AKU  DAN  SESUATU

12 November 2008

Aku x peduli sambut tahun baru lagi. Aku sambut tahun baru kategori kalender islam.

Waktu sekolah rendah dulu, bila balik kampung, aku akan terserempak buku komik dari kartunis Lat. Buku tebal bersaiz A3 lah lebih kurang kepunyaan pak cik aku. Satu ketika tu kartunis Lat meng-kartun kan kesah budak sekolah kutip derma untuk tabung Popi. Penuh satu komik tu cerita pasal Popi ni. Sebagai budak belum cukup umur dan baru mengenal erti duniawi, aku x amik port pun apekejadah nya Popi ni. Yang aku pikir diorang kutip derma untuk mengembang kan lagi bisnes tanaman kopi kat Malaysia ni.

Aku heran gak kat sekolah aku x de kecoh pun pasal Popi ni. Mak cik kantin pun x kutip derma untuk beli serbuk kopi. Belajar sejarah pun langsung x ada kaitan ngan kopi.

Tadi aku jenguk blog tukar tiub. Bila dah abis baca, baru lah aku tau ape tu Popi. Rupa2 nya spesis bunga Popi yang menjadi simbol untuk mengingati perang dunia yang lampau.

Hmm..dapat satu maklumat sejarah hari ni. Yang aku confius skang ni, tukar tiub cakap Malaysia memansuh kan hari Elevan November / Sebelas Sebelas / Armistice Day ni?

No comments: