17 September 2008

Mengular Punya Hal

1998. Kilang Hualon Melaka. Finishing Section. Shift petang...
Puff..puff.. Aku ngan Bob tengah syok isap rokok Gudang Garam kat area chemical. Danger port ni. Silap ari bleh letup kena percik api. Skang ni lagi 40min nak balik kul 11mlm. Aku ngan Bob memang kamcing. Aku jaga bahagian chemical, Bob jaga Tenter Machine. Port aku memang best untuk kaki2 ular. Tengah syok layan kepala, 2~3 orang masuk kaki...eh..eh makin betambah la plak. Aku halau sesape yang x berkenaan untuk mengelak kena kantoi. Biasa nya budak junior la yang kena halau. Kalau x halau, sape yang nak jaga machine yang 24jam running tu? Kang supervisor datang check, nak mampos?
Hooii!!!...
Alamak Mahazan (supervisor)...Detik hati aku, Memasing sorok rokok mane yang sempat. Pelan2 aku hembus asap dari hidung aku. Sah2 kantoi.
"Masuk dalam opis skang jugak!!!"
Mahazan menengking kat kitorang. 8 orang berderet dalam opis buat muka kesian. Memasing kena skolah kat Mahazan. Ada yang kena ugut tulis surat resign. Paling aku kelakar kat Nango. Cuak gila. Merayu abis dia kat Mahazan. Ape bangang sangat la dia tu. Aku dengan Bob buat releks je. Kitorang kenal Mahazan. Dia tu gertak je lebih. Tapi kalo orang yang dia gertak tu cuak, macam si Nango ni, lagi la Mahazan suka. Aku ngan Bob memang clean. Suma keje pun clean. Kedatangan pun clean. Kalo Mahazan nak fired kitorang memang dia bangang.
Tepat kul 11mlm, kitorang keluar dari opis Mahazan. Dia cakap ni untuk last reminder. Bemakna kitorang terlepas dari warning letter. Sampai luar kilang, kitorang gelak kat Nango kaw..kaw.. "Memang la aku takot woi!!..Dah la aku baru kluar kancil. Kalo kena buang keje, sape nak bayar kancil aku?"
Kalo tengok muka Nango ni memang lawak. Kecik, kurus, pendek. Budak Jelai. Tapi belagak taiko. Kalo shift malam, membuta sambil mulut ternganga. Tu sebab kitorang panggil dia Nango. Ahaks..

No comments: