11 June 2009

Macam2 perangai dalam beberapa minggu ni yang buat aku macam rasa x berapa nak blah.

1)
Dah 2 minggu berturut2 aku buat keja pakai earphone pasang lagu search. 1hb 8 ni memang x payah amy tu risau kan pasal x hafal lirik. Adik aku balik2 dari cuti sem. pun terjerumus pasang lagu search. Padahal bersepah sluar skinny dalam bilik. Tapi memang cilakak!! Baru nak tempah tiket, baru dia begitau 1hb 8 ni dia kena balik skolah. Baru sekarang dia beritau aku? Yang hari2 aku dok menghafaz lagu search ni nak buat apa? Mak aku pulak suruh aku bawak satu famili pegi menghantar dia. Aku pasrah...Jiwa parah...Adik aku berseringai je kat sebelah.

Jadi, aku terpaksa bersikap positif. Setidak2 nya,aku terlepas dari dosa2. Nama baik mak aku pun nak kena jaga jugak. x ke buruk perangai mak aku mengaji kat skolah, anak2 pegi menyalak tengok konsert.

2)
Baru2 ni amoi yang ketiak bau cipan tu pun dah berenti keja. Pun cilakak jugak dia tu. Kompeni hantar pegi singapore 2 bulan suruh jaga site. Tapi dia dah dapat keja lain kat sana. Aku syak itu cuma agenda dari bos aku. Mungkin dia pun dah x dapat nak tahan napas. Sampai jauh singapore sana dia campak itu amoi. Lepas 2 minggu dia keja kat tempat aku ni, hidung aku dah mula serasi ngan bau dia. Sembang pun dah makin mesra. Tapi belum sempat dak bermesra2'an, dia dah berenti.

x pe. Itu pun aku kena terima secara positif.

3)
Skang ni plak, dah x de towel merah bersidai kat tepi pagar rumah. Maka, dah x de hangit bau towel x basuh. Mamat2 bujang tu dah tukar pada mamat2 bujang yang cukup sifat rajin nya. Baru 2 hari masuk, dah siap tukar cat rumah. Lalang2 blakang rumah sama tinggi pintu dapur pun dah kasi tebas habis. Peramah pun boleh tahan. Tapi yang aku x berapa nak blah, anak2 dara jiran baru sebelah kanan ni plak, suka sangat sidai suma baju lepas basuh dia kat pagar. Kalau tengok tang jauh dah macam rumah kongsi pun ada. x kesah la. Itu korang punya pasal. Kalau bakal mak mertua tolak pinangan jangan pandai2 nak tanya kenapa. Pasal nya, dengan bra sama spenda pun skali sangkut pakai hanger kat depan rumah. Dorang ingat aku yang dah kawen ni dah cukup nafsu ke?

4)
Hari ni 1st time kompeni aku kena audit. Sblom2 ni cuma internal audit. Kitorang2 je yang audit department masing2. Kali ni baru betul2 orang iso sendiri yang audit. Hati aku berdebar2. Berdebar2 sama macam tengah ambik lesen memandu. Takut x cukup markah sama takut dengan x dapat jawab dari auditor. Kecewa kena ulang ambik lesen sama kecewa kalau kena ncr. Malu pun ada woo... Tapi skang ni audit pun dah abis. Sekor pun x datang nak audit aku. Hahaha...Apejadah nya nak audit draftman? Drawing tu stakat boleh tengok je. Nak soal lebih2 pi tanya designer la.

5)
Itu hari aku masuk hospital pasal demam lepas pegi kenduri kawen sepupu aku. Skarang el-nino tau x? Dia punya panas boleh kasi aku demam sampai 2 hari x bangun2. Itu baru el-nino. Belum api neraka lagi. Wife aku dah cuak sampai hantar aku kat spital seremban. Sampai spital, aku suruh dorang balik pasal aku x nak kuman2 spital melompat kat anak aku. Tapi aku memang x puas hati dengan layanan spital kerajaan ni. Muka aku ni ada iras2 suka ulang alik pegi london ke sampai aku kena kurung dalam bilik kaca sampai seploh orang?
"kamu ada baru balik dari oversea x?"..."saya keja kampung je. rumah pun buat sendiri je encik" tetap dorang x percaya tipu helah aku. Kesudahan nya, sorang apek sudah sangkut kuman babi. Padan muka. Sapa suruh makan babi. Meraung2 dia punya raung.

13 comments:

nuyuljana said...

hahaha.

skali update 2 minggu punya cerita daa..

bagus la ko da xde hirup udara2 kotor lagi.

semoga cepat sembuh.

:)

IdaAnuar said...

demam erk...patut lah dah lama ilang.akak suka part selsemam babi tu...ko negatif ke postif

@tune® said...

1. ko anak yg soleh..insyaAllah..saham kt akhirat tuh..da ade da...kalau g konsert..lu amek saham neraka sket la..

2. huh...punye kuat penangan amoi tuh..sian lu...mesti rindu serindu²nya...

3. maybe bujang² tuh da jadi pondan kot..

4. eleh..audit ISO apela sagt..gua lg macam²..pecah pala lutut kalau xkene gaya!!

5. sib baik lu xberjangkit N1H1...kalau x..cane nk kene samak lu??

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

uh...gua igt lu dah sangkut skali ngan kuman menatang tuh...

macha_sezs said...

welkam beck.
aku ingat dah tak reti2 nak update. heh~

eh.apek cina tu skali sama lu ke dalam itu bilik kaca??

soul krasty said...

ingat kne H1N1..ko letak je lada sulah kt dieorg pny bra+spender..baru dieorg nyesal sangkut2 kt pagar tu.

zairi said...

nuyul:
dah sembuh dah..haha..tq.

idaanuar:
bab ni kena pikir negatif.kalo pikir positif,memang arah ke kubur jawab nya.

atun:
1.tima kasih doa kan aku anak yg soleh..heheee..

2.rindu gua kat bau ketiak dia.hahaa..

3.ori wei..siyes rajin.baik budipekerti.

4.ntah la..iso buat gua trauma ar.

5.kena tukar darah.basuh darah dengan 7 tanah.pastu install balik dalam badan.giler ahh..

pentoi:
ahh..orang spital tu saje je gertak2 gua.

macha:
hehee..update dah.

lu jangan risau,gua normal.cis!!soklan perangkap betul ni.

azuwan:
risau siut nak dekat2 kat barang dorang.kang kok ada orang tengah perati kang ke x pasal2 aku kena tuduh letak ayat guna2 kang.

miss oren said...

patut la dah lama ko x de..
gilak ah ko diapit oleh bujang2 dan anak2 dara
erm, aku da inform anak2 dara tu jangan sidai bnda2 tuh semua
diorang dah insaf, x jemur dah pasni. menangis diorang kene tazkirah ngan aku. ko kene berterima kasih kat aku.

Axl said...

ooo kono influenza yo? patut lamo sonyap..oit den dah pindah laa..tak jumpo ko?

eliza said...

kesian kat ko, mesti rindu dgn si amoi bau cipan kan..dan tahniah utk apek tu..padam muka la dia..

hehe

ajako said...

nak komen inche zairi:
1. xpe, hapal la surah al waqiah plak lps ni, gerenti x menyesal.

2. Tu maknanye xde jodoh alias jodoh x panjang. xpe, kalau dah beli topeng muka, leh standby utk swine flu aka H1N1 sok2.

3. Pon xpe, kalau pandang sekali dikira rezeki, pandang byk kali...pasti dimarah isteri...

4. Odit mmg membencikan, tiada apa lg yg boleh menyangkalnya.

5.Ingatlah penyakit itu menghilang dosa, kalau ridhalah. Tp kalo menyumpah2, pasti ditambah sakit tu oleh Allah. Sekian, terima kasih.

en_me said...

hmmm..

zairi said...

oren:
aku rasa stakat tu je dorang punya insaf.ko kasi lagi lebih sikit lepas ni.

axl:
oii..suspek je laa..x kena pun.ko pindah dah buat kenduri lom?

eliza:
dah x rindu dah.dah ada pengganti yang lain dah amoi tu skang ni.

ajako:
1.ye..dah mula mengaji balik dah skang ni.

2.hoh..teruk betul h1n1 ni.sampai bleh masuk penjara kalau x istihar kan diri.

3.kena marah dek isteri tu yang x jadi toleh berkali2 tu.

4.ISO= ingin susahkan orang

5.betul.biar sakit sebelum mati daripada mati secara relex.

en.me:
:)