06 November 2008

Selipar Tat Sing

Selipar Tat Sing dengan budak asrama ibarat isi dengan kuku. Pakai lah atau bawak lah ape brand sekali pun untuk membezakan selipar masing2, akhirnya tepaksa beli pakai itu selipar Tat Sing. Asal balik dari kampong je, mesti selipar mahal dah hilang.

Aku rasa encik Tat Sing tu mesti dah kaya raya dah skang nie. Bisnes selipar je dan supply kat kantin2 asrama. Kompom laris punya. Mula2 aku tengok model Tat Sing ni cukup aku x berkenan. Dah la keras, kalo jalan mesti pelepap…pelepap…punya. Dah macam nak pegi jamban pun ada. Tapi dia punya tahap keselamatan lebih tinggi dari selipar Bata warna putih tu. Penah skali kawan aku berlari dalam hujan kat koridor skolah, gebuak jatuh terduduk gara2 pakai selipar Bata tu. Terus memasing pakat2 boikot selipar Bata.

Skang ni aku dah x nampak lagi model Tat Sing ni kat kedai2 mahu pun kat Masjid time sembahyang Jumaat. x kan dah muflis kot?

Notakaki: Aku syak acik kantin tu yang rembat selipar kitorang untuk laris kan produk selipar dia.