03 February 2009

Jaki Jipang

Masa zaman2 yamaha cdi, RXS, honda lampu bulat dulu2, RXZ masih mahal lagi. Motor2 Jamal Abdillah pun dah stop dia punya model. Arwah Ayah aku masa tu pakai yamaha cdi je pegi motong getah dengan satu kereta saga magma dok kasi buat kereta sewa. Saga magma masa tu kena ada downpayment 10k baru lepas keluar kan itu kereta. Mak aku keja kerajaan. Mungkin pakai duit kerajaan kot. Itu jam, zaman BMX belum lagi nak femes. Dalam blok kawasan rumah aku tu, aku sorang je yang pakai seluar hawaii sebab arwah ayah rajin bawak kitorang gi shopping kat greatwall segamat sana lepas dapat duit sewa kreta. Pastu mula la trend pakai seluar hawaii sampai bawak pegi sukan lumba lari.

Naik darjah 3~4 baru la sibuk2 pakai BMX. Penah sekali main kutu2 nak beli handle lurus yang boleh letak nombor 1 kat handle tu. x cukup dengan handle lurus, pegi carik celah pokok nak bengkok kan batang paip kasi ganti standard besi tempat duduk tu. Bawak pegi sekolah rasa megaaah je.

Komek gila2 masih hot dia punya laris. Ujang&Apo belum wujud lagi. Gayour tu belum nak berapa montel macam sekarang ni. Jaki Jipang punya lawak masih dok belah muka surat belakang untuk kasi ending punya ketawa. Ada sorang brader tu sanggup modified bapak dia punya RXS kasi tiru sebijik macam model Jaki Jipang. Aku stakat boleh pandang je dengan kreativiti brader tu.

Bila dah dewasa ni, belek2 komek gila2 ni macam dah x berapa nak ketawa. Lawak diorang macam boleh tau apa dia punya ending. Macam drama melayu jugak. Idea pun cedok2 seberang punya drama. Jaki Jipang pun dah ntah kemana dia pegi. Mungkin dah ikut perkembangan punya modified.Bila aku tengok pic yang aku dapat dari email aku ni, terus aku syak Jaki Jipang skang dah kaya raya dengan idea dia dulu2.

p/s: 21 jump street every saturday 11.45pm at 8TV.

16 comments:

roshaizul said...

tak penat ke tangan mamat dalam gambo tu?

fazadilla said...

main kutu2 ek..amboiii!!

*isk! dasyatnye lah mamat dlm pic tu..bygkan kalau dia bawak dr kl ke jb..mak aiii..patah pinggang ok!

zairi said...

roshaizul:
aku pun nak tanya soalan yang sama gak kat mamat tu.

fazadilla:
Main kutu2 rm30. sampai turn aku dapat rm25 je. kena kutuk ngan kengkawan pasal lagi rm5 tu.

*kl~jb mesti patah pinggang. jb~perlis kompom time tido pun sambil mengangkang.

macha_sezs said...

hooo...cemerlang mamat ni.

kasi die naik hiway dari perlis pegi johor tgk....mau tak turun2 tangan die tu even die da turun moto..

hahaha

@t00neY r00neY® said...

lg tinggi handle..lg mahal harga moto kot?

agak² die beli handle pakai duit kutu ke?

ab geldofg said...

mak oi......boir seksa asal bgaya

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

huh...dah macam spider wat sarang....

zairi said...

macha:
hahaha...orang gila modified ni lain macam dia punya feel.

@tooney rooney@:
aik!! macam perli aku je...ngeee

ab geldof:
nampak sangat awek pun x de tu.single seat je.awek pun malu nak naik.

aku pentoi:
erotik + exotik hehehe...

soul krasty said...

handle beskal amek besi handle moto yang dh xgne..makgad dpn beskal ganti ngan makgad moto!!..gaya orang xde moto yg teringin nk ade moto..huhu

eliza said...

klau begitu la gayanya..tak mau la aku bonceng motor mcm tu..

apek terror said...

kepala basikal kene GT,sport rim lagi..mmg megah bawak basikal g sekolah...

Hashim said...

kalu ada awek pasti bau ketiak punya..

soul krasty said...

tapi dulu..arwah abah aku belikan beskal rally je..nak xnk kne bikin kasi rempit!!..haha.

p/s:beskal rally ni untuk pompuan..

Umie said...

aku syak mamat tu ade bisul kat ketiak..sbb tu bwk motor jenis cenggitu...

zairi said...

soul krasty:
itu punya stail belum wujud lagi masa zaman2 aku. tapi aku cukup kagum dengan itu idea. hahaha...

eliza:
x payah terus. kang dengan ngko2 sklai orang cakap gila kang.

apek terror:
memang cukup megah dah time tu. kena plak hensem. lagi la akak2 tu sibuk2 nak buat adik angkat.

hashim:
hahaha...

soul kristy:
aku tau basikal tu. handle tinggi gak tu. mahal tuu...

umie:
bukan kat ketiak je, kat celah peha tu ada tu. tu yang dok mengangkang je tu.

文章 said...

餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡