31 December 2009

Pengalaman hari2 terakhir dalam kalender rom yang susah dilupakan.

Penah 20~40 orang awek luahkan perasaan jatuh cinta nya dia kat aku waktu aku study dulu2. Lama betul dorang pendam perasaan. Dari awal sem. sampai nak abis sem. Aku macam biasa. Muka kalo dah hensem kena bijak mempermain kan perasaan pompuan. Bukan aku x nak kat dorang. Tapi cekgu ekonomi rumah tangga tingkatan 4 dulu ada pesan. Bercinta biar beribu, berbini biar satu. Aku pegang amanah dia sampai sekarang.

Dah 7 tahun berlalu, tetiba pagi smalam salah sorang awek2 tu call aku. Ape giler ntah nak ajak jumpa petang tu jugak. Kalo x pasal masaalah rumah tangga, mesti x kawen2 lagi. Atau nak ajak aku kawen barangkali. Aku mula kucar kacir carik nombor telefon spa. Mana nak potong kuku lagi, trim bulu kaki lagi, side burn nak kasi nipis, mana boleh buat sorang2. Kalo dah kucar kacir macam ni, memang aku x bleh buat sindri. Kena upah orang.

Dalam pukul 4 petang, awek tu call lagi. Suruh jemput kat tol. Dari jauh aku dah dapat cam awek tu. x banyak beza dari segi cutting body. Tetap maintain macam belum kawen. Jantung aku mula buat hal.

Itu awek datang berdua ngan kawan dia. Pompuan jugak. Lepas caru lebih kurang, terus dia follow balik rumah aku. Memang niat aku nak memperkenal kan dorang kat wife aku. Paling tidak pun kena la wife kita kenal dengan sapa kita berkawan. Kang kalo mermesej2 kang, x la wife kita syak sesuatu yang sewaktu dengan nya.

Sementara wife aku belum balik dari keja, sempat jugak la hidang jus air mata kucing belen raya aji itu ari. Nak hidang pisang goreng, wife aku dah pesan awal2 jangan main api. Jadi kitorang borak2 la lebih kurang. Pung pang sana, pung pang sini. Sah..Dia belum kawen. Bunyi macam ke arah nak mintak jadi madu.

Dalam tengah jantung aku kucar kacir, wife aku pun balik.

aku: "ni abang kenal kan suryani (hampir nama sebenar)."

wife aku sambut salam suryani. Aku telan air liur dalam2.

wife aku: "suryani? ni yang satu batch masa abang study dulu tu ke? yang abang sama2 pegi langkawi pakai duit yang saya bagi tu ke? yang penah abang simpan gambar dia dalam wallet abang tu ke?"

ah..suddah...aku dah x tentu arah. Hampir2 aku berdoa jadi lantai simen.

TASSS!!!

Suryani tersembam kat lantai. Betul2 aku x sangka wife aku bleh jadi macam ni punya perangai. Aku tahan wife aku yang tengah pijak2 belikat suryani. Aku nampak kelibat kawan suryani dah berlari keluar panggil jiran2. 2~3 kali jugak kepala aku sempat kena luku. Wife aku makin menggila.

Belum sempat jiran2 aku sampai, aku dah terjaga. Aku pandang kiri kanan. Wife aku senang elok tebongkang macam x de perasaan. Perlahan2 aku tarik selimut kasi tutup dia punya muka. Perlahan2 aku sambung tido.

26 December 2009

Masa aku kawen dulu...

Dah naik anai2 blog aku ni. x pe2. Memandang kan dah hujung2 tahun ni, ramai yang nak kenduri kendara majlis kawin. Aku nak kongsikan pengalaman aku masa aku kawen dulu. Bukan nak bukak pekung di dada. Cuma nak jadi kan pedoman kat sesapa yang kata "alaa...duit x cukup lagi nak kawen ni brader!!".

Blogger atune pun tengah bersiap2 tu nak kawen tengahari ni. Doa kan moga dorang berbahagia selama nya. Hadiah yang aku post kat dia ntah dah sampai ke ntah belum. Takut terlajak je. Speed post tuu.

Masa aku kawen dulu, pilihan bijak aku ni x la berapa mak+ayah aku berkenan. Punca nya bukan la apa sangat. Arwah ayah aku cakap, dia penah berselisih ngan bapak mertua aku. Tapi bapak mertua aku buat donoo je teguran arwah ayah aku. Mungkin bapak mertua aku tu x perasan mana la kita tahu kan? Tu yang arwah ayah aku kecik ati. Kira tercabar la maruah dia. Kalo aku pun aku hangin satu badan. Dan yang paling buat arwah ayah aku x berkenan, bakal menantu dia bukan yang berkerjaya sangat. Dia target set2 keja kerajaan macam mak aku. Dah aku syok giler nak buat cmana lagi dah kan? Nak x nak kawen gak kitorang akhirnya.

Masa aku kawen dulu, aku cuma ada kereta. Tu je harta yang ada. Belum abis bayar plak tu. Tahun depan 2010 baru abis. Dah la blacklist pasal kereta sblom nya kena tarik. Nasib baik CITOS belum lahir lagi. Punca nya aku sambung blajar, kreta tu aku suruh awek aku bayar kan. Kesudahan nya dia x mampu nak bayar. Masa kitorang keja, bayar berdua. Dah dia keja sorang2, mana mampu nak bayar. Nak spedo aku lagi. Hahaa.. Dalam masa bertunang tu aku dapat la beli rumah 2 tengkat. Donpeyment 5 ratus, bulan2 bayar 7 ratus. Giler ah. Belum kawin, belanjawan dah paras2 hidung.

Masa aku kawen dulu, satu sen pun aku x dapat menyimpan. Duit abis ntah kemana ntah. Cilakak betul!! Nasib baik idea makcik aku ajak main kutu2 sorang 5k tu agak bijak. Tu je la buat hantaran kawen. Yang lain2 punya belanja suma mak+ayah tanggung. Dengar cerita abis 15k jugak. Jahanam x perangai aku? Tapi dalam x berkenan ngan menantu tu, majlis aku dorang buat kat kelab golf resort kat gemas sana. Tema omputih woo...budak2 pussycats doll ada gak balas sms aku pasal dorang x dapat datang. Anak raja brunei dah booking. Jahanam!!

Masa aku kawen dulu, rumah baru x siap lagi. Abis cuti kawen baru terpikir mana nak menyewa. Otw dalam kreta nak balik plak tu. Sampai2 seremban, melepak kejap kat kedai member. Nasib baik dia offer duduk kat surau opis dia kat dataran senawang sana. Sedih pun ada gak. Stakat lebar 10'x10' je. Cmana nak buat anak weii!! Tepikir jugak carik rumah sewa. Tapi memandang kan ekonomi memang x stabil, kitorang hidup kat bilik tu dekat 6 bulan jugak. Sewa murah beb. Seratus je. Nak sewa rumah mau makan rm230. Donpeyment lagi? Lepas 6 bulan baru la carik rumah sewa. Donpeyment x payah bayar. Pakai kabel makcik aku. Cara x?

Masa aku kawen dulu, satu perabut pun x de kat rumah sewa. Member2 mintak ajak datang rumah, buat2 bukak topik ke lain. TV cap ayam wife aku dah awal2 beli time dia anak dara tu stakat taruk kat lantai je. Switch on tv pon pakai kaki. Dapor masak pun sama taruk atas lantai. Makan atas lantai simen alas surat kaba. Tilam kekabu baru teringat nak beli lepas wife aku di sah kan mengandung selepas 3 bulan. Sblom tu tido atas toto hasil rembat dari bilik rumah mak aku. Bantal pun hasil rembat. Err..selimut pon. Masuk bulan ke 6 wife aku mengandung, pemaju rumah yang aku beli tu dah hantar surat. CF dah lulus. Dah bleh pindah rumah baru. Tapi problem nya, kitorang x berduit nak pasang grill. Mana nak datang duit kalo nak bayar sewa rumah ngan monthly rumah beli?

Masa aku kawen dulu, rezeki anak mula kelihatan sinar nya sewaktu mengandung lagi. Lepas anak aku lahir, lagi la bersinar rezeki nya. Aku dapat keja baru yang aku keja skang ni lepas 2 bulan anak aku lahir. Keja baru, gaji pun baru, bernafas pun x tercungap2 sangat. Ditakdir kan Tuhan, tahun 2006 banjir melampau sekitar johor & negeri 9. Rumah mak+ayah aku tenggelam nampak bumbung. Kat rumah aku la dorang berteduh selama setahun. Dalam setahun tu la dorang mula kenal hati budi wife aku. Anak aku dah jadi cucu kesayangan arwah ayah aku kalo nak dibanding kan ngan anak2 akak aku. Wife aku punya gulai lemak cili api+nasik goreng memang "A" kat tekak mak+ayah aku. Dari situ dorang dah boleh kawtim.

Pun ditakdir kan Tuhan, kitorang la yang berjasa menghulur kudrat tenaga sewaktu ayah aku x sehat. Tiap hari aku mandi kan arwah ayah aku sampai la dia meninggal. Kata orang, kalo kita bela mak+ayah kita waktu tua, macam tu jugak la anak kita bela kita waktu tua. Rezeki pun murah. Akhirnya termakbul jugak harapan arwah ayah aku nak bermenantukan menantu keja kerajaan. Wife aku bakal keja kerajaan tahun depan. x ke rezeki nama nya tu?

*******************************************************************

Moral of the stori, jika korang tengah bujang2 ni manjang sengkek je hari2 macam aku bujang2 dulu, cepat2 la kawen kalo dah ada jodoh tu. Sengkek x bemakna kita sengkek sampai ke sudah. Kalo nak tunggu sampai berduit, sampai kiamat pun duit x cukup2 jugak. Lain la kalo korang anak orang senang. Bleh mintak duit sesuka hati kat mak+ayah buat album lagu. x payah nak uji bakat masuk one in a million. x payah kena maki pasal suara bunyi kongkang. Percaya la cakap aku. Rezeki tu datang dari Tuhan. Cuma terpulang kat kita cemana nak ubah cara hidup.

Awal2 perkahwinan memang banyak dugaan. Mintak tolong ngan mak+ayah tu memang standard modified la. Tapi kita kena ada target. Jangan sampai beranak pinak still masih mintak tolong ngan mak+ayah. Target paling sesuai adalah selepas 5 tahun usia perkahwinan tu, mesti lah segala kelengkapan dah ada. Ada rumah sindri, kereta dah abis bayar, perabut suma dah settle kat courtmamoth, kredit kad dah bleh kasi campak dan suma hutang2 besar dah settle down. Sebab, lepas 5 tahun tu kita nak tanggung skolah anak2 pulak. Kang kemain heboh bayar bil astro kang, yuran anak x bebayar.

Amacam??