AKU  DAN  SESUATU

15 April 2009

Dah 4 hari aku x jenguk blog kengkawan. Rasa lain macam. Rasa dah mula nak menyombong pun ada. Semua nya pasal sorang mamat bangla ahad lepas.

Ahad lepas balik dari melawat mak aku kat sekolah yayasan dia (x layak panggil pondok), singgah kejap makan malam kat area nilai sana. Sambil mencekik, datang sorang pengedar dvd movie dari meja ke meja. Dalam otak aku cuma nak movie fast&furiuos 4 yang belum ada lagi pirate dvd copy kat senawang ni. Aku memang penyokong cetak rompak. Pedulik apa aku kalau orang kerajaan nak marah. Cakap lebih nak hapus kan cetak rompak. Tapi makan rasuah dari tokei cd. Ini tokei kedai tu yang begitau aku. Bukan aku yang cakap ok. So,..HIDUP CETAK ROMPAAAKK!!!...hahaha... (gelak penjahat)

Time dia singgah kat meja makan aku, aku kasi sergah kasar2 sikit kasi dia bagi layan bagus untuk aku. Bangla ni x bleh kasi muka sangat.

aku: "fast&furious baru ada? dvd copy punya. x mau wayang copy punya ha!!?"
bangla: "ada..ada.." sambil hulur kat aku itu dvd.

Aku jadi teruja. Terus aku hulur rm8 kat dia. Aku pikir mungkin dvd copy belum sampai kat senawang sana. On the way barang kali baru sampai kat labu kasi edar sikit2 atau kantoi kat roadblok. Ahh..aku pun x tau cemana diorang punya kerja cetak rompak ni. Lambat sangat buat kerja.

****************************************************************************

Sampai rumah, aku terpaksa pakai laptop untuk tengok fast&furious. TV awal2 wife aku dah booking nak tengok konsert AF yang x de masa depan tu. Puas jugak bertekak dalam kreta tadi rebut kan TV. Memang gampang betul AF ni. Aku terpaksa mengalah kat wife aku pasal tu je la wife aku yang aku ada. Tapi, segampang2 AF tu, gampang lagi banggla tadi. Kepala aku mula ada bau hancing. Hati aku jadi panas. Rasa nak carik je bangla tu malam tu jugak. Terpaksa aku layan kan je dvd wayang copy tu sampai tido. Dalam mimpi aku nampak bangla tadi tengah tabur2 duit sambil gelak besar. Cilakak punya bangla.

****************************************************************************

Disebab kan rm8 aku dah hangus, aku sibuk cari blog yang kasi single link untuk donlod movie. Rata2 budak M'sia buat suma letak sampai 10~20 link untuk kasi donlod movie. Punya banyak nak kena donlod. Kengkadang tu dah abis donlod, x match ngan pasword yang dia kasi. Buang masa pun ada, rasa nak ongbak kan komputer opis tu ada.

2 hari punya cari, hati aku jadi girang. Bulan2 aku dah boleh jimat untuk beli movie. Tokei movie tu mesti rindu kan duit aku tiap2 bulan. Pi mampos sama dia. Maka dengan bangga nya, aku edar kan web page paling sesuai untuk orang2 yang x de melanggan internet kat rumah dan rasa2 ada berani x shut-down komputer opis sampai 24jam. Hari2 owner ni update movie baru. Dan hari2 jugak aku donlod free. Skang ni aku tengah sibuk nak study cemana nak tambah subtitle kat movie tu. Giler payah...

Aku lebih teruja citer samseng2 ni. Green Street Hooligans 2. Part 1 punya pun lagi best. Korang pegi kat web-site ni kasi donlod. Cuma korang perlu taip citer movie tu dengan betul je. Ni baru betul2 samseng bola. x macam samseng buat rusuhan macam sial kat kelantan sana tu.

Kalau korang minat makan kerepek free pulak, korang bleh pegi kat web-site ni.

Korang cuma donlod je gambar yang ada kat page tu. Kompom ada kat sebelah korang time tengah tido malam kang. Pagi besok dah boleh bawak sarapan. Hahaha...Best beb. Bukan senang nak dapat kerepek free.

17 comments:

nuyuljana said...

yeay!
aku first!
pesal mahal gilew dvd kt nilai?
aku beli rm4 jew kt jb..

:D

Umie said...

wah kapten lanun sudah mendedahkan identiti ye... ehh,kat opis laki aku pung bole donlod movie free..mmg best arr.. aku bukan xnak sokong kempen anti cetak rompak tp sbb ekonomi skrg nie tak mewajarkan aku beli benda mahal2...amik yg murah aje..kualiti lebih kurang je kan...hohohoho

A said...

"x macam samseng buat rusuhan macam sial kat kelantan sana tu."

:)

roshaizul said...

huhuhuhu, tq bro, kasi promo kat kerepeksedap.com

kalau kau nak kerepek free, bagi details ko ke info(at)kerepeksedap(dot)com. atau ko boleh msg aku 019-7223166

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

huh..ko dah jadi kepala lanun plak...

macha_sezs said...

bro. apsal link ko tu?
aku bace entry ko dengan adik aku tau...............

fast and furious baru kua..tak sampai sebulan..
imposible nak ade dvdrip bro..paling latest pon TS.

sila besabar.
juga sila betulkan link anda kalau salah.

Firol said...

takkan le cepat sangat dah kuar dvd FnF 4.....memang bangla tahap kencing berdiri betul

zairi said...

nuyul:
rm4 tu kira murah dah tu kalau dvd copy.kat senawang ni giler mahal sampai rm10.adik aku study kat perak,dia bleh dapat rm2.lagi murah giler.

umie:
aku sokong ko.alasan ko memang macam aku.kita kena jimat cermat betul?

azrin:
:)

roshaizul:
hahaha...moga berjaya bro.

pentoi:
kengkadang kita kena ikut perangai lanun gak.tapi ni lanun baik punya.ni nama nya lanun nak mengajar orang kerajaan jadi lebih bagus buat kerja.ko x sokong aku ke?hehehe...

macha:
mula2 tu memang aku pikir macam ko gak perkara yg mustahil tu.tapi bangla tu punya body language buat aku betul2 caya kat dia.memang idup2 aku kena kenceng.

aku dah betul kan link tu.skali silap tapi daaa...

firol:
jangan bangla tu jumpa aku je kat mana2.memang berpusing la kepala bangla tu aku kerjakan.

tapi kat link yg aku bagi tu,dah bleh donlod ori punya.

Anonymous said...

hehe bangla tu tak faham pon 'wayang copy' tu ape kot...
yg dia faham bro nak beli... :p

Anonymous said...

peh...layan ar . dah lama gak cari , dapat kurangkan kos tgk wayang . jimat beb.

jiwa sifar said...

ko mkn kt area inti kolej ke?haha..ctu mmg area penjaja cetak rompak.8 hengget baek ko tgk wayang kt MBO dkt ngan terminal one..aku br pas tgk FnF 4..

@tune® said...

hidup alam maya la lu!!

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

aku la penyokong kuat ko...janji ko rasuah aku dvd lanun baik pny...aku nak yg full hd!

oi jom turun k.l....jumpa kengkwn..

apek terror said...

peh gua nk kerepek peda ubinya...mimpi lain la...

a.b geldofg said...

HARAM MUKUMNYA KALAU TK MLAWAT BLOG KAWAN2.....


HARAM TAU HUKUMNYA BELI DVD CETAK ROMPAK..


HARAM TAU MKN KREPEK DGN TK OFER KWAN2

eliza said...

terima kasih krna berkongsi web mendonlod muvi...jimat sikit..hehe

zairi said...

manja:
aku rasa macam tu gak la.aku pikir2 balik,aku macam perasan muka blur dia.aku je yang gopoh sangat time tu.padan muka aku.

whitetea:
hahaha...jom kita sama2 banteras original dvd.buang duit je suma tu.

azuwan:
aku makan kat area sri-kotamas.nak tengok wayang dah x bleh dah skang.anak kecik lagi.kang x sempat separuh wayang,dah kena ajak balik.

atun:
yeah...barkaaat...slamaaat...

pentoi:
aku dah bagi website tu dah kira aku dah rasuah dvd lanun la tu kan.baik x aku?

KL?aku cuak siot turun kl.sblom ni belum sempat aku nak jumpa sorang awek blogger,siang2 dah kena pow kat kutu.haruuuu...

apek:
lu kena iklas nak mimpi kerepek.lu x iklas tu sebab la mimpi ke lain.cuba lagi lepas ni.hahaha...

geldof:
yelaa..yelaa..mintak ampun...

gua dah stop beli dah..gua donlod je lepas ni...

gua dah ajak dah wei...

eliza:
hahaha...sama2 la kita jimat kan duit.