Se-menjak2 ni dah mula dengar macam2 kes buli. Dari askar mati kena buli sampai la budak sekolah mati pun kena buli. Aku heran, aku sedih dan aku kesian kat mangsa2 yang terbabit. Budak2 politik kat dalam parlimen tu pun dok masih membuli dari dulu sampai skang x sudah2. Buli cara fizikal x sama dengan buli cara saikologi. Saikologi boleh bawak sampai cucu cicit punya dendam. Ahhh...budak2 politik tu harap kan gaya je pakai baju tuxedo turun dari merc. Tapi bodoh piang macam budak x abis sekolah punya perangai. Harkhhh...tuii!!!
Masa aku dok asrama dulu, x la berapa teruk aku kena. Stakat boleh terima dek badan lagi la. Kalau dok asrama x de buli2 ni, x cukup syarat la kira nya. Sebab dari buli tu la kita boleh matang kan fikiran kita, lebih mengenali rakan2 kita, hormat pada yang tua dan yang penting tahu stakat mana kelemahan mental dan fizikal kita selain baru tau kita x la hero dengan adik sendiri je kat rumah tu. Jangan ingat stakat pandai terajang adik je. Rupa2 nya kena terajang sakit jugak.
Kat skolah2 x de banyak pengalaman aku kena buli. Setakat bangun tido dengan muka kena conteng pen maker tu kira biasa2 je. Lepas tutup paip shower raba2 towel, tengok2 dah x de kena sabotaj, terus lari2 masuk dorm sambil alat kemaluan stakat pekup dengan tangan pun kira biasa2 je. Dah smart2 nak pegi skolah, bukak2 pintu, tetiba hujan turun dari baldi pun kira basa2 je walau pun ada hati nak tumbuk dinding kasi ranap satu bangunan. Birthday la konon nya. Pagi tu aku pakai t-shirt dengan seluar traksut pegi skolah tunjuk protes. Aku pedulik hape.
Paling best masa aku blajar kolej kat Kuala Pilah ambik architecture. Umur dah 20thn. Memang dah sedap2 badan dah time tu. Seminggu lepas aku blajar kat situ, tengah syok2 tido, aku kena kejut kan kat satu balaci dalam pukul 12 mlm. Dia cakap brader senior nak jumpa. Aku bangun terus follow itu balaci. Sampai kat bilik senior tu, ada sorang budak tengah buat pusing helikopter. Ada 5~6 orang dok tepi katil. Senior barang kali. Lepas budak tu siap pusing, bangun pun huyung-hayang punya berdiri. Ada sorang mamat sudah kaki kan belakang budak tu sampai tersembam kat lantai kapet. Masing2 dok gelak kan budak tu terjarap pegang kepala pasal pening kepala lebih sakit dari kena tendang. Macam celake. Aku diorang suruh duduk tepi tunggu turn. Dekat 20 minit jugak la tengok adengan menyakit kan hati.
Sampai turn aku, 5~6 orang tadi dok mengadap aku. Ada 2 orang badan besar macam afdlin shauki kat depan aku. Mamat yang dok terajang budak tadi lebih kurang badan aku je. Cuma tegap sikit la dari aku. Budak yang kena terajang tu memang macam budak2 punya badan. x fight langsung. Menurut diorang, budak tadi tu berpunca dari dok selalu borak2 dengan awek dia. Ceh!!! menyumpah seranah dalam hati aku kat mamat tu. Aku buat2 biasa je walau macam nak tumbuk je muka masing2. Diorang pun cuma nak berkenalan dengan aku. Rata2 diorang tu budak dari klumpo sana. Ohoo...ada hati nak buat taik kat negeri aku yek. Diorang belum tau Kuala Pilah ni area kampung aku. Sepupu sepapat sepipit sepusat aku ramai kat sini.
Lepas dari hari tu, aku mula perati kan masing2 punya perangai dan tingkah laku. Tengok kelemahan diorang jugak. Dah macam perisik rusia la kira nya time tu. Aku mula kumpul tag team junior saing2 aku. Senang boleh ber krompomi bila keadaan terdesak. Rata2 ramai x suka dengan mamat senior tadi tu. Saing2 aku pulak ramai yang budak lepas SPM. Aku dan sorang lagi member aku umur 21thn je yang boleh dikatakan brader jugak la kat situ.
Oleh kerana banyak sangat komplen yang aku terima kat kunco2 aku pasal mamat tadi tu, satu hari lepas aku balik dari kampung sepupu aku kat Pilah sana, sepupu2 aku nak kasi gegar kat mamat tadi. Aku mula buat plan kasi buruk2 kan awek mamat tadi kat balaci dia supaya cerita buruk awek dia boleh buat mamat tadi x puas hati kat aku. Memang balaci tu betul2 barua. Aku kena panggil kat senior tu. Tapi aku buat keras kepala suruh senior tu yang datang kat bilik aku. Memang dia datang siap bawak backup dia. Aku x de berapa backup sangat selain kawan aku umur 21thn tu. Dari segi nombor kira 4 lawan 4 la. Dari segi fizikal, memang lembik kitorang kalau dibuat royal rumble.
Masuk2 je kat bilik aku, terus mamat tu hilang akal bergusti dengan aku. x sempat langsung nak maki hamun. Brutal mamat tu. Memang puas hati la one by one. Kitorang di lerai kan pun pasal sorang budak aku dah lari mengadu kat warden. Pecah2 jugak la muka masing2. Lepas suma dah reda, dalam pukul 10mlm lebih, aku menyusup keluar dengan member aku panggil sepupu2 aku. Dalam pukul 3 lebih, kitorang serbu masuk dalam bilik senior tadi. Terkulat2 jugak la diorang tengok orang asing alam bilik diorang. Cemas+cuak pun ada kat muka masing2. Sambil tarik mamat tu kat tengah2 bilik, sepupu2 aku terus bagi penampor sambil brainwash dia kasi warning x buat kacau kat tempat orang lebih2 lagi budak Pilah.
Hahaha...puas hati betul aku lepas tu. Mamat tu pun terus slow dia punya brutal. Lalu depan aku pun angkat2 muka. Lepas kejadian tu, kitorang pun dah macam biasa2. Dah x de puak2. Pada pendapat aku, x sepatut nya belasah teruk2 sangat sampai boleh lumpuh satu badan. Buli biasa2 je dah la. Sekadar kasi lasak2 sikit. Pas tu setiap sekolah kasi tampal semua berita kes2 buli biar pelajar rasa pikir 4~8 kali nak pukul2. Biar diorang tau bahagian mana kasi pukul boleh sampai jadi mati atau lumpuh. Jangan suka2 nak pukul koboi. Mak+ayah pun kena selalu pantau anak2 diorang. Budak klumpo tadi tu pasal mak+ayah dia x pantau punya pasal la tu. Nak mengamuk manjang je. Pasal pompuan belum tentu jadi bini pun nak gaduh2.