31 July 2009

Live From Bukit Kiara

Besok band yang paling aku teruja akan buat konsert kat bukit kiara. Dikesempatan ini aku nak ucap kan ribuan terima kasih kat adik aku pasal dipaksa mengkensel kan untuk dive bersama crowd2 search kat sana. Aku harap x de apa berlaku tanah runtuh+stage runtuh+kiss my ass bombers+nordin mat top dan apekejadah yang mendatang kan musibah.

Petang besok aku & famili bergerak naik cameron highland tido sana semalam dan besok nya turun kat simpang pulai hantar adik aku kat rumah sewa study dia. Mengada2 betul. Slalu balik cuti pandai pulak naik bas.

21 July 2009

Lain punya hantu aku jumpa itu hari.

Pukul 7.30pm baru adik lelaki aku sampai kat rumah mertua aku. Dia baru lepas balik keja basuh pinggan kat restoran bahau sana. Heran betul aku zaman carik keja skang ni. 2 bulan adik aku cuti, 3 minggu je adik aku sempat keja. Lebih nya macam sawan babi carik keja x dapat2. Suma nak operator pengeluaran wanita. Aku syak budak rempit skang ni bukan keja kilang punya zaman.

Lepas makan malam, kitorang berdua bertolak ke rumah gemas. Dalam 8.20pm baru sampai. Terus aku bersiap smayang maghrib terus ke baca yassin. 2 jag air paip pun dah sedia depan sejadah. Macam2 aku mintak supaya doa aku di makbulkan. Alhamdulillah...mata aku x kuyu ke tido. Lepas abis turn adik aku, terus aku renjis2 di pilis air yassin tadi seluruh tepi dinding rumah sambil azan. Aku pun x tau berhasil ke tidak cara aku tu. Aku pun x penah buat cara tu sblom2 ni. Tawakal je la.

Malam tu x de sangat aktiviti. Tv pun da aku hangkut ke seremban. Cuma ada lektop yang brokben nya dipinjam dari kawan adik aku. Hampir 1 pagi pun mata aku x berapa nak lelap. Walaupun aku berbaring2 kat ruang tamu yang sunyi, sekor 'haram jadah' pun x de sangat nak mengacau aku. Bilik adik aku tertutup rapat. Pasang2 jugak telinga kok2 adik aku tetiba histeria. Pun x de jugak. Aku bangun untuk jenguk adik aku. Aku hairan. Kucar kacir dia bukak website tampa hala tuju.

Cilakak!!! Patut la setan x datang mengacau.

20 July 2009

Cemana nak hormat orang tua kalau orang tua pun x tunjuk teladan yang baik?

Memotong dengan rakus sebelah kiri selain kat atas haighway memang salah. Salah dia serupa kita langgar belakang kreta walau kreta depan break mengejut untuk kasi siput babi melintas jalan. Berenti terus tepi jalan untuk settle kan keadaan lebih mulia daripada buat bodo terus x pedulikan orang yang dilanggar tadi.

Itu hari fender belah kiri aku kena langgar dengan satu toyota unser. Benda x de la seruis sangat. Sipi2 nak kena lampu depan ngan sipi2 bumper eg9 aku kopak. Betul2 fender je yang kemik. Ini bemakna unser tadi potong belah kiri setelah 2 lane bertukar ke 1 lane. Kelam kabut betul unser tu sampai x nak berenti bila aku dah berkali2 highbeam kan lampu bagi isyarat suruh lepak tepi jalan.

Bila keadaan memaksa macam ni, ada beberapa pilihan je waktu tu. Sama ada hafal kan nombo plate kasi kat polis atau follow sampai minyak abis atau potong pancung je kereta tadi. Kalau stakat kasi nombo plate kat polis, x tau bila punya zaman kereta tadi kena tangkap. Insuran pun x tau cemana punya claim. Kalau follow sampai minyak abis, x tau sapa punya luck. Kalau minyak kita abis dulu, serupa buat langkah pertama tadi. Sebijak2 nya kena la buat potong pancung. Korang penah tengok citer suci dalam debu? Yang cd oraza naik van kejar sambil potong pancung kereta julia rais tu? Korang jangan ikut itu perangai. Bodoh apa potong pancung naik van sampai terbalik?

Bila selesai sudah acara caci maki, yang penting kita kena tanya sama ada nak settle cara polis atau settle tepi jalan je. Itu hari memang aku harap kan settle polis. Setidak2 nya aku bleh claim sampai tukar kaler satu bodi. Nampak gaya nya niat busuk aku tu x jadi kenyataan. Haih... Bila citer nak settle tepi jalan, pesalah tadi cuma nak kasi aku RM100 je. Jika perkara ini berlaku, heret je dia ke bengkel kereta ketuk berdekatan untuk tentukan harga. Jangan main terima je seratus tadi.

Akhir nya kereta aku settle masaalah dengan pesalah laku tadi membayar ganti rugi kat tukang ketuk sebanyak 2 ratus siap cat. Tapi yang buat aku sebak...

"kau tau la nasib kau besok!!" (suara bini driver)

17 July 2009

KITA PENG-YU

Petang tu memang nak balik kampung. Nak bukak puasa ngan famili. Kebiasaan aku kalau nak jalan mana2, yang penting kreta kena berkilat walau bumbung dah mula nampak karat. Penah skali baca tips2 melajukan kereta antara nya kreta kena bersih berkilat dari sebarang habuk tanah. Tu suma point. Memang fakta bukan auta. Tu sebab suma kreta F1 suma kilat manjang. Minyak pun kena cukup2 sampai destinasi je.

Tengahari yang terik memaksa aku kasi upah orang cuci kreta aku. Cuaca ramadhan macam tu kalo basuh kreta, iman boleh cair. Sambil siram kreta, skali siram kat kepala. Air menitik dari kepala bleh skali hirup. Aku x nak perkara macam tu berulang lagi.

Sampai kat car wash, ada lagi 2 kreta nak sampai turn aku. Sambil menunggu kreta aku siap basuh, aku duduk satu port bawah pokok kundang ngan sorang brader. Tunggu kreta siap basuh jugak brader tu. Aku x berapa selera nak borak2 walau brader tu macam nak ajak borak. Aku letih. Tenaga nak kasi simpan kasi drive balik kampung kang.

Dalam tengah mula nak terlena, satu kereta sudah masuk. Bukan untuk kasi cuci kereta. Paking pun sebelah brader yang tengah siram2 kereta aku. 4 kutu keluar. Satu kutu samseng sudah tinggi2 suara kat brader cuci tadi. Badan masing2 bleh tahan la besar dari aku. Ntah apa yang dorang hati panas pun aku tak berapa dapat dengar. Aku pun x kesah sangat. Yang penting brader cuci aku tadi sambil bertekak sambil tangan berjalan bersabun kan kreta aku.

Dalam dok aku perati kan perangai dorang, salah sorang kutu tu macam aku kenal je perwatakan dia. "jika benar cinta itu butaaa...buta kah mata kuuu..." tiuw..tiuw..tiuw..(bunyi goreng gitar sila bunyi kan sindri) kutu tu la yang dok goreng lagu spring tadi. Padahal baru 2 minggu lepas aku selisih ngan dia kat bilik air masjid time smayang jumaat.

notamasjid: Betul la cakap orang. Waktu smayang jumaat je kita berbaik2 sesama kita. Lalu depan jemaah pun tunduk sambil hulur salam. Lepas berebut keluar, berebut jugak la perangai sebenar keluar. Hehee..sama la macam aku..

16 July 2009

Bleh pakai ke google map carik arah kiblat?

Ahhhh...Rindunya ngan kengkawan alam siber...Mintak maaf la kat suma kengkawan sepanjang aku menghilangkan diri. Aku tengok kat komen pun dah kurang pasal aku dah x berapa aktif mengepos entry. Sape plak nak jenguk blog ni hari2 kalau blog x aktif ye x?

Pada awal kemunculan aku dulu, masa tu aku masih lagi buta IT. Kerja pun kurang pasal baru masuk keja. Dalam x de keja tu, makin rajin la aku jelajah segala pelusuk dunia internet ni. Masa tu aku rajin mendonlod mp3 dari ares. Blog pun aku x berapa kenal apekejadah nya time tu. Ntah cmana punya masuk, aku masuk kat blog aku sape. Brader ni lebih kepada mengexplore software2 baru yang pelik2 selain post lagu2 ngan sikit2 kesah seharian dia. Satu hari tu dia sudah iklan kan blog hilang punca yang selamba punya genre. Punya la x berapa ada kerja, 2 hari je aku katam kan blog pipiyapong tu. Pengomen dia pun masih kurang lagi masa tu. Seingat aku,lepas aku baca entry dari rahimin idris la yang hati aku beria2 nak buat blog sindri.

Sebelum aku nak terbit kan blog aku, aku masih tercari2 identiti sendiri. Kejap2 pikir nak buat blog lagu. Suruh senang orang nak carik lagu2 kasi lingkup kan lagi industri muzik kat malaysia ni. Kejap2 nak buat style pipi bahasakan diri gua2, lu2. Kejap2 nak kasi campur aduk kasi orang donlod software macam blog aku sape tadi.

Lepas aku sarapan pagi 2 bijik telur ayam kampung dengan arwah ayah aku, terus aku terpikir nak mula kan berblog. Awal post aku dulu, banyak aku ceritakan kesah2 zaman aku budak2 dulu. Itu pun arwah ayah aku yang tolong flashback kan balik. Aku fikir, blog ni sesuai untuk aku simpan sebagai sejarah aku untuk masa akan datang. Cucu2 aku pun bleh tau kesah atuk dia besok2 kan?

Bila dah makin lama aku keja kat sini, makin la bos aku percaya hasil keja aku dan makin banyak la keja yang dia bagi untuk aku. 8/7/09 minggu lepas, dengan rasmi nya aku catat sejarah sendiri keja sampai 19jam. Kebetulan pulak wife aku bercuti balik kampung. Nak balik rumah pun bukan ada sesapa. Sesorang je aku kat opis 2 tengkat tu. Aku balik pukul 3 pagi wooo...Kesudahan nya kamis tu otomatik aku cuti. Ada urgent submission untuk dosh approval perlu aku settle kan.

Nak sambung citer halau hantu pun aku x sempat. Lepas ni la aku sambung citer tu. On da way aku balik ke gemas tu, aku xcdent. Nanti aku ceritakan jugak. Papehal, aku selamat dari gangguan puaka nyang rapik tu. Tima kasih kok ada sesapa yang doa kan keselamatan aku.

notakaki: Petang ni matahari tepat atas ka'abah. Tapi dah 3 hari dari pagi manjang mendung sampai ke petang. Tiap kali mesti macam ni punya hal!!

04 July 2009

Sape pinjam CD Gostbuster aku sila pulangkan balik!!!

Dah hampir 6 bulan rumah parent aku kat gemas sana ditinggal kan tampa penghuni. Sejak mak aku sambung study ngan adik lelaki aku, cuma dalam sebulan stakat 2~3 kerat je kitorang pegi jenguk. Selebih nya kitorang upah jiran bersihkan hari2 kat halaman rumah. Blakang rumah tu dah macam tapak petani moden dorang dah convert. Siap ada reban ayam ngan 4~5 batas sayur. Ok la tu dari dibiar kan kosong je.

Minggu lepas yang aku bermalam kat bangi tu, mak ngan adik2 aku ada tido kat gemas dalam 2 malam. Dah mula ada macam2 gangguan puaka. Biasa laa..Kalau kita dah tinggal kan rumah kita lebih 3 hari, ada 'orang' lain pulak yang tolong jaga rumah tu. Tu sebab antara kita x leh tinggal kan sembahyang hari2.

Situasi 1 malam petama:

Adik pompuan aku dengar ada orang tutup penutup tin milo. Bukak tutup esbox. Bajek adik lelaki aku tengah melapun kat dapor. Maka adik pompuan aku nak joint da club. Tengok2....laa..mana orang nya? Dia buat derk je walaupun bulu roma dah meremang. Terus dia sambung tido. Pada hal adik lelaki aku belum balik dari merayap.

Situasi 2 malam kedua:

Adik pompuan aku dah balik putrajaya. Adik lelaki ngan mak aku masih stay kat rumah tu. Dalam pukul 2 lebih pagi, adik lelaki aku dengar mak aku terjerit2 dari bilik sebelah. Sib baik adik aku tu leka bertasbih (bermesej ngan pompuan) sampai ke pagi. Masuk2 dia kat bilik mak aku, keadaan katil suma dah berterabur. Mak aku cakap kaki dia kena pegang kat something. Terus dorang berjemaah tido kat ruang tamu.

Adik lelaki aku x de kena usik. Pagi tu mak aku mula nak baca Yassin lepas semayang Duha. Tapi x jadi baca pasal mata mula rasa berat nak ke tido. Aku syak puaka nyak rapik tu dah manipulasi mata mak aku.

Maka oleh demikian, aku mula hati panas pasal keluarga aku dah kena usik. Pantang betul aku dengan benda2 macam gampang ni. Malam ni aku nak tido kat gemas ngan adik lelaki aku. Harap2 aku boleh bacakan Yassin untuk clear kan rumah tu balik. Moga aku berjaya dalam mission in action ni.

02 July 2009

Kesah Honda Wave Abang Ipar saya

Hujung bulan lepas, ahad itu hari la kira nya. Aku bermalam kat rumah akak ipar aku kat bangi. Ahad besok tu, sorang bekas bohjan dah nak kawen kat puchong. Kawan aku masa blajar tinggi2 dulu. Memang cukup bohjan dia tu. Bekas bakal awek aku pun dia nak kebas. (x sempat nak buat awek angkat, tekantoi gambar awek dalam wallet) Last2, itu hari dia kawen ngan awek lain.

Sebelum nak cecah tengahari, lepas sarapan aku mintak pinjam moto abang ipar aku untuk sessi lepak kat kedai hardware sepupu aku kat area teras jernang sana. Sambil capai helmet, abang ipar aku kasi sikit taklimat ciri2 keselamatan motor honda wave 100 dia. Paling aku ingat moto tu x leh start pakai tendang. Kena pakai auto starter yang kena picit2 terus start tu. Yang lain aku x berapa bleh ingat pesan dia. Pasal nya aku kena tapau pakai duit aku dulu nasik lemak 2 bungkus, rokok nusantara 1 kotak, kuih bermacam ragam 2 hengget.

Sessi melepak kat kedai tu sampai 11.30am. Kawan aku dari kl sana dah call nak tunggu aku kat petronas tol sungai besi pukul 12.30pm kang. Ajak berkonvoi la lebih kurang. Wife aku pun dah call suruh balik kena bersiap. Sebelum sampai rumah, sebagai seorang peminjam moto, perlulah kita mentapau balik minyak moto yang dah digunakan tadi. x baik pakai macam tu je hantar dengan minyak santak kat tiang E.

Lepas letak rm3 kat kaunter, aku dah mengalabah. Aku carik2 lubang kunci kat body motor tu x jumpa. Carik kat blakang nombor plate pun x de. Kat belah depan seat style moto lama tu pun x jumpa jugak. Aku dah melilau kiri kanan carik mat2 rempit tengah isi minyak. Sekor pun x dak. Time ni la dorang sibuk2 isi minyak pakai kereta. Kereta dah 2 bijik beratur blakang aku.

Nak x nak, tepaksa la aku gagah kan diri panggil awek cashier mintak tolong carik kan orang yang bleh bukak kan seat moto aku tadi. Lagi cilakak!! pekerja lelaki belum masuk lagi. Bangla ada la. Dengan ramah nya awek tadi pegi kat moto aku buat sound check.
***********************************************************************
Pengajaran yang kita belajar hari ini ialah:

1) Pasang visor gelab tahap jpj saman kat helmet masing2. Kalo jadi pape macam ni punya kes, muka bleh cover lagi.

2) Sentiasa pelbagai kan menunggang moto. Tukar2 dengan jiran tetangga. Jangan naik ex5 je hari2. Moto lain suma dah maju wei!!

3) Ingat pesan owner. "kunci nak open seat kat main switch tau".