08 April 2009

Walau korang merusuh cemanapun, Malaysia tetap x duduk dalam top 10 ranking bola sepak dunia sampai kiamat. PERCAYA lah!!!

Lepas bersalaman+cium+peluk dengan wife&anak aku, aku peratikan diorang sampai hilang dari pandangan mata. Aku masuk balik dalam rumah nak sarapan pagi sebelum pegi keja. Aiseh...aku terpaksa kena goreng telur dadar pasal wife aku x sempat nak sediakan. Aku capai kuali+taruk minyak secukup rasa sambil menunggu minyak panas, aku ketuk2 telur dalam mangkuk kasi ada banyak buih. Lagi banyak buih, lagi gebu hasil telur yang aku masak. Sambil ketuk telur, aku pegi on TV nak tengok berita apa yang menarik kali ni.

Darah aku mula menyirap lepas tengok penyokong fanatik kelantan buat rusuhan kat stadium sana. Kejap gambar tunjuk keeper meluru kat tengah padang sambil masing2 dok menahan dia dari pegi bertumbuk, kejap gambar tunjuk mamat x abis sekolah dok baling bom botol kat trak askar kasi bakar. Apa punya bangang la diorang skang ni. x cukup buat demonstasi kat jalan raya, bergaduh pulak kat parlimen main terajang2. Skang ni siap bakar2 pulak pasal tengok bola yang ntah mana arah tujuan nya pulak kali ni. Melayu dengan melayu pulak tu. Dah macam kat negara india sana pulak perangai diorang skang. Malaysia x perlu buat rusuhan sampai macam tu skali untuk minat bola sepak punya pasal. FC leverpool sana tu lain cerita la. Dah memang diorang hidup mati ngan bola. Diorang bertumbuk+bunuh2 pun memang berbaloi pasal diorang memang top rangking kat dunia ni. Kalau berita ni sampai kat budak leverpool umur 10 thn kat sana pun dia buat muka menganjing pasal x penah dengar team kelantan vs negeri sembilan malam tadi.

Tengah aku layan keliru sambil ketuk2 telur, aku perati kuali dah berasap petanda minyak pun dah hati panas. Sebelum jirus telur dalam kuali, aku bukak uniform keja aku pasal x nak melekat bau telur goreng kat baju aku. Fikiran aku masih lagi layan x puas hati kat penyokong kelantan tu. Diorang pegi bakar trak polis tu pon hasil dari duit diorang jugak. Duit rakyat. Duit aku jugak. Apa kena mengena trak tu ngan bola sepak? Trak polis tu x sambut bola dalam gawang gol ke?

Sambil makan sarapan, aku call kawan aku yang si-pengkritik bola sepak. Pung pang pung pang dia punya cerita dari A~Z. Yang aku tau keeper kelantan x puas hati kat zakuan. Kena tumbuk jugak la si zakuan tu. Keeper kelantan tu memang banyak kontraversi lagi pun dia oldtimer mesti la tunjuk bagus pada player2 muda. Samseng runcit2 je tu. 18hb ni diorang pulak turun N9. x tau kereta sape pulak kena pecah kali ni kat luar stadium.

Tiba2 jantung aku dah berderau. Lagi 10min nak pukul 8. x sempat nak cakap bye pun kat kawan aku tu terus off je phone. Aku kucar kacir campak pinggan dalam sinki. Tangan pun x bersabun terus capai sweater+helmet+off TV. Lock off suma grill, terus aku menggila bawak moto pecut pegi keja. Pagar pun x sempat nak kunci. Kali ni sistem lampu isyarat memang baik budi pekerti nya. Timing yang cukup bagus untuk hari ini. Besok buat skali lagi jangan harap boleh dapat.

Ngam2 kat depan guard, siren pun bunyi. Maka sempat lagi nak punch nombor kaler hitam. Lepas punch, dengan hati masih berkecamuk aku paking moto sambil bukak helmet. x sempat2 rasa nak pegi google kesah malam tadi kat forum. Kali ni aku bukak sweater ada rasa sejuk lain macam x macam selalu punya nyaman. Baru angkat separuh badan, aku perasan dalam sweater aku cuma ada kulit badan. Aku x jadi bukak sweater aku. Aku pandang keliling kalau2 ada awek sedang berkejaran ke arah aku sambil bukak skirt perasan type badan aku. Cemana aku bleh x perasan nak sarung uniform sebelum pakai sweater tadi? Sape aku nak salah kan ni?

25 comments:

ajako said...

inche zairi: sape lagi ko nak salahkan kalau bukan penyokong fanatik kelantan tu, dorang bukan takat anti kat owang negri ko yg dtg ke stadium jer, yg dok mengutuk dlm blog pon tekene tempiasnye tau, heeee serem aku.

Ahmad Azrin Aziz said...

gua budok klate..

zairi said...

ajako & azrin:
aku x salah kan diorang yang dok sokong player malaysia.bagi aku diorang nak naik kan semangat para2 player untuk lebih maju walaupun masih belum nampak maju.tapi aku kutuk abis2 an pada diorang yang dok buat rusuhan tu.itu bukan jalan penyelesaian.nak memburukan keadaan lagi adala...besok2 sape yang dok bersih kan kawasan tu kalau bukan majlis perbandaran yang bangsa melayu jugak? pada azrin,aku tau ko budak kelantan.tapi aku x kutuk pada semua budak2 kelantan termasuk ko.aku hormat ko sebagai rakan blogger aku.tapi kalau ko jugak termasuk dalam golongan yang aku kutuk tu,aku harap ko paham2 je la...kita kawan x mau lawan ok.pis no war azrin...

roshaizul said...

kalau kau tak goreng telur pasti ko beruniform apabila tiba di tempat kerja

zairi said...

roshaizul:
hahaha...baru aku perasan masalah tu...

eliza said...

ko sngaja x mo pakai uniform kan..

n a r d indie winkie said...

nasib baik bukan peminat bola. kalo tak mesti dah jadi camtu. uniform pon leh lupa pakai. hehe..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

halim napi blasah zakuan sebab budak tu baik punya pacak satu jari kasi..
sesama biul..

apesal lu tak tapau je telur tu?

zairi said...

eliza:
wei..memang lupa betul ar..kitorang x leh masuk kawasan keja kalau x pakai uniform.aku pura2 buat demam sejuk sambil peluk badan lintas depan guard.sampai tengahari.

nard:
jiwa kacau memang bleh jadi camtu..memikir kan masaalah negara.hehee...

pentoi:
apadahal dengan jari..dia angkat satu,balas kasi 2 jari sama dia ar..x puas hati lagi?pusing belakang,kasi londeh tayang jubo tunjuk kat zakuan.abis cerita.hahaha...

telur x leh tapau.kalau tapau,dah kira ada 3 telur...hehee...

Axl said...

wakakakakaka..
muahahahahah..

itu je yang sanggup aku tulih..

soul krasty said...

si Halim tu kan bela lembu...tu perangai terikut macam lembu..bodong..tapi Liverpool kalah 3-1 ngan Chelsea..tak berbaloi aku tahajud dpn astro pg td..

zairi said...

axl rose:
ko gelak kan aku ke ko kutuk aku tu?

azuwan:
kenan lembu halim tu..hahaha...

liverpool makan rasuah wei...

manje said...

kot cite psl bole mmg leh lupe jap hal dunia yg lain eik? tu ar leh lupe pkai bj ye... hehe

> btl ke liverpool mkn rasuah nih? eheh tanya je

soul krasty said...

bukan makan je..minum rasuah pn ade..hehe..

Ahmad Azrin Aziz said...

:)

aya.whitetea said...

nasib baik masa bukak baju tu x der nampak perut bulu-bulu kan . . : ) sakit perut lar gelak .

nuyuljana said...

hahaha..
aku rase bola & telur dadar xde kaitan ngan uniform keje ko..
camne la ko ley terlupa..

aiyark!

*len kali xpyh buka baju bile memasak. bia bau telur dadar.

hehehe..

zairi said...

manje:
kepala kusut kengkadang bleh lupa nombor IC - makan rasuah tu...betul3(ikut slang upin&ipin)hahaha...

azuwan:
memang diorang kuat minum pon.hehee..

azrin:
gua tau lu sempoi...

aya:
bulu kat perut x de.tapi ada kotak2 3 sebelah...hahaha...

@t00neY r00neY® said...

giler sexy!!!
ko ade tutup api dapor gas x?
xbgtau pon?
xterbakar umah ko?

Umie said...

wei..mane mazhab ko pakai nie goreng telur kena naked nih??? walaupun ko pakai uniform tu pun, bau telur tu dah melekat kat kulit ko lah...jd takde maknanye ko pakai uniform ke tidak...hohoho

Rajuna said...

dan
main bola adalah tidak macho!

a.b geldofg said...

itulah hebatnya kelate....
darah siam terus mgalir

zairi said...

atun:
hahaha..kena cakap gak eh?

umie:
melekat kat baju lagi kuat dia punya bau wei. bau minyak. aku dah buat xperimen tu dah.

rajuna:
dan x senonoh serta pendek akal.

geldof:
hari2 layan ongbak tu.hahaha...

aya.whitetea said...

kalau mmg melekat bau tu ...baik encik zairi mandi - sembur deoderant -pakai bju balik. kan wangi tu

zairi said...

x sempat mandi dah.nak ke keja dah time tu.kalau sempat, jangan kata mandi je, baju pun kasi sembur febrez.hahaha...