26 September 2008

1st time aku xcdent

Tahun 2000

Setahun lebih aku keje Hualon, aku mula rasa segan dengan masyarakat hostel bawak awek pegi town Melaka naik bas. Aku tengok memasing bawak motor mesti ada awek tonggek kat belakang. Mana boleh jadi. Diorang keje kilang macam aku gak. Aku ngan awek aku pun mula main kutu ngan kengkawan kumpul duit nak bayar downpayment kancil. Nak beli motor, aku takut jatuh. Aku bukan pandai sangat bawak motor ni. Lagi pun, alang2 nak beli harta, baik beli yang boleh untung.

Bob banyak tolong aku cara2 nak keluar kan kancil. Time tu kancil model baru tengah launching. Akhir nya aku orang pertama kat hostel tu pakai kancil 3rd model. 3rd model adalah kancil sebelum kancil mata bulat skang ni. Kebetulan plak aku bawak balik nak masuk hostel, budak2 kilang tengah menebeng tepi jalan tunggu bas kilang nak masuk keje shift petang pukul 3. Memasing terjeling2 tengok kancil putih no.plat MAP 3528. Bangga toksah cakap la.
2~3 ari lepas tu, Bob ajak masuk team kancil ngan member2 dia. Aku mula rapat ngan member2 kancil. Kalau paking kat kilang, memasing paking sebelah2. Berdereeet.. je kancil. Time tu kancil tengah top kat budak2 remaja. Kalo kat jalan raya kancil la paling samseng. Tercelah sana, tercelah sini, zig-zag pun dia gak.

Dalam pada bulan tu, team kancil kitorang nak buat konvoi pegi Sagil. Mesti la aku teruja. Ape2 hal aku potong spring kasi lowerd. Baru la x segan. Baru la mantap. Baru la nampak ganas. Tiba hari yang di nantikan, Kitorang berkumpul kat Pantai Klebang pukul 8 pagi. Ramai gak yang follow. Dekat 20 bijik ada gak la. Yang x kenal pun ada. Bila dah cukup corumn, kitorang pun gerak.
Belum lagi keluar town Melaka, kitorang kena berenti tepi jalan. Ada informer begitau ada member kat belakang xcdent. Aku x tau sape yang terlibat. Pastu kitorang sambung perjalanan. Lebih kurang 15 min. perjalanan nak kluar dari Melaka,

Sreeettt ..!!!... gebuak !!!...

5 biji kancil xcdent lagi. Aku orang paling belakang. Memang suey kitorang ari tu. Nasib baik x de yang serius. Cuma perlanggaran kecik je. Muka awek aku dah x ceria. Mood nak pegi berfoya2 dah ilang. Kancil aku dah x de dara. Memasing repair keta sindri tanpa claim insuran. Kengkawan punya pasal. Aku patah balik hostel. Petang tu aku call Bob nak tanya keadaan kat Sagil.

"Bob, amacam Sagil? Best ke?"

"Huh..best..Aku baru lepas mandi ni. Mandi kat bilik air umah aku. Suey la spex...aku xcdent ar.."

"Hah? Kau xcdent? ko ingat ko sorang je? Aku pon xcdent!!.."

"Ko pun xcdent? Harharhar...!!"

Rupa2 ei, xcdent episod pertama tadi, Bob adalah antara yang terlibat.

No comments: