AKU  DAN  SESUATU

17 September 2008

Antara Aku Dan Search

Antara band melayu yang aku suka adalah SEARCH. Walaupun aku x banyak beli kaset search, aku memang suka dengar lagu search. Skang aku dah ada suma full album kaset search dari dulu sampai skang hasil dari aku rajin men-download. kuikuikui...
1) Album 'Cinta Buatan Malaysia' -1985-
Umur aku 7thn darjah 1. Sek. Ren. Keb. (F) Palong 5.
2) Album ' Langit & Bumi' -1986-
Umur aku 8thn darjah 2.
3) Album 'Mentari Merah di Ufuk Timur' -1987-
Umur aku 9thn darjah 3.
4) Album 'Di Pintu Sepi' -1988-
Umur aku 10thn darjah 4. Sek. Keb. Petaseh. Baru aku sedar kemunculan band Search lepas aku selak comic gelihati. Time tu kartnis Yo buat video-clip versi katun lagu Isabella. Time ni aku cukup minat comic gelihati.
5) Album 'Fenomena' -1989-
Umur aku 11thn darjah 5. Sek. Ren. Keb. (F) Palong 5. Aku dengar full album dari kaset Alang Kudang kat umah dia.
6) Album 'Karisma' -1990-
Umur aku 12thn darjah 6. Dari kaset Alang Kudang gak.
7) Album 'Rampage' & 'Double Trouble' -1992-
Umur aku 14thn ting.2. Sek. Men.Ren. Agama Repah. Aku dok asrama. Kawan aku ada beli kaset ni. Ramai2 dengar time hujung minggu pinjam radio warden. Time ni gak ramai band2 baru dah muncul. Rock kapak.
8) Album 'Search Terbaik' -1994-
Umur aku 16thn ting.4. Sek. Men. Keb. Palong 4.5.6.
1st time aku beli kaset search. Radio dah ada dalam bilik aku.
9) Album 'Gema Di Timur Jauh' & 'Search Unplugged' -1995-
Umur aku 17thn ting. 5. Banyak lagu best dlam album ni. Rambut amy dah botak. Aku nak SPM.
10) Album 'Rock n Roll Pie' -1997-
Umur aku 19thn. Aku dah keje kat pasaraya Ocean. 2nd time aku beli kaset search.
11) Album 'Double Trouble 2' -1998-
Umur aku 20thn. Aku belajar kat Agro Gentam. Time ni zaman lagu lama convert ke rock. XPDC yang jadi pelopor. XPDC pun aku dah mula suka. Kitorang buat joget lambak dalam dorm lagu 'Hidup Bersama'.
12) Album 'Bikin Wilayah' -1999-
Umur aku 21thn. Aku kerja Kilang Hualon. 3rd time aku beli kaset search.Amy dah kluar search.Awie ganti untuk sementara. Boom gak album ni.
13) Album 'Selepas Banjir' -2000-
Umur aku 22thn. Masih kat Hualon. Album ni x laku. Aku pinjam dengar dari kaset Megat.
14) Album 'Ghotik Malam Edan' -2006-
Umur aku 28thn. Keja kat Me-Tech & S'ban Engr'. Amy dah masuk search. Lagu ni x bleh blah. 1~2 lagu je yg bleh masyuk walaupun x best.

No comments: