28 November 2008

Korang ape tau??

1- Kita tau order makan je, tapi x tau susah payah wife kat dapor bertukang sesorang...

2- Kita tau nak buat report sambil marah2 je, tapi x tau susah payah polis tu nak settle kan kes...

3- Kita tau nak kutuk je, tapi x tau susah payah si saiful bodo tu menahan sakit jubo...

4- Kita tau nak cepat je, tapi x tau penunggang moto kat sebelah tadi dah tergolek kena potong nipis...

5- Kita tau nak gelak je, tapi x tau susah payah blogger tu memerah otak nak post entry baru...

6- Kita tau nak skodeng je,tapi x tau susah payah balak tu saiko awek bodo dia tu...

7- Kita tau nak rembat selipar kat masjid time semayang jumaat je, tapi kita x tau selipar tu pun selipar rembat...

8- Kita tau nak mintak duit kat mak+ayah je, tapi x tau susah payah mak+ayah nak cari duit...

9- Kita tau nak happy malam tahun baru sambil tonggang air setan dengan sebelah tangan pegang bontot bohsia, tapi x tau ada 'kamera' tengah rolling kat padang masyar...

10- Kita tau nak surfing enternet je, tapi x tau kerja melambak x settle2 lagi...aku nak pi buat keja jap...

26 November 2008

Pondok punya sekolah 2

Sambil sarapan nak ke keja, kok sempat aku akan layan MHI. Pagi ni ada kesah tentang sekolah pondok. Rata2 budak2 dalam lingkungan 7~20thn yang jadi penghuni sekolah2 ni. Memasing ada kesah tersendiri masuk ke sekolah pondok. Tapi aku tersentuh hati kat sorang budak umur 10thn ni. Sebelum famili dia letak kan dia kat situ, dia dah terlibat dengan GANJA. Dari segi logik, mesti dah teruk kes dia ni sampai famili dia letak kat sekolah tu. Huh..sosial betul dah budak skang ni. Tapi dia memang bernasib baik dapat famili macam tu. Kecik2 la kita patut bendung masalah anak2 kita. Kalo dah besar umur macam aku ni, nak dihantar ke sekolah pondok, x de nak pikir lain dah...ushyar pagar belakang sekolah je nak cabut lari.

Aku pun ada pengalaman mengaji kat sekolah pondok ni lepas SPM dulu. x lama mane pun. Setakat x sampai 1bln je kot. x sempat sangat nak kenal suma orang kat situ. Cuma aku ada betegur ngan ada sorang mamat kat situ. Muka bersiiiih je. Kulit cerah+hensem+ sampai aku suka nak berborak ngan dia ni bila ada kesempatan. Bayang kan lah aku yang lelaki ni pun boleh minat perhatikan dia. Kalo aku pompuan memang dah aku masuk minang dah dia ni.

Satu ari tu aku lepak kat pondok dia. Terkejut+segan aku kat dia ni. Penuh ngan buku2 ensyclopedia english. Kengkadang tu dia buat kelas english untuk budak2 kat situ. Kalo beborak ngan aku, muka tunduuuk je. Belek punya belek, aku tengok album gambar famili dia. Rupa2 nya mamat tu anak orang kaya dan buat keputusan untuk mangaji kat pondok. Dia punya knowledge agama lagi maju daripada aku. Memang segan tol aku kat dia lepas tu.

Waktu aku berenti dari pondok tu, aku x sempat nak cari mamat tu. Nama pun aku dah lupa skang ni. Tapi aku x leh lupa ngan wajah hensem dia tu. Macam ada cahaya nur.. Walaupun aku stakat x sampai sebulan kat pondok tu, ramai kengkawan aku cakap muka aku ada perubahan yang ketara. Biasa laaa..balik dari mengaji pondok memang macam tu. Mungkin imbasan dari muka mamat tadi kot. Diorang cakap muka aku kalo pandang tang jauh nampak sinar cahaya nur. Nuuurraaakaaaa...!!!

Mmmm..cetek sungguh pemikiran diorang.

24 November 2008

Minta maaf..tepaksa tipu korang.

Ape yang korang nampak kat gambar sebelah kanan tu, bukan lah wajah aku yang sebenar. Tu adalah gambar photoshop yang telah di hensemkan supaya korang nampak aku macam orang2 baik sedang basuh pinggan kat belakang surau. Aku x lah tinggi mana pun. Tapi di sebab kan badan aku sasa+rambut panjang+misai & janggut ala2 hardcore membuat kan masyarakat akan gerun kat aku. Tu sebab gambar tu tepaksa aku photoshop kan. Kang x de sape plak yang nak pegi ke blog aku kan?

Walau pun aku ni bukan dari ahli surau, tapi aku dah capai title ayahanda dalam ahli pekida kat kawasan aku. Stakat group hung heng & samseng petaling street tu, dah berapa kali dah aku jumpa otai diorang settle kan anak buah diorang yang cari pasal ngan anak buah aku. Akhir nya kalau anak buah aku petik nama aku, maka selamat la jalan pulang.

Ada satu kali tu, tengah aku syok layan karaoke, kawan baik aku amy call mintak tolong selamat kan dia tengah hampir nak kena pukul. Dengan pantas aku pegi selamat kan si amy tu. Memang pecah muka diorang aku kerja kan.Stakat 3 orang aku boleh makan laa. Senang citer aku ni digeruni oleh orang2 yang nak cari pasal dengan aku. Kalau korang nak daftar kan diri jadi anak buah aku, letak butir2 peribadi kat bahagian komen bawah tu.

Tapi kali ni aku ada musuh dalam group aku. Salah sorang ahli aku dah berpaling tadah. Lama dah aku kenal dia ni. Rupa2 nya musuh dalam selimut. Suma duit hasil titik peluh aku di rembat nya. Dah puas aku cari dia ni. Memang dia x sayang nyawa. Kalau aku dapat cangkuk leher dia, memang rabak kelengkang dia aku kangkang kan. Bukan sikit beb, sampai 2~3 juta duit aku dia kebas!!! WAKENABEB!!!

Huahuahua..sampai skang aku tebayang muka ganas awie tu. Seganas2 dia, dengan pompuan pun kena kencing...huahuahua...

21 November 2008

Lauk mu x cukup masin

Setelah 2thn 2bln sepeninggalan aku, x-bos aku sblom ni (mr.bryan) telah menundukkan diri untuk menelepon aku. Pertemuan telah di adakan di fast food mc.donald di dataran senawang petang semalam. Tampa mengeluar kan modal, aku menge-pow mr.bryan dengan segelojoh rakus nya.

Sambil menikmati kelazatan kolestrol yang tinggi, aku di offer kembali untuk bersatu meningkat kan taraf hidup kompeni nya yang tiada petanda untuk ke peringkat bursa saham kuala lumpur.

aku: "x kan x de someone yang boleh ganti tempat saya?"

mr.bryan: "lepas u berenti, ada sorang sudah masuk, tapi saya berenti kan dia. Dia x dapat bagi kerja yang apa saya mahu..."

Statement ni lah yang aku tunggu2 selama ni. Aku nak dia tau betapa kecewa nya aku selama 3thn aku berkhidmat dengan dia. Aku bukan berenti di sebab kan mr.brayan ni. Dia sorang bos yang baik Aku cuma kecewa dengan management dan ada unsur2 perkauman. Setelah di timbang kilo, aku setuju setelah ditawarkan dengan gaji yang lumayan. Biasa laa..skang zaman duit. Apa ada hal ngan kesah dulu2 tu? Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kita bukak buku baru.

eh...eh...eeehhh...sesuka kau je nak pujuk aku. Time aku ada, kau buat x pandang je kat aku. Bila aku dah blah, aku jugak yang kau carik. Jangan harap aku nak masuk balik. Keja aku dah sedap dah skang ni. Sempat post blog lagi.

20 November 2008

Otak aku belum betul2 stabil nak pikir kan tajuk untuk post kali nie. Haram jadah toll!!

Kentut atau dalam bahasa indiepedia nya Flatulensi adalah berasal dari gas dalam usus. Gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia & gas dari bakteria dalam perut. Kentut ni mengandungi hidrogen sulfida & markaptan. Kedua2 senyawa ni mengandungi belerang. Makin banyak korang makan benda yang pelik2, makin banyak la belerang & markaptan berkolaborasi dengan bakteria dalam perut ko, maka makin tahap cipan la bau nya.

Menurut fakta, orang yang kentut dengan tanpa rasa bersalah ni, di kategorikan orang yang bersifat terbuka lagi ikhlas. Kerana dengan cara demikian, firaun itu memberi peluang kepada kenalan rapat nya melarikan diri sambil menerima dengan ikhlas sepakan sudut percuma ke arah rusuk kanannya.

Tapi kalau dah berduet naik moto, firaun ni dengan ikhlas hati berdiri sambil melepas kan flatulensi nya kepada pembonceng belakang, kemanakah lagi arah tujuan untuk mengelak kan diri? Mungkin disini kita boleh merungkai kan persoalan beberapa kes kemalangan pembonceng motosikal di negara kita.


Kentut juga mengandung metana, hidrogen yg combustible. Kalau terbakar, nyalaanya berwarna biru karena kandungan unsur hidrogen dan tidak cukup panas untuk memulai pembakaran. (sekadar gambar hiasan)

18 November 2008

Naik kan bendera Malaysia versi indie

Kali ni aku nak kau nyanyi lagu negaraku. Kau tau nyanyi lagu negaraku x?

Freshie: "tau bang"..sambil nyanyi masuk rangkap pertama.

Woooo..berenti2...Budak tadika kemas pun tau nyanyi macam tu!!!... Sebagai pelajar jurusan seni bina, ko kena kreatif kan diri. Jangan dok takuk yang lama. Perlu ada perubahan. Idea kena maju. Kalo x, cemana ko nak celen para seni bina oversea tu? Pahaam..??(sambil usap2 rambut freshie sebagai tanda kasih sayang)

Freshie: "paham bang"..

Bagoos..Skang aku nak ko nyanyi sambil ko gulung kain pelekat ko sampai abis nyanyi.Paham??..

Freshie: "err..cmana tu bang?" sambil buat2 blur.

Apekebengap ko ni!!... (sambil nak hayun ngan T-square)

Freshie: "eh..eh..paham bang..pahaaamm.."

............tuuuuuutttt...............(sensor)...................

Huahuahua....kuahkuahkuah....!!!!!!! dah brape bulan ko x bercukur ni baaiii!!!??

Notakaki: Kepada zamarul fahmi (hampir nama sebenar) itu bukan idea aku. Ampun kan aku..ahaks..

17 November 2008

Sewaktu aku sunat dulu2

Skang dah tiba musim budak2 bersunat. Pagi tadi tengok TV3 meriah sungguh acara diorang. Siap bleh import Jabatan Bomba lagi main siram2 air. Pulak tu di sambut ngan kompang dah macam kenduri kawen pun ada.

Ingatan aku berputar back to the future 19thn dulu. x de kenduri, x de TV3 datang interview, x de Bomba yang tahu aku nak bersunat itu hari. Pagi tu arwah ayah aku tanya:

Arwah Ayah: "Nak sunat ari ni ke atau nak sunat tahun depan?"

Aku terkesima. Tetiba soalan sensitiviti rakyat keluar. Tanpa perancangan, tanpa persediaan mental dan fizikal, tanpa prepare port mana nak menghilang kan diri, aku gamble terus setuju. Lepas Zuhur aku bonceng belakang arwah ayah aku naik moto yamaha cdi 80 menuju ke klinik kesihatan Palong 4.

x de budak2 yang sama tarikh dengan aku itu hari. Maka x de perasaan nak pikir cemana nak jadi takut. Yang ada pun cuma makcik2 pakcik2 yang tengah tunggu check suhu badan. Apabila turn aku dah tiba, arwah ayah aku teman kan aku dok sebelah katil pesakit. Aku kena baring sambil pasrah kain kena selak. Dekat 5~6 orang stand-by keliling layan borak saiko ngan aku. Aku dah cuak pandang syiling. 'jantan' aku diorang kotak-katik kan dengan jarum bius. Ciss..berani tol diorang.

x sampai 15min, diorang kata dah siap. ehh..x de rasa sakit pun. Biase2 je. Lepas turun dari katil diorang suruh jalan kengkang2 sambil tarik kain ke depan. Dah macam badut sarkas pun ada. Naik moto tepaksa posing mengereng macam pompuan sopan naik moto. Selama 3 hari gak la aku dihidang kan nasi berlauk ikan bilis goreng je. Yang datang melawat aku cuma kengkawan arwah ayah aku. Nak harap kan kengkawan aku datang? haraaam..

Budak2 skang memang beruntung.

13 November 2008

Kalau jeles sangat ngan kehenseman muka aku ni, x payah la nak sabotaj sampai macam tu skali.

Tingkatan 1~2 aku dok asrama Sekolah Agama Repah kat Tampin. Banyak perkara baru yang aku belajar. Dari menjadi manusia bertawaduk sampai la kepala aku tumbuh tanduk.

Ada satu ari aku follow kuncu2 aku panjat syiling bilik air. Port budak2 isap rokok. Aku jenis bukan perokok tegar. Aku boleh isap dan aku boleh berenti sesuka hati aku. Senang citer aku x heran sangat ngan rokok ni. Bila dah duduk atas syiling dan di kerumuni para perokok, aku pun nak gak la sebatang dua. Tapi itu jam kuncu2 aku manjang tergelak je tengok aku isap rokok. Apa hal?? style aku isap macam pelacur ke? Aku buat derk je sambil berlagak macho.
Tengah dok layan asap dah macam serombong kapal tu, tetiba...

psssssstttt...........PELEPOW!!!!!!!!!

Bangsat punya budak..Ape rajin sangat letak mercun padi dalam rokok aku!!!

12 November 2008

Aku x peduli sambut tahun baru lagi. Aku sambut tahun baru kategori kalender islam.

Waktu sekolah rendah dulu, bila balik kampung, aku akan terserempak buku komik dari kartunis Lat. Buku tebal bersaiz A3 lah lebih kurang kepunyaan pak cik aku. Satu ketika tu kartunis Lat meng-kartun kan kesah budak sekolah kutip derma untuk tabung Popi. Penuh satu komik tu cerita pasal Popi ni. Sebagai budak belum cukup umur dan baru mengenal erti duniawi, aku x amik port pun apekejadah nya Popi ni. Yang aku pikir diorang kutip derma untuk mengembang kan lagi bisnes tanaman kopi kat Malaysia ni.

Aku heran gak kat sekolah aku x de kecoh pun pasal Popi ni. Mak cik kantin pun x kutip derma untuk beli serbuk kopi. Belajar sejarah pun langsung x ada kaitan ngan kopi.

Tadi aku jenguk blog tukar tiub. Bila dah abis baca, baru lah aku tau ape tu Popi. Rupa2 nya spesis bunga Popi yang menjadi simbol untuk mengingati perang dunia yang lampau.

Hmm..dapat satu maklumat sejarah hari ni. Yang aku confius skang ni, tukar tiub cakap Malaysia memansuh kan hari Elevan November / Sebelas Sebelas / Armistice Day ni?

11 November 2008

Young And Dangerous memang best untuk jiwa macam aku

Memang x bosan kalo aku ulang citer nih. Kena plak hero dia ada iras2 muka aku. Kalo pandang dari belakang laa..Aku kenal citer nih time aku lepak kat dorm member aku kat hostel kilang hualon tahun 1998 dulu. Memang ganas larr..Jalan citer pun x payah nak perah otak. Diorang ada buat penggambaran gak kat kolumpo sana. Sape bercita2 nak ambil alih kawasan samseng kat petaling street tu, boleh la study dari citer nie. Dasat wooo...

Ni 1st story diorang. Baru abis sekolag terus masuk geng budak jahat.

Ni ending story diorang. Akhir nya berjaya jadi ketua segala geng jahat walau pun diorang baik. Banyak kengkawan mati kena bunuh.

Amacam? Bersedia nak jadi samseng?

08 November 2008

Tuju-tuju

Petang tu kecoh satu asrama mulut Rambo berdarah. Masing2 syak aku bertumbuk ngan Rambo. Halaa..x tau cerita, mandai2 je buat cerita.

Masyarakat: "Yang ko tuju pakai selipar Tat Sing buat hape?"

Aku: "x kan nak pakai selipar Bata? x straight laa.."

Petang tu kitorang buang tebiat main baling tin. Nak pakai bola tenis, malas nak kejar jauh2. Alih2 pakai selipar. Penyudah nyee...

06 November 2008

Selipar Tat Sing

Selipar Tat Sing dengan budak asrama ibarat isi dengan kuku. Pakai lah atau bawak lah ape brand sekali pun untuk membezakan selipar masing2, akhirnya tepaksa beli pakai itu selipar Tat Sing. Asal balik dari kampong je, mesti selipar mahal dah hilang.

Aku rasa encik Tat Sing tu mesti dah kaya raya dah skang nie. Bisnes selipar je dan supply kat kantin2 asrama. Kompom laris punya. Mula2 aku tengok model Tat Sing ni cukup aku x berkenan. Dah la keras, kalo jalan mesti pelepap…pelepap…punya. Dah macam nak pegi jamban pun ada. Tapi dia punya tahap keselamatan lebih tinggi dari selipar Bata warna putih tu. Penah skali kawan aku berlari dalam hujan kat koridor skolah, gebuak jatuh terduduk gara2 pakai selipar Bata tu. Terus memasing pakat2 boikot selipar Bata.

Skang ni aku dah x nampak lagi model Tat Sing ni kat kedai2 mahu pun kat Masjid time sembahyang Jumaat. x kan dah muflis kot?

Notakaki: Aku syak acik kantin tu yang rembat selipar kitorang untuk laris kan produk selipar dia.

04 November 2008

Sebagai pekerja, kita perlu bermua-pakat dengan HR kita. HR sahaja.Yang lain tu x de kepentingan pun.

On the way wife aku nak hantar Zahra pegi umah Acu, tetiba kereta jalan semput2 + tersengguk2. Dah macam motobot pun ada pegi nya. Aku pun merempit pegi tengokkan kereta tua aku tu. Menurut kata pakar (Ecos) salah satu piston aku tengah layan tido.

Bemakna aku kena paksa bawak satria 3 piston tu dari Tmn. S'ban Jaya ke Tmn.Matahari Height dalam keadaan sibuk orang nak pegi keja. Wife aku pulak merempit bawak moto aku follow dari belakang. Lepas paking depan umah Ecos, aku kena masuk keja dan aku selamba lalu depan pak guard terus masuk ke opis sambil call HR aku.

Aku: "Hallo...Sharmini...Zairi here..."
HR: "Hallo...hi Zairi..."
Aku: "err...i late 15min la Sharmini...so,how..?."
HR: "fill up pink form la...and answer to managment..."
Aku: "aiseh...this is my 1st time la Sharmini...can't xuse ke?"
HR: "ok...i liquid your punch card n adjust your time recording..."
Aku: "Haaa...that why la i like you..."
HR: "Blah la you...make sure this is 1st and last ok?..."

Walau pun 15min stakat potong beberapa hengget je, kalo dah kena saman ngan pink form tu, aku punya bonus akan di cukai kan. Banyak woo..dia potong…kilang komunis la kata kan…

03 November 2008

Jiwa kesedihan yang dicantas dengan cara tidak sopan

Cuaca mendung seperti memberitahu bakalnya hujan akan turun.Jiwa aku turut mengalami perubahan cuaca semendung di langit. Segala kenangan bersama arwah Ayah bermain2 difikiran aku. Aku x tau Hanis berperasaan yang sama dengan aku atau tidak. Dia sibuk dengan ‘berwirid’ dengan handphone pinjamnya di sebelah aku selaku co-pilot.

Sungguh jelas gambaran dimata aku sewaktu memandikan jenazah Ayah aku. Wajah nya yang sungguh tenang. Tiada tanda2 mengerut di dahi atau seperti mengalami tekanan. Aku cuba menahan sebak di dada dengan berbual dengan Hanis.

Aku: “Dik..apa yang ko ingat pesanan Ayah kat ko?”

Hanis: “Banyak…aku x leh nak ingat skang..”

Aku: “ Ape yang ko ingat?”

Hanis: "Jangan lupa baca Yassin untuk Ayah tiap malam jumaat…err..err..”

Aku: “x kan tu je…lagi?”

Hanis: “Jangan…err..err..Jangan lupa lirik…”

Otomatik siku kiri aku singgah tepat kat dahi Hanis.


Hanis antara yang banyak berjasa sewaktu arwah Ayah dalam derita.

Notakaki:
1) Jangan lupa lirik antara rancangan x de masa depan yang aku x sangka arwah Ayah aku boleh layan sebulan sebelum arwah Ayah aku x de.
2) Aku sedang siap kan blog ke-2 tentang nostalgia Allayarham Ayah aku.