16 November 2009

ape lobang kena tutup lobang?

Kengkadang aku x suka keadaan opis yang mirip ke jualan hebat pasar raya giant. Tapi kalo selalu sangat dorang tinggal kan meja dorang kosong sambil masuk meeting secara berjemaah, opis ni dah mirip ke kawasan perkuburan. Sunyi. Walaupun yang tinggal ngan aku saing2 draftman macam aku ngan amoi2 berskirt singkat tayang peha, kalo otak aku dah kata bosan, aku mesti kena turun jugak pekena kantin.

Sambil oder teh-o panas, kelihatan en.kerol skali ada kat kantin. Aku duduk sebelah dia memandangkan kat kantin tu ada kitorang be-dua je. Kang nak duduk asing2 kang, x sedap ati pulak. Sambil hirup teh-o panas, en.kerol memecah kesunyian.

kerol: "sial sangat ke muka aku ni?"

Sipi2 aku nak tesedak. Ape punya soal ni? Nak jawab ye, kang x pasal2 kena tikam ngan garpu plak memandang kan dia tengah sedap makan maggi goreng bersudu garpu. Nak jawab x, kekadang memang macam sial jugak dia ni. Datang mood islam dia, sikit2 kesah surau la, masjid la. Datang mood iblis dia, asal nampak amoi sales girl skirt pendek, abis dia citer sampai ke telanjang. Oleh sebab aku keturunan set2 adat perpatih, aku kena jawab berlapis.

aku: "apehal kes ko tanya macam ni?"

kerol: "manjang kena kencing je aku ni!"

aku: "anak ko kuat kencing malam ke?"

kerol: "bukan kencing malam!! kena tipulah!!

Elehh..sikit2 nak marah. Aku saje je buat2 x paham. Cakap kena tipu kan senang. Suka sangat guna bahasa seni. Tapi nak design gambar tangki air pun suruh aku jugak.

aku: "sape yang tipu ko? pasal apa?"

kerol: "ada la mamat tu. Janji nak bayar hutang kat aku ari ni. Tapi dari smalam x datang keja. Call2 x angkat. Nak pegi gegar rumah dia jauh la pulak. Kalo ikut kan hati panas ni, lama dah bini dia aku ngorat."

Laa..apa citer ni? Kejap pasal hutang. Kejap pasal bini orang. Nasib baik dia citer pasal bini orang lain. Kalo pasal bini aku, time tu jugak aku simbah teh-o panas aku ni dalam lubang telinga dia.

aku: "brapa dia hutang kat ko?"

kerol: "x banyak la. 2 rat je. Tapi duit tu memang aku bajek dia bayar ari ni pasal aku dah setting untuk ke lain. Kalo dah jadi macam ni, susah la aku. Ingat kan nak tolong kawan. Pantang betul la kalo orang x kota janji ni." luah kerol sambil hentak sudu garpu dalam pinggan.

aku: "Alaa..ko ni ngan kengkawan pun nak bekira. Mana tau dia betul2 ada problem. Nyorok dari budak 3 line ke pasal x bayar kereta?" Aku cuba mula nak menyedap kan citer.

kerol: "eh, mana boleh!! Aku nak bayar hutang kat ah goh. Ko tau2 je la cina tu. Mau dia upah samseng pukul aku nanti."

Laa...berhutang jugak dia ni. Terus aku buat2 ada call masuk. Kang x pasal2 dia nak berutang ngan aku plak kang. Aku ni cepat simpati ngan orang.

aku: "ha? ape dia? nak password aku? palotak ko!! kejap2 aku naik atas skang."

12 comments:

macha_sezs said...

hahaha.

licik juga tektik brader ni nak pinjam duit lu.

miss oren said...

sampai bila la nak tertutup lobang tu kalau asyik gali sana gali sini..neway, taktik ko sangat jalang la buat2 ada call camtu..muahaha

ajako said...

yeah, inche zairi skali lagi mengajar kita tips mengelak drp dikencingi oleh kengkawan, apa? ada call masuk? terel, mmg terel...

soul krasty said...

taktik berkesan..ingat lobang ape tadi.

@tune® said...

drama siut ko nih...

takut die pinjam duit ko ke??
tu yg ko larik??

***nak address...nk anta walimatulurus....
email:ladyfugly@gmail.com

thanx ya...

kekwa22 said...

salam ziarah.

errmm paling sy suke.. ayat yang paling last.. misi menyelamatkan diri..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

slamat raye aji.

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

slamat raye aji.

MeLLmeRaH said...

suke taktik ko...

super mokh said...

bro..tiap kali baca lu punya cita mesti air mata gua keluar..memang sempoi..

zairi said...

macha:
banyak kali adah aku tekena perangai2 macam ni.jahanam betul!!

oren:
hahaha...brader tu lagi jalang buat tektik macam tu.

ajako:
tips ni memang bekesan.walau pon brader tu bleh ulang balik tujuan murni dia tadi,kita still bleh ulangi teknik2 yang kita guna tadi.tapi pastikan kita tau bodilanguage dia nak mintak pinjam duit.jangan plak dia nak begitau bos nak jumpa kasi bonus, korang buat2 angkat tepon plak.

azuwan:
gali lobang totop lobang la weii..

atune:
drama kena ada bila masuk bab macam ni.

kekwa:
student2 la yang paling penting guna teori macam ni.

salam kenal.

pentoi:
slamat raya aji jugak kat walau gua balas komen ni dah lepas raya.

mellmerah:
hahaa..

super mokh:
erk!!ko jangan memain.mana punya super mokh ni?bukan dah arwah ke super mokh tu?

kekwa22 said...

salam ziarah..

hehhe setahun sekali tak per makan beria2 hahhaha..

donlot guna streamy... biasa kalo donlot movie guna torrent jer.. carik kat piratebay..

tapi yang banyak2 tu sedut dari opismate... hehhehe