AKU  DAN  SESUATU

23 September 2008

Kengkawan aku

Januari 2001

Bulan 12, 2000 aku dah tamat kan perkhidmatan aku sebagai budak kilang tahap operator pengeluaran. Aku nak sambung belajar. Aku ambik Architecture / teknologi seni bina. Course ni cuma ada kat IKM Kedah je. Bemakna aku kena dok Kedah selama 1thn 6bln.
Lepas subuh kitorang gerak ke utara. Teruja aku time tu nak jalan jauh. Lepas keluar KL, masuk tol Ipoh terus ke Kedah. Sampai tol Alor Setar dah malam. 8 jam perjalanan rasa macam cepat je. x puas aku tengok pemandangan dalam perjalanan tadi. Malam tu kitorang booking hotel Sri Malaysia.

Pukul 8 pagi, aku dah terpacak kat depan IKM. Diorang cakap ni IKM tertua kat M'sia. x besar mana pun. Orang macam aku dah ramai menunggu nak masuk dalam kawasan IKM sebelum menunggu perhimpinan abis. Ceh.. macam skolah gak ada perhimpunan pagi2. Manusia yang jadi kawan aku yang pertama adalah Eg-buaya. Kebetulan dia terpacak kat sebelah aku. Lepas abis sesi pendaftaran, dah dapat pembahagian rumah2, aku pun follow ketua asrama aku jalan kaki balik umah. Time tu Ujang adalah orang yang bertanggung jawab atas segala untuk aku. Sebelum tengah-hari, keluarga aku dah balik. Sedih gak time tu. Dok jauh dari famili, umah pulak x macam asrama langsung. Dah macam reban kambing pun ada sekali pandang. Nak ikut kan hati memang x selesa.

Petang tu start sesi orientasi 1 minggu. Memang membosan kan jadi freshie ni. Rambut kena gondol, ambik sign senior, beri salam tiap kali selisih ngan senior, bawak telur ayam setiap masa, bangun pukul 5 pagi dan macam2 la yang macam gampang kena lalui. Kat umah tu kitorang kena jadi macam adik beradik walaupun aku x leh nak jadikan budak2 Kelantan tu jadi adik beradik aku. Walau pun aku dengan Ujang sebelah umah kat Palong, tapi aku lebih rapat dengan Zainol.

Untuk 2~3 minggu aku memang lonely. Aku cuma harap kan Eg-buaya je yang datang ke umah aku untuk kitorang ronda2 naik basikal keliling kampung. Satu petang tu tengah aku mengelamun kat depan umah, Zainol ajak aku pegi Masjid sembahyang Asar naik basikal. Aku bonceng belakang. Kelakar gak. dah lama x bonceng belakang basikal. Start dari situ aku mula rapat ngan Zainol. Dia sem.2 time tu. Dari dia aku rapat plak ngan Ijoi+Pagirl+Din. Masuk bulan ke-3, Besi masuk lapur diri. Dia lewat masuk sebab xcdent seminggu sebelum nak daftar masuk IKM bulan 1 itu ari. Kaki masuk besi. Tu sebab kitorang gelar dia Besi. Dengan itu kitorang ber-5 mula berkawan rapat. Dengan Ijoi aku dapat berkawan dgn dia cuma setahun je sebelum dia tukar perangai nak jadi Polis.

Kat dalam kelas pulak, Raja jadi kawan pertama aku dan aku mula beralih angin ke Labu lepas aku dapati Raja x konsisten dari tingkah laku dia.Kuikuikui... Eg-buaya dok kelas sebelah. Kelas Putera. Aku kelas Kembara. Akhir nya aku ada 4 kawan rapat kat dalam kelas Labu+Hamdam+Azam+Ziela(mona).

Berdiri dari kiri: Mawardi, Mona
Duduk dari kiri: Hidayah, Labu, Lalat, Aku, Sape ni??

No comments: