20 May 2009

Sejauh mana kita punya amanah? 1'? 2'? 3'? Berapa jauh?

Mintak maaf aku kat machasezs pasal aku x perasan dia highlight kan nama aku suruh mintak pendapat. x tau la kot memang zairi tu dia maksud kan aku atau ntah ada orang lain pakai nama zairi lagi. Pasal nya aku sibuk sangat pikir kan pasal anak aku yang hidup tampa umie nya selama seminggu ni. Umie dia pegi kursus kat Terengganu sana. Dia ada perasan si atune tengah bergonjeng sakan kat sana. Cepat2 wife aku paling kan muka. Dengan pentoi+geldof+atan pun tepaksa aku batal kan opoimen.

Tapi 14hb sampai smalam memang betul2 baik sangat anak aku kat aku x macam sebelum2 nya. Kalo x manjang bergaduh je la keja kitorang kat rumah. Tapi ari ni dah stat gaduh2 balik. Ajak mandi pun nangis2 nak kat umie dia. x penah pulak aku kasi dia makan talam dua muka sblom ni.

Untuk machasezs, aku ada citer pasal amanah raya punya x berapa nak amanah kira nya.
Sebelum arwah ayah aku meninggal, suma harta benda dah siap untuk diwarisi. Cuma sekor kereta ntah cemana bleh lupa. Memang sblom ni bincang kereta tu bagi kat adik pompuan aku pakai. Baru2 ni, aku calling puspakom nak kasi tukar nama kereta tu. Tapi puspakom tolak pegi kat amanah raya pasal owner kreta dah meninggal. Sorang mengaku akak (makcik) sudah terangkan suma kat aku cara2 nak tukar nama kat pewaris. Tapi yang aku x leh nak terima kenyataan adalah amanah raya x menerima tukar nama kereta tu selagi hutang kereta x abis bayar.

Makna nya adik aku kena pakai kereta tu secara berhati2+berhemah+sopan santun+pekerti mulia+sentiasa berwuduk +datang bulan dilarang memandu. Aku dah sah2 x bleh bawak punya pasal nya aku secara otomatik tertukar atitude semasa memandu. Sebab nya, kalo kena xcden, x bleh claim punya. Kalo langgar orang, kena bayar kluar duit sindri. Kalo langgar orang sampai orang tu mati, aku x tanya plak sapa yang kena masuk lokap.

Sebenar nya aku bukan heran sangat pasal nak tukar nama tu. Pasal nya kreta tu abis bayar bulan depan je. Lepas tu dah bleh pegi kat amanah raya tukar nama. Cuma aku risau kalo jadi pape kat adik aku+kreta tu. Pesan aku, elok la korang letak dua penama masa nak renew insuran kreta. Tapi aku heran cemana benda2 ni x bleh nak settle. Dorang x nak buat keja atau malas nak buat keja lebih? Kalau kreta tu abis bayar lagi 9 tahun cemana? 9 tahun kena bawak kreta kena ada air smayang?

14 May 2009

Berakhirnya seorang legend.

Malam tu x jadi pegi karaoke. Lambat sangat nak tunggu bilik jadi kosong. Alternatif lain, kitorang menuju ke main bowling. Lama dah aku x usik bola 2 kilo tu.

..................................................................................

"Okeh...lepas ni turn ko.." Cumi beri arahan sambil tersenyum megah baru lepas strike. Ceh!! stakat lagi 2 frame nak abis baru dapat strike ape barang nak megah2?

Sambil usik2 tepung yang x mendatang kan hasil strike, aku capai bola 2 kilo. Kuda2 dah ready. Gaya dah ada. Strike dah 8 kali. Kengkawan suma dah tinggal jauh. Jadi, x perlu lah nak beria2 sangat.
..................................................................................

Aku macam rasa nak pindah kat palestin. x de sapa nak pedulikan aku kat sana. x penah aku jadi macam ni. x penah aku kena malu macam ni. Budak baru blajar main boling pun x penah bola sampai terlucut ke blakang sampai kena meja kaunter. Aku nak resign main boling. Serupa dah lapar talipinggang je yang ajak aku main boling lepas ni.

Driver 18SX. Hati betul2 kental je bleh keja.

Kerap kali kalo time tea break, aku suka borak2 ngan driver kompeni aku. Dia bekas askar pencen umur dekat2 40 kot. Aku pun x penah nya nak tanya. Nak kata hensem x la jugak. Kalo jalan berdua kat bangsar tu, memang mak datin angkat aku dulu la. Tapi memang segak+smart semacam bau perfume polo. Dia punya borak memang best kalo dengar. Macam rasa kejap sangat je stakat break 15min tu.

Brader ni dah kawen x de anak. Wife dia pensyarah mana ntah. Dia punya keja x kira malam pun kena keja jugak kalau bos tlepon. Kompeni aku adalah lokal kompeni bisnes famili. Bos ada 4 orang anak beranak. Sorang pompuan, sorang lelaki. Dua2 dah kawen. Tapi x duduk sama ngan pasangan dorang. Pasangan dorang ada bisnes lain kat Kl sana. Jarang2 balik seremban tido satu rumah. Stakat 5 bulan brader ni keja kat kompeni ni, x penah langsung kenal pasangan memasing.

Baru2 ni brader tu slalu citer pasal anak pompuan bos aku yang dah kawen tu. Umur dalam 40 lebih. Slalu pegi buat facial punya pasal, muka+body jadi best. Dalam sminggu mesti 3~4 kali brader ni malam2 kena hantar bos aku tu pegi clubbing kat KL sana. Brader ni dah jadi PA totally sampai seluar dalam pun kena hantar dobi.

Bos pompuan aku tu memang sporting ngan brader ni. Memang murah rezeki ngan duit je. Kluar dari disko, mesti mabuk2 bos aku tu ngan kengkawan dia dok dalam toyota wald terkangkang2 nampak spender. Penah skali bos aku tu bantai beromen ngan boyfren dia sambil brader ni bawak kreta. Ape punya giler la beromen depan orang lain. Brader tu pun x tentu arah bawak kreta. Kejap2 toleh blakang. Kesudahan nya tepaksa menunggu dalam kreta dekat 3 jam depan hotel. x pe. Aku nak pasang kamera kat kreta tu sok. Tapi aku ada syak wasangka gak ngan brader ni. Kengkadang aku x berapa paham ngan double meaning dia.

Huii...Dulu pun aku penah kawan ngan brader van kilang. Masa tu ada sorang mak budak umur dalam 23thn keja jadi kerani kat kompeni lama aku dulu. x tahu la kesah betul ke tidak brader van tu citer kat aku. Dia penah bawak budak tu masuk dalam bilik air. Memang budak pompuan tu sosial pun. Ntah apa nak jadi la weii...

09 May 2009

Selamat Hari Ibu

Sempena hari ibu besok, aku ucapkan selamat berbahagia pada suma golongan kaum ibu,mak,umie,mama,mummy senang citer yang penah melahirkan anak. Kalau x de dorang, x wujud la kita kat dunia ni. x merasa la bukak blog sindri. x merasa la dapat nama sindri.
Tahun ni aku sambut hari ibu tampa arwah ayah aku. Dah meninggal time ramadhan lepas. Stat tahun jugak la kitorang sambut tampa ayah. x pe la. Ajal maut suma kat tangan Tuhan. Kita yang hidup ni kena terus hidup jugak.

Pada mak aku, aku ucapkan terima kasih x ternilai harga nya membesar kan aku hingga aku jadi orang. Walaupun kecik2 dulu aku penah rasa terkongkong, penah memberontak, penah kantoi curik2 isap gudang garam blakang rumah, macam2 hal lagi la yang ntahapahapentah penah aku buat dulu yang boleh buat mak+ayah aku panas hati kat aku. Bila otak dah upgrade, baru la tau tu suma untuk kebaikan aku jugak.

Paling bagus nya tengah aku sedap2 keja jadi operator jaga kain kat kilang hualon melaka dulu, mak+ayah aku suruh berenti kasi sambung blajar. Memang liat aku nak pegi masa tu. Maklum la baru lepas kluar kan kancil. Duit pun dah sedap pegang. Awek pun mula dah keliling kereta. Minah indon jangan citer ar. Dorang memang terget rakyat tempatan untuk buat batu loncatan status kerakyatan. Aku macam biasa la sebagai maskulin macho. Abis sepah, madu aku hirup untuk mengembalikan tenaga. Eh..aku acah je tu. Mak+ayah aku didik aku baik punya. Aku bela awek aku dari form3 sampai 10thn terus aku kawen. Tu sorang je awek aku x tukar lain.

Kalau x kerana mak+ayah aku didik aku sebaik mungkin, ntah ape jadi la aku skang ni. Ntah merempit atau baru lepas ragut orang tengah mengandung. Hmm..Syukur Alhamdulillah la skang hidup aku ni.Baru2 ni punya gambar. Tudung hitam tu adik aku nombo 3. Tudung putih mak aku. Tudung hijau wife aku yang aku bela sampai 10thn tu. Baju putih tu aku. Dah abis ketat dah muka time tu. Kalau x takut jugak, x tau la nak citer cmana lagi dah. Yang kecik tu anak pompuan aku. 28 jamidul akhir ni, cukup umur 3thn. Selamat hari ibu jugak kat wife aku. Yang buat iklan gigi tu adik aku yang last. Kitorang ada 4 beradik. 2 laki 2 pompuan selang seli. Pandai x mak+ayah aku setting? Yang x de dalam gambar cuma akak aku.

Malam tadi aku terima mesej anak akak aku umur 5thn masuk wad pasal paru2 masuk kuman. Bahaya woo... Nasihat aku kat korang, jangan manjakan anak2 korang ngan ekon siang malam. Tido pakai kipas je.

07 May 2009

Gores & menang. Cuba lah bang... Wak luu!!!

Tengahari memang waktu lapar aku. Sampai2 je kat rumah, pintu pagar pun stakat tutup rapat macam tu je. x sempat sangat nak lock ngan solex. Dah lapar nasik punya pasal. Sambil panas kan lauk, aku on tv tengok apa yang patut untuk hilang kan rasa sunyi dalam rumah. Naik tingkat atas kasi mandi untuk kembali kan rasa segar untuk kerja sessi ke-2 kang. Lepas siap make-up, aku ada 15min untuk makan.

Tengah sedap2 makan sambil layan video zonkers, sliding door rumah aku kena ketuk2. Aku cukup x suka ada orang kacau waktu rehat aku secara paksa macam ni. Aku biar kan dia ketuk2 sorang2 sampai aku abis makan nasik. Aku harap kan dia blah cepat2.

Selesai abis makan, orang tu masih terpacak lagi kat luar rumah aku.

Aku: "Hah..Apsal?.." muka ketat sambil selak sliding door yang masih dipisah kan dengan grill.

Rupa2 ada sorang amoi kira boleh tahan la dengan sorang laki2 cina kat luar pagar dok tunggu itu amoi. Ini amoi sudah mau kasi tipu sama aku dengan suruh gores & menang. Apa punya tektik lama la dia pakai nak kasi tipu orang. Si jantan kat luar tu pun saje je suruh amoi ni yang ketuk2 pintu rumah orang.

Amoi: "Abang kira ada untung ini hari tau.." sambil jantan cina tu baru nak melangkah masuk ke area rumah aku nak kasi sama2 cucuk jarum.

Aku: "Apa macam you boleh masuk dalam rumah i?" Aku saje buat taktik kotor punya soalan kasi pangkah dia punya ayat2 cucuk jarum.

Amoi: "Sorry la. Pagar you x kunci. Saya sudah panggil banyak kali abang x ada dengar. Itu sebab saya buka pagar untuk masuk." Memang ayat buku teks dia pakai.

Aku: "Kalau pagar tu tutup, makna nya x bagi sesapa masuk. Kalau i x dengar you panggil, you tetap x boleh masuk. Sekarang, you all boleh keluar tutup balik itu pintu pagar sebelum i call polis." Dengan ganas aku telunjuk kan jari jalan keluar. Amoi tu punya muka memang kesian. Jantan cina tu memang lapar helmet je dia punya muka.

Walau pun aku pikir2 kan betapa kering nya hati aku tadi menghalau orang, kesian jugak aku kat diorang tu. Kalau melayu memang ada bahasa sikit la kira nya. Tapi dia tu cina yang cuba untuk mengacau bilau kan jiwa aku dengan kad gores & menang dia tu. Bagi aku, biar aku halau dia sebelum aku kena halau time x cukup duit nak tuntut hadiah yang bakal aku menang dari kad gores & menang dia tu besok2.

Moral of the story, x kira la kejap lagi nak keluar balik ke, pintu pagar mesti kena solex walau pun solex tu boleh kena bukak oleh perompak.

04 May 2009

1st time aku tumpang kan pontianak ajak balik kampung. Giler seram...

Selamat hari pekerja untuk yang mereka yang bercuti pada jumaat lepas. x kira la korang baru berjinak2 jadi penganggur ke, kerja sendiri tapi x cuti jumaat lepas ke, kompeni korang x layan labour day ke, x kira la mana pun. Asal kan korang penah buat kerja rumah sapu habuk kapet pasal mak korang suruh sapu. Tu pun kira kerja jugak tu. Dapat duit belanja skolah tu kira gaji korang jugak tu. Saje je mak+ayah korang x nak begitau. Tapi tu la 1st time masjid melimpah sampai kat rumput orang bentang sejadah nak sembahyang jumaat punya pasal. Aku pun nasib2 je dapat petak 1'x1' untuk berdiri. x kusyuk langsung. Padahal x de ruang untuk setan menyelit. Sempit2 macam tu, sempit lagi lubang kubur kan? Errrkk...

Hari jumaat tu aku x pegi mana2. Lepak rumah je. Kitorang plan balik kampung wife aku belah malam. Suasana nyaman. Ekon kereta pun pun lebih terasa dia punya sejuk. Minyak pun x berapa kena serap kat matahari panas. Lepas Maghrib kitorang gerak ikut jalan kuala pilah. Sampai kuala pilah, aku lebih suka ikut short cut masuk dari kampung kepis keluar ke rompin. Ini rompin kat negeri sembilan ok. Bukan kat pahang sana. Giler ko masuk kuala pilah x sampai 1/2 jam kluar2 dah sampai rompin pahang. Mukjizat nama nya tu. Aku x suka panorama jalan bahau sana. x tau apasal. nak kata macam pekan koboi, dah maju la jugak kira nya. Tapi tetap x best bagi aku.

Aku lebih rela ikut jalan kampung kepis yang sunyi sepi kiri kanan hutan manjang. Kereta pun x de sangat nak lalu time aku tiap kali lalu. Boleh speeding ikut suka aku x payah nak highbeam suruh orang depan kasi laju sikit. x payah nak cucuk2 angin kereta depan. Jalan raya dia pun lebih kualiti beza jalan raya kat bahau sana. Korang boleh google sendiri tengok ciri2 jalan berturap diorang. Memang hancus jalan bahau tu. Tu yang aku benci tu. Pastu korang google plak kesuraman jalan bahau ngan jalan kampung kepis tu. Ahh..korang bukan rajin pun nak google. Tapi memang sunyi jalan kat kampung kepis tu waktu malam.

Aku sampai kat pertengahan jalan kampung kepis tu dalam pukul 9 lebih. x de sekor kenderaan pun saing ngan aku. Time tu la aku mula rasa kereta aku makin lama makin menderam. Kira pepatah lama tu kata, bunyi macam ribut, pegi macam sibut. Macam tu la keadaan kereta aku time tu. Tapi x de la sampai macam siput dia punya gerak. Stakat beca yang dok berkayuh kat town melaka tu sayur2 je la aku potong kira nya.

Aku mula dah cuak. Wife aku pun mula dah kumat kamit dia punya mulut. Anak aku masih relek2 lagi dok atas pangku umie dia. Kengkadang tinjau2 jugak kat cermin pandang belakang kot2 ada jugak orang dok pandang aku. Tapi x de pulak. Mungkin belum masa dia nak tonjol kan diri kot. Atau dia segan nak kasi tunjuk muka dia. Elok la tu. Aku pun bukan suka sangat jadi penakut ni. Kang ntah mana la aku hala tuju kan kereta ni kang.

x cukup ngan bertambah berat nya kereta aku blah, x lama tu bau busuk pulak yang kluar. Memang macam haram betul malam tu. Nak berenti, wife aku x kasi. Dia suruh pikir kan keselamatan dia ngan anak. Takut2 jugak kalau cerita2 dongeng dulu jadi kenyataan. Mana la tau time aku kluar, punya la lama aku kluar sampai tetido diorang dalam kereta, pagi besok tu ada askar lalu suruh buat pengecaman 'objek' kat atas bumbung kereta. Hohohoo...(gelak suara garau. sila takut.)

Ahh...malas aku nak buat ayat saspen lagi. Korang mesti dah tau punya jalan citer aku. Ape yang aku nak begitau skang ni, kalau korang rasa kreta korang rasa berat semacam punya gerak, jangan terpengaruh sangat ngan citer2 hantu puaka malaysia ni. Lebih2 lagi citer jangan pandang belakang tu. Tapi citer perjanjian syaitan ngan misteri rumah tua yang norkulamasari bersalin ikut mulut tu memang seram beb.

Bau busuk yang aku begitau tadi cuma bau hangit dari break disc tayar belakang kereta aku. Benda ni terjadi kalau korang berenti, turun2 je dari kereta, korang nampak berasap punya banyak kat tayar kereta korang. Time tu jangan korang sangka lepas abis asap tu menjelma pulak pompuan cantik tersengih2 pandang korang. Jangan harap. Korang cuma siram kan je air kat brake pad sampai x de bunyi besi panas kena siram ngan air untuk kasi release dia punya sistem balik. Kalau x de bawak air, korang gilir2 la kencing ngan kengkawan macam dalam citer sex drive tu. Lepas tu korang dah boleh terus kan perjalanan korang ngan selamba. x de hal punya.

Sekian untuk tips2 penjagaan kereta pada kali ini. Sehingga berjumpa di hari yang sama di zaman yang lain. hahahaha....(gelak ikut suka korang)

Instrumental yang sentimental value satu ketika dulu.

Pada zaman suci dalam debu dulu, aku cuma dengar secara langsung je dari rumah jiran yang terdekat. Pagi2 dalam pukul 10 lebih tu, mula la jiran aku yang muda 4 tahun dari aku tu dah kasi putar abis kan volumn radio ayah dia. Mungkin dah bangun dari tido kot dia masa tu. Nasib baik la rumah aku tu dalam 60 meter jarak nya dan di tapis oleh pokok durian+kelapa. Kalau x, boleh bawak bergaduh hari2 jawab nya suruh slow kan radio.

Zaman tu ayah aku x ajar kan anak2 dia mengadap radio lagi. Radio pun x de. TV pun stakat hitam putih lagi. Kalau nak dengar sangat radio pun cuma kat dalam kereta ford tu je. Itu pun cuma bleh kejap2 je kalau x nak dengar arwah ayah membebel.

Nak berjinak2 beli kaset pun bukan senang. Aku pun bukan pandai lagi nak keluar daerah pegi kedai kaset kat bandar sana. Tiap kali pegi pasar malam nak beli kaset pun bukan boleh sangat pasal pegi pun follow arwah ayah aku jugak. Dalam jiwa tetap nak dengar suci dalam debu hasil dari kaset beli sendiri. Nak jugak sambil baring2 dalam kereta dengar suci dalam debu sambil baca lirik skali. Lagi hafal lagi rasa rock. Dah x payah lagi nak lari2 turun ke bawah rumah main buai sambil dengar lagu dari radio jiran sebelah.

Makin hari jiwa makin meronta2 nak pegi pasar malam senyap2. Oleh kerana ada jiwa kombat dalam diri hasil tengok nam tour of duty tiap2 minggu, dapat jugak aku menyusup keluar untuk mencapai hasrat aku nak dapat kan satu kaset rock kat pasar malam. Hati tersenyum manjang. Jiwa menjadi girang.

Besok nya aku pasang kan kat player dalam kereta. Kaset yang berbalut ngan plastik aku buangkan sambil aku cucuk kan keset ke dalam player. Lirik lagu yang aku harap kan untuk aku karaoke sesorang x jadi kenyataan. Mungkin murah stakat $3 tu x dapat tampung kos menaip kat cover kaset kot. Ahh..tu suma x kesah sangat. Kat skolah ramai kengkawan yang rajin tulis lirik lagu dalam buku latihan skolah. Lagi penuh lagi glamour kena pinjam kat kengkawan. Yang penting aku dah boleh dengar suci dalam debu bila2 masa. Dah x payah nak tunggu pukul 10 pagi waktu jiran sebelah.

Trak pertama aku layan feeling dia punya intro sambil 2 tapak tangan letak belakang kepala untuk tunggu rangkap pertama punya lagu. Masuk rangkap pertama, aku terkedu. Hati aku kecewa. Tekak dah rasa loya2 nak pitam. Hampir 2 tahun aku mencari makna INSTRUMENTAL tiap kali jumpa mana2 kamus. Lepas kejadian berhantu tu, baru la aku x main rembat je waktu aku nak beli kaset kat mana2 kedai. Huh...sia2 je jadi kombat.