18 September 2008

Flash-Back Jom..

Satu hari aku pegi umah Kak Lang Maria (sepupu aku). Macam biasa lepas borak lebih kurang n wife aku take over borak tadi, aku cari Angah Edi (anak dia) kat bilik dia. Angah Edi ni suka perap dalam bilik layan komputer. Aku makin rapat dengan Angah Edy ni lepas aku tau dia celik IT. Bab paling aku suka, dia banyak koleksi lagu download. Angah Edy ni dari segi zahir nampak releks je. Macam biasa2. Tapi dia ni layan black metal dan seangkatan metal2 yang lain. Abis suma lagu balada dia fuck kecuali lagu raya & classic. Mana lagu yang boleh masyuk kat telinga aku, aku kasi save as kat pendrive. Select punya select, Angah Edy bukak satu slide video. Memang classic. Ada gambar Mak+Ayah aku. Yang lain tu suma keluarga belah Kak Lang Maria. Cuba korang perati kan Mak+Ayah aku tengah posing kat kerusi panjang yang di apit oleh 2 wanita yang aku x perasan sape gerangan diorang. Muka Ayah aku ada hensem macam aku x?

video

No comments: