah aku baik dengan ayah ah yaw. Dah tentu jiran satu blok. Ah yaw skarang ni pun dah menetap kat JB kerja ulang alik ke singapore bisnes ikan. Anak dia dah masuk 3. Lama sungguh aku x jumpa ah yaw ni. Dia la kawan masa sunyi aku.

Rm2 dia dulu tu mampu bertahan selama beberapa minggu je sebelum aku joli buat beli tikam.

Ni la rumah felda peninggalan arwah ayah aku yang x berapa felda dah skang. Ni dah totally modify dah. Ni design yang ke-5. Aku x suka design ni. Design kali ke-3 lagi menarik. Siap ada porch, tangga, ada bawah rumah main boyan untuk aku ngan akak aku. Kengkadang boleh tengok biawak melintas bawah rumah lagi. Rumah ni dah 1othn lebih x berpenghuni.

23 February 2009

Gambar lucah dari Sarawak

Itu hari adik aku pegi sarawak. Suka hati punya pasal, langsung x begitau aku mintak pesanan untuk membeli belah kat sana. Itu pun dengan cara bongkak nya send mms gambar dia ber background kan seat airbus ngan tengah turun dari tangga airbus sambil kasi note "wei...aku kat sarawak ni. ko nak kirim apa?"

Aku pun balas dia punya mesej.

"ko bli la ape yg patt. blik sok ko claim kt aku. jgn lupa bwk gmbr bnyk2."


......................Seminggu kemudian...................

adik aku: "Laa...mindset aku kat gambir je bila dah sampai kat sana."

aku: "ape jadah aku nak guna gambir banyak2 ni? gmbr tu short form untuk gambar, bukan gambir laaa..."

16 February 2009

Valentine Day? x ingat plak aku sejak dah kawen ni.

Petang sabtu itu hari, aku bawak anak aku pegi pantai sebab sebelum tido malam tadi tu, dia dah sibuk2 nak main sand-castle. Habis katil sepah2 dengan pemainan sand-castle dia buat teori sebelum untuk ke praktikal besok nya. Kesudahan nya, kitorang tido berhimpit kat celah2 pemainan dia. Biasa la. Budak2. Kecik2 dulu, aku cuma main kereta2 kat tanah bawah rumah je sorang2. Nak pegi pantai jangan harap boleh tiap2 bulan. Setahun sekali pun jarang sangat. Wujud ada nya main2 sand-castle ni pun bila tengok citer anak ku sazali.

Besok nya aku plan ke arah Melaka. Kat PD tu dah selalu sangat kitorang pegi. x best mana pun. 8 tahun punya lama x pegi, memang banyak berubah dia punya lanskap tepi pantai. Teringat la segala kesah2 cinta buatan malaysia kitorang hidup selama beberapa tahun kat situ. Dulu2 punya cinta, duduk2 kat pasir pantai sambil tengok matahari tukar kaler oren. Itu masa kitorang duduk hostel depan pantai tu. Hari2 mengadap pantai. Penah satu kali lepas balik keja shift malam, awek aku tunggu kat pantai nak sama2 sarapan pagi pukul 8. Aku boleh terlelap sampai pukul 10. Kucar kacir punya bersiap, tang jauh aku nampak awek aku kat buaian bawah pokok masih tekun menunggu. Senyap2 aku cabut rumput kasi geli2 kat telinga dia. Macam CILAKE punya romantik. Sumpah!! aku x buat lagi dah lepas tu.

Pantai tu skang dah jadi tumpuan pelancongan. Memang sejuk mata memandang. Hotel2 pun dah penuh dengan kereta2. Couple2 pun tok sah cakap la ramai nya. Yang pakai body shape + seluar jin ketat nampak spender + pakai tudung pun ada. Sambil paking bawah pokok sementara anak aku masih tido, aku tutup cermin tingkap dengan towel kasi lagi feeling punya air-con untuk flash-back kesah2 kitorang dulu2.

Sambil borak2 tanpa menggoyang kan kereta, tingkap aku kena ketuk. Memang potong stim itu orang. Aku x salah kan mereka. Alasan diorang, tinted kereta aku mangkaburi mata masyarakat untuk mengesyaki sesuatu di hari valentine day ini. Kesudahan nya, sambil aku bersilang kaki, masing2 bersalaman tanda mintak maaf kat aku atas kesilapan diorang menjejaki para belia2 murahan.

Owh...valentine day punya pasal, diorang tepaksa kerja lebih masa sampai ke pagi besok. Memang betul sangkaan aku. Surat kabar hari ni macam2 punya kes dari JAIS. Aku rasa patut ada penerangan kat sekolah2 untuk belia2 tau apa itu Valentine Day ni. Ni suma nak terbalik kan pemahaman umat islam punya pasal.Sekadar gambar hiasan.

11 February 2009

EX-5 letak GT wing bleh ke nak kasi penanda itu motor kita?

Sesi rehat tengahari waktu keja swasta smalam, cuma ada cococrunch anak aku, biskut2, mee sedap, biskut raya tahun lepas, keropok cap ikan parang je yang ada kat rumah aku. Makanan nasik berlauk x sempat nak masak malam semalamnya pasal kitorang pegi dok melepak kat rumah mak cik aku. Kalau nak masak2 untuk 1 jam punya masa memang x sempat. Wife aku keja. Lagi pun aku bukan nya kenal sangat bahan2 untuk buat masak2. Suruh beli halia pun sampai rumah wife aku pegi suruh tukar kan bailk pasal aku bawak balik kunyit. Lebih baik aku x payah buang masa, baik terus makan kat kedai lagi senang.

Tepat pukul 12, aku pecut kuda kepang aku makan kat warung pak cik janggut. Memang panjang dia punya janggut macam stail saleem masa dia baru nak berjinak2 nak merubah kan diri untuk album maaf dia. Warung tu memang ramai dia punya customer sampai x cukup meja makan. Nak x nak selit je la kat sebelah ntah sape ntah aku pun x kenal. Janji ada kerusi dan ruang untuk aku makan nasik. Lelaki memang sempoi. x macam pompuan ok.

Situ punya lauk memang banyak+sedap. Total punya makan suma skali siap sirap RM4 untuk manusia biasa. RM5 untuk selera anak jin. Destinasi budjet patut bawak sini kalau nak makan2 punya budjet. Lepas makan kena terus blah pasal ramai lagi yang nak duduk makan nasik. Nak relek2 borak2 pun bukan ada member pun kat situ. Member2 aku pun ntah makan mana ntah. Tau2 dah hilang je sblom pukul 12 tadi. Dah biasa sangat tinggal2 kan aku pasal hari2 aku makan balik rumah.

Sampai kat EX-5 aku, aku rasa nak angry je pasal kunci x dapat nak switch-on. Banyak kali sorong tarik pun macam tu jugak. Dah la tengah panas. Kunci moto pulak buat hal. Ntah mamat mana ntah mengaku itu dia punya motor. Aku rasa x puas hati je sambil baca nombor plate.

Hek..elee...lain kali jangan la paking sebelah motor aku. Kok iya pun kasi tanda la motor tu. Sambil blah aku dapat rasa kan yang diorang tu tengah menahan tawa dalam tangisan untuk aku. x pe...x pe...Lepas ni aku nak pakai skrembler jangan sape nak tiru aku.

03 February 2009

Jaki Jipang

Masa zaman2 yamaha cdi, RXS, honda lampu bulat dulu2, RXZ masih mahal lagi. Motor2 Jamal Abdillah pun dah stop dia punya model. Arwah Ayah aku masa tu pakai yamaha cdi je pegi motong getah dengan satu kereta saga magma dok kasi buat kereta sewa. Saga magma masa tu kena ada downpayment 10k baru lepas keluar kan itu kereta. Mak aku keja kerajaan. Mungkin pakai duit kerajaan kot. Itu jam, zaman BMX belum lagi nak femes. Dalam blok kawasan rumah aku tu, aku sorang je yang pakai seluar hawaii sebab arwah ayah rajin bawak kitorang gi shopping kat greatwall segamat sana lepas dapat duit sewa kreta. Pastu mula la trend pakai seluar hawaii sampai bawak pegi sukan lumba lari.

Naik darjah 3~4 baru la sibuk2 pakai BMX. Penah sekali main kutu2 nak beli handle lurus yang boleh letak nombor 1 kat handle tu. x cukup dengan handle lurus, pegi carik celah pokok nak bengkok kan batang paip kasi ganti standard besi tempat duduk tu. Bawak pegi sekolah rasa megaaah je.

Komek gila2 masih hot dia punya laris. Ujang&Apo belum wujud lagi. Gayour tu belum nak berapa montel macam sekarang ni. Jaki Jipang punya lawak masih dok belah muka surat belakang untuk kasi ending punya ketawa. Ada sorang brader tu sanggup modified bapak dia punya RXS kasi tiru sebijik macam model Jaki Jipang. Aku stakat boleh pandang je dengan kreativiti brader tu.

Bila dah dewasa ni, belek2 komek gila2 ni macam dah x berapa nak ketawa. Lawak diorang macam boleh tau apa dia punya ending. Macam drama melayu jugak. Idea pun cedok2 seberang punya drama. Jaki Jipang pun dah ntah kemana dia pegi. Mungkin dah ikut perkembangan punya modified.Bila aku tengok pic yang aku dapat dari email aku ni, terus aku syak Jaki Jipang skang dah kaya raya dengan idea dia dulu2.

p/s: 21 jump street every saturday 11.45pm at 8TV.

02 February 2009

Itu bukan stail komando!!! Itu macam nak latih biawak komodo!!!

Korang tengok berita tv3 malam tadi? Dalam 15 minit pertama punya pusingan jam. Ada satu statement dari askar ATM. Ntah cemana bleh lepas pulak rakaman telepon bimbit tu sampai kat tv3. x tau apsal bangang sangat si perakam tu x reti nak simpan itu top secret.

Memang biasa kes2 buli dalam latihan askar2 ni. Tapi orang luar x tau sangat cemana rutin diorang ni. Memang macam sial itu senior2 askar tu. Sorang tengah pijak belakang itu freshie dengan boot askar, 3~4 orang tengah belasah dengan getah paip kat belakang tapak kaki itu freshie. Diorang x tau ke budak2 masuk askar tu antara sebab nak bantu famili selain nak target pencen kerajaan. Diorang ingat senang ke nak lepas dari selection masuk askar?

Latihan2 jugak. Itu bukan nak latih jadi askar nama nya. Itu nak membunuh orang. 6~8 orang belasah sorang tu bacul punya askar. Tu sebab la ada kes reckrut lari dari ATM. Ni la antara sebab2 nya. Sebelum ni ada kes reckrut mati kat kem Gemas sana. Diorang tutup kes cakap itu reckrut mati sebab jatuh longkang. Tapi waris x puas hati. Sudah bukak itu kain kapan, tengok2 lebam2 sana sini. Patah sana sini. Tapi x tau apa kesudahan itu kes. Sudah kasi x-file. Kompom sangat dah perangai2 kera-jaan ni.

Latihan ikut rule sudah la. x payah nak belasah2. malaysia ni dah aman dah skang. Bukan nya ada komunis nak ajak bertumbuk pun. Pegi betumbuk dengan askar israel la kalau dah kuat sangat bertumbuk tu. Stakat bertumbuk dengan freshie boleh la wei!!! WTF!!!