17 September 2008

Baik Aku Blah Skang

Malam tu macam seperti hari2 aku sembahyang Maghrib. Tapi kali aku kat surau skolah pondok. Sembahyang macam biasa ikut imam. Imam tentulah yang senior kat situ. Tuan guru memang x ikut serta. Dia dah berkerusi roda sembahyang kat umah dia je la. Lepas Maghrib mesti la ada zikir memuji kebesaran Allah sampai lah bawak ke solat Isyak.
Zikir rangkap pertama memang x de yang nak di herankan. Sampaila minit yang ke-15. Sorang mamat ni dah tutup suiz lampu surau. Surau jadi gelab dah skang. Zikir masih rancak. Tapi skang ni rancak yang dah lain macam. Time tu zikir "LA ILA HA ILLALLAH.." lantang tul memasing punya suara. Aku dah hilang fokus. Fokus aku skang kat mamat2 yang terheleng2 berzikir sambil mengenjut2 badan. Yang buat aku suspen skang ni lantai surau pun ikut terenjut2 dan meliuk2. Aku nampak mamat yang tutup suiz lampu tadi yang paling over-acting sampai jerit "arrgh..panaas.." Ape hal lu mat?
Pelan2 aku bangun turun dari surau balik pondok. Kang x pasal2 roboh plak surau tu kang. Surau tu dah la tinggi. Kalau lantai pecah, sah2 memasing tertindih2 jatuh ke tanah. Eeii.. ngeri aku..

No comments: