17 September 2008

Ko Agak Berapa Kilo Aku Jalan?

1st time aku blajar naik bas ialah masa aku dok asrama darjah 4. Kitorang cuma dibenarkan pulang ke kampung cuma sebulan skali kecuali cuti am dan cuti skolah. Tiap kali Ayah aku mesti datang jemput. Tapi kali ni aku tepaksa balik naik bas sesorang. x ingat apsal Ayah aku x jempt aku kali ni. Macam biasa Mak aku akan tulis surat kat aku suruh pulang ke kampung. Aku ingat lagi ayat skema Mak aku. " kehadapan anakanda yang bonda sayangi. pulang lah hendak nya ke kampong pada hujung minggu ini." Cam tu la lebih kurang. Sblom sampai hari nak balik, aku usyar kengkawan yang mungkin satu bas dengan aku. Haram sorang pun tadak. Aku pun tanya la kat senior2 bas ape yang patut aku naik. Dah dpt info, sampai masa, aku pun bertolak.
Stesen pertama aku kena berenti kat Batu Kikir. Time ni masih bersama kengkawan. Kat situ kena tukar transit untuk ke Kuala Pilah. Aku dah keseorangan. Yang pasti bas ni akan berenti terus kat Bus Stand Pilah. Masa tu Bus Stand Pilah kat depan kuil hindu Pilah skang ni. Misi ke2 aku kena cari bas Engiap. Maklum la time tu aku budak2, punya la cari bas nak ke Senaling. Memang la tadak. Rata2 bas akan tulis ke destinasi utama je. Bemakna aku kena naik bas Engiap yang menghala ke Tampin. Oleh kerana aku x jumpa yang nak ke Senaling, maka aku ambik keputusan drastik jalan kaki balik kampung nenek aku. Dengan beg sama besar ngan badan aku, korang bayang kan la aku jalan kaki dari Pekan Pilah sampai Kampung Bemban ikut jalan kereta.
Sampai umah nenek aku, tekejut kongkang diorang aku jalan kaki dari Pilah. Sah, memang kena maki la Mak+Ayah aku nanti. Tapi aku heran, aku x nampak kelibat Mak+Ayah kat sini. Lepas nenek aku urut2 kaki aku, aku tetido sampai la malam. Tau2 Ayah aku da datang dengan acik usop untuk jemput aku balik ke Palong.
Ceh!.. Rupa2 ei kampung yang di maksud kan oleh Mak aku tadi adalah umah Mak+Ayah aku daa..Tu la..sape suruh Mak aku tulis bahasa pendekar? Cakap je la suruh balik ke Palong kan senaang...

No comments: