17 September 2008

Pondok Punya Sekolah

Lepas aku abis form 5, ayah aku hantar masuk kat skolah pondok. Peargh.. x penah terpikir aku nak smpi sana. Ni suma gara2 arwah atok aku antar ayah aku kat skolah pondok la ni. Skang ayah aku antar anak dia plak. Mlm sblom nak bertolak, aku pack brg2 aku. Suma kain baju aku pack mcm nak pindah umah. Aku harap aku bleh maju kan agama aku untuk bekalan akhirat sok.
Sesudah subuh kitorg bersiap nak bertolak. Aku x ingat sape adik2 aku yg ikut. Yang pasti ayah aku dah sedia kan kereta yg di sewa untuk ke skolah pondok tu. Ayah aku ckp, skolah tu kat PD. Dalam tgh ari kitorg smpi. Kat area Kg.Saga. Kat situ tertera Skolah Pondok Haji Ali. Dari jalan besar kena masuk lorong muat2 satu kereta. Lebih kurang 3min bru smpi skolah tu. Smentara ayah daftar kan nama aku, aku tengok keadaan persekitaran. Memang sesuai di beri nama. Kat situ ada banyak pondok2 kayu. Cuma umah tuan guru je umah batu. Suasana suram dalam hutan. Yg penting ada satu public phone yg cukup sifat. X mcm kat palong. Jahanaam.. Public phone penting bagi aku yag dah ada awek tiime tu.
Abis sesi pendaftaran, ayah aku dan sorang bro bawak aku ke pondok bro ni. Rupa2 nya, bro ni pun budak palong gak. Dia da lama dok podok. Kira dah mantap gak la ilmu dia. Aku a lupa nama bro ni. Setau aku umah dia kat sblah masjid palong 5. Dalam pondok tu aku cuma tinggal bedua je. Kat situ la dapo, kat situ la tmpt tido.
Lepas punggah barang, mak ayah aku pun balik. Dalam kul 6 aku tengok bebudak dah sibuk2 dressing nak ke mandi. Aku pun capai towel, perkakas mandi, follow diorang. Dari atas bukit, aku tengok diorang tengah gilir2 mandi pakai perigi. Hallamak... ni la 1st time aku kena pki timba nak mandi.
Bersambung...

No comments: