AKU  DAN  SESUATU

04 May 2009

Instrumental yang sentimental value satu ketika dulu.

Pada zaman suci dalam debu dulu, aku cuma dengar secara langsung je dari rumah jiran yang terdekat. Pagi2 dalam pukul 10 lebih tu, mula la jiran aku yang muda 4 tahun dari aku tu dah kasi putar abis kan volumn radio ayah dia. Mungkin dah bangun dari tido kot dia masa tu. Nasib baik la rumah aku tu dalam 60 meter jarak nya dan di tapis oleh pokok durian+kelapa. Kalau x, boleh bawak bergaduh hari2 jawab nya suruh slow kan radio.

Zaman tu ayah aku x ajar kan anak2 dia mengadap radio lagi. Radio pun x de. TV pun stakat hitam putih lagi. Kalau nak dengar sangat radio pun cuma kat dalam kereta ford tu je. Itu pun cuma bleh kejap2 je kalau x nak dengar arwah ayah membebel.

Nak berjinak2 beli kaset pun bukan senang. Aku pun bukan pandai lagi nak keluar daerah pegi kedai kaset kat bandar sana. Tiap kali pegi pasar malam nak beli kaset pun bukan boleh sangat pasal pegi pun follow arwah ayah aku jugak. Dalam jiwa tetap nak dengar suci dalam debu hasil dari kaset beli sendiri. Nak jugak sambil baring2 dalam kereta dengar suci dalam debu sambil baca lirik skali. Lagi hafal lagi rasa rock. Dah x payah lagi nak lari2 turun ke bawah rumah main buai sambil dengar lagu dari radio jiran sebelah.

Makin hari jiwa makin meronta2 nak pegi pasar malam senyap2. Oleh kerana ada jiwa kombat dalam diri hasil tengok nam tour of duty tiap2 minggu, dapat jugak aku menyusup keluar untuk mencapai hasrat aku nak dapat kan satu kaset rock kat pasar malam. Hati tersenyum manjang. Jiwa menjadi girang.

Besok nya aku pasang kan kat player dalam kereta. Kaset yang berbalut ngan plastik aku buangkan sambil aku cucuk kan keset ke dalam player. Lirik lagu yang aku harap kan untuk aku karaoke sesorang x jadi kenyataan. Mungkin murah stakat $3 tu x dapat tampung kos menaip kat cover kaset kot. Ahh..tu suma x kesah sangat. Kat skolah ramai kengkawan yang rajin tulis lirik lagu dalam buku latihan skolah. Lagi penuh lagi glamour kena pinjam kat kengkawan. Yang penting aku dah boleh dengar suci dalam debu bila2 masa. Dah x payah nak tunggu pukul 10 pagi waktu jiran sebelah.

Trak pertama aku layan feeling dia punya intro sambil 2 tapak tangan letak belakang kepala untuk tunggu rangkap pertama punya lagu. Masuk rangkap pertama, aku terkedu. Hati aku kecewa. Tekak dah rasa loya2 nak pitam. Hampir 2 tahun aku mencari makna INSTRUMENTAL tiap kali jumpa mana2 kamus. Lepas kejadian berhantu tu, baru la aku x main rembat je waktu aku nak beli kaset kat mana2 kedai. Huh...sia2 je jadi kombat.

11 comments:

ajako said...

kesian, tp xpe, skarang inche zairi dah tau kan hape tu INSTRUMENTAL kan? kire dah terellah tu...

nuyuljana said...

hahaha..

amacam layan instrumental?

menusuk ke kalbu x?

=))

IdaAnuar said...

instrumental..akak pun tak tahu.aku tahu zaman akak zaman rock kapak.masa sekolah akak nye stokin pun parat buku lali.kain singkat..huhuhu.selalu kantoi dengan cikgu adnan abdullah.kira masa tu...memang top lah kat sekolah...ingat ke?

cikceriacorner said...

suci dalam debu best!heheh

@tune® said...

baik jadi komunis...

jiwa sifar said...

ms zaman aku..exist oh ibu..tu pn akak aku beli psg kt kete mitsubishi lancer arwah abah aku..lancer tu!!!..

Anonymous said...

heheheh..tu maknanyer dia suruh nyanyi sendiri ..record...(kalau ada lar)...pastu dengar ek

zairi said...

ajako:
dah tau dah skang.memang sedih time tu.hehee..

nuyul:
memang syahdu di danau rindu sampai rasa nak rabak2 kan seat kereta rasa nya.

idaanuar:
cikgu adnan memang kenal. pergh..giler seksi pakai kain sengkat time tu.

ez:
evergreen lagu tu.banyak nostalgia.haha..

atun:
x baik jadi komunis.x bleh jadi kerakyatan malaysia.

azuwan:
peargh..kecik2 dah merasa lancer.

whitetea:
pakai player kreta x bleh rekod.pandang macam tu je la kaset tu.isk..isk..

Mak Jemah said...

kes yang sungguh menyayat hati. jarang2 berlaku di malaysia..muahahahaha

zairi said...

miss oren:
dulu2 aku kurang cerdik.isk..isk..ko tu jadi teacher ajar2 la sikit.

nasrul said...

bahaso minang e ,,agak beda la samo yang dik ,,den di minangindo..
bilo2 den dak ka n9 lah..maen2 ka situ...
hahahaaa