31 March 2009

Maghrib dalam keterpaksaan

Itu hari aku bertandang ke rumah makcik aku. Anak2 dia yang dah kawen (sepupu2 aku gak la tu) susah sangat nak jumpa. Memasing sibuk mengurus kan rumah tangga. Masa aku bujang2, memang kitorang satu bilik kat rumah tu selama 3 tahun. Susah sangat nak nampak diorang menunai kan fardu sembahyang. Kengkadang terikut2 jugak perangai yahudi diorang tu.

******************************************************************************

"Woi..mak aku dah bising2 tu suruh sembahyang Maghrib" kata salah sorang sepupu aku tu.

"Aku musafir. Ko tu yang patut sembahyang." balas aku yang tekun menonton Great Teacher Okuzuna (GTO)

"Ko tu bukan musafir dah skang. Dah kira mukafir kalau dah 3 tahun ko duduk sini." balas sepupu aku tanda protes.

**************************************************************************

Itu cerita 5 tahun lepas. Masa aku sampai kat rumah makcik aku time maghrib tu, sekor pun x de kat depan tv. Pada hal playstation masih bersepah2 kat depan tv. Jarang sungguh perkara ni berlaku pada masa dulu2. Tunjuk lambang rock depan kiblat? memang nak kena penyepak budak2 ni!!!

30 March 2009

Pengalaman aku berhadapan dengan seorang ketagih.(Sebuah kesah benar yang telah di tambah garam)

Peluh makin membuak2 hampir membanjiri tilam di bilik nya. x cukup meng'cool' kan diri, jonet senggayut pada kipas syiling speed 5. Fikiran yang serabut bertukar jadi hampir pitam dek pusingan kipas tadi. Jonet kembali ke tilam. Jam dah berdenting untuk kali yang ke-12 malam. Mata jonet x jugak lelap2. Dia x mahu lagi berpunch-card merah untuk kali yang ke-80 ratus gara2 tido lambat. Jonet x mahu lagi hanyut ke dunia keasyikan yang penuh kesangapan yang tiada kesudahannya.

Mata x jugak lelap2 walaupun telah menghidu bau stoking rakan2 serumah. Penat berkalih tido, jonet menelentang sambil mata mengikut kelajuan pusingan kipas. Semua x menjadi. Akhirnya jonet mengambil keputusan tido sambil pakai topi keledar apollo nya. x jugak lelap2 sambil merenung dinding hingga memembusi ke rumah jiran sebelah yang tengah berkemban sedang makan megi. Semua nya serba x kena di jiwa jonet. Apparaa...layan stim pon x nak.

Bayangan benda itu muncul lagi dengan keadaan yang lebih mengasyikan. Jonet ketakutan. Dia menekup muka dengan bantal busuk yang penuh air liur basi nya. Badan nya menggigil seolah2 ada jerangkung dalam almari. Mata jonet mula merah. Hidung nya mula berair. Gian bertandang lagi. Jonet tewas dalam bisikan duniawi.

Jonet bangun dari katil. Dengan tangkas mencapai kunci motonya melepasi rakan2 yang sedang asyik menonton TV.

"Haa..tu ntah nak poie mano la tu?" tanya kantona, teman serumah nya yang tengah tekun menonton perlawanan bola sepak piala dunia antara malaysia dengan brazil. Ketika itu malaysia sedang mendahului brazil dengan 8-0.

"Ada hal sikit,nak kluar," balas jonet yang sedang menyetat enjin moto.

"Polik bona dah den nengok an si jonet tu. Asal tongah malam yo losap. Asal losap yo tongah malam. Dio campor ngan budak ganja ko apo?" bebel si kantona yang pekat dealek negeri nya.
"Ha'ah..tengok la tadi tu. Mata pun dok merah semacam je. Terjueh2 ngan hingus lak tu." balas aku yang dialek lebih ke arah key el.

"Den x pueh hati. Jom kito follow dio. Apo2 hal kang den jugak yang menjawab kek mak+ayah jonet tu kang. Silap2, otet rush lak rumah kito ni kang. Kito jugak yang kono masuk lokap. Kok kau tekangkangkangkang..kang.." arahan kantona sambil menge off kan remote tv. Aku dengan kantona segera membonceng moto membelah kegelapan malam.

Dari jauh kenampakkan si jonet mewiley ke arah taman seri pagi area senawang. Terketar2 lutut jonet memaking moto kat belakang satu restoren yang penuh kesuraman.

"Dah den koba an dah. Kek sini memang banyak tokan." kata kantona. "x sangko den perangai jonet ni dah bertambah mengado2." kata kantona lagi sambil aku menggeleng2 kan kepala melihat si jonet.

"Bang,bagi char kuey teow satu. Cepat sikit bang. Dah masuk pagi dah ni. Kerang taruk satu guni tau!" jerit si jonet. Mendengar pengoderan sebegitu, brader tukang masak tu terus menggoreng char kuey teow secara menggila.

Di sudut belakang tiang yang suram, aku ngan si kantona bukan setakat menggeleng kan kepala, malah berjemaah hingga ke tahiyat akhir. "Ahh...blah la lu kantona...join si jonet makan lagi best"

notakakibusuk: Char kuey teow juara. Salah sorang anak pada pengarah badul punya restoran. Memang syahdu.

26 March 2009

Opis aku ada sorang amoi cun+seksi. Aku sekadar pandang tang jauh jer.

Stakat ni, sebelum aku nak bukak sliding door rumah aku, aku akan skodeng sbelah rumah jiran budak2 bujang aku tu. Giler apa aku nak ngorat diorang? Cuma aku nak pasti kan sama ada satu towel kaler merah tengah bersidaian atau tidak. Aku x sure dah berapa lama mamat tu x basuh dia punya towel mandi. Hangit dia memang semacam punya bau. Lagi tengah hari lagi pekat dia punya hangit. Dah jadi ke pahit pulak jadi nya. Tiap kali tu la aku kena tahan napas bila nak keluar rumah. Kalau x, mula la aku terbersin2. Rasa nak bakar je satu rumah tu. Anak aku? Aku biar kan dia terima perbezaan bau.

Antara banyak2 bau busuk aku x leh terima adalah bau kaki busuk. Selalu nya terjadi kat asrama dulu2. Tapi baru2 ni aku mula x berapa selesa nak ke keja pasal ada satu bau lagi teruk dari bau kaki ngan towel merah tu.

Minggu lepas ada staff baru masuk keja kat tempat aku. Cina bangsa nya. Amoi jantina nya. Jr eng'r position nya. Memang peramah ngan kitorang. Muka cun+putih makan babi. Aku yang rajin melayan sebelum ni, tepaksa jadi sombong. Bukan sebab diskriminasi yang aku pilih. Memang buang tebiat kalau aku menyombong ngan pompuan. Tapi kali ni aku terpaksa.

Tiap kali dia akan berurusan ngan aku kalau2 ada drawing nak di revised. Sambil bentang drawing kat meja aku, dia mula tunjuk sana sini untuk di as-built. Dan tiap kali tu la aku pikir rasa nak tukar department lain. Aku x tau cemana dia bleh lepas interview ngan big bos aku kat dalam bilik ekon sana. Dia punya ketiak memang macam cipan datang haid punya bau. Kalau x pasal yoga tu di haram kan, skang jugak aku nak pegi latih tahan napas sampai 8 jam.

23 March 2009

Audit memang menyusah kan hidup aku.

16/3/09
Awek kerani: "19/3/09 ni en.zairi kena audit HR dept. ok. sila sign kat form ni ye."
Aku: "Arghh..odit lagi?Hmmm...ye lahh.." (sambil berpikir apa penyakit nak buat untuk ke mc)

19/3/09
Aku: "ari ni abang nak ambik mc."
Wife aku: "Ceh!! patut la x pegi surau. Dok rumah jaga anak."

****

Klinik
Doktor: "Teruk mata awak ni. Ni boleh berjangkit kat anak yang awak dukung ni. Ari ni awak x perlu keja. Saya bagi awak mc sampai sabtu ni. Kalau boleh jangan banyak berjalan kemana2."
Aku: "Baik la doktor. Tima kasih doktor." (sambil menahan pedih+pedas dari serbuk lada putih)

***

Ari ni. 23/3/09
Rakan auditee: "How your red eye?Anyway,tomorror after tea break we have audit production site."
Aku: ""Arghh..odit again?Hmmm...oke lahh.."

***

Aku x ingat la sape mangajar aku letak serbuk lada putih kat mata untuk dapat kan mc. Lama dah aku x buat macam ni. Pedih siot...Lepas kluar dari bilik doktor ,terus pegi wash room kasi tadah mata kat paip lama2 kasi lega. Selalu nya kena stanby kasi pedih2+merah2 kat mata sebelum nama kena panggil kat nurse suruh masuk jumpa doktor. Puas jugak la nak menipu kat anak aku pasal dia pelik+kesian kat mata aku. Sepanjang cuti, dapat gak la game over kan need 4 speed underground pro-street. Giler payah...

Rabu ni mak aku masuk skolah pondok kat area sepang sana. 4 bulan punya edah pun dah tamat. Memang cantik aku pegi tengok tempat tu smalam. x macam pondok langsung. Dah macam IPT dia punya prasarana. x macam skolah pondok aku dulu2. Aku harap mak aku bahagia kat situ.

19 March 2009

Siri bergambar.

Aku dengan akak aku masa felda belum ditumbuhi tumbuhan hijau. Panas wooo...tu sebab kitorang berspender je gi ronda2. Masa tu aku dah pandai layan The Beatle. Tengok rambut ar...Ketika sedang mengajar akak aku mengaji.
Aku+akak aku ngan sepupu sepapat sepipit sepusat dengan berlatar belakang kan kreta ford escort arwah ayah aku. Hari Raya barang kali. Budak hujung skali tu memang budak KL. x reti langsung hormat hari raya.Amacam? Seluar senteng, tuck-in atas pusat, selipar jepun.
Sewaktu expo kat stadium Kedah. 2 hari aku dok jaga model rumah tu. Padahal bukan nak buat jual rumah pun.Awek aku dulu2. Skng dia dah kasi 1 orang anak untuk ku. Body dah x macam dulu2 dah. Haih...

16 March 2009

Kawan aku Din dan kesah Ganja nya.

Tengah2 boring x de keja ni, aku buat2 sibuk kat depan pc tengok klip2 video simpanan aku yang lama2. Kira refresh balik la apa yang dah lama aku x tengok. x de keja la kata kan. Kang pegi ngular, kok kantoi pulak. Cari keja bukan nya senang skang. x macam 10thn lepas punya cari keja. Dulu2 pengalaman aku cari keja, interview terus dapat keja. Siap ada hostel lagi. Masa aku jadi penjaga pinggan mangkok kat pasaraya Ocean la. Mungkin untuk gaji ciput tu yang boleh senang dapat keja kot. Tapi skang dah x de lagi hostel untuk pekerja tempatan. Kalau ada pun mesti kena tutup pasal jadi port untuk ke maksiat. Budak skang kan advan2 belaka.

Dalam banyak2 klip video, aku teruja plak kat adengan si apek tengah stone ganja. x tau la betul ke tidak benda yang dia isap tu ganja or serbuk manis sisha perisa epal. Dia x mengaku pun masa citer ni berlaku dulu. Ye la, logik gak kalau nak pikir2 balik. x kan dia bodoh sangat selamba kasi orang ambik gambar dia tengah stone. Mau tutup periuk nasi sendiri nama nya tu. Ah..lantak dia la nak pi mampos ke x. Dah besar panjang suruh dia pikir sendiri la.

Aku mula kenal rupa paras hensem si ganja ni masa aku study kat Kedah tahun 2000 dulu. Itu pun lepas aku naik sem.2. Memang aku x into ngan benda2 dadah ni. Rokok pun bukan kategori aku. Ganja memang senang nak dapat time tu. Maklum la dekat2 ngan sempadan. Tapi masa aku keja kat pasaraya Ocean dulu, aku ada nampak kelibat botol redbull kaler hitam terjojol ngan batang betik kat bawah katil member aku time aku dok sapu2 bilik. Time tu aku x terpikir lagi benda2 isap ganja ni. Lagi pun member aku tu x penah isap depan aku. Pulak tu memasing x da la menunjukka kan sifat2 pecah rumah. Diorang ok je ngan aku. Barang2 pun x penah hilang. Kira diorang pandai cover la. Kerja pun rajin. Ceh!! baru aku tau apsal diorang bleh rajin.

Masa aku sem.2 tu, aku mula rapat ngan student yang duduk berhampiran ngan hostel. Kira budak luar la. Budak luar kan lain macam diorang punya teghejal. Tempat dia, negeri dia boleh buat kepala samseng dia. Nama kawan aku tu Din. Dia budak perabot. Aku budak seni bina. Kitorang ngam pun x tau apsal. Pada hal masa sem.1 dulu, budak2 kelas aku ngan aku penah gegar dia pasal dia tuduh member kelas aku curik henpon awek dia. (cis!!!..pasal awek lagi!!). Tapi kitorang x bertumbuk la. Berlalu macam tu je citer tu. Din ni aku baru tau dia kaki stone. Bilik aku dia jadi kan port dia. Time tu aku jadi ketua asrama. So, x de sape yang boleh intip kegiatan si Din tu. Lagi pun si Din ni samseng kampung dusun. Budak2 x leh nak cari pasal ngan dia pasal dia ada 'kaki2' kat luar. Sesapa nak 'barang' bleh oder ngan Din ni. Dia jadi tokan kat situ.

Si Din ni slalu 'on' lepas rehat tengahari sebelum nak ke kelas belah petang. Lepas 'on' memang cool je dia ni. Memang nampak beza sebelum dan selepas. Paling ketara dia punya beza, satu hari masa hari cuti tu, Din datang hostel aku naik moto nak jemput aku ke rumah dia pasal dia cakap itu hari dia punya birthday. Aku pun bonceng ke rumah dia. Masuk rumah dia cuma ada aku ngan dia. Mak+ayah dia x de. Gelisah gak la kejap takut2 dia bontot kan aku. Rupa2 nya kejap lagi tu dia bawak keluar awek dia turun dari tingkat atas dengan kain batik. Time tu la dalam hati aku tabik spring ngan Din. Keluar dari rumah tu, Din cakap ngan aku, awek dia dah perap 2 hari kat rumah dia. Hmmm...x tau la aku sama ada awek tu memang 'murah' atau ganja tu boleh kasi Din bikin ayat power. Awek tu memang baik dalam kelas aku. Dalam kelas agama memang ada knowledge katam Quran. x sangka pulak aku bleh jadi cam tu.

Sebelum aku tamat pengajian tahun 2002, aku ada pesan kat Din. Aku x nak tengok dia stone lagi lepas tamat mengaji. Lagi pun dia baru lepas kematian ayah dia masa tu. Dia angguk je. Memang aku perasan dia dah berenti. Tapi aku terus lupa kan Din ni sambil aku tersenyum je pandang Din ngan kengkawan yang lain tengah stone masa kitorang ada konvo tahun 2003. Lantak dia la nak jadi ape lepas tu.2 tahun lepas aku ada call kengkawan pasal Din ni. Memasing x tau punca. Yang kitorang tau, awek dia tu dah kawen ngan lelaki lain. Sukses gak la awek tu keja kat firm KLCC sana. Hmm...cemana la malam pertama awek tu ek?

Pada pendapat aku, ganja ni x reti aku nak bagi pendapat macamana. Lebih elok x payah layan la kira nya. Dah nama pun dadah. Arwah ayah aku meninggal pun pasal dadah dah terlalu banyak orang hospital kasi suruh telan. Sampai kan buah pinggang x leh tapis suma benda2. Aku pun dah lama x telan ubat2 hospital. Sebab ubat2 tu suma bukan untuk kasi sembuh yang sebenar nya. Cuma untuk menahan sakit je. Anak aku stakat ni belum penah aku kasi telan ubat hospital time dia sakit. Lagi pun ubat hospital tu suma pahit2. Budak kecik bukan nya nak makan pun. Selalu nya aku hantar kat klinik HOMEOPATHY. Perubatan untuk pencegahan. Bukan nya menahan sakit.

03 March 2009

Buli itu penting.

Se-menjak2 ni dah mula dengar macam2 kes buli. Dari askar mati kena buli sampai la budak sekolah mati pun kena buli. Aku heran, aku sedih dan aku kesian kat mangsa2 yang terbabit. Budak2 politik kat dalam parlimen tu pun dok masih membuli dari dulu sampai skang x sudah2. Buli cara fizikal x sama dengan buli cara saikologi. Saikologi boleh bawak sampai cucu cicit punya dendam. Ahhh...budak2 politik tu harap kan gaya je pakai baju tuxedo turun dari merc. Tapi bodoh piang macam budak x abis sekolah punya perangai. Harkhhh...tuii!!!

Masa aku dok asrama dulu, x la berapa teruk aku kena. Stakat boleh terima dek badan lagi la. Kalau dok asrama x de buli2 ni, x cukup syarat la kira nya. Sebab dari buli tu la kita boleh matang kan fikiran kita, lebih mengenali rakan2 kita, hormat pada yang tua dan yang penting tahu stakat mana kelemahan mental dan fizikal kita selain baru tau kita x la hero dengan adik sendiri je kat rumah tu. Jangan ingat stakat pandai terajang adik je. Rupa2 nya kena terajang sakit jugak.

Kat skolah2 x de banyak pengalaman aku kena buli. Setakat bangun tido dengan muka kena conteng pen maker tu kira biasa2 je. Lepas tutup paip shower raba2 towel, tengok2 dah x de kena sabotaj, terus lari2 masuk dorm sambil alat kemaluan stakat pekup dengan tangan pun kira biasa2 je. Dah smart2 nak pegi skolah, bukak2 pintu, tetiba hujan turun dari baldi pun kira basa2 je walau pun ada hati nak tumbuk dinding kasi ranap satu bangunan. Birthday la konon nya. Pagi tu aku pakai t-shirt dengan seluar traksut pegi skolah tunjuk protes. Aku pedulik hape.

Paling best masa aku blajar kolej kat Kuala Pilah ambik architecture. Umur dah 20thn. Memang dah sedap2 badan dah time tu. Seminggu lepas aku blajar kat situ, tengah syok2 tido, aku kena kejut kan kat satu balaci dalam pukul 12 mlm. Dia cakap brader senior nak jumpa. Aku bangun terus follow itu balaci. Sampai kat bilik senior tu, ada sorang budak tengah buat pusing helikopter. Ada 5~6 orang dok tepi katil. Senior barang kali. Lepas budak tu siap pusing, bangun pun huyung-hayang punya berdiri. Ada sorang mamat sudah kaki kan belakang budak tu sampai tersembam kat lantai kapet. Masing2 dok gelak kan budak tu terjarap pegang kepala pasal pening kepala lebih sakit dari kena tendang. Macam celake. Aku diorang suruh duduk tepi tunggu turn. Dekat 20 minit jugak la tengok adengan menyakit kan hati.

Sampai turn aku, 5~6 orang tadi dok mengadap aku. Ada 2 orang badan besar macam afdlin shauki kat depan aku. Mamat yang dok terajang budak tadi lebih kurang badan aku je. Cuma tegap sikit la dari aku. Budak yang kena terajang tu memang macam budak2 punya badan. x fight langsung. Menurut diorang, budak tadi tu berpunca dari dok selalu borak2 dengan awek dia. Ceh!!! menyumpah seranah dalam hati aku kat mamat tu. Aku buat2 biasa je walau macam nak tumbuk je muka masing2. Diorang pun cuma nak berkenalan dengan aku. Rata2 diorang tu budak dari klumpo sana. Ohoo...ada hati nak buat taik kat negeri aku yek. Diorang belum tau Kuala Pilah ni area kampung aku. Sepupu sepapat sepipit sepusat aku ramai kat sini.

Lepas dari hari tu, aku mula perati kan masing2 punya perangai dan tingkah laku. Tengok kelemahan diorang jugak. Dah macam perisik rusia la kira nya time tu. Aku mula kumpul tag team junior saing2 aku. Senang boleh ber krompomi bila keadaan terdesak. Rata2 ramai x suka dengan mamat senior tadi tu. Saing2 aku pulak ramai yang budak lepas SPM. Aku dan sorang lagi member aku umur 21thn je yang boleh dikatakan brader jugak la kat situ.

Oleh kerana banyak sangat komplen yang aku terima kat kunco2 aku pasal mamat tadi tu, satu hari lepas aku balik dari kampung sepupu aku kat Pilah sana, sepupu2 aku nak kasi gegar kat mamat tadi. Aku mula buat plan kasi buruk2 kan awek mamat tadi kat balaci dia supaya cerita buruk awek dia boleh buat mamat tadi x puas hati kat aku. Memang balaci tu betul2 barua. Aku kena panggil kat senior tu. Tapi aku buat keras kepala suruh senior tu yang datang kat bilik aku. Memang dia datang siap bawak backup dia. Aku x de berapa backup sangat selain kawan aku umur 21thn tu. Dari segi nombor kira 4 lawan 4 la. Dari segi fizikal, memang lembik kitorang kalau dibuat royal rumble.

Masuk2 je kat bilik aku, terus mamat tu hilang akal bergusti dengan aku. x sempat langsung nak maki hamun. Brutal mamat tu. Memang puas hati la one by one. Kitorang di lerai kan pun pasal sorang budak aku dah lari mengadu kat warden. Pecah2 jugak la muka masing2. Lepas suma dah reda, dalam pukul 10mlm lebih, aku menyusup keluar dengan member aku panggil sepupu2 aku. Dalam pukul 3 lebih, kitorang serbu masuk dalam bilik senior tadi. Terkulat2 jugak la diorang tengok orang asing alam bilik diorang. Cemas+cuak pun ada kat muka masing2. Sambil tarik mamat tu kat tengah2 bilik, sepupu2 aku terus bagi penampor sambil brainwash dia kasi warning x buat kacau kat tempat orang lebih2 lagi budak Pilah.

Hahaha...puas hati betul aku lepas tu. Mamat tu pun terus slow dia punya brutal. Lalu depan aku pun angkat2 muka. Lepas kejadian tu, kitorang pun dah macam biasa2. Dah x de puak2. Pada pendapat aku, x sepatut nya belasah teruk2 sangat sampai boleh lumpuh satu badan. Buli biasa2 je dah la. Sekadar kasi lasak2 sikit. Pas tu setiap sekolah kasi tampal semua berita kes2 buli biar pelajar rasa pikir 4~8 kali nak pukul2. Biar diorang tau bahagian mana kasi pukul boleh sampai jadi mati atau lumpuh. Jangan suka2 nak pukul koboi. Mak+ayah pun kena selalu pantau anak2 diorang. Budak klumpo tadi tu pasal mak+ayah dia x pantau punya pasal la tu. Nak mengamuk manjang je. Pasal pompuan belum tentu jadi bini pun nak gaduh2.