06 October 2009

Lagenda budak setan

13 tahun lalu, aku tengah pekena baring sementara menunggu mak aku siap kan cekodok pisang. Badan letih turun dari bas baru lepas balik study dari pusat giat mara pasir besar mendalami ilmu makenik enjin kereta. Arwah ayah aku suruh untuk mengelak aku dari bercampur gaul dengan budak2 x senonoh sementara menunggu panggilan dari IPTA. Satu pun x panggil. Sombong betul.

Tengah sedap2 baring, telepon rumah berbunyi. Member aku call ajak pegi palong 8. Masa tu punya zaman, kalo member ajak pegi palong 8, kalo x pasal carik tokan, mesti ajak pegi jeram panjang. Atau pun ajak carik makwe. Atau pun pegi ajak bergaduh. Atau pun ajak belumba motor. Tapi itu hari suma tadi x tersenarai untuk tujuan pegi palong 8.

"alaa...ko ikut je la. jangan banyak tanya." Tu je jawapan dia.

Memandang kan tu je la saki baki member yang ada, sebab yang lain suma dah hijrah keja samsung, aku pun bersiap menunggu hayudi jemput depan rumah.

Berbekal kan rxz abang hayudi, kitorang gerak ke palong 8. Jarak ke palong 8 x berapa tentu sangat lama nya. Ikut pada rider jugak. Lebih kurang 3 batang rokok gudang garam jugak la jarak nya dari rumah aku ke palong 8. Makin lama hayudi bawak macam orang nak kejar punch card. Kengkadang je serupa bawak orang lega kluar dari jamban. Air mata menangis2 keluar kena angin. Helmet x pakai. Rambut lari tune. Ada jugak pikir nak peluk hayudi kasi hilang gentar. Tapi hanya mampu peluk tubuh sindri sambil mengkuruskan kan diri kat blakang hayudi untuk potong angin.

Lebih kurang lagi sebatang rokok nak abis, tetiba tayar motor jammed. Aku panik. Tayar blakang berbuai. Hayudi imbang motor sambil berdiri. Aku nak bediri skali ke? Tidak. x sempat nak pikir pun aku dah terpelanting terjarap kat jalan tar sambil berguling2. Step gulingan ke-3 aku dah ter-berdiri kejar motor hayudi. Belum sempat hayudi patah balik ambik aku, aku dah sampai kat hayudi. Hayudi pandang aku dengan penuh rasa cemas. Aku pandang tangan+kaki aku dengan penuh rasa hiba. Muka berbirat. Lutut berlubang. Hayudi pujuk aku ajak bawak pegi klinik palong 8.

************************************************

Sampai rumah, hayudi turun kan aku tepi jalan. Ajak masuk skali pun x nak. Ye. Aku paham. Takut kena maki dengan mak aku barang kali.

************************************************

Mak aku membebel sambil menangis. Aku makan cekodok sejuk dengan mulut x berapa bleh menganga sangat. 4 hari aku terjarap kat katil. Minggu depan nya tu aku jumpa balik dengan hayudi dan aku dapat jawapan dari dia.

"Aku nak semak berapa kilometer jarak dari palong 5 ke palong 8. Besok2 kalo orang ajak lumba, bleh la aku kira duit minyak"

Hati aku mendidih. Cilakak punya yahudi!!!

12 comments:

nuyuljana said...

hahahaha. lutut berlubang? fuh~ kau pakai simen x? hehehe

Daud Mili said...

apsal hang x pakai helmet?

macha_sezs said...

hahaha. elok sangat tukar nama jadi yahudi.

miss oren said...

kepala ko bajet keras sangat dah ke x pakai helmet?

ajako said...

tajuk entry lu ada sama itu tajuk novel zaman 90an dulu...pepon, ko maafkanlah budak setan tu di musim perayaan ini...

halym said...

betul ke nama sebenar dia hayudi? hahahaha

zairi said...

nuyul:
x simen pon.lutut kasi balut je.main kasar betul doktor tu.

daud:
kaum felda suma kepala titanium.bila kluar dari felda je baru sibuk2 pakai helmet.gitu la situasi nya.hehee..

macha:
aku sorang je bleh panggil dia yahudi sampai skang.

oren:
hahaa..

ajako:
citer novel tu pon dah nak buat filem x lama lagi.aku akan tunggu yang piret punya.budak yahudi ni aku x penah jumpa lagi lepas tahun 98'.dengar2 citer dah masuk lokap pasal merompak rumah jiran.bukan merompak apa pon.curik senapang patah je.lantak dia laa..

halym:
ko ni saje mengkantoikan aku je laa..

soul krasty said...

rempit tegar hayudi ko tu.

biase la..dulu aku dari air tawar 5 g sungai mas pn xpkai helmet.baru la kampung wei..haha..

alang said...

Sepatut eii kau berduo buek cam superman......baru bole potong angin.

zairi said...

azuwan:
ape barang duduk felda naik moto pakai helmet kan? hahaa..

alang:
nak buek superman cmano kalo naik berduo? x kan nak buek double superman atas moto tu? x ponah dibuek kek orang woo..

Bro Fir said...

bongoxx la hayudi nih..ad ke camtu..

klakar2..

zairi said...

bro fir:
dia memang bongok. nah masuk ke mereng dah skang ni dengar citer.