17 September 2008

Budak Asrama or Asmara?

1st time aku dok skolah asrama waktu aku darjah 4. Aku x tau alasan tepat Mak+Ayah aku antar skolah asrama. Skolah tu untuk budak2 pandai. Mungkin aku pandai la kot. Skolah tu kat area Kuala Klawang. Sek.Keb.Petaseh. Terperuk kat atas bukit tepi hutan. Sedih giler aku time tu. Umur baru 4 thn dah kena sisih ngan keluarga. Mak aku ckp aku bleh berdikari. Kat umah aku rajin kemas umah. Pandai bergaya. Pembersih. So, katil aku sentiasa kemas dari budak2 dorm aku yang lain.
Dalam dorm aku ada dlm 10 org. Aku dok katil atas. Awal2 Ayah aku dah pangkah katil tu. Tu sbb katil aku sentiasa kemas. kuikuikui... Bawah aku ada sorang budak gemuk tinggi dari aku. 2 budak india. Yg lain suma melayu. Yg sempoi nye, tiap2 pagi kitorg bau colok india ni sblom nak gi skolah. Buli memang x de kat skolah ni sbb kitorg ada sorang penjaga setiap dorm. Tapi x dok sama ngan kitorg la. Seingat aku penah satu kali si gemuk tadi buat aku menangis sesorang. Smpi sudah aku x suka ngan si gemuk ni. Aku x ingat ape kes. Aku plak jenis x de kawan rapat. Jadi ape2 hal aku pendam sesorang.
Kat skolah ni aku aktif sukan pecut. Aku champion 100m budak darjah 4. Pesaing aku cuma sorang je. Mamat sorang ni memang belagak walaupun aku bleh petik jari je ngan mamat ni. Memandang kan aku dikategori famous gak la sbb aktif n cute, ada sorang awek ni dah jatuh cintan ngan aku. Mula kat sini la aku baru kenal ape itu awek. Tapi cam biase, aku jenis x reti nak ber romeo. Berdating pun x penah ngan awek ni. So, awek ni cuma kasi aku surat je. Aku x ingat aku ade balas ke x. Penah satu hari aku nampak mamat tadi beria2 berborak ngan awek ni. Mesti la aku jeles. Tanpa ambik tindakan, aku buat derk je ngan awek ni sampai la abis skolah.
Skolah ni berhampiran ngan penempatan orang asli. Diorg pakai bahasa mendailing. Dalam kelas aku pun ada budak2 ni. Time diorang bersembang, satu haram jadah aku x paham. Diorang ni memang baik ngan aku. Cuma yang aku ingat nama diorg: Yusni(lelaki), Siti Hawa(pompuan). Yg lain susah nak sebut.
Aku skolah kat Petaseh cuma 1 tahun je. Aku dengar Pengetua ada ckp kat mak aku, aku punya prestasi merosot sebab aku leka ngan sukan. Skolah ni memang banyak kenangan. Ni lah antara skolah asrama aku yang betul2 ikut spex sekolah ber-asrama.
Bersambung...

No comments: