AKU  DAN  SESUATU

19 September 2008

Nak tangkap ikan kelisa, tertangkap buaya.

IKM Alor Setar. Awal pertengahan tahun semester 1.

Kelas Teknologi Seni Bina ada 2 kelas Kembara & Putra. Ada sorang awek dari kelas putra ni suka lepak kat meja aku. Aku pun x ingat cemana dia bleh selamba dok sembang dengan aku tiap2 ari. Aku seperti lelaki normal yang lain, kena la layan borak awek ni. Kalau aku nak ke kelas dia beborak, jangan harap la. Aku ni kan jenis yang pemalu.

Sampai satu tahap peringkat daerah, aku dah mula terima surat berbau cinta dari sicret admire. Banyak gak la aku dapat. Tapi awek ni still macam biasa dok sembang dengan aku. Lama-kelamaan aku dah mula syak awek ni yang kasi surat kat aku atas intipan kawan2 aku.

Memandangkan bintang jodoh aku ngan awek kat kampung lebih kuat bersinar di langit, satu ari wallet aku terjatuh dan terpampang la muka awek aku. Aku nampak awek kelas putra ni terpana sambil meng-cover kecewa di hati. Sejak dari kejadian tu, aku dapat rasa perbezaan awek ni dah jarang dok sembang dengan aku. Dia dah mula beralih angin dengan kawan aku plak si Eg buaya. Kira ok la tu. x dapat aku, kawan aku pun jadi la. Cinta monyet la kata kan.
Tapi yang aku terkilan skang ni, si Eg tu dah tamat kan perkhidmatan dia ngan awek tu lepas tamat nya kitorang kat IKM. Memang buaya tul Eg tu. Dengar cerita sepanjang perhubungan diorang, awek ni selalu kena penangan dari Eg.

Tu lah ko. Dah elok2 nak ngorat aku, yang ko pegi ngorat si buaya tu buat ape? x pasal2 dah jadi janda.

No comments: