29 September 2008

Petang ni aku balik kampong

Lagi 2 hari nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun ni aku beraya kat Gemas. Tahun ni pulak aku ponteng puasa 1 hari. Itu hari lepas cat umah Gemas, tekak aku perit mintak air. Kesudahah nya slurrp 7-E perisa oren berjaya aku habis kan. Kuahkuahkuah..

Dah 2 hari sejak semalam aku sahur sesorang. Wife+Zahra dah balik awal pagi sabtu dengan akak dia. Sahur semalam aku cuma makan mee goreng kering x sedap hasil tapau dari berbuka puasa hari sabtu bersama team Akina. Team Akina skang dah ramai muka baru yang aku x kenal. Berbuka semalam kat umah Acu. Hampir 3thn x makan bersama ngan famili Acu. Rasa kekok pun ada. Dapat gak la makan pengan pisang yang dah lama aku x merasa. Memang sedap ar. Lepas berbuka layan PS2 ngan Faizul sampai pukul 10.

Sahur pagi tadi makan pengat pisang Acu + air milo je. Pukul 9 kat opis, perut aku dah mula layan hardcore. Mood aku dah x ke keja. Wife aku baru send msg nak balik Gemas malam ni gak. Dah x tahan dengan Zahra manjang bergadoh je dengan sepupu dia. Kat umah Palong tu bising dengan mulut dia je menjerit. Semua mainan orang dia punya. x pandai lagi nak berkongsi barang. Mainan dia jangan harap orang boleh sentuh. Tapi bab makanan Zahra x berkira. Kengkadang dia pulak yang suap kan kat orang.

Arrrghh... Skang baru pukul 9.33am. Aku nak baliiikkk...!!

27 September 2008

Ayah aku dalam misteri

Hubungan antara aku dengan Ayah aku sebenar nya x la begitu rapat. Ayah aku lebih bersikap terbuka dengan akak aku. Agama Islam memang menyeru umat nya melebih kan anak perempuan daripada anak lelaki. Itu lah yang Ayah aku praktik kan. Walau pun Ayah aku macam tu, aku x la dipinggir kan terus. Cuma dari segi frienship tu kureng la. Aku memang x banyak cakap ngan Ayah. Hasil nya aku x pandai nak berborak dengan masyarakat. Aku lebih kepada pendengar yang setia. Sampai la nak ngorat pompuan pun x reti. Pompuan plak yang ngorat aku. Tu sebab la aku cuma ada sorang awek yang berakhir sebagai isteri walau sebenar nya aku mampu memiliki lebih ramai aweks. kuikuikui...

Ayah aku sorang yang serius. Nak kata garang x jugak la. Jarang aku kena penangan dia. Penah jugak la kena lempang masa skolah rendah dulu. Terus aku trauma x nak nangis lebih2. Aku jugak x de kengkawan rapat. Stakat kawan kat sekolah je. Kalau dah boring atau memang ada hal, baru la aku cari diorang. Jadi, aku x reti nak bersosial. Bagus gak Ayah aku buat aku macam tu. Sekurang2 nya aku x terjebak dengan dadah. Palong atau Felda memang tempat sarang dadah time tu juga skarang. Ramai budak2 yang terlibat. Kalau nak buat jahat pun kena cover serapat2 nya. Sampai kan nak tunjuk report card pun x berani. Kesudahan nya report card tu aku sign sindri tiru sign Ayah.

Selain ketegasan Ayah aku, Ayah aku jugak ada prinsip tersendiri nak pilih menantu. Antara nya dia x suka dengan orang Rembau dan keturunan mamak. 2 kategori ni memang Ayah aku cukup anti disebab kan pengalaman silam dia. Aku bernasib baik keturunan awek aku x terlibat dengan 2 sumpahan tadi. Tapi Ayah aku still x terima awek aku pada mula nya sebab awek aku x berpelajaran tinggi disebab kan keluarga dia x ambil berat tentang pelajaran. Ayah takut aku x leh handle kewangan dan kebahagiaan aku.

Waktu aku begitau nak tunang & kawen ngan awek aku, Ayah aku beri penjelasan yang panjang lebar sampai kan x di terima oleh akal muda aku. Kesimpulan ei, Ayah aku x setuju. Aku cukup frust giler tahap kurang ajar. Waktu tu aku dah keje kat S'ban. x de sape yang boleh nak tolong aku. Aku cuma ada Acu untuk aku luah kan perasaan kecewa aku. Apabila aku dah cukup lama dok menumpang umah Acu, anak2 dia pun dah sibuk citer kawin, Acu pun mintak tolong ngan Kak Lang Maria suruh pujuk Mak+Ayah aku. Akhir nya setelah 10 tahun aku bercinta, 1 tahun aku bertunang, 18/6/2005 menjadi hari sejarah perkahwinan aku dengan hati yang terbuka dari Mak+Ayah aku.. Persandinga hari tu memang cukup grand dibuat kat kelab golf Gemas. Famili aku adalah penduduk yang pertama yang buat kenduri kawen kat situ.

Sejak aku dah kawen, aku dapat lihat perubahan Ayah aku dah mula rapat dengan aku dan adik2 aku. Kitorang dah mula jadi macam kengkawan. Dah boleh bawak bergurau. Anis pun dah berani bertepuk tampar ngan Ayah aku. Akhir nya aku dapat rasa kan bahawa Ayah aku kesunyian sejak akak aku kawen. Akak aku mula jarang balik Gemas. Mak aku pulak selalu cerita yang dia kecik ati bila tiap kali dok umah akak aku, mesti ada aje yang x kena kat mata akak aku. Menantu yang dia x berkenan ni dulu, kini menjadi yang paling dia rapat sejak Zahra muncul. Ayah aku pulak paling berselara bila wife aku masak untuk sekeluarga. Baru kini aku dapat rasa kan pengertian Ayah aku.

Mak aku?

Mak aku sorang yang lemah lembut dan penyabar. Dengan watak tersebut, Mak aku selalu di perlekeh kan oleh adik beradik dia terutama sekali adik beradik perempuan Ayah aku. Namun Mak aku kuat beribadah. Banyak doa kan untuk anak2 dia.

Aku?

Aku masih aku dan sesuatu...

April 2008 - sebulan Ayah aku dok IJN operate jantung.

26 September 2008

1st time aku xcdent

Tahun 2000

Setahun lebih aku keje Hualon, aku mula rasa segan dengan masyarakat hostel bawak awek pegi town Melaka naik bas. Aku tengok memasing bawak motor mesti ada awek tonggek kat belakang. Mana boleh jadi. Diorang keje kilang macam aku gak. Aku ngan awek aku pun mula main kutu ngan kengkawan kumpul duit nak bayar downpayment kancil. Nak beli motor, aku takut jatuh. Aku bukan pandai sangat bawak motor ni. Lagi pun, alang2 nak beli harta, baik beli yang boleh untung.

Bob banyak tolong aku cara2 nak keluar kan kancil. Time tu kancil model baru tengah launching. Akhir nya aku orang pertama kat hostel tu pakai kancil 3rd model. 3rd model adalah kancil sebelum kancil mata bulat skang ni. Kebetulan plak aku bawak balik nak masuk hostel, budak2 kilang tengah menebeng tepi jalan tunggu bas kilang nak masuk keje shift petang pukul 3. Memasing terjeling2 tengok kancil putih no.plat MAP 3528. Bangga toksah cakap la.
2~3 ari lepas tu, Bob ajak masuk team kancil ngan member2 dia. Aku mula rapat ngan member2 kancil. Kalau paking kat kilang, memasing paking sebelah2. Berdereeet.. je kancil. Time tu kancil tengah top kat budak2 remaja. Kalo kat jalan raya kancil la paling samseng. Tercelah sana, tercelah sini, zig-zag pun dia gak.

Dalam pada bulan tu, team kancil kitorang nak buat konvoi pegi Sagil. Mesti la aku teruja. Ape2 hal aku potong spring kasi lowerd. Baru la x segan. Baru la mantap. Baru la nampak ganas. Tiba hari yang di nantikan, Kitorang berkumpul kat Pantai Klebang pukul 8 pagi. Ramai gak yang follow. Dekat 20 bijik ada gak la. Yang x kenal pun ada. Bila dah cukup corumn, kitorang pun gerak.
Belum lagi keluar town Melaka, kitorang kena berenti tepi jalan. Ada informer begitau ada member kat belakang xcdent. Aku x tau sape yang terlibat. Pastu kitorang sambung perjalanan. Lebih kurang 15 min. perjalanan nak kluar dari Melaka,

Sreeettt ..!!!... gebuak !!!...

5 biji kancil xcdent lagi. Aku orang paling belakang. Memang suey kitorang ari tu. Nasib baik x de yang serius. Cuma perlanggaran kecik je. Muka awek aku dah x ceria. Mood nak pegi berfoya2 dah ilang. Kancil aku dah x de dara. Memasing repair keta sindri tanpa claim insuran. Kengkawan punya pasal. Aku patah balik hostel. Petang tu aku call Bob nak tanya keadaan kat Sagil.

"Bob, amacam Sagil? Best ke?"

"Huh..best..Aku baru lepas mandi ni. Mandi kat bilik air umah aku. Suey la spex...aku xcdent ar.."

"Hah? Kau xcdent? ko ingat ko sorang je? Aku pon xcdent!!.."

"Ko pun xcdent? Harharhar...!!"

Rupa2 ei, xcdent episod pertama tadi, Bob adalah antara yang terlibat.

25 September 2008

Aku budak kilang

Januari 1999,

Aku dok Melaka keje kilang Hualon dalam 2 tahun. Stakat kat belah Tanjung Keling tu memang aku xpert la. Kat sini aku nak citer cemana aku bleh berhijrah kat sana.

Lepas aku abis belajar kat Agro Gentam Kuala Pilah, aku x tau cemana aku nak sambung belajar ke sijil tahap 2. Sebab Agro ni dah bankrup n tutup. Nak keje jadi draftman memang x laku la sijil tu. Aku pun pikir nak keje balik. Kengkawan aku kat Agro pun memasing balik kampung tanam jagung. Awek aku pun dah berenti keje kilang Hualon kat Nilai. Dia pun nak cari keje tempat lain. Ari tu awek aku mintak tolong kawan belakang umah dia rekemen kan kitorang keje kat Hualon Melaka. Memang rezeki kitorang kebetulan ada open interview.

Pagi tu kitorang naik bas lompat2 pegi Melaka. Bas berenti depan kilang dalam tengah-hari. Terus kitorang masuk interview. Bla..bla..bla abis pukul 4 lebih. Kitorang diterima kerja lagi seminggu. Nak balik tunggu bas lompat2 memang x sempat dah sampai Palong. Kitorang pun tanya la kat pak guard untuk trip bas kilang masuk Palong. Chanteek...untuk shift normal balik pukul 5 ada bas masuk Palong. Bemakna kitorang ada harapan balik naik bas free sampai Palong. Tepat pukul 5 budak shift normal kucar kacir keluar kilang nak rebut bas. Kitorang pun join kucar kacir. Bas cuma berenti kat Palong 2 je. Skang kitorang kena cari alternatif lain nak balik.Hari pulak dah malam dekat pukul 8. Nak suruh Ayah aku jemput, x bleh. Time tu Ayah aku belum restu hubungan kitorang. So, awek aku suruh Mak+adik dia datang naik motor jemput kitorang. Selamat la untuk 1 hari tu.

Selepas seminggu, aku dah ready pack barang2 aku nak bermaustautin kat Melaka. Pukul 5 pagi kitorang tunggu bas yang sama kat simpang Palong 2. Hari tu kitorang kena lapur diri pukul 8 pagi. Ramai gak yang datang pagi tu untuk lapur diri jadi budak kilang. Untuk setengah hari tu ada ujian kesihatan dan sesi taklimat. Kemudian diorang bawak kitorang pegi ke section masing2 untuk sesi lawatan. Aku bernasib baik diletak kan kat area Finishing. Section yang paling senang. Awek aku dapat Q.C section sebelah section aku. Abis sesi lawatan dah pukul 3. Kitorang di hantar balik ke hostel naik bas kompeni. Hostel aku memang selesa berdepan dengan laut. Memang best ar. Hari minggu ada pasar malam ngam2 depan hostel. Kedai makan pun dekat. Suma best2. Petang tu kitorang rai kan kejayaan jadi budak kilang kat seafood depan hostel.

24 September 2008

Mamat tu mengantok la aku rase.

5hb 7, 2008 hari sabtu.

Wife aku dah 2 bln lebih berenti keje. Kesian kan kat anak aku punya pasal. Skang dia dah boring dok umah ngan Zahra. Pagi smalam aku hantar diorang kat bus stop naik bas balik kampung. Aku x leh balik sama sebab ari ni aku masih keje untuk 1/2 ari. Nak ambik cuti rugi. Kompeni akan tolak gaji aku sehari.

Pukul 1 time out. Dah boleh balik. Ecos mekanik tetap aku dah hantar siap kreta aku tukar 2 bijik tayar ngan compressor air-con. Lepas kasi upah RM200+belanja makan, aku terus balik umah. Ayu dah sampai awal kat umah aku. Dia nak tumpanng balik Gemas. Sblom tu kena singgah Rembau ada kenduri kawan ei kawen. Lepas siap2, dalam pukul 2 lebih kitorang gerak ikut jalan ke arah Tampin.

Suasana macam biasa kat TTJ n S'ban Selatan. Lebih kurang 300 meter sebelum sampai restoran cendol Leman Dawi, aku nampak satu motor ni x layan corner yang sepatut nya kena corner.

Praarkk!!! guk!!

Aku macam x pecaye mamat tu boleh langgar divider jalan sebelum dia melambung jatuh x bergerak. Aku orang pertama berenti nak beri bantuan.Kat situ ada 2 orang tengah kemas2 barang niaga kat dalam restoran cendol Dawi dan sorang penjual durian sebelah lori. Memasing pun tengah terkejut. Aku pun terus berkejar kat mamat ni. Tapi... arrghh.. aku nampak perut dah rabak besar. Aku x leh tengok darah. Stakat dalam gambar orang xcdent aku boleh tengok lagi. Kalau live cam ni, aku x leh terima.Aku panik tahap gaban. Aku patah balik kat Ayu suruh call 999. Punya ngelabah, aku x tau cemana nak call 999 pakai hanphone x de credit.

Lepas aku call ambulan, aku dah x puas hati sebab ambulan belum sampai untuk 15 minit ni. Ayu ajak aku blah. Oleh kerana penonton dah cukup corumn dan aku suspek mangsa cuma pengsan (minit ke-5 dia mula gerak mengerang) aku terus ke kenduri kawen dalam keadaan penuh berhemah tahap JPJ.

23 September 2008

Kengkawan aku

Januari 2001

Bulan 12, 2000 aku dah tamat kan perkhidmatan aku sebagai budak kilang tahap operator pengeluaran. Aku nak sambung belajar. Aku ambik Architecture / teknologi seni bina. Course ni cuma ada kat IKM Kedah je. Bemakna aku kena dok Kedah selama 1thn 6bln.
Lepas subuh kitorang gerak ke utara. Teruja aku time tu nak jalan jauh. Lepas keluar KL, masuk tol Ipoh terus ke Kedah. Sampai tol Alor Setar dah malam. 8 jam perjalanan rasa macam cepat je. x puas aku tengok pemandangan dalam perjalanan tadi. Malam tu kitorang booking hotel Sri Malaysia.

Pukul 8 pagi, aku dah terpacak kat depan IKM. Diorang cakap ni IKM tertua kat M'sia. x besar mana pun. Orang macam aku dah ramai menunggu nak masuk dalam kawasan IKM sebelum menunggu perhimpinan abis. Ceh.. macam skolah gak ada perhimpunan pagi2. Manusia yang jadi kawan aku yang pertama adalah Eg-buaya. Kebetulan dia terpacak kat sebelah aku. Lepas abis sesi pendaftaran, dah dapat pembahagian rumah2, aku pun follow ketua asrama aku jalan kaki balik umah. Time tu Ujang adalah orang yang bertanggung jawab atas segala untuk aku. Sebelum tengah-hari, keluarga aku dah balik. Sedih gak time tu. Dok jauh dari famili, umah pulak x macam asrama langsung. Dah macam reban kambing pun ada sekali pandang. Nak ikut kan hati memang x selesa.

Petang tu start sesi orientasi 1 minggu. Memang membosan kan jadi freshie ni. Rambut kena gondol, ambik sign senior, beri salam tiap kali selisih ngan senior, bawak telur ayam setiap masa, bangun pukul 5 pagi dan macam2 la yang macam gampang kena lalui. Kat umah tu kitorang kena jadi macam adik beradik walaupun aku x leh nak jadikan budak2 Kelantan tu jadi adik beradik aku. Walau pun aku dengan Ujang sebelah umah kat Palong, tapi aku lebih rapat dengan Zainol.

Untuk 2~3 minggu aku memang lonely. Aku cuma harap kan Eg-buaya je yang datang ke umah aku untuk kitorang ronda2 naik basikal keliling kampung. Satu petang tu tengah aku mengelamun kat depan umah, Zainol ajak aku pegi Masjid sembahyang Asar naik basikal. Aku bonceng belakang. Kelakar gak. dah lama x bonceng belakang basikal. Start dari situ aku mula rapat ngan Zainol. Dia sem.2 time tu. Dari dia aku rapat plak ngan Ijoi+Pagirl+Din. Masuk bulan ke-3, Besi masuk lapur diri. Dia lewat masuk sebab xcdent seminggu sebelum nak daftar masuk IKM bulan 1 itu ari. Kaki masuk besi. Tu sebab kitorang gelar dia Besi. Dengan itu kitorang ber-5 mula berkawan rapat. Dengan Ijoi aku dapat berkawan dgn dia cuma setahun je sebelum dia tukar perangai nak jadi Polis.

Kat dalam kelas pulak, Raja jadi kawan pertama aku dan aku mula beralih angin ke Labu lepas aku dapati Raja x konsisten dari tingkah laku dia.Kuikuikui... Eg-buaya dok kelas sebelah. Kelas Putera. Aku kelas Kembara. Akhir nya aku ada 4 kawan rapat kat dalam kelas Labu+Hamdam+Azam+Ziela(mona).

Berdiri dari kiri: Mawardi, Mona
Duduk dari kiri: Hidayah, Labu, Lalat, Aku, Sape ni??

Home sweet home

Tahun 2004 adalah hari raya yang meriah gak la bagi aku. Aku cukup terharu bila sedara mara aku datang dari jauh. Aku sedar, keluarga aku je yang terperuk jauh kat pedalaman berbanding ngan diorang yang tinggal berhampiran dengan memasing. Walau pun kitorang dok kat felda, tapi ayah aku berbangga anak sulung dia dah bergelar doktor. Dan aku pun boleh bangga dengan diri aku sendiri sebagai pelukis pelan walaupun saudara mara x berapa pandang kat aku ngan adik2 aku. Ayu dah jadi warga kerajaan kat Putra Jaya. Hanis bakal jadi engineer marine. Insyaallah. Januari 2009 ni dia masuk Politeknik Ungku Omar.

Tempat tinggal yang jauh pedalaman, membuatkan kitorang terpaksa 'menyembah' diorang apabila tiba hari raya atau hari yang seangkatan dengan nya walau pun Ayah aku adalah anak sulung. Aku lebih rapat dengan saudara belah Mak aku. Belah Ayah aku, aku x leh masuk satu kepala. Ayah aku jarang menyatu kan kitorang. Lagi pun mulut adik2 pompuan Ayah aku suma mulut lazer. Cukup aku x berkenan kat diorang.

Hampir tengahari, kitorang menyambut kedatangan saudara belah Mak aku. X cukup tangan Mak aku nak layan. Umah felda plak kecik. Tapi itu suma tinggal kenangan. Umah felda yang ada kini dah tinggal sarang penagih sejak Mak+Ayah aku pindah ke Gemas. Alhamdulillah..sungguh selesa. Gambar ni antara saudara rapat aku yang datang. Background adalah umah kakitangan Felda yang terakhir kitorang duduk.
Mane aku?

21 September 2008

Ni tempat keje ke-4

Bulan 9, 2006

Aku cabut dari kilang Me-Tech Metal Work tanpa notis. Biar padan muka bos aku tu cuak nak cari pengganti aku. Aku dah bosan ngan bos aku. Management dah macam gampang. Amoi HR tu dah macam cibai perangai ei. Naik gaji sampai 2 kali setahun. Pulak tu, naik kan gaji pada kroni2 diorang je. Aku ngan 2 lagi awek india x dapat pape. Walaupun aku serasi ngan kilang ni, tapi aku x leh terima perangai amoi2 kat opis ni. Mungkin atas rezeki anak aku, aku dapat keje berhampiran ngan umah aku. Seremban Engineering. Stakat ni Alhamdulillah prestasi kilang ni. Memang masyuk la. Management puas hati. Dah 2 tahun aku kat sini.

cuba carik aku kat mane?













Aku kat meja aku ngan sorang mamat practical
Posted by Picasa

Akina tinggal kenangan



Tahun 2005. Bulan x pasti.

Aku antara 10 orang yang bertanggung jawab merialisasikan kelab Akina. Logo Akina aku yang prepare. 'AKINA' tu Syawal yang dapat idea. Bojon adalah pengasas kelab Akina selaku presiden. Skang presiden dah bertukar tangan. Bojon dah x aktif. Dia sibuk ke sukan rally. Walaupun 2~3 kali dah buat come-back, still x macam dulu. Aku plak lepas kawen langsung x aktif. Rindu gak ngan kengkawan kengkadang tu. Last aku punya konvoi adalah kat PD. Memang besar-besaran punya konvoi. Gabungan antara 4 buah negeri. Waktu tu plak masih dalam kategori honeymoon kitorang lepas kawen. Pak Lang Hadi sponsor bilik apartment untuk kitorang. Ni antara kenangan kat PD...

19 September 2008

Nak tangkap ikan kelisa, tertangkap buaya.

IKM Alor Setar. Awal pertengahan tahun semester 1.

Kelas Teknologi Seni Bina ada 2 kelas Kembara & Putra. Ada sorang awek dari kelas putra ni suka lepak kat meja aku. Aku pun x ingat cemana dia bleh selamba dok sembang dengan aku tiap2 ari. Aku seperti lelaki normal yang lain, kena la layan borak awek ni. Kalau aku nak ke kelas dia beborak, jangan harap la. Aku ni kan jenis yang pemalu.

Sampai satu tahap peringkat daerah, aku dah mula terima surat berbau cinta dari sicret admire. Banyak gak la aku dapat. Tapi awek ni still macam biasa dok sembang dengan aku. Lama-kelamaan aku dah mula syak awek ni yang kasi surat kat aku atas intipan kawan2 aku.

Memandangkan bintang jodoh aku ngan awek kat kampung lebih kuat bersinar di langit, satu ari wallet aku terjatuh dan terpampang la muka awek aku. Aku nampak awek kelas putra ni terpana sambil meng-cover kecewa di hati. Sejak dari kejadian tu, aku dapat rasa perbezaan awek ni dah jarang dok sembang dengan aku. Dia dah mula beralih angin dengan kawan aku plak si Eg buaya. Kira ok la tu. x dapat aku, kawan aku pun jadi la. Cinta monyet la kata kan.
Tapi yang aku terkilan skang ni, si Eg tu dah tamat kan perkhidmatan dia ngan awek tu lepas tamat nya kitorang kat IKM. Memang buaya tul Eg tu. Dengar cerita sepanjang perhubungan diorang, awek ni selalu kena penangan dari Eg.

Tu lah ko. Dah elok2 nak ngorat aku, yang ko pegi ngorat si buaya tu buat ape? x pasal2 dah jadi janda.

18 September 2008

Flash-Back Jom..

Satu hari aku pegi umah Kak Lang Maria (sepupu aku). Macam biasa lepas borak lebih kurang n wife aku take over borak tadi, aku cari Angah Edi (anak dia) kat bilik dia. Angah Edi ni suka perap dalam bilik layan komputer. Aku makin rapat dengan Angah Edy ni lepas aku tau dia celik IT. Bab paling aku suka, dia banyak koleksi lagu download. Angah Edy ni dari segi zahir nampak releks je. Macam biasa2. Tapi dia ni layan black metal dan seangkatan metal2 yang lain. Abis suma lagu balada dia fuck kecuali lagu raya & classic. Mana lagu yang boleh masyuk kat telinga aku, aku kasi save as kat pendrive. Select punya select, Angah Edy bukak satu slide video. Memang classic. Ada gambar Mak+Ayah aku. Yang lain tu suma keluarga belah Kak Lang Maria. Cuba korang perati kan Mak+Ayah aku tengah posing kat kerusi panjang yang di apit oleh 2 wanita yang aku x perasan sape gerangan diorang. Muka Ayah aku ada hensem macam aku x?

17 September 2008

Antara Aku Dan Search

Antara band melayu yang aku suka adalah SEARCH. Walaupun aku x banyak beli kaset search, aku memang suka dengar lagu search. Skang aku dah ada suma full album kaset search dari dulu sampai skang hasil dari aku rajin men-download. kuikuikui...
1) Album 'Cinta Buatan Malaysia' -1985-
Umur aku 7thn darjah 1. Sek. Ren. Keb. (F) Palong 5.
2) Album ' Langit & Bumi' -1986-
Umur aku 8thn darjah 2.
3) Album 'Mentari Merah di Ufuk Timur' -1987-
Umur aku 9thn darjah 3.
4) Album 'Di Pintu Sepi' -1988-
Umur aku 10thn darjah 4. Sek. Keb. Petaseh. Baru aku sedar kemunculan band Search lepas aku selak comic gelihati. Time tu kartnis Yo buat video-clip versi katun lagu Isabella. Time ni aku cukup minat comic gelihati.
5) Album 'Fenomena' -1989-
Umur aku 11thn darjah 5. Sek. Ren. Keb. (F) Palong 5. Aku dengar full album dari kaset Alang Kudang kat umah dia.
6) Album 'Karisma' -1990-
Umur aku 12thn darjah 6. Dari kaset Alang Kudang gak.
7) Album 'Rampage' & 'Double Trouble' -1992-
Umur aku 14thn ting.2. Sek. Men.Ren. Agama Repah. Aku dok asrama. Kawan aku ada beli kaset ni. Ramai2 dengar time hujung minggu pinjam radio warden. Time ni gak ramai band2 baru dah muncul. Rock kapak.
8) Album 'Search Terbaik' -1994-
Umur aku 16thn ting.4. Sek. Men. Keb. Palong 4.5.6.
1st time aku beli kaset search. Radio dah ada dalam bilik aku.
9) Album 'Gema Di Timur Jauh' & 'Search Unplugged' -1995-
Umur aku 17thn ting. 5. Banyak lagu best dlam album ni. Rambut amy dah botak. Aku nak SPM.
10) Album 'Rock n Roll Pie' -1997-
Umur aku 19thn. Aku dah keje kat pasaraya Ocean. 2nd time aku beli kaset search.
11) Album 'Double Trouble 2' -1998-
Umur aku 20thn. Aku belajar kat Agro Gentam. Time ni zaman lagu lama convert ke rock. XPDC yang jadi pelopor. XPDC pun aku dah mula suka. Kitorang buat joget lambak dalam dorm lagu 'Hidup Bersama'.
12) Album 'Bikin Wilayah' -1999-
Umur aku 21thn. Aku kerja Kilang Hualon. 3rd time aku beli kaset search.Amy dah kluar search.Awie ganti untuk sementara. Boom gak album ni.
13) Album 'Selepas Banjir' -2000-
Umur aku 22thn. Masih kat Hualon. Album ni x laku. Aku pinjam dengar dari kaset Megat.
14) Album 'Ghotik Malam Edan' -2006-
Umur aku 28thn. Keja kat Me-Tech & S'ban Engr'. Amy dah masuk search. Lagu ni x bleh blah. 1~2 lagu je yg bleh masyuk walaupun x best.

Kerja Cashier

Bulan July 1996
Lepas aku berenti dari Giat Mara, Ayah aku suruh aku kerja hotel kat PD. Aku ikut cakap Ayah. Result SPM aku pun x best sangat setakat pangkat 3. Buat ape aku nak tunggu panggilan Universiti? Form nak apply pun x layak nak sentuh. Knowledge pun x maju. Masa depan masih kelabu asap. Aku pun pelik apsal aku x berfikiran jauh untuk life masa depan. Keaadaan persekitaran amat penting untuk mencorak diri kita. Betul lah kata madah pujangga, kalo katak duk bawah tempurung, dia cuma nampak gelab je. Nak kata akak aku pun x pandai, dia best student. Tapi dia dok asrama budak pandai. Mesti la sama maju. Dia jarang motivasi aku. Yang aku ingat dia suruh aku blajar pandai2 sambil marah2 tanpa penjelasan. Aku fade-up camtu. Time tu plak Mak+Ayah aku ada hubungan dgn paranormal yang x normal (acik usop). Aku jarang di titik-beratkan. Aku selalu memberontak. Kekadang adik2 aku jadi mangsa punch-bag aku. Walau pun cara sku ceritakan ni macam teruk je bunyi ei, tapi x de la berlaku tiap2 ari. Ni cuma cerita pukul rata je. Hidup kitorang normal dari pandangan masyarakat tempatan.
Ok. Berbalik pada nak keje hotel PD.
Aku x de kawan rapat nak ajak cari keje disebabkan pihak penapisan 'filem' (ayah aku) terlalu obses. Maka aku ajak awek aku naik bas pegi S'ban. Time tu awek aku dah berenti keje kat Ocean S'ban. Rezeki memihak kat kami. Kami dapat keje kat Ragency hotel dari agensi pekerjaan lagi seminggu. Tapi kitorang x sama hotel. Awek aku dapat hotel sebelah. Masa tu awek aku takut nak berpisah ngan aku. Mane la tau kat hotel tu ada orang nak buat jahat ngan dia atau aku ada affair ngan awek lain. Maka kitorang pun ubah fikiran untuk interview kat The Store S'ban. Terus dapt jadi cashier. Ni la 1st time aku carum kwsp/socso. Ayah aku pasrah.
Jadi cashier bergelut dengan customer yang panjang beratur, duit yang banyak, kekadang duit x cukup kena tukar, tu sume membuatkan aku cepat panik. Kalau dah panik, kira pun dah x betul. Bila dah salah kira, short manjang la duit cashier aku. Sampai boleh cecah RM100 lebih. Sape nak ganti?..
Hujung bulan gaji tinggal RM200 lebih??!!... Aarrgh...

Seni Itu Luas

Kampung Bemban, Kuala Pilah. Umur dalam 7~12thn.
Tengah ari tu aku lepak ngan Alang Kudang (sepupu aku) kat ruang tamu. Sedang aku tengah layan perasaan, Alang tengah baca paper Utusan Melayu huruf jawi Atok aku. Sepupu2 yang lain belum ramai yang sampai. Mungkin lewat petang atau malam baru sampai. Untuk mengurang kan rasa bosan di jiwa, aku rapat kat sebelah Alang tengok ape yang dia baca. Selak punya selak, aku nampak iklan wayang citer Rambo. Aku pun suruh Alang lukis gambar Rambo pakai senapang. Alang memang perihatin karenah aku.
Kagum betul aku tengok Alang melukis. Memang khayal aku time tu. Yang aku respek, senapang memang sebijik Alang follow. Abis lukis, Alang kasi aku simpan. Tapi dah hilang la skang ni.
Baru aku tau Alang pun pandai melukis macam Pak Cik aku (achiek). Rupa2 nye bermula dari aku tengok Alang lukis la spirit seni aku datang. Dari situ la aku tau jiwa aku ni jiwa seni. Temasuk la dari segi ke-smart-an, kebersihan, keindahan dll..
Ape2 hal, aku ucap kan terima kasih gak la kat Alang sebab dari dia aku kerja skang ni ada kaitan dengan seni.

Macam Gampang

Skang kul 6ptg. Cuaca x de tanda2 nak hujan sampai ke esok. Umah dah kemas. Senang elok nak ke basuk kreta. Start enjin, paking blakang umah. Aku x leh tengok kreta kotor. Kalo bawak rasa macam x pegi. Macam biasa kalo ke blakang umah Zahra memang suka main lari2 walau nyamuk banyak berkeliaran.Wife aku pun tepaksa ikut untuk membuat pemantauan.
Sedang layan feel basuh kreta,...
"Bang, kita ambik kreta baby chair ngan ekzos tu. Kita jual."
Wife aku bagi idea bernas. Selang 3 buah umah aku dah kosong. Kena lelong. So, owner dah tinggalkan barang2 yang x pakai kat blakang umah.
"Pegi la ambik."
Wife aku ngan Zahra pun pegi buat projek mencilok. Kalo nak kena kan wife aku memang tengah best ni. Sedang diorang mengheret ekzos...
"Penchughik..!!! Penchughik...!!! (pencuri)
Aku tengok muka wife aku tengah buat selamber cover malu. Mane la tau mat2 motor sblah umah dengar aku terjerit. Memang bleh malu kalo diorang kluar jenguk. Wife aku bengang je buat muka.
Lepas siap basuh kreta, aku pun pack la barang2 x pakai untuk jual ke besi buruk. Target aku kat kat sbelah Petronas Bukit Putus. Sblom ni aku leh dapat RM50 kat situ. Lepas siap mandi kitorang pun gerak. Sblom tu isi minyak kat Petronad Matahari. Kebetulan plak ada lori besi buruk tengah punggah kotak2 kat situ. Daripada aku buang minyak ke Bukit Putus, baik aku jual kat cina ni je.
Aku pun punggah barang suruh cina tu timbang. Tapi cina ni x asing mana yang besi, mana yang kotak, mana yang surat kabar. Main skali timbang je. Memang bangsat cina ni. Lepas timbang, total RM4.80 je. Aku pun masuk dalam kreta buat muka x puas hati sambil kasi duit tu kat wife aku.
Skang ni turn wife aku plak yang gelak kan aku...

Mengular Punya Hal

1998. Kilang Hualon Melaka. Finishing Section. Shift petang...
Puff..puff.. Aku ngan Bob tengah syok isap rokok Gudang Garam kat area chemical. Danger port ni. Silap ari bleh letup kena percik api. Skang ni lagi 40min nak balik kul 11mlm. Aku ngan Bob memang kamcing. Aku jaga bahagian chemical, Bob jaga Tenter Machine. Port aku memang best untuk kaki2 ular. Tengah syok layan kepala, 2~3 orang masuk kaki...eh..eh makin betambah la plak. Aku halau sesape yang x berkenaan untuk mengelak kena kantoi. Biasa nya budak junior la yang kena halau. Kalau x halau, sape yang nak jaga machine yang 24jam running tu? Kang supervisor datang check, nak mampos?
Hooii!!!...
Alamak Mahazan (supervisor)...Detik hati aku, Memasing sorok rokok mane yang sempat. Pelan2 aku hembus asap dari hidung aku. Sah2 kantoi.
"Masuk dalam opis skang jugak!!!"
Mahazan menengking kat kitorang. 8 orang berderet dalam opis buat muka kesian. Memasing kena skolah kat Mahazan. Ada yang kena ugut tulis surat resign. Paling aku kelakar kat Nango. Cuak gila. Merayu abis dia kat Mahazan. Ape bangang sangat la dia tu. Aku dengan Bob buat releks je. Kitorang kenal Mahazan. Dia tu gertak je lebih. Tapi kalo orang yang dia gertak tu cuak, macam si Nango ni, lagi la Mahazan suka. Aku ngan Bob memang clean. Suma keje pun clean. Kedatangan pun clean. Kalo Mahazan nak fired kitorang memang dia bangang.
Tepat kul 11mlm, kitorang keluar dari opis Mahazan. Dia cakap ni untuk last reminder. Bemakna kitorang terlepas dari warning letter. Sampai luar kilang, kitorang gelak kat Nango kaw..kaw.. "Memang la aku takot woi!!..Dah la aku baru kluar kancil. Kalo kena buang keje, sape nak bayar kancil aku?"
Kalo tengok muka Nango ni memang lawak. Kecik, kurus, pendek. Budak Jelai. Tapi belagak taiko. Kalo shift malam, membuta sambil mulut ternganga. Tu sebab kitorang panggil dia Nango. Ahaks..

Kasi Sungkit Itu Dagu

Aku x penah belasah orang time betekak ngan orang. Dengan adik beradik lain cerita ar. Last aku bergaduh waktu aku darjah 3. Nak kata gaduh x jugak la. Aku cuma lerai kan kawan aku bertumbuk.
Time tu time rehat petang. Aku tengah layan borak ngan kengkawan aku. Dari mula aku dah perasan ada 2 orang kawan kelas aku tengah kelahi kat belakang kelas. Tengah syok bersembang, aku dengar bunyi kerusi jatuh. Sah mamat 2 org tu tengah bertekak2 sambil bertumbuk2. Kami pun pi la lerai kan. Aik..masih main kasar gak? Dengan rasa best aku grip leher sorang mamat ni. Mamat lagi satu kawan2 aku dah pegang. Rasa2 dah tewas aku pun lepas kan pelan2.
Biase la budak2 lepas gaduh kena mintak maaf salam-salaman time tu gak. Tapi diorang ni degil. Ntah cemana aku bukak ayat "kau tau x" (sambil cabut selai rambut aku) "besok kau nak masuk syurga kau kena lalu Titian Silatulmustaqim. Tali tu halus macam rambut ni. kalau kau x mintak maaf, masa kau lalu sok, tali tu putus kau jatuh kat dalam api neraka."
Atas dakwah aku yg best tu, memasing pun bersalaman. Ape masalah la diorg ni. Dah la memasing rumah dekat2. Kalau dtg skolah, salah sorang bapak memasing akan hantar diorang pi skolah sama2 naik moto. Cam ni pun bleh gadoh lagi??..

Baik Aku Blah Skang

Malam tu macam seperti hari2 aku sembahyang Maghrib. Tapi kali aku kat surau skolah pondok. Sembahyang macam biasa ikut imam. Imam tentulah yang senior kat situ. Tuan guru memang x ikut serta. Dia dah berkerusi roda sembahyang kat umah dia je la. Lepas Maghrib mesti la ada zikir memuji kebesaran Allah sampai lah bawak ke solat Isyak.
Zikir rangkap pertama memang x de yang nak di herankan. Sampaila minit yang ke-15. Sorang mamat ni dah tutup suiz lampu surau. Surau jadi gelab dah skang. Zikir masih rancak. Tapi skang ni rancak yang dah lain macam. Time tu zikir "LA ILA HA ILLALLAH.." lantang tul memasing punya suara. Aku dah hilang fokus. Fokus aku skang kat mamat2 yang terheleng2 berzikir sambil mengenjut2 badan. Yang buat aku suspen skang ni lantai surau pun ikut terenjut2 dan meliuk2. Aku nampak mamat yang tutup suiz lampu tadi yang paling over-acting sampai jerit "arrgh..panaas.." Ape hal lu mat?
Pelan2 aku bangun turun dari surau balik pondok. Kang x pasal2 roboh plak surau tu kang. Surau tu dah la tinggi. Kalau lantai pecah, sah2 memasing tertindih2 jatuh ke tanah. Eeii.. ngeri aku..

Aik..Aku Plak Yang Dapat?

Pagi dalam pukul 9, Faizul kejut aku bangun tido. Dia kata Din nak gi interview draftman kat Sungai Gadut kilang furniture. Nak mintak tolong aku hantar. Time tu aku pakai iswara Ayah aku. Ini bermakna aku berkesempatan berinterview skali sebab aku pun ada knowledge yang sama dengan Din. Lepas siap dressing budak pejabat, kitorang aku, Din, Faizul & Fairuz pun gerak.
Aku n Din di interview serentak. Mr.Ng yang interview. Aku ingat dia ni tukang kayu je. Dressing selekeh pakai selipar sambil isap rokok. Huh..x de disiplin langsung. Rupa2 ei engineer. Lepas caru lebih kurang, dia hulur borang suruh isi dan berapa gaji yang aku nak. Mane la aku tau rate aku sebagai fresh grad time tu. Aku bantai letak RM550. Din aku x tanya berapa dia letak harga. Dah selesai, kitorang chow tunggu panggilan dari dia.
Besok tu aku dapat call yang aku kena lapur diri automatik jadi warga kilang tu. Alhamdulillah...
Tapi...??
Ape citer Din?Dia yang ajak aku, aku plak yang dapat? Lepas beberapa bulan aku keje, Din dapat keje kat Petronas Jln.Hj.Mohd Said S'ban sebagai casher sampai ari ni. Dah naik pangkat supervisor selama 5 thn kat situ. Sori la Din..Ko marah kat aku ke??..

Baru Dapat Lesen Memang Cam Ni..

Aku dapat lesen 'D' tahun 1998 kat Melaka. Time tu keje kilang Hualon. Dah dpt lesen x kan nak perap je kemahiran yg ada. Maka aku pun sewa kereta untuk memfoya2 kan diri. Time tu duit banyak. Sewa kereta 2 hari.
1st day
Kul 7.30 aku da tepacak kat depan umah kawan aku Saiful. Aku nak balas budi dia sebab dia banyak bantu aku time hantar aku ke sekolah memandu. Jauh dia ulang alik. Aku bawak botak. Dia satu2 budak kelantan yg ngam satu kepala ngan aku. Aku bawak awek aku untuk sampaikan yang aku pun mampu bawak dia jejalan berbanding Fuad kerek tu. Kitorang pun gerak ke Sagil mandi manda.
2nd day
Hari ni aku kumpulkan adik2 aku ngan adik2 awek aku. Aku bawak diorang jejalan pi Melaka. Bawak ke tempat2 bersejarah. Pas tu masuk Mahkota Parade. Sblom tu kena ambik tiket kat jurutol nak masuk paking. Tetiba...
KETEKANG!!!
Haduuu...malu aku ngan awek tol tu. Side mirror kena palang besi. Ahh..bukan keta aku pun...

Throttle Body Punya Pasal



Throttle body satria1.6 aku ada problem lepas 6bln pakai. Kebetulan satria Syawal nak kena tarik sbb x bayar. Memasing kucar kacir ambik kesempatan tukar part ngan kereta Syawal. Aku pun sama joint. Dpt green light dari Bojon, aku terus ke umah Angah Oren mlm tu gak kat Tmn.Matahari. Aku kasi Syawal RM150 barang bertukar tempat.
Malam besok nya, kitorang ada futsal kat S2. 5~6 kereta gak yg pegi konvoi. Dlm pukul 11 lebih kitorang pulang balik ikut highway S'ban~Senawang. Sepupu aku Fazli jadi co-pilot. Baru masuk dari tol S'ban, ada Super Touring pecut laju. Aku pun ambik kesempatan nak test kemampuan throttle body V6 aku. Blom masuk gear 4, tetiba
PELEPOW!!!
Bonet aku tebukak hempap cermin+bumbung. Nasib baik aku x panik. Aku cuma ada ruang kecik kat dashbord untuk pandang jalan. Fazli memang x boleh jadi co-pilot aku untuk keadaan cam ni. Dia boleh tekup muka dia je. Terus aku on double signal paking tepi. 2~3 org member aku dah terlepas. X lama tu Dudut paking beri bantuan.
Tengok keadaan bonet+bumbung memang x de harapan. Nasib baik cermin x berderai. Ni mesti kes aku x tutup rapat bonet la ni. Bulan tu lebur duit aku RM600 untuk kos baik pulih. Padan muka aku...

Beberapa hari selepas baik pulih:

Kau Lah Segalanya Untuk Ku..

9/9/08-6.40pm

Waktu ni aku hampir kehilangan anak sulung yg aku sayangi Nur Az-Zahra 2thn 3bln 7hari. Dari kecil wife aku didik Zahra menabung jika diberi duit syiling. Atas tindakan reflex nya, jika kami beri syiling padanya, Zahra akan terus kearah tabung untuk menyimpan.

Atas kecuaian sindri, aku tersilap telah memberi syling 50sen padanya sewaktu wife aku ingin menukar lampin Zahra. Zahra memang punyai tabiat suka memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya. Tapi kali ini Tuhan ingin menduga kami dan Zahra tercekik. Mujur kejadian berlaku di depan kami. Dengan keadaan cemas, aku menonggengkan Zahra sambil menepuk belakang dadanya dengan kuat. Sementara tu, wife aku mengorek syiling di dalam mulut Zahra. Aku terlalu cemas kerana suara Zahra x kedengaran kerana menahan seksa. Kami bertarung lebih kurang 5~8 second. Fikiran aku dah macam2 ada. Nak hantar klinik memang x sempat. Kalau terjadi apa2 biarlah di tangan kami.

Alhamdulillah...

Bunyi syiling yg jatuh kelantai dituruti tangisan Zaha cukup membuatkan aku lega. Tuhan masih panjang kan nyawa Zahra. Pantas aku suruh wife aku call Dr.Jannah kerana ada darah pada air liur Zahra. Dr.Jannah mententeramkan wife aku yang dalam keadaan menggigil. Sambil aku peluk Zahra, aku x henti2 menangis bersamanya. X dapat aku bayang kan jika ari ni aku berbuka puasa dengan trajedi.

Pukul 8mlm kami ke klinik Dr.Jannah. Zahra dah kembali keadaan normalnya yang sentiasa ceria dan aktif. Macam x de berlaku pape. Budak sekecil Zahra ape yang dia tau? Berkali kali kami ulang padanya "jangan telan duit lagi tau.."


Ko Agak Berapa Kilo Aku Jalan?

1st time aku blajar naik bas ialah masa aku dok asrama darjah 4. Kitorang cuma dibenarkan pulang ke kampung cuma sebulan skali kecuali cuti am dan cuti skolah. Tiap kali Ayah aku mesti datang jemput. Tapi kali ni aku tepaksa balik naik bas sesorang. x ingat apsal Ayah aku x jempt aku kali ni. Macam biasa Mak aku akan tulis surat kat aku suruh pulang ke kampung. Aku ingat lagi ayat skema Mak aku. " kehadapan anakanda yang bonda sayangi. pulang lah hendak nya ke kampong pada hujung minggu ini." Cam tu la lebih kurang. Sblom sampai hari nak balik, aku usyar kengkawan yang mungkin satu bas dengan aku. Haram sorang pun tadak. Aku pun tanya la kat senior2 bas ape yang patut aku naik. Dah dpt info, sampai masa, aku pun bertolak.
Stesen pertama aku kena berenti kat Batu Kikir. Time ni masih bersama kengkawan. Kat situ kena tukar transit untuk ke Kuala Pilah. Aku dah keseorangan. Yang pasti bas ni akan berenti terus kat Bus Stand Pilah. Masa tu Bus Stand Pilah kat depan kuil hindu Pilah skang ni. Misi ke2 aku kena cari bas Engiap. Maklum la time tu aku budak2, punya la cari bas nak ke Senaling. Memang la tadak. Rata2 bas akan tulis ke destinasi utama je. Bemakna aku kena naik bas Engiap yang menghala ke Tampin. Oleh kerana aku x jumpa yang nak ke Senaling, maka aku ambik keputusan drastik jalan kaki balik kampung nenek aku. Dengan beg sama besar ngan badan aku, korang bayang kan la aku jalan kaki dari Pekan Pilah sampai Kampung Bemban ikut jalan kereta.
Sampai umah nenek aku, tekejut kongkang diorang aku jalan kaki dari Pilah. Sah, memang kena maki la Mak+Ayah aku nanti. Tapi aku heran, aku x nampak kelibat Mak+Ayah kat sini. Lepas nenek aku urut2 kaki aku, aku tetido sampai la malam. Tau2 Ayah aku da datang dengan acik usop untuk jemput aku balik ke Palong.
Ceh!.. Rupa2 ei kampung yang di maksud kan oleh Mak aku tadi adalah umah Mak+Ayah aku daa..Tu la..sape suruh Mak aku tulis bahasa pendekar? Cakap je la suruh balik ke Palong kan senaang...

Budak Asrama or Asmara?

1st time aku dok skolah asrama waktu aku darjah 4. Aku x tau alasan tepat Mak+Ayah aku antar skolah asrama. Skolah tu untuk budak2 pandai. Mungkin aku pandai la kot. Skolah tu kat area Kuala Klawang. Sek.Keb.Petaseh. Terperuk kat atas bukit tepi hutan. Sedih giler aku time tu. Umur baru 4 thn dah kena sisih ngan keluarga. Mak aku ckp aku bleh berdikari. Kat umah aku rajin kemas umah. Pandai bergaya. Pembersih. So, katil aku sentiasa kemas dari budak2 dorm aku yang lain.
Dalam dorm aku ada dlm 10 org. Aku dok katil atas. Awal2 Ayah aku dah pangkah katil tu. Tu sbb katil aku sentiasa kemas. kuikuikui... Bawah aku ada sorang budak gemuk tinggi dari aku. 2 budak india. Yg lain suma melayu. Yg sempoi nye, tiap2 pagi kitorg bau colok india ni sblom nak gi skolah. Buli memang x de kat skolah ni sbb kitorg ada sorang penjaga setiap dorm. Tapi x dok sama ngan kitorg la. Seingat aku penah satu kali si gemuk tadi buat aku menangis sesorang. Smpi sudah aku x suka ngan si gemuk ni. Aku x ingat ape kes. Aku plak jenis x de kawan rapat. Jadi ape2 hal aku pendam sesorang.
Kat skolah ni aku aktif sukan pecut. Aku champion 100m budak darjah 4. Pesaing aku cuma sorang je. Mamat sorang ni memang belagak walaupun aku bleh petik jari je ngan mamat ni. Memandang kan aku dikategori famous gak la sbb aktif n cute, ada sorang awek ni dah jatuh cintan ngan aku. Mula kat sini la aku baru kenal ape itu awek. Tapi cam biase, aku jenis x reti nak ber romeo. Berdating pun x penah ngan awek ni. So, awek ni cuma kasi aku surat je. Aku x ingat aku ade balas ke x. Penah satu hari aku nampak mamat tadi beria2 berborak ngan awek ni. Mesti la aku jeles. Tanpa ambik tindakan, aku buat derk je ngan awek ni sampai la abis skolah.
Skolah ni berhampiran ngan penempatan orang asli. Diorg pakai bahasa mendailing. Dalam kelas aku pun ada budak2 ni. Time diorang bersembang, satu haram jadah aku x paham. Diorang ni memang baik ngan aku. Cuma yang aku ingat nama diorg: Yusni(lelaki), Siti Hawa(pompuan). Yg lain susah nak sebut.
Aku skolah kat Petaseh cuma 1 tahun je. Aku dengar Pengetua ada ckp kat mak aku, aku punya prestasi merosot sebab aku leka ngan sukan. Skolah ni memang banyak kenangan. Ni lah antara skolah asrama aku yang betul2 ikut spex sekolah ber-asrama.
Bersambung...

From Senaling With Love

Mak aku citer aku lahir kat Kampung Bemban, Senaling Kuala Pilah. Lahir kat dapur nenek aku. Time tu mak aku takut lagi nak beranak kat spital. Sbb kes kematian time tu masih tinggi. Aku lahir pada 10/1/1978 ari selasa malam. Lepas mak aku abis pantang, mak aku bawak aku balik umah sewa kat Air Hitam Bahau. Mak+Ayah aku keje kat aea situ. Kilang Syarikat Gula. Mak aku typis, ayah aku drebar bos. Aku x tau time bila adik mak aku Acu take over jaga aku ngan akak aku kat situ.
Selepas berita smpi keluar paper mengatakan Syarikat Gula tu nak tutup, Ayah aku apply masuk Felda Palong 5. Time tu PM buat pembukaan hutan2 untuk jadikan penempatan supaya komunis dah x de tempat untuk menyorok. Ayah aku antara org yg terakhir berenti dari kilang tu. Sbb bos aku sayang ngan Ayah aku. Ramai org yg berenti pakat2 masuk Felda. Ayah ckp Atok2+Nenek2 aku x setuju Ayah masuk Felda. Diorang x nak anak menantu+cucu2 ei susah. Kalo korang tengok citer Bilut lakonan Rosyam Noor tu, korang tau la cmana susah nye nak open tanah belukar utk jadi kan penempatan. Oleh kerana Ayah aku dah nampak masa depan cerah kat Felda ni, Atok aku pun rekemen kan mak aku jadi typis Felda kat Palong. Bemak na Mak aku under kerajaan, Ayah aku separuh kerajaan. Ayah citer Mak ari2 menangis. Mandi pakai perigi, air keruh, umah x de ceiling+panas x hengat. Sistem perpaipan belum wujud. Memasing pakat2 tunggu lori air sampai tadah dalam tong drum. Lalang+rumpai liar toksah cakap la. Sampai kena berkuak lentang nak masuk dalam umah. Tiap2 petang lepas balik bersih kebun, kena lambok tanah kat umah kasi terang. Dekat 3 bulan la baru clear nampak umah. Ada satu kali tu, Atok aku datang ngan Pak cik aku naik moto dari kampung nak tengok Mak aku. Atok aku langsung x nak naik umah walau ayah aku dah ajak dek kerana bebuku lagi di hati.
Waktu Mak+Ayah aku pindah Palong, Nenek aku x kasi aku follow skali. Diorang nak bela aku kat kampung. Time tu Acu da start keje. Oleh kerana Nenek aku ni x berapa teliti tentang budak2, Acu berenti keje untuk jaga aku sepenuh masa sampai la Acu kawen. Lepas Acu kawen, dia ikut laki ei duduk kat Setapak Camp Wardiburn KL. Aku dah pindah milik oleh Mak+Ayah sindri. Maka bermula la aku jadi budak Palong...
Bersambung...

Balik Kampung

13/9/08 (Sabtu)
Sminggu sblom nak ballk Gemas, Ayah dah call 2~3 kali tanya balik ke x? Kalo Ayah dah tanya tu, makna ei dia suruh balik la tu. OT aku ahad ni kira kensel la.

x sabar2 nak balik Gemas. Nak kasi nama kampung x sesuai. Sbb itu taman perumahan. Ngam2 blakang stesen ketapi Gemas. Kul 9 lebih Ayu da call nak balik saing. Dia da smpi S'ban. Terus gi shopping ngan Adik+Zahra+Anjang kat Jusco. Adik nak beli baju raya Zahra. Ayu nak cari baju pengapit Anjang kawin untuk bulan depan.

Balik 1/2 day kul 1. Smpi umah diorg lum blik shopping. Lepas 15min tggu bru diorg smpi. Terus siap2 nak balik Gemas. Ari ni ikut jln Bahau. Nak beli beras Faiza. Susah cari beras ni skang. Kat taman aku x de dah. 10kg=RM28. Murah dan berkualiti. Smpi Gemas kul 5 lebih. Memasing ke dapur. Aku dok beborak ngan ayah sambil layan Zahra makan donut. Tebukak citer Mak Lang Edot call Ayah smalam. Dia ckp nak sound Along sbb terlalu jarang jenguk Mak Ayah sindri. Manjang ke arah umah Nazri je kat Senaling.Setau aku, sejak umah kena banjir 2006 smpi skang, dlm 6~8 kali je dia balik. Time banjir pun x balik langsung nak menolong kitorg. Penah bagi alasan kat Mak, anak2 ei x leh x de air-con kat umah. Best ke alasan tu? Ahh.. pi mampos la lu. Malas aku nak pikir kan org macam lu. Mak Ayah memang kecewa ngan Along tu. Bukan aku ckp. Tapi memang Mak ada ckp kat aku.

Time ni Anis x de. Pegi Segamat blajar main Organ. Heran tul aku ngan budak ni. Ntah cmana jiwa dia. Ayah setuju je sbb dia pun penah nak belajar Organ ni. Kul 6 lebih bawak Zahra main buayan kat sblah surau. Ramai org surau tgah buat menu berbuka. Ada Y.B nak dtg mlm ni. Lepas maghrib layan terawih dgn Mak+Anis. Balik terus nak tido.

14/9/08 (Ahad)
Lepas subuh mak mintak tolong cat umah. Selagi aku x mulakan dulu, jgn harap Anis nak mula mengecat. x lama tu Ayah suruh mandi kan dia. Sblom tu aku gunting rambut Ayah yg mula dah panjang mengembang. Lepas kasi ayah sarapan, sambung mengecat smpi kul 12. Siap untuk bahagian depan je. Cat x cukup utk 1 umah.
Skang kena siap nak balik. Ayu kena smpi kul 2 kat S'ban utk dia bleh tumpang kawan dia balik putrajaya. Balik lalu Pilah. Nampak keta Along kat umah Nazri. Bebuku je hati memasing. MFKR!!!
Kat depan rumah Mak+Ayah aku lepas siap mengecat.

Pondok Punya Sekolah

Lepas aku abis form 5, ayah aku hantar masuk kat skolah pondok. Peargh.. x penah terpikir aku nak smpi sana. Ni suma gara2 arwah atok aku antar ayah aku kat skolah pondok la ni. Skang ayah aku antar anak dia plak. Mlm sblom nak bertolak, aku pack brg2 aku. Suma kain baju aku pack mcm nak pindah umah. Aku harap aku bleh maju kan agama aku untuk bekalan akhirat sok.
Sesudah subuh kitorg bersiap nak bertolak. Aku x ingat sape adik2 aku yg ikut. Yang pasti ayah aku dah sedia kan kereta yg di sewa untuk ke skolah pondok tu. Ayah aku ckp, skolah tu kat PD. Dalam tgh ari kitorg smpi. Kat area Kg.Saga. Kat situ tertera Skolah Pondok Haji Ali. Dari jalan besar kena masuk lorong muat2 satu kereta. Lebih kurang 3min bru smpi skolah tu. Smentara ayah daftar kan nama aku, aku tengok keadaan persekitaran. Memang sesuai di beri nama. Kat situ ada banyak pondok2 kayu. Cuma umah tuan guru je umah batu. Suasana suram dalam hutan. Yg penting ada satu public phone yg cukup sifat. X mcm kat palong. Jahanaam.. Public phone penting bagi aku yag dah ada awek tiime tu.
Abis sesi pendaftaran, ayah aku dan sorang bro bawak aku ke pondok bro ni. Rupa2 nya, bro ni pun budak palong gak. Dia da lama dok podok. Kira dah mantap gak la ilmu dia. Aku a lupa nama bro ni. Setau aku umah dia kat sblah masjid palong 5. Dalam pondok tu aku cuma tinggal bedua je. Kat situ la dapo, kat situ la tmpt tido.
Lepas punggah barang, mak ayah aku pun balik. Dalam kul 6 aku tengok bebudak dah sibuk2 dressing nak ke mandi. Aku pun capai towel, perkakas mandi, follow diorang. Dari atas bukit, aku tengok diorang tengah gilir2 mandi pakai perigi. Hallamak... ni la 1st time aku kena pki timba nak mandi.
Bersambung...

Selamat Berpuasa

Alhamdulillah..ari ni terbukak hati aku nak buat blog sindri. Sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa pada mereka yang berpuasa. Pada yang x pose tu, pandai2 la nak ganti. Aku nye pose yang kena ganti dulu2 pun x tau bila nak ganti.Kuikuikui..Terus kan dengan entri2 yang berikut dari 'Aku Dan Sesuatu'.