10 November 2009

x pakai penalti pun bleh menang jugak

Spirit samseng yang aku pupuk dari seminggu awal final game bola sabtu lepas x berapa menjadi. Dorang x respek langsung ngan boot doc mart yang aku pinjam pakai tu. Itu boot penah singgah tepat kat kepala 4~5 kutu punk sekitar 90an dulu. Sepupu aku yang citer. Kalo dia sekadar tambah garam, itu dia punya pasal. Tapi sejak nak akhir zaman ni, sejak kluar dari pemulihan akhlak 8thn lepas, ada kelihatan celak kat mata dia. Sama ada layan ghotic atau dah masuk tabligh barangkali. Yang penting makcik aku gembira anak dia dah pandai menghormati sesama insan.

Final itu hari dah membuktikan kalau stakat penyokong datang sampai berkapal2, tapi player main malu2 pun x guna jugak. Nak citer pasal keburukan fan club kelantan pun dah naik malu di buat nya. Kang citer lebih2 kang, aku pun melayu jugak. Aku datang opis smalam naik rimas nak menjawab soalan dari puak2 cina opis aku ni. Sape nak jawab wei?? Haih..

Sampai stadium sana dah dekat pukul 7.30mlm. Kat tol sungai besi lagi dah jammed sepanjang hayat. Mana2 driver x pakai jersi bola suma kena ketepi untuk bagi laluan kat kreta2+bas2 yang sangkut bendera negeri sembilan tepi tingkap. Kat stadium masing2 berebut macam cipan masuk stadium sambil x ingat maghrib. Mana2 makwe ikut bf, dipaksa rela kena sondol kat bf masing2 daripada kena sondol kat bf ntah sapa.

Berikut adalah fakta kejadian..:

1. Dalam berita begitau ada 1500 polis siap sedia kawal pintu masuk. Siap bagi jamin sekor pun x kasi lepas dapat bawak mercun. Hak..tui!! 3 ekor je polis kat pintu tu. Itu pun tersengih2 takut kena siku. Yang lain sibuk main mesej.

2. Dalam stadium bleh beli macam2. Air mineral cap badak pun ada. Aku sempat beli berger. Plastik boleh campak merata2.

3. Ciss!! mana ada lipas?

4. Tiket khas untuk penyokong negeri sembilan dah kena rembat kat penyokong kelantan. Tu pasal suku stadium tu je kaler kuning. Kat luar sana ramai lagi x dapat masuk kena anak tiri.

5. Dah serupa kat baghdad pun ada. Bom sana, api sini, berasap sana, tebarai sini.

6. Costum basah abis. Perasan gak 3~4 makwe snap alur spenda. Macam2 perangai makwe sekarang ni.

7. Tempat duduk dekat sangat ngan penyokong kelantan. 2nd gol penyokong kelantan ramai2 merajuk kena ejek suruh balik. Eleh...sikit2 nak terasa. Terasa2 jugak. Air mineral tu buat bekal nak balik kelantan. Bukan baling kat kepala aku.

8. Suruh balik x nak balik. Sempat lagi buat babi-Q kat celah2 kerusi. Jemput skali pun x dak.

9. Balik x de yang cedera parah. Sampai rumah 3 pagi. Sempat lagi berembat kat highway. Tapi apsal wiper aerodinamik cermin blakang kereta sukan aku kena rembat?

10. Tok nik aziz cakap, perangai ni suma bleh settle kalo kasi tukar 'main bola' ke 'riadah bola'. Renung2 kan..dan selamat beramal..

9 comments:

macha_sezs said...

no3,

lipas pun takut nak keluar tengok manusia ganas sangat.

pada aku,
memalukan.

halym said...

ada latihan BOMBA padam kebakaran ke?

ajako said...

anggaran kerosakan stadium bukit jalil rm214,000.00. sapa nak bayar ni? x paham, x paham. tahniahlah kat N9, korang mmg sopan dan layak menang...lipas takut keluarlah, byk asap...

miss oren said...

sepanjang tengok game tu aku maki je banyak..geram ngn perangai sesetengah penyokong kelantan yg macam x berapa nak bertamadun..tahniah ns menang

@tune® said...

kang kalau aku cakap bangang kang marah derang nih...

aku xckp bangang lg kn??

Hashim said...

hek Ales ... FAM yang besar besarkan cerita kerugian sampai ratusan ribu ... sebenarnya sekadar 2-3 biji kerusi plastic baru seratus ringit je...

ez said...

emm..bkn nak kata apela..masing2 da besau kan..bleh pk kan..ikut nafsu n marah,jadi mcm ni la..sape yg untung?xda kan..rugi adala..amat sedih gak la tgk sikap penonton aritu..

nuyuljana said...

pasal bola pun nak main bakar2.

nampak sangat tak matang.

susah betul kalau org obses ngan bola.

zairi said...

macha:
memang memalukan. nak buat cmana dah? dah perangai orang macam tu. kalo kambing bleh jugak sembelih buat lauk.

halym:
dorang tengah buat prektikal.

ajako:
pergh..banyak jugak kena bayar. ntah temasuk upah makcik tukang sapu luar stadium ntah tidak tu.

oren:
ko patut elak kan lepas ni suka tengok bola. x manis anak dara suka maki hamun. hehee...

atun:
err...belum ke?

hashim:
wuih...sebenar nya dekat 8~9 bijik jugak woo. jiran2 krusi tu pun kena tempias api jugak. syiling pon dorang pecah kan masa tu. tapi besa la...duit punya pasal dorang pun nak makap jugak.

ez:
macam2 dah orang dok mengata. sampai ada suruh hapus kan game bola kat malaysia ni. main pun x sampai kemana. kecoh je lebih.

nuyul:
macam aku cakap tu la. dorang buat bb-q x ajak aku.