17 September 2008

Kasi Sungkit Itu Dagu

Aku x penah belasah orang time betekak ngan orang. Dengan adik beradik lain cerita ar. Last aku bergaduh waktu aku darjah 3. Nak kata gaduh x jugak la. Aku cuma lerai kan kawan aku bertumbuk.
Time tu time rehat petang. Aku tengah layan borak ngan kengkawan aku. Dari mula aku dah perasan ada 2 orang kawan kelas aku tengah kelahi kat belakang kelas. Tengah syok bersembang, aku dengar bunyi kerusi jatuh. Sah mamat 2 org tu tengah bertekak2 sambil bertumbuk2. Kami pun pi la lerai kan. Aik..masih main kasar gak? Dengan rasa best aku grip leher sorang mamat ni. Mamat lagi satu kawan2 aku dah pegang. Rasa2 dah tewas aku pun lepas kan pelan2.
Biase la budak2 lepas gaduh kena mintak maaf salam-salaman time tu gak. Tapi diorang ni degil. Ntah cemana aku bukak ayat "kau tau x" (sambil cabut selai rambut aku) "besok kau nak masuk syurga kau kena lalu Titian Silatulmustaqim. Tali tu halus macam rambut ni. kalau kau x mintak maaf, masa kau lalu sok, tali tu putus kau jatuh kat dalam api neraka."
Atas dakwah aku yg best tu, memasing pun bersalaman. Ape masalah la diorg ni. Dah la memasing rumah dekat2. Kalau dtg skolah, salah sorang bapak memasing akan hantar diorang pi skolah sama2 naik moto. Cam ni pun bleh gadoh lagi??..

No comments: