AKU  DAN  SESUATU

04 July 2009

Sape pinjam CD Gostbuster aku sila pulangkan balik!!!

Dah hampir 6 bulan rumah parent aku kat gemas sana ditinggal kan tampa penghuni. Sejak mak aku sambung study ngan adik lelaki aku, cuma dalam sebulan stakat 2~3 kerat je kitorang pegi jenguk. Selebih nya kitorang upah jiran bersihkan hari2 kat halaman rumah. Blakang rumah tu dah macam tapak petani moden dorang dah convert. Siap ada reban ayam ngan 4~5 batas sayur. Ok la tu dari dibiar kan kosong je.

Minggu lepas yang aku bermalam kat bangi tu, mak ngan adik2 aku ada tido kat gemas dalam 2 malam. Dah mula ada macam2 gangguan puaka. Biasa laa..Kalau kita dah tinggal kan rumah kita lebih 3 hari, ada 'orang' lain pulak yang tolong jaga rumah tu. Tu sebab antara kita x leh tinggal kan sembahyang hari2.

Situasi 1 malam petama:

Adik pompuan aku dengar ada orang tutup penutup tin milo. Bukak tutup esbox. Bajek adik lelaki aku tengah melapun kat dapor. Maka adik pompuan aku nak joint da club. Tengok2....laa..mana orang nya? Dia buat derk je walaupun bulu roma dah meremang. Terus dia sambung tido. Pada hal adik lelaki aku belum balik dari merayap.

Situasi 2 malam kedua:

Adik pompuan aku dah balik putrajaya. Adik lelaki ngan mak aku masih stay kat rumah tu. Dalam pukul 2 lebih pagi, adik lelaki aku dengar mak aku terjerit2 dari bilik sebelah. Sib baik adik aku tu leka bertasbih (bermesej ngan pompuan) sampai ke pagi. Masuk2 dia kat bilik mak aku, keadaan katil suma dah berterabur. Mak aku cakap kaki dia kena pegang kat something. Terus dorang berjemaah tido kat ruang tamu.

Adik lelaki aku x de kena usik. Pagi tu mak aku mula nak baca Yassin lepas semayang Duha. Tapi x jadi baca pasal mata mula rasa berat nak ke tido. Aku syak puaka nyak rapik tu dah manipulasi mata mak aku.

Maka oleh demikian, aku mula hati panas pasal keluarga aku dah kena usik. Pantang betul aku dengan benda2 macam gampang ni. Malam ni aku nak tido kat gemas ngan adik lelaki aku. Harap2 aku boleh bacakan Yassin untuk clear kan rumah tu balik. Moga aku berjaya dalam mission in action ni.

11 comments:

wa stomek said...

huh...lu dah jadi pemburu hantu plak dah...

macha_sezs said...

moga ko selamat pulang untuk apdet blog lagi~

Mak Jemah said...

gemas memang banyak hantu ke?my kawan2 pon kata macam tu jugak..
incik zairi sila la jadi pemburu hantu..
eksklusif gitu

@tune® said...

ko jgn bawak "gangguan" tuh lam blog plak...

spooky oke

a.b geldofg said...

woi dtg bangi tk kasi tau aku

halym said...

ko dah buleh jadik bomoh arr lepas ni oii...ekeke

nuyuljana said...

adik ko tgh mesej ngan aku la tuh kot.

hehe.

baca yassin pun salah satu cara mengusir benda xelok.

aku pnh dgr kalau kita slalu xde kat umah, letak lada kering, bawang putih dan kunyit kt dapur.

sejauh mane kebenarannya, wallahualam.

jiwa sifar said...

ko kasi baca habis surah al-baqarah satu mlm..

azman said...

mak ko study lagi....sungguh mengimpressekan...


tp hantu tu, bule la panggil crew seekers,..then kalo ada sedara mara yg sangkut ngan depa, bule lak panggil krew expose mistik...

ada harapan umah tinggal 6 bulan tu masuk TV

Anonymous said...

Selalu eiii puako lae takut pado mat pit.....sobab mat pit lae puako dari dio orang.....he he he

zairi said...

stomek:
teketet..tet..tet..teketet..tet..tet..gosbaster!! camni la lebih kurang bunyi lagi gosbaster tu.hahaa..

macha:
okeh..bebeh..

oren:
hah!!mana punya kawan ko tu?

atun:
gua akan meracau kat blog lu..tungguuu...

geldof:
mak aih!!..gila tua lu skang ni..hahaha..lawak siot gambar lu...

axl:
pompuan bermasaalah rumah tangga je yang boleh berubat dengan aku lepas ni.harharhar...

nuyul:
tu kira oke lagi letak benda2 macam tu.ada orang kata kena letak nasik ngan lauk sepinggan kat dapor kasi 'orang' makan.lagi bangang punya petua.

azuwan:
Al-Baqarah? ok aku try..

azman:
welkam2..haha..mak aku sambung study ta'rekat.gabung dunia akhirat.

tampa nama:
sobab ei,dorang lobeh kurang yo punya perangai.hahaa..