04 May 2009

1st time aku tumpang kan pontianak ajak balik kampung. Giler seram...

Selamat hari pekerja untuk yang mereka yang bercuti pada jumaat lepas. x kira la korang baru berjinak2 jadi penganggur ke, kerja sendiri tapi x cuti jumaat lepas ke, kompeni korang x layan labour day ke, x kira la mana pun. Asal kan korang penah buat kerja rumah sapu habuk kapet pasal mak korang suruh sapu. Tu pun kira kerja jugak tu. Dapat duit belanja skolah tu kira gaji korang jugak tu. Saje je mak+ayah korang x nak begitau. Tapi tu la 1st time masjid melimpah sampai kat rumput orang bentang sejadah nak sembahyang jumaat punya pasal. Aku pun nasib2 je dapat petak 1'x1' untuk berdiri. x kusyuk langsung. Padahal x de ruang untuk setan menyelit. Sempit2 macam tu, sempit lagi lubang kubur kan? Errrkk...

Hari jumaat tu aku x pegi mana2. Lepak rumah je. Kitorang plan balik kampung wife aku belah malam. Suasana nyaman. Ekon kereta pun pun lebih terasa dia punya sejuk. Minyak pun x berapa kena serap kat matahari panas. Lepas Maghrib kitorang gerak ikut jalan kuala pilah. Sampai kuala pilah, aku lebih suka ikut short cut masuk dari kampung kepis keluar ke rompin. Ini rompin kat negeri sembilan ok. Bukan kat pahang sana. Giler ko masuk kuala pilah x sampai 1/2 jam kluar2 dah sampai rompin pahang. Mukjizat nama nya tu. Aku x suka panorama jalan bahau sana. x tau apasal. nak kata macam pekan koboi, dah maju la jugak kira nya. Tapi tetap x best bagi aku.

Aku lebih rela ikut jalan kampung kepis yang sunyi sepi kiri kanan hutan manjang. Kereta pun x de sangat nak lalu time aku tiap kali lalu. Boleh speeding ikut suka aku x payah nak highbeam suruh orang depan kasi laju sikit. x payah nak cucuk2 angin kereta depan. Jalan raya dia pun lebih kualiti beza jalan raya kat bahau sana. Korang boleh google sendiri tengok ciri2 jalan berturap diorang. Memang hancus jalan bahau tu. Tu yang aku benci tu. Pastu korang google plak kesuraman jalan bahau ngan jalan kampung kepis tu. Ahh..korang bukan rajin pun nak google. Tapi memang sunyi jalan kat kampung kepis tu waktu malam.

Aku sampai kat pertengahan jalan kampung kepis tu dalam pukul 9 lebih. x de sekor kenderaan pun saing ngan aku. Time tu la aku mula rasa kereta aku makin lama makin menderam. Kira pepatah lama tu kata, bunyi macam ribut, pegi macam sibut. Macam tu la keadaan kereta aku time tu. Tapi x de la sampai macam siput dia punya gerak. Stakat beca yang dok berkayuh kat town melaka tu sayur2 je la aku potong kira nya.

Aku mula dah cuak. Wife aku pun mula dah kumat kamit dia punya mulut. Anak aku masih relek2 lagi dok atas pangku umie dia. Kengkadang tinjau2 jugak kat cermin pandang belakang kot2 ada jugak orang dok pandang aku. Tapi x de pulak. Mungkin belum masa dia nak tonjol kan diri kot. Atau dia segan nak kasi tunjuk muka dia. Elok la tu. Aku pun bukan suka sangat jadi penakut ni. Kang ntah mana la aku hala tuju kan kereta ni kang.

x cukup ngan bertambah berat nya kereta aku blah, x lama tu bau busuk pulak yang kluar. Memang macam haram betul malam tu. Nak berenti, wife aku x kasi. Dia suruh pikir kan keselamatan dia ngan anak. Takut2 jugak kalau cerita2 dongeng dulu jadi kenyataan. Mana la tau time aku kluar, punya la lama aku kluar sampai tetido diorang dalam kereta, pagi besok tu ada askar lalu suruh buat pengecaman 'objek' kat atas bumbung kereta. Hohohoo...(gelak suara garau. sila takut.)

Ahh...malas aku nak buat ayat saspen lagi. Korang mesti dah tau punya jalan citer aku. Ape yang aku nak begitau skang ni, kalau korang rasa kreta korang rasa berat semacam punya gerak, jangan terpengaruh sangat ngan citer2 hantu puaka malaysia ni. Lebih2 lagi citer jangan pandang belakang tu. Tapi citer perjanjian syaitan ngan misteri rumah tua yang norkulamasari bersalin ikut mulut tu memang seram beb.

Bau busuk yang aku begitau tadi cuma bau hangit dari break disc tayar belakang kereta aku. Benda ni terjadi kalau korang berenti, turun2 je dari kereta, korang nampak berasap punya banyak kat tayar kereta korang. Time tu jangan korang sangka lepas abis asap tu menjelma pulak pompuan cantik tersengih2 pandang korang. Jangan harap. Korang cuma siram kan je air kat brake pad sampai x de bunyi besi panas kena siram ngan air untuk kasi release dia punya sistem balik. Kalau x de bawak air, korang gilir2 la kencing ngan kengkawan macam dalam citer sex drive tu. Lepas tu korang dah boleh terus kan perjalanan korang ngan selamba. x de hal punya.

Sekian untuk tips2 penjagaan kereta pada kali ini. Sehingga berjumpa di hari yang sama di zaman yang lain. hahahaha....(gelak ikut suka korang)

17 comments:

ez said...

heheheh..suspen bebenau..ingatkan jumpe pontianak betul2..heheh..tp masa tu musti cuak kan.sy pon penah nampak pntianak..rambutnya mengerbang ala2 ikal..hehhe..ape2 pon yg penting perjlnan zairi n fmili selamat smpai ke destinasinye..hehhe

eliza said...

hebat..bagusnya tips ko...hebat..
suruh gelak kan? aku glak la ni...hahahahahaha

hehe

roshaizul said...

kau tak menjujus brek kau dengan baik tuh

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

pny la jauh ko pny highway...

kalo ikut shortcut kan dah sampai cite pasal brake pad ko...ceh...

tapi aku gelak jugak sbb ko suruh...

WaKaKaKAkakKaKa...

@tune® said...

bapak seram!!!
sumpah seram!!!

kire air tuh nk bace ayat kursi x?bukan ape..lepas asap tuh nnt tulah..wa takut kalo² ade bende lain yg menjelma

nuyuljana said...

heh.

suspen jew lebey!

kuang asam!

:))

tp tips ko mcm best jew.

kencing gilir2!

hahaha

ajako said...

betullah strategi pemasaran filem melayu, kasik tajuk angker semacam, ceriter lawak...diorg blaja drp inche zairi ek?

IdaAnuar said...

seronok tol ko mengenakan orang dengan cite mcm ni eh.sila tengok entry akak yang lepas...tajuk dah lupe.kat jalan tu lah akak tersnap gambar "dia"...akak pun samo gak mcm ko zairi..suka ikut jalan tu kalau nak balik KL...tapi sejak tu akak tak berani dah.lagi satu kat simpang palong2 dan palong3..rujuk entry lama akak..ko tau lah nasib ko zairi..gemau na balik malam2

soul krasty said...

nasib ko x ckp buat bbq je kt break disc ko tu..haha..

zairi said...

ez:
waa..penah jumpa eh?nasib2 je kalau jumpa benda2 macam ni.tapi kalau kita berani,dia x berapa berani nak kacau kita.

eliza:
alaa..nampak sangat x iklas gelak tu.

roshaizul:
benda lama x servis.rupa2 pad dah terkeluar sikit dari casing.

pentoi:
aku dah begitau tips ni,lepas ni jangan cuak sangat kalau kereta rasa berat.

pentoi!!!14~17/5 ni wife aku pegi kursus kat pahang ar.aku kena jadi baby sitter malam2.kita kena ubah tarikh lagi.bila ko rasa2?

atun:
ko pakai air jirusan mayat pun x pe.janji bukan air mutawasitah.hampeh ko!!

nuyul:
kencing gilir2 tu boleh merapat kan lagi silaturahim.boleh jadi kenangan silam.

ajako:
biasa laa..tajuk kena saspen.baru penonton datang bersesak2.seram/lawak belakang kira.janji masyukk.memang david teo tu penah datang jumpa aku mintak tajuk movie.aku sergah kan dia time tu.tu yang kelam kabut bawak kereta sampai langgar orang kat highway itu hari tu.heheee...

idaanuar:
huiyoo...penah gak nampak?oke2..nanti sy ulang kaji balik suma entry akak tu.

azuwan:
silap2 ada orang datang beratur bawak pinggan plak eh?

a.b geldofg said...

mana lebih dijaga
bini ke kereta?

Axl said...

woiii..apo plak kutuk jalan Bahau tu? Bahau tu kampung uwan den tau dak? merangkap tanah tumpah darah den gak laa..hehe. Oo ikut Kopih ko? berani ikut la Jolai..leh jumpa awek Jolai yang pemes dalam youtube tuh..hekeke

miss oren said...

ceh, ku hengatkan citer antu..
tengok gak ea citer misteri rumah tua norkumalasari tu?
time tu aku baru mengenal tv.layan la jugek

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

cuba ko tny ab...dia perdana menteri yg ada kuasan veto..bila tarikh tu bro..?

a.b geldofg said...

bila puka aku jadi PM.....kan atan yg jadi PM..(kerja PAGI MALAM)


tan o tan!

manje said...

salam

hehe tajuk seram abis....
entri hehe geram aje....
mana dia 'pont....?

zairi said...

geldof:
dua2 kena jaga bro.dua2 ada dia punya best.

axl rose:
laa..orang bahau rupo eh.ada awek jolai pemes?aduyai...youtube aku kena blok arr..

miss oren:
citer lama tu.nak cari pun dah payah.

pentoi:
pasal tarikh tu akan aku umum kan. InsyaAllah.

manja:
Point nya kat tayar berasap punya pasal.hahaha...