Januari 1999,
Aku dok Melaka keje kilang Hualon dalam 2 tahun. Stakat kat belah Tanjung Keling tu memang aku xpert la. Kat sini aku nak citer cemana aku bleh berhijrah kat sana.
Lepas aku abis belajar kat Agro Gentam Kuala Pilah, aku x tau cemana aku nak sambung belajar ke sijil tahap 2. Sebab Agro ni dah bankrup n tutup. Nak keje jadi draftman memang x laku la sijil tu. Aku pun pikir nak keje balik. Kengkawan aku kat Agro pun memasing balik kampung tanam jagung. Awek aku pun dah berenti keje kilang Hualon kat Nilai. Dia pun nak cari keje tempat lain. Ari tu awek aku mintak tolong kawan belakang umah dia rekemen kan kitorang keje kat Hualon Melaka. Memang rezeki kitorang kebetulan ada open interview.
Pagi tu kitorang naik bas lompat2 pegi Melaka. Bas berenti depan kilang dalam tengah-hari. Terus kitorang masuk interview. Bla..bla..bla abis pukul 4 lebih. Kitorang diterima kerja lagi seminggu. Nak balik tunggu bas lompat2 memang x sempat dah sampai Palong. Kitorang pun tanya la kat pak guard untuk trip bas kilang masuk Palong. Chanteek...untuk shift normal balik pukul 5 ada bas masuk Palong. Bemakna kitorang ada harapan balik naik bas free sampai Palong. Tepat pukul 5 budak shift normal kucar kacir keluar kilang nak rebut bas. Kitorang pun join kucar kacir. Bas cuma berenti kat Palong 2 je. Skang kitorang kena cari alternatif lain nak balik.Hari pulak dah malam dekat pukul 8. Nak suruh Ayah aku jemput, x bleh. Time tu Ayah aku belum restu hubungan kitorang. So, awek aku suruh Mak+adik dia datang naik motor jemput kitorang. Selamat la untuk 1 hari tu.
Selepas seminggu, aku dah ready pack barang2 aku nak bermaustautin kat Melaka. Pukul 5 pagi kitorang tunggu bas yang sama kat simpang Palong 2. Hari tu kitorang kena lapur diri pukul 8 pagi. Ramai gak yang datang pagi tu untuk lapur diri jadi budak kilang. Untuk setengah hari tu ada ujian kesihatan dan sesi taklimat. Kemudian diorang bawak kitorang pegi ke section masing2 untuk sesi lawatan. Aku bernasib baik diletak kan kat area Finishing. Section yang paling senang. Awek aku dapat Q.C section sebelah section aku. Abis sesi lawatan dah pukul 3. Kitorang di hantar balik ke hostel naik bas kompeni. Hostel aku memang selesa berdepan dengan laut. Memang best ar. Hari minggu ada pasar malam ngam2 depan hostel. Kedai makan pun dekat. Suma best2. Petang tu kitorang rai kan kejayaan jadi budak kilang kat seafood depan hostel.
25 September 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment