AKU  DAN  SESUATU

17 September 2008

Kau Lah Segalanya Untuk Ku..

9/9/08-6.40pm

Waktu ni aku hampir kehilangan anak sulung yg aku sayangi Nur Az-Zahra 2thn 3bln 7hari. Dari kecil wife aku didik Zahra menabung jika diberi duit syiling. Atas tindakan reflex nya, jika kami beri syiling padanya, Zahra akan terus kearah tabung untuk menyimpan.

Atas kecuaian sindri, aku tersilap telah memberi syling 50sen padanya sewaktu wife aku ingin menukar lampin Zahra. Zahra memang punyai tabiat suka memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya. Tapi kali ini Tuhan ingin menduga kami dan Zahra tercekik. Mujur kejadian berlaku di depan kami. Dengan keadaan cemas, aku menonggengkan Zahra sambil menepuk belakang dadanya dengan kuat. Sementara tu, wife aku mengorek syiling di dalam mulut Zahra. Aku terlalu cemas kerana suara Zahra x kedengaran kerana menahan seksa. Kami bertarung lebih kurang 5~8 second. Fikiran aku dah macam2 ada. Nak hantar klinik memang x sempat. Kalau terjadi apa2 biarlah di tangan kami.

Alhamdulillah...

Bunyi syiling yg jatuh kelantai dituruti tangisan Zaha cukup membuatkan aku lega. Tuhan masih panjang kan nyawa Zahra. Pantas aku suruh wife aku call Dr.Jannah kerana ada darah pada air liur Zahra. Dr.Jannah mententeramkan wife aku yang dalam keadaan menggigil. Sambil aku peluk Zahra, aku x henti2 menangis bersamanya. X dapat aku bayang kan jika ari ni aku berbuka puasa dengan trajedi.

Pukul 8mlm kami ke klinik Dr.Jannah. Zahra dah kembali keadaan normalnya yang sentiasa ceria dan aktif. Macam x de berlaku pape. Budak sekecil Zahra ape yang dia tau? Berkali kali kami ulang padanya "jangan telan duit lagi tau.."


No comments: