AKU  DAN  SESUATU

17 September 2008

Kerja Cashier

Bulan July 1996
Lepas aku berenti dari Giat Mara, Ayah aku suruh aku kerja hotel kat PD. Aku ikut cakap Ayah. Result SPM aku pun x best sangat setakat pangkat 3. Buat ape aku nak tunggu panggilan Universiti? Form nak apply pun x layak nak sentuh. Knowledge pun x maju. Masa depan masih kelabu asap. Aku pun pelik apsal aku x berfikiran jauh untuk life masa depan. Keaadaan persekitaran amat penting untuk mencorak diri kita. Betul lah kata madah pujangga, kalo katak duk bawah tempurung, dia cuma nampak gelab je. Nak kata akak aku pun x pandai, dia best student. Tapi dia dok asrama budak pandai. Mesti la sama maju. Dia jarang motivasi aku. Yang aku ingat dia suruh aku blajar pandai2 sambil marah2 tanpa penjelasan. Aku fade-up camtu. Time tu plak Mak+Ayah aku ada hubungan dgn paranormal yang x normal (acik usop). Aku jarang di titik-beratkan. Aku selalu memberontak. Kekadang adik2 aku jadi mangsa punch-bag aku. Walau pun cara sku ceritakan ni macam teruk je bunyi ei, tapi x de la berlaku tiap2 ari. Ni cuma cerita pukul rata je. Hidup kitorang normal dari pandangan masyarakat tempatan.
Ok. Berbalik pada nak keje hotel PD.
Aku x de kawan rapat nak ajak cari keje disebabkan pihak penapisan 'filem' (ayah aku) terlalu obses. Maka aku ajak awek aku naik bas pegi S'ban. Time tu awek aku dah berenti keje kat Ocean S'ban. Rezeki memihak kat kami. Kami dapat keje kat Ragency hotel dari agensi pekerjaan lagi seminggu. Tapi kitorang x sama hotel. Awek aku dapat hotel sebelah. Masa tu awek aku takut nak berpisah ngan aku. Mane la tau kat hotel tu ada orang nak buat jahat ngan dia atau aku ada affair ngan awek lain. Maka kitorang pun ubah fikiran untuk interview kat The Store S'ban. Terus dapt jadi cashier. Ni la 1st time aku carum kwsp/socso. Ayah aku pasrah.
Jadi cashier bergelut dengan customer yang panjang beratur, duit yang banyak, kekadang duit x cukup kena tukar, tu sume membuatkan aku cepat panik. Kalau dah panik, kira pun dah x betul. Bila dah salah kira, short manjang la duit cashier aku. Sampai boleh cecah RM100 lebih. Sape nak ganti?..
Hujung bulan gaji tinggal RM200 lebih??!!... Aarrgh...

No comments: