AKU  DAN  SESUATU

17 September 2008

From Senaling With Love

Mak aku citer aku lahir kat Kampung Bemban, Senaling Kuala Pilah. Lahir kat dapur nenek aku. Time tu mak aku takut lagi nak beranak kat spital. Sbb kes kematian time tu masih tinggi. Aku lahir pada 10/1/1978 ari selasa malam. Lepas mak aku abis pantang, mak aku bawak aku balik umah sewa kat Air Hitam Bahau. Mak+Ayah aku keje kat aea situ. Kilang Syarikat Gula. Mak aku typis, ayah aku drebar bos. Aku x tau time bila adik mak aku Acu take over jaga aku ngan akak aku kat situ.
Selepas berita smpi keluar paper mengatakan Syarikat Gula tu nak tutup, Ayah aku apply masuk Felda Palong 5. Time tu PM buat pembukaan hutan2 untuk jadikan penempatan supaya komunis dah x de tempat untuk menyorok. Ayah aku antara org yg terakhir berenti dari kilang tu. Sbb bos aku sayang ngan Ayah aku. Ramai org yg berenti pakat2 masuk Felda. Ayah ckp Atok2+Nenek2 aku x setuju Ayah masuk Felda. Diorang x nak anak menantu+cucu2 ei susah. Kalo korang tengok citer Bilut lakonan Rosyam Noor tu, korang tau la cmana susah nye nak open tanah belukar utk jadi kan penempatan. Oleh kerana Ayah aku dah nampak masa depan cerah kat Felda ni, Atok aku pun rekemen kan mak aku jadi typis Felda kat Palong. Bemak na Mak aku under kerajaan, Ayah aku separuh kerajaan. Ayah citer Mak ari2 menangis. Mandi pakai perigi, air keruh, umah x de ceiling+panas x hengat. Sistem perpaipan belum wujud. Memasing pakat2 tunggu lori air sampai tadah dalam tong drum. Lalang+rumpai liar toksah cakap la. Sampai kena berkuak lentang nak masuk dalam umah. Tiap2 petang lepas balik bersih kebun, kena lambok tanah kat umah kasi terang. Dekat 3 bulan la baru clear nampak umah. Ada satu kali tu, Atok aku datang ngan Pak cik aku naik moto dari kampung nak tengok Mak aku. Atok aku langsung x nak naik umah walau ayah aku dah ajak dek kerana bebuku lagi di hati.
Waktu Mak+Ayah aku pindah Palong, Nenek aku x kasi aku follow skali. Diorang nak bela aku kat kampung. Time tu Acu da start keje. Oleh kerana Nenek aku ni x berapa teliti tentang budak2, Acu berenti keje untuk jaga aku sepenuh masa sampai la Acu kawen. Lepas Acu kawen, dia ikut laki ei duduk kat Setapak Camp Wardiburn KL. Aku dah pindah milik oleh Mak+Ayah sindri. Maka bermula la aku jadi budak Palong...
Bersambung...

No comments: