AKU  DAN  SESUATU

03 November 2008

Jiwa kesedihan yang dicantas dengan cara tidak sopan

Cuaca mendung seperti memberitahu bakalnya hujan akan turun.Jiwa aku turut mengalami perubahan cuaca semendung di langit. Segala kenangan bersama arwah Ayah bermain2 difikiran aku. Aku x tau Hanis berperasaan yang sama dengan aku atau tidak. Dia sibuk dengan ‘berwirid’ dengan handphone pinjamnya di sebelah aku selaku co-pilot.

Sungguh jelas gambaran dimata aku sewaktu memandikan jenazah Ayah aku. Wajah nya yang sungguh tenang. Tiada tanda2 mengerut di dahi atau seperti mengalami tekanan. Aku cuba menahan sebak di dada dengan berbual dengan Hanis.

Aku: “Dik..apa yang ko ingat pesanan Ayah kat ko?”

Hanis: “Banyak…aku x leh nak ingat skang..”

Aku: “ Ape yang ko ingat?”

Hanis: "Jangan lupa baca Yassin untuk Ayah tiap malam jumaat…err..err..”

Aku: “x kan tu je…lagi?”

Hanis: “Jangan…err..err..Jangan lupa lirik…”

Otomatik siku kiri aku singgah tepat kat dahi Hanis.


Hanis antara yang banyak berjasa sewaktu arwah Ayah dalam derita.

Notakaki:
1) Jangan lupa lirik antara rancangan x de masa depan yang aku x sangka arwah Ayah aku boleh layan sebulan sebelum arwah Ayah aku x de.
2) Aku sedang siap kan blog ke-2 tentang nostalgia Allayarham Ayah aku.

6 comments:

Rahimin Idris said...

owh. jangan berduka. arwah ayah aku pun dah 6 tahun tak ada. tuhan lebih sayang mereka.

Anonymous said...

thanks..bro..
kita sama2 doa kan mereka.
Al-Fatihah..

Anonymous said...

Semoga roh ayah saudara ditempatkan bersama sama orang orang yang mukmin Alfatihah

Anonymous said...

hashim habeeb:
terima kasih..Al-Fatihah..

Anonymous said...

bro..sori arrr...aku tak sempat nak ziarah masa arwah meninggal. Salam takziah dari aku dan isteri aku. Tabahkan hati. Semoga arwah di golongkan dalam golongan orang yang beramal soleh. Amin.

zairi said...

mozabas:
ok..x de hal..ko plak jangan lupa jenguk mak ayah ko sementara diorang masih hidup ni.anak lelaki besar tanggung jawab nya.