03 March 2009

Buli itu penting.

Se-menjak2 ni dah mula dengar macam2 kes buli. Dari askar mati kena buli sampai la budak sekolah mati pun kena buli. Aku heran, aku sedih dan aku kesian kat mangsa2 yang terbabit. Budak2 politik kat dalam parlimen tu pun dok masih membuli dari dulu sampai skang x sudah2. Buli cara fizikal x sama dengan buli cara saikologi. Saikologi boleh bawak sampai cucu cicit punya dendam. Ahhh...budak2 politik tu harap kan gaya je pakai baju tuxedo turun dari merc. Tapi bodoh piang macam budak x abis sekolah punya perangai. Harkhhh...tuii!!!

Masa aku dok asrama dulu, x la berapa teruk aku kena. Stakat boleh terima dek badan lagi la. Kalau dok asrama x de buli2 ni, x cukup syarat la kira nya. Sebab dari buli tu la kita boleh matang kan fikiran kita, lebih mengenali rakan2 kita, hormat pada yang tua dan yang penting tahu stakat mana kelemahan mental dan fizikal kita selain baru tau kita x la hero dengan adik sendiri je kat rumah tu. Jangan ingat stakat pandai terajang adik je. Rupa2 nya kena terajang sakit jugak.

Kat skolah2 x de banyak pengalaman aku kena buli. Setakat bangun tido dengan muka kena conteng pen maker tu kira biasa2 je. Lepas tutup paip shower raba2 towel, tengok2 dah x de kena sabotaj, terus lari2 masuk dorm sambil alat kemaluan stakat pekup dengan tangan pun kira biasa2 je. Dah smart2 nak pegi skolah, bukak2 pintu, tetiba hujan turun dari baldi pun kira basa2 je walau pun ada hati nak tumbuk dinding kasi ranap satu bangunan. Birthday la konon nya. Pagi tu aku pakai t-shirt dengan seluar traksut pegi skolah tunjuk protes. Aku pedulik hape.

Paling best masa aku blajar kolej kat Kuala Pilah ambik architecture. Umur dah 20thn. Memang dah sedap2 badan dah time tu. Seminggu lepas aku blajar kat situ, tengah syok2 tido, aku kena kejut kan kat satu balaci dalam pukul 12 mlm. Dia cakap brader senior nak jumpa. Aku bangun terus follow itu balaci. Sampai kat bilik senior tu, ada sorang budak tengah buat pusing helikopter. Ada 5~6 orang dok tepi katil. Senior barang kali. Lepas budak tu siap pusing, bangun pun huyung-hayang punya berdiri. Ada sorang mamat sudah kaki kan belakang budak tu sampai tersembam kat lantai kapet. Masing2 dok gelak kan budak tu terjarap pegang kepala pasal pening kepala lebih sakit dari kena tendang. Macam celake. Aku diorang suruh duduk tepi tunggu turn. Dekat 20 minit jugak la tengok adengan menyakit kan hati.

Sampai turn aku, 5~6 orang tadi dok mengadap aku. Ada 2 orang badan besar macam afdlin shauki kat depan aku. Mamat yang dok terajang budak tadi lebih kurang badan aku je. Cuma tegap sikit la dari aku. Budak yang kena terajang tu memang macam budak2 punya badan. x fight langsung. Menurut diorang, budak tadi tu berpunca dari dok selalu borak2 dengan awek dia. Ceh!!! menyumpah seranah dalam hati aku kat mamat tu. Aku buat2 biasa je walau macam nak tumbuk je muka masing2. Diorang pun cuma nak berkenalan dengan aku. Rata2 diorang tu budak dari klumpo sana. Ohoo...ada hati nak buat taik kat negeri aku yek. Diorang belum tau Kuala Pilah ni area kampung aku. Sepupu sepapat sepipit sepusat aku ramai kat sini.

Lepas dari hari tu, aku mula perati kan masing2 punya perangai dan tingkah laku. Tengok kelemahan diorang jugak. Dah macam perisik rusia la kira nya time tu. Aku mula kumpul tag team junior saing2 aku. Senang boleh ber krompomi bila keadaan terdesak. Rata2 ramai x suka dengan mamat senior tadi tu. Saing2 aku pulak ramai yang budak lepas SPM. Aku dan sorang lagi member aku umur 21thn je yang boleh dikatakan brader jugak la kat situ.

Oleh kerana banyak sangat komplen yang aku terima kat kunco2 aku pasal mamat tadi tu, satu hari lepas aku balik dari kampung sepupu aku kat Pilah sana, sepupu2 aku nak kasi gegar kat mamat tadi. Aku mula buat plan kasi buruk2 kan awek mamat tadi kat balaci dia supaya cerita buruk awek dia boleh buat mamat tadi x puas hati kat aku. Memang balaci tu betul2 barua. Aku kena panggil kat senior tu. Tapi aku buat keras kepala suruh senior tu yang datang kat bilik aku. Memang dia datang siap bawak backup dia. Aku x de berapa backup sangat selain kawan aku umur 21thn tu. Dari segi nombor kira 4 lawan 4 la. Dari segi fizikal, memang lembik kitorang kalau dibuat royal rumble.

Masuk2 je kat bilik aku, terus mamat tu hilang akal bergusti dengan aku. x sempat langsung nak maki hamun. Brutal mamat tu. Memang puas hati la one by one. Kitorang di lerai kan pun pasal sorang budak aku dah lari mengadu kat warden. Pecah2 jugak la muka masing2. Lepas suma dah reda, dalam pukul 10mlm lebih, aku menyusup keluar dengan member aku panggil sepupu2 aku. Dalam pukul 3 lebih, kitorang serbu masuk dalam bilik senior tadi. Terkulat2 jugak la diorang tengok orang asing alam bilik diorang. Cemas+cuak pun ada kat muka masing2. Sambil tarik mamat tu kat tengah2 bilik, sepupu2 aku terus bagi penampor sambil brainwash dia kasi warning x buat kacau kat tempat orang lebih2 lagi budak Pilah.

Hahaha...puas hati betul aku lepas tu. Mamat tu pun terus slow dia punya brutal. Lalu depan aku pun angkat2 muka. Lepas kejadian tu, kitorang pun dah macam biasa2. Dah x de puak2. Pada pendapat aku, x sepatut nya belasah teruk2 sangat sampai boleh lumpuh satu badan. Buli biasa2 je dah la. Sekadar kasi lasak2 sikit. Pas tu setiap sekolah kasi tampal semua berita kes2 buli biar pelajar rasa pikir 4~8 kali nak pukul2. Biar diorang tau bahagian mana kasi pukul boleh sampai jadi mati atau lumpuh. Jangan suka2 nak pukul koboi. Mak+ayah pun kena selalu pantau anak2 diorang. Budak klumpo tadi tu pasal mak+ayah dia x pantau punya pasal la tu. Nak mengamuk manjang je. Pasal pompuan belum tentu jadi bini pun nak gaduh2.

22 comments:

soul krasty said...

buli..~ kes ko same ngan kes aku ms kt skolah asrama dulu..kne pukul sbb pompuan..tp aku bkn jenis ske balas dendam..aku lbeh rela hidup dieorang xaman slagi dieorang yg pukul aku tu xmintak maaf ngan aku betol2..

zairi said...

azuwan:
aku pun x de niat nak dendam dengan mamat klumpo tu.tapi aku terasa terpanggil untuk membela kengkawan junior aku yang jadi mangsa mamat tu.bagi aku,selagi mamat atau orang2 macam mamat tu masih bermegah2 dengan status senior nya,selagi buku x bertemu dengaan ruas,sampai bila2 la mamat tu dengan dunia buli nya. yang penting aku buat kat orang yang sepatut nya. hehehe...ok x alasan aku?

hashim habeed said...

Kita dulu dulu pun pernah buli budak2 jugak tapi tak pernah masuk ICU atau Meninggal buli yang bermoral lah katakan... Tetapi sekarang ni dah lain dah bukan buli ni beb ni kira belasah ....

macha_sezs said...

uhuhh..aku pun gagal paham nape ade sampai mati2..

@t00neY r00neY® said...

aku slalu kene buli..
aku xske senior...

aku cume super senior..
muahahaha

zairi said...

hashim habeed:
kat skolah x de pendedahan pasal buli kat pelajar. tu sebab diorang x beringat time belasah2 ni.

macha:
aku pun x paham. diorang x de backup tu yang payah tu.

atune:
aik...super senior pun kena buli?

soul krasty said...

ok..alasan munasabah.hehe..~

roshaizul said...

ganas, ganas

Ahmad Azrin Aziz said...

asas didikkan bermula dari rumah..

buli?

untuk dunia sekarang, itu biasa..

tapi kita perlu berhentikannya.. :)

zairi said...

azuwan:
good... :)

roshaizul:
ganas,ganas

azrin:
macam tiada kemungkinan untuk di hentikan nya...

ab geldofg said...

aku suka cilot

ajako said...

buli tu perlu? Alah, anggaplah itu salam perkenalan abg2 senior. Tp kalau dah tahap menyebabkan kematian tu bukan buli lagi, tu tandanya nak masuk jel. aku x sokong buli membuli, x elok tuuuu

zairi said...

geldof:
cilot tu maksud ko cilok ke?lari dari di buli?

ajako:
buli ada banyak membawa makna.sessi orientasi mula2 masuk IPT tu pun boleh kategori buli gak.kira tu salam perkenalan la tu.simpan telur ayam bawak kulu kilir utk seminggu punya orientasi jangan kasi pecah.kalo pecah dapat denda dari senior2.pun buli gak tu.buli membawa pengajaran.junior kena kasi gunting rambut sampai botak pun buli gak tu.otomatik ada rasa rendah diri pasal dia kena botak kan.itu yang maksud aku buli itu perlu.kalau pukul2 sampai ajak bergaduh macam aku buat tu memang aku pun x sokong gak.

ajako said...

Oooo, tu pasallah ade sorg senior kat kolej ckp kat aku ade senior no. bilik Ali 11 nak jumpe aku mase memula masuk dulu. Aku pegi jugak ke bilik tu siap bagi salam lg, tp x berjawap pon. Alih2 budak lain bgtau bilik tu x berpenghuni sekian lama, antu adelah. (kiranya itu dikategorikan sbg buli, maka aku tlah dibuli tanpa kusedari...)

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

buli...lumrah kehidupan...hehehehe

zairi said...

ajako:
haaa...begitu lah makna disebalik yang lain nya.pandai pun ko menyedari diri mu telah di buli.

akupentoi:
ya betul...dah x memblog lagi ke?x kan dah kering idea kot?apparaa...

gee said...

hmmm..buli org kat tempat keje ada..lagi2 bdk baru..tapi bkn buli yg ganas2 ye..setakat suruh diorang buat keje kita je hehehe

Umie said...

aku cadangkan buat aje kelas Buli mcm kelas PJ tu... bila time kelas Buli je semuanya bebas utk membuli sesape saje tp kalau diluar kelas ada buli2 jugak, boleh ditembak pembuli itu...muahahahahahha

AsyAnis said...

well, good idea of teaching such snob bully yg mcm bagos tu. mmg padan muke die

ab geldofg said...

mari kita buli kera jaan

apek terror said...

le gengstar jugak lu nie eh....

zairi said...

gee:
kat tempat keja aku,budak praktikal slalu kena buli ngan kitorang.slalunya suruh fotostat banyak2.

umie:
ini nak training kasi budak jadi samseng namanya. giler ah...

asyanis:
cara buli aku baru betul kan?

geldof:
slalunya kita yang kena buli balik.

apex terror:
samseng masa muda2 dulu ar...