17 July 2009

KITA PENG-YU

Petang tu memang nak balik kampung. Nak bukak puasa ngan famili. Kebiasaan aku kalau nak jalan mana2, yang penting kreta kena berkilat walau bumbung dah mula nampak karat. Penah skali baca tips2 melajukan kereta antara nya kreta kena bersih berkilat dari sebarang habuk tanah. Tu suma point. Memang fakta bukan auta. Tu sebab suma kreta F1 suma kilat manjang. Minyak pun kena cukup2 sampai destinasi je.

Tengahari yang terik memaksa aku kasi upah orang cuci kreta aku. Cuaca ramadhan macam tu kalo basuh kreta, iman boleh cair. Sambil siram kreta, skali siram kat kepala. Air menitik dari kepala bleh skali hirup. Aku x nak perkara macam tu berulang lagi.

Sampai kat car wash, ada lagi 2 kreta nak sampai turn aku. Sambil menunggu kreta aku siap basuh, aku duduk satu port bawah pokok kundang ngan sorang brader. Tunggu kreta siap basuh jugak brader tu. Aku x berapa selera nak borak2 walau brader tu macam nak ajak borak. Aku letih. Tenaga nak kasi simpan kasi drive balik kampung kang.

Dalam tengah mula nak terlena, satu kereta sudah masuk. Bukan untuk kasi cuci kereta. Paking pun sebelah brader yang tengah siram2 kereta aku. 4 kutu keluar. Satu kutu samseng sudah tinggi2 suara kat brader cuci tadi. Badan masing2 bleh tahan la besar dari aku. Ntah apa yang dorang hati panas pun aku tak berapa dapat dengar. Aku pun x kesah sangat. Yang penting brader cuci aku tadi sambil bertekak sambil tangan berjalan bersabun kan kreta aku.

Dalam dok aku perati kan perangai dorang, salah sorang kutu tu macam aku kenal je perwatakan dia. "jika benar cinta itu butaaa...buta kah mata kuuu..." tiuw..tiuw..tiuw..(bunyi goreng gitar sila bunyi kan sindri) kutu tu la yang dok goreng lagu spring tadi. Padahal baru 2 minggu lepas aku selisih ngan dia kat bilik air masjid time smayang jumaat.

notamasjid: Betul la cakap orang. Waktu smayang jumaat je kita berbaik2 sesama kita. Lalu depan jemaah pun tunduk sambil hulur salam. Lepas berebut keluar, berebut jugak la perangai sebenar keluar. Hehee..sama la macam aku..

8 comments:

dkama said...

yES bro. kita peng-yu...PEACE..

nuyuljana said...

"Air menitik dari kepala bleh skali hirup. Aku x nak perkara macam tu berulang lagi." - zairi

hahaha.

kantoi.

ni puasa yang2 yok!

miss oren said...

ko ni tua2 pun main hirup air time cuci kete ke?memalukan je ngn bebudak..muahaha

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

manusia ada mcm2 perangai..

ajako said...

wiuh, tu samseng beriman tu namanya...dia berfungsi sbg moderator kpd kawannya yg tiga org lagik tu...

halym said...

hirup air tu puasa tahun lepas ke doploh taon lepass? ekeke

ez said...

hehehhe..minum air curi2 ek..

zairi said...

dkama:
x nak jadi sohcai..

nuyul:
alaa..ari ni puasa separuh, besok separuh dah jadi satu paruh.hahaa..

oren:
wei!!! ni citer zaman jahiliah dulu arr...

pentoi:
lain orang lain ragam. rambut sama hitam, hati lain2. tapi skang rambut dah boleh tukar2 kaler. hahaa..

ajako:
moderator la kira nya. berdiri sambil silang tangan kat dada.

halym:
doploh taon lepas woo..hahaa..

ez:
basah2 kan bibir je. ntah cemana bleh tertelah ntah..