16 February 2009

Valentine Day? x ingat plak aku sejak dah kawen ni.

Petang sabtu itu hari, aku bawak anak aku pegi pantai sebab sebelum tido malam tadi tu, dia dah sibuk2 nak main sand-castle. Habis katil sepah2 dengan pemainan sand-castle dia buat teori sebelum untuk ke praktikal besok nya. Kesudahan nya, kitorang tido berhimpit kat celah2 pemainan dia. Biasa la. Budak2. Kecik2 dulu, aku cuma main kereta2 kat tanah bawah rumah je sorang2. Nak pegi pantai jangan harap boleh tiap2 bulan. Setahun sekali pun jarang sangat. Wujud ada nya main2 sand-castle ni pun bila tengok citer anak ku sazali.

Besok nya aku plan ke arah Melaka. Kat PD tu dah selalu sangat kitorang pegi. x best mana pun. 8 tahun punya lama x pegi, memang banyak berubah dia punya lanskap tepi pantai. Teringat la segala kesah2 cinta buatan malaysia kitorang hidup selama beberapa tahun kat situ. Dulu2 punya cinta, duduk2 kat pasir pantai sambil tengok matahari tukar kaler oren. Itu masa kitorang duduk hostel depan pantai tu. Hari2 mengadap pantai. Penah satu kali lepas balik keja shift malam, awek aku tunggu kat pantai nak sama2 sarapan pagi pukul 8. Aku boleh terlelap sampai pukul 10. Kucar kacir punya bersiap, tang jauh aku nampak awek aku kat buaian bawah pokok masih tekun menunggu. Senyap2 aku cabut rumput kasi geli2 kat telinga dia. Macam CILAKE punya romantik. Sumpah!! aku x buat lagi dah lepas tu.

Pantai tu skang dah jadi tumpuan pelancongan. Memang sejuk mata memandang. Hotel2 pun dah penuh dengan kereta2. Couple2 pun tok sah cakap la ramai nya. Yang pakai body shape + seluar jin ketat nampak spender + pakai tudung pun ada. Sambil paking bawah pokok sementara anak aku masih tido, aku tutup cermin tingkap dengan towel kasi lagi feeling punya air-con untuk flash-back kesah2 kitorang dulu2.

Sambil borak2 tanpa menggoyang kan kereta, tingkap aku kena ketuk. Memang potong stim itu orang. Aku x salah kan mereka. Alasan diorang, tinted kereta aku mangkaburi mata masyarakat untuk mengesyaki sesuatu di hari valentine day ini. Kesudahan nya, sambil aku bersilang kaki, masing2 bersalaman tanda mintak maaf kat aku atas kesilapan diorang menjejaki para belia2 murahan.

Owh...valentine day punya pasal, diorang tepaksa kerja lebih masa sampai ke pagi besok. Memang betul sangkaan aku. Surat kabar hari ni macam2 punya kes dari JAIS. Aku rasa patut ada penerangan kat sekolah2 untuk belia2 tau apa itu Valentine Day ni. Ni suma nak terbalik kan pemahaman umat islam punya pasal.Sekadar gambar hiasan.

8 comments:

Hashim said...

ada salah sorang staff aku mintak cuti nak celebrate velentine day dengan girlsfriend dia.. Lantas aku dgm member hantar dia pergi offshore biar dia celebrate denngan batang pipe dan jacket leg ....

padan muka dia dgn makwe dia

soul krasty said...

sket2 valentine..sgt bodong la dieorang(menjurus kepada islam yg sambut valentino rossi) ni...memang nk kena cekor baru tau...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

bro...melaka kat mana baeeekkkkk pny pantai? lama wa tak beli terompah..

fazadilla said...

lorrrr..kat melaka ke zairi?? ehh..belah mana ek..ni mesti pengkalan balak nihh..kalau x pun pantai kelebang..kalau salah lagik..kat tanjug keling!!! ooppss..

tp sekarang dah lama lain dah tanjumg keling tuhh..apa ek nama dia..iskk..lupa lahhh..melaka murtad tul lahh!! cess!

@t00neY r00neY® said...

bagus gak derang wat rush...
aku ske je sbb kalau aku jd belia murahan ni..ape kes tgu hari valentine kn?

ab geldofg said...

salahkah kita mraikan org yg kita syg?

soul krasty said...

xslh..tiap2 hari leh raikan tapi bukan hari valentino rossi tu..huahua

zairi said...

hashim:
hahaha...bagus tu. kasi dia pengalaman sikit. ragging ke apa tu?

azuwan:
hmmm...ntah la. diorang ni belum betul2 paham makna hari tersebut. sama la citer nya kita pedajal kan kawan kita pada hari april fool tu. sambut memang best. tapi x tau makna. main follow je.

aku pentoi:
banyak yang best. tapi aku suka kat pantai putri kat tanjung keling tu. ada sweet memori aku kat situ. x tau la ada terompah ke kat situ. try la pegi. geldof biasa dah kat situ tu.

fazadilla:
memang murtad melaka tol ko ni. tanjung putri laaa...kat situ ada satu hostel kilang. cuba ko check kat dinding depan tu aku ada conteng zairi wuz here. hahaha...

tooney:
ha'ah. betul tu.

geldof:
x salah. tapi ko salah bila ko beria2 bersayang2 semata2 nak tunggu hari valentine tu.

azuwan:
ye..ye.. aku sokong kau. hehee...